Thursday 19 September 2013

Hate Me... PLEASE!

Orang ada cakap, the wall you build to keep you from despair will also keep you from happiness. Ni yang aku rasa sekarang. Adat orang senang bercakap (termasuk aku), bila tertutup satu pintu, ada sembilan lagi pintu yang dibuka. Dan aku... seperti insan2 lain, tetap merenung dan menanti pintu nan satu itu. What a pathetic and lame! Orang pun ada berkata, if lose him once, it his lost. But if u lose him twice, it's your fault.


Aku dikelilingi insan2 yang baik lagi prihatin. Yang cuba untuk menceriakan aku. Yang tahu bahawa aku sedang mengharungi detik2 sukar. Dan ada seorang insan ini yang begitu setia mendampingi aku. Tanpa henti memberi sokongan. Terima kasih pada dia yang begitu ikhlas menyayangi aku. Aku cukup terharu. Tetapi mungkin aku adalah antara manusia yang tak reti untuk bersyukur. Kehadirannya aku kesampingkan. Tidak aku endahkan. Bukan niat di hati untuk menolak dia jauh tapi saat ini, otak dan jiwaku kosong. Untuk insan sebaik dia, aku tak layak. Menurutnya, dia tak memaksa untuk aku bercerita apa2 tapi untuk mendengar ceritanya dan ikut sama bergelak tawa dengannya pun aku tak mampu. Hidup aku kini penuh dengan dinding2 kosong yang aku bina. Aku isi masa2ku dengan keperluanku. Bukan kemahuanku.

Hidup serasa berkecamuk dan aku sendiri umpama sesat dalam jalan yang aku pilih tetapi aku juga terasa tenang. Tiada apa lagi yang perlu aku fikirkan. Tiada lagi hati2 yang perlu dijaga kerana pengakhirannya yang kutatang itulah yang mengkhianati aku. Aku jalani hidup kini seminimal mungkin. Mencari erti keseronokan dalam cara yang orang tak pernah fikirkan. Being a pathetic. And I found my serenity there.

Pada dia, please hate me. I'm begging you. Atas setiap apa yang telah aku lakukan dan atas segala apa yang tak mampu dan tak pernah ku perbuat untuknya, bencilah aku. Biarlah aku seret rasa bersalah ini hingga ke mana2. Bencilah aku.... hanya itu yang aku mau.


No comments:

Post a Comment