Tuesday, 17 May 2016

Bukan Hanya Ada Kita



Hati ingin selalu bersama kerana dialah bahagia, tetapi dalam dunia ini... Bukan Hanya Ada Kita.


Kata omputih, sharing is caring. Tapi kata orang Melayu, madu itu pahit. Lalu mana yang betul sebenarnya? Pahit ke manis? 

Lebih sepuluh kali aku baca ni. Lebih sepuluh kali juga airmata aku meleleh. Dapat aku rasa setiap naik turun emosi watak utamanya - Medina. Dan aku membayangkan D sebagai Zahrin. Banyak yang aku belajar dari novel ni terutamanya letak duduk aku sebagai insan ketiga dalam hidup D.

Cinta itu hadir tanpa diundang. Mengenali D aku tak pernah sangka yang aku akan jatuh cinta padanya. Kami senang berkongsi cerita. Dan D pula jenis yang suka bercerita. Semakin lama kami jadi semakin dekat lalu, banyak cerita peribadinya yang aku tau. 

Saat aku mulai sedari yang aku mula menyayangi D, aku dah berada dalam persimpangan. D dah berkahwin kot!!!! Walhal dulu aku pernah berjanji dengan diri sendiri, jangan pernah rapat dengan laki orang. Tapi sekarang ni apa cerita?! Aku dah terlanjur jauh mencintai dia.

Dia insan yang tiada apa2. Harta, rupa... semuanya biasa biasa sahaja. Bila kami berjumpa, aku seboleh mungkin tolak dari menggunakan wangnya. Biarlah dia gunakan duitnya tu untuk isteri dan anaknya. Hartanya milik mereka. Penegasanku, aku sekadar orang luar yang menumpang kasihnya.

Bilamana aku nekad untuk terus menyayangi dia, aku dah letak sempadan. Aku cuma nak jadi yang manis dan baik di hadapannya. Penenang jiwanya tatkala gundah. Menjadi bahu buat dia bersandar. Dan menjadi pendengar tatkala dia ingin meluahkan. Walaupun kekadang aku ingin berkongsikan rasa sedih dan amarah dengannya, aku sedar yang aku tak patut membebankan dia.  

Bilamana dia mengadu tentang M, aku kena bersifat neutral. Aku tak boleh ambil pendekatan mudah. Apatah lagi menghasutnya yang bukan-bukan. Aku mengenali M dari kacamata D. Lalu aku menganalisa sikapnya dari situ. Ada yang indah dan ada yang huduh. Adat manusia sebegitu. Seperti watak Medina, aku kena bersikap adil dan sedar diri. Acapkali aku peringatkan D tentang M. Pengorbanan M dan hikmah ALLAH utuskan M padanya. Aku taknak bila mereka bertelagah, D lupa tentang itu. 

Pertelingkahan mereka baru-baru ni betul-betul buat aku takut. Luahan kata D sangat berbeza daripada sebelum ni. Aku doa kuat-kuat... janganlah D buat/ucap yang tak patut. Kasihanilah cahaya mata mereka. Aku jadi sedih tiapkali dengar mereka bertengkar. Memanglah adat suami isteri bertengkar tapi aku takut bilamana antara kedua mereka, ada yang terbabas bicara. Ayat D baru-baru ni pun bukan saja boleh melukakan M kalau dia terbaca tapi turut melukakan aku yang membacanya. Sangat kejam penyataannya. Aku membayangkan aku di tempat M tapi pada yang sama aku cuba menyelami perasaan D bila mengetahui punca pertengkaran. 

M tahu tentang aku tapi tak pasti sejauh mana dia tahu tentang hubungan aku dan D. Sebelum ni pernah D bercerita bagaimana M cuba membuang aku dari hidup D. Tapi D ada caranya mencari aku. Dan aku pun ada cara mencari D. Salahkah aku berperangai sebegini? Hinakah martabat aku? 

Kadangkala aku terfikir untuk pergi dari hidup D. Tapi aku sayang sangat padanya. Aku sayang dia sebab D adalah D. Pernah saja dia buat perkara yang menyakitkan hatiku tapi aku pasrah. Aku cuma mampu nasihat dan marah dalam gurau. 

Aku tak tahu sejauh mana sayangnya dia pada aku. Apakah dia tahu betapa dalamnya cinta ini dan adakah cintanya seluas perasaan ini? Aku hanya mampu pasrah. Asal misal kata aku dibuang, aku redha. 

Pernah aku cuba membuangnya dari hidupku tapi gagal. Lalu aku bulatkan hati, menerima takdir ini seadanya. Biarlah aku terus-terusan menjadi tiang untuknya bersandar dan melepas lelah. Saat hatinya celaru, aku nak dia bisa mencari ketenangan saat dekat denganku. Biarlah aku jadi tempat dia meluah perasaan terutamanya soal M. Aku taknak dia membuka pekung M sebab pada aku, M telah berjasa besar dalam menutup aib D. 

Dia bahagia yang aku pinjam tanpa izin... dan aku tidak akan menuntut lebih daripada apa yang M dapat. Aku tidak akan menyusahkan D kerana aku mahu jadi ‘jiwanya yang tenang’. Jika bahagia ini milik kita biarlah kita berteman sampai abadi. Jika ini bukan jalannya biarlah kita dibentangkan pilihan yang mendamaikan. Amin. 


Tuesday, 10 February 2015

Thursday, 22 January 2015

Dugaanku

Aku berpaut pada sejengkal tali cuma
Itulah yang ada sementara aku
Hidup di dunia ini
Inikah dugaanku inikah kesempatan
Haruskah ku terus atau membiarkan
Ianya berlalu



Wednesday, 21 January 2015

Tuesday, 9 December 2014

Kau Bukan Milikku

Aku tertewas lagi.

Aku tersakiti lagi.

Aku dikecewakan lagi.

Buat kesekian kalinya aku tertewas kepada perasaan sendiri. Dah berkali kali aku katakan kepada diri sendiri. Jangan pernah terlalu menyintai sebab akan jadi begini pengakhirannya. Aku tak tahu kenapa aku terlalu mudah menyenangi dirinya, terlalu mudah jatuh sayang padanya. Dan kini, aku merana.

Tak mungkin dia merasa apa yang aku rasa. Dan tak mungkin dia paham apa yang aku rasa sekarang ini. Dia dah ada segala-galanya. Meskipun ada onak ranjau, tapi seringkali aku tegaskan padanya, jangan pernah mengalah.

Tapi untuk perasaan ini, perlukah aku meneruskan sedangkan aku sendiri dah tahu risikonya. Tak mungkin semua ini boleh terjadi. Keadaan menghalang. Jarak menduga kami.

Tuhan..... aku benar benar kalah pada perasaan ini.

Tuesday, 24 June 2014

Congratulations

Sepatotnya waktu2 ni aku dah hanyut dalam dakapan bantal busuk dan selimut Stitchku. Bukan kebiasaan aku bangun awal. Tapi malam tadi ye aku tido awal. Seawal 10 lebih sebab memikirkan aku kene bangon awal pagi untuk urusan kerja. Macam biasa tengah2 malam aku bangun ke bilik air. Bila terbangun, aku bukak fon. Check kalo ada important message. Tapi lain yang aku terima. Yang bikin naik hangin. Aku penat. Aku stress. Tambah yang ini memang buat aku betol2 berangin. Jadi apalagi, aku mula la mengemaskini senarai blacklist dlm Whatsapp aku.

Tapi sungguh tak terduga, aku ternampak sesuatu yang aku taknak tengok. PAP!!!! Ternampak gambar profile dia. Ya, DIA!!!!! Dia dalam jubah konvonya. Terus aku lagi bertambah sentap. Sebab? Sebab dulu masa kami bersama, aku berangan2 nak attend convocationnya. Tapi skang ni kompom la partner dia yang teman. Sedih la jugak sebenarnya. Huh .... I still haven't get through with him, huh?! Until when???? Seriously I have no idea. I have done my level best to forget everything. Only GOD knows how much effort I have made.

Siyesly, aku tau akan ada hati yang bengkak tatkala baca posting ni. Bila aku yang dah lama tak update blog dan tetiba harini aku update dan isinya tentang ini, aku tau I'm in a trouble. Do forgive me, love.

Niatku tak lebih dari sekadar nak mengucapkan tahniah di atas kejayaannya. Sekian lama dia berusaha, akhirnya berbuah juga kejayaan. Semoga impiannya nak sambung ke peringkat lebih tinggi akan tercapai. Semoga ALLAH memberkati perjalanan ilmunya. Dan semoga dia tak lupa pada orang sekelilingnya yang telah banyak membantu.

Lagu yang aku tinggalkan ni memang paling sesuai untuknya.