Monday, 14 January 2013

Dia Yang Kau Pilih


Setiap baris kata-kata yang ku baca
Bagaikan jalan hidupku
Tiada lurus semua seolah hampa
Haruskah aku sesali

Bagai kisah kita yang surut selalu
Bilakan berakhir

Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu

Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka

Setiap kata kau ucap semua dusta
Pernahkah kau menyesali
Tiada tulus semua helah semata
Haruskah aku menanti

Kini kan berakhir
Ku takkan berpaling
Relakan segala

Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu

Haisy nape dua tiga menjak ni aku suka bebenau dekat Shahir nih..... =.='

Friday, 11 January 2013

Permudahkanlah, Ya Rahman (Versi 2)

Memang dari awal tahun ni, memang musim orang sakit gamaknya. Ramai betul orang sakit. Aku pun tak terkecuali. Sampai MC jugak la dibuatnya. Di kalangan teman2 aku pun ramai yang tak sihat. Ni yang aku baru tau, adik aku pun tak sihat ni. Dah la dudok sensorang. Lagi la aku bertambah risau. Suruh pegi jumpa doktor tak mau. Ni yang susah bila jauh dari famili lepas tu dudok sensorang, susah nak minta tolong bila jadi apa2. Apa pun, harapnya tak serius la sakit aku tuh. Cepat2 sembuh ye dik.

"Ya Rauf Ya Qadir Ya Samad Ya Muhyi Ya Mu'id Ya Waliy Ya Qawiy Ya Mujib Ya Wadud Ya Hafiz Ya Muqit Ya Salam.. Permudahkanlah. Sembuhkanlah beliau. Amin Ya Rabbal Alamin."

Wednesday, 9 January 2013

Permudahkanlah, Ya Rahman...

Hari ni hari yang suram. Di luar memang panas berbahang tapi di dalam yang suram. Aku suram bercampur sedih mengenangkan Hubby yang sedang melalui situasi yang amat sukar baginya. Resah hinggakan sukar nak lelapkan mata. Jarang dia senyap sebegini kecuali bila dia marahkan aku. Kalau dia sakit pun, tetap mulutnya becok dan masih mahu cari pasal dengan aku. Tapi sejak semalam, dia senyap. Diajak berbual pun tak mahu. Selalunya aku yang berperangai sebegitu.

Emak mentuaku hari ni terpaksa menjalani pembedahan. Hysterectomy operation. Beliau terpaksa membuang rahimnya. Dulu masa mula2 Hubby bagitau ibu kena operate, dia ingatkan disebabkan oleh lump di dada ibunya. Tapi ini, lain pula. Ianya penyakit genetik kata Hubby sebab makcik2nya juga ada yang terpaksa menjalani pembedahan yang serupa. Sebagai anak lelaki tunggal, dia kenalah bertanggungjawab dan kuat. Kakaknya sudah berkahwin dan semestinya sibuk dengan hal keluarganya. Tapi yang makin merumitkan keadaan adalah apabila esok Hubby ada final exam. Aku tau dia boleh buat sebab itu merupakan subjek kegemarannya tapi bila dalam keadaan kacau, aku tak pasti dia mampu fokus ataupun tidak.

Siapa yang tak sayang ibu sendiri. Walaupun kekadang Hubby merungut sebab terpaksa mendengar bebelan ibu, tapi padaku, apalah sangat dengan bebelan itu. Pada siapa lagi dia nak membebel kalau bukan pada anak sendiri. Mengenali ibu mentuaku, beliau sangat penyayang dan pemurah. Tapi biasalah orang tua, pemikiran tak serupa orang muda. Kekadang bila bertanya sampai 3-4 kali untuk perkara yang serupa. Tapi suaranya selalu lembut sahaja. Sejuk perut mendengarnya. Kekadang terlepas juga ketawaku melihatkan perihal dua beranak itu.

Tadi Hubby mesej bagitau ibu sudah selamat keluar dari operation theater dan mulai sedar sedikit2 tapi tertidur semula. Alhamdulillah. Moga2 tiada komplikasi selepas pembedahan sebab memandangkan ibunya sudah tua benar dan lagi punya masalah kesihatan - kencing manis dan darah tinggi. Yang mampu aku perbuat kini adalah berdoa semoga ibu lekas2 sedar dan cepat sembuh. Semoga ibu sihat seperti sediakala.

"Ya Rauf Ya Qadir Ya Samad Ya Muhyi Ya Mu'id Ya Waliy Ya Qawiy Ya Mujib Ya Wadud Ya Hafiz Ya Muqit Ya Salam.. Permudahkanlah. Sembuhkanlah beliau. Amin Ya Rabbal Alamin."

Tuesday, 8 January 2013

Sahabat


Kau ada di kala ku suka
Di kala ku duka
Setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada di kala kuperlu
Setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh
Kaulah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidupku
Kaulah yang di situ
Setia menungguku
Kaulah yang satu
Menjadi sahabatku
Kutahu kukan selalu ada
Pada dirimu
Dan kuharap kau juga rasa begitu
Sahabatku.

Aku ada ramai sahabat. Yang sudi berkongsi my ups and downs. Tapi aku takde ramai bestfriend. Sahabat aku semuanya lebih kepada close friend. Boleh bercerita tapi bukan untuk berkongsi. Mungkin bestfriend yang aku ada satu2nya adalah Hubby. Dan aku bestfriend dia. Kami bercerita dan berkongsi tentang macam2. Aku memang suka bercerita tapi bukan senang untuk berkongsi rahsia. Mungkin aku malu. Kekadang rahsia yang dikongsi bukannya manis untuk didengar. So biarlah rahsia kekal jadi rahsia. Hanya pada orang2 yang know your true color yang boleh kita sandarkan kepercayaan untuk berkongsi rahsia. 

Monday, 7 January 2013

Let's The Headache Begin

New semester has begun. More and more students are joining. Existing students and plus new students. And obviously la no Malay. Somehow or rather it's good because I can improve my English but then, I need to blend in with their culture and sometimes it wasn't easy. I ain't pious but yet, I still need to preserve my faith.

This semester, I'm starting to teach new subject. Which I don't know what the heck it's all about. The subject  sebenarnya pasal developing soft skills jek. Takde la susah mana pun. Tapi what makes it hard is ketiadaan buku rujukan dan lagi, ada exam. Kalau aku yang set paper aku tak kesah sangat. Apa yang aku ajar, itulah yang akan keluar. Tapi takut kalau branch lain yang buat, buatnya keluar soalan yang aku tak ajar, naya kat student aku jek. Dah la untuk budak2 certificate lak tuh. So obviously la IQ dorang belum cukup tinggi nak ber-critical thinking.

Apa apa pun, tak boleh merungut. New year resolution, take it with smile. InsyaALLAH there is always a way to settle everything. Doa dan usaha. HIAHHH!!!! ^^

Wednesday, 2 January 2013

MMXIII

Time passes by so fast. Sedar tak sedar dah masuk tahun baru. Semoga tahun baru ni brings more and more happiness and blessing. No more tears perhaps. No more heartache. No more delusions. Moga yang lepas, biar berlalu dan takkan berulang lagi. Aku cuma mampu doakan yang terbaik untuk semua.


Ain't A Monster


I love you baby I'm not a monster
You know how I was in the past
When time passes, it'll all disappear
Then you will know baby
I need you baby I'm not a monster
You know me so don't leave like this
If even you throw me away, I will die
I'm not a monster