Monday 30 April 2012

El Tango De Roxanne


His eyes upon your face,
His hand upon your hand,
His lips caress your skin,
It's more than I can stand!

Why does my heart cry?
Feelings I can't fight,
You're free to leave me,
But just don't deceive me
And please,
Believe me when I say,
I love you...

 Aku suka gila tonton filem Moulin Rouge. Jalan cerita dan skor muziknya memang mantap. Pelakon2 dia pun hebat. Dalam2 banyak lagu, lagu favorite aku adalah lagu ni - El Tango De Roxanne. Lagu asalnya bertajuk Roxanne yang dinyanyikan oleh The Police. Kemudian disuntik dengan elemen muzik tango dan paduan nyanyian Ewan McGregor. Memang mantap. Pada aku, it's a masterpiece. Kalau fahami betul2 lirik dan kemudian jalan ceritanya, memang sedih gila part ni.Sedih bagaimana kita tak sanggup membayangkan orang yang kita sayang berada dalam dakapan insan lain. Urgh... sampai sekarang aku masih dibayangi igauan perasaan ini! Hate it!

BERSIH = BERSHIT

Aku tak pernah menidakkan mana2 ideologi individu terhadap politik. Aku menghormati atas dasar hak individu. Meskipun pada aku sendiri, politik itu kotor. Aku lebih bersikap tertutup bila orang berbicara tentang politik denganku. Lagipun aku tahu tahap pengetahuan aku tentang politik. Sangat daif. Tetapi bukan bermakna aku naif. Mata aku melihat. Telinga aku mendengar. Dan tubuh aku merasa.

Sabtu lepas ada perhimpunan BERSIH3.0 di KL. Bermula dengan BERSIH2.0 beberapa bulan yang lepas tetapi tidak berjaya, kali ini yang aku baca, menurut mereka perhimpunan kali ini berjaya. Berjaya dari segi apa? Berjaya membuat huru hara dan kacau bilau? Berjaya merosakkan harta awam? Aku tak paham apa yang dorang kehendakkan. Berdasarkan apa yang tertulis di belakang baju kuning mereka, keseluruhannya mereka mahukan sistem pilihanraya dilakukan dengan lebih adil. Tetapi adilkah dengan apa yang mereka lakukan ini? Adilkah pada masyarakat? Adilkah pada negara? Dan adilkah pada Tuhan?

Sebenarnya pada hemat aku bila mereka membuat onar dengan merosakkan harta awam dan mengancam keselamatan awam, mereka telah berdosa pada Tuhan. Mereka telah engkar pada janji Tuhan untuk memakmurkan alam ini. Kalau mereka condemn kerajaan bersikap seperti binatang, tidakkah mereka terpikir apa yang mereka perbuat ini juga sama rendahnya? Lalu apa yang lebihnya mereka dan apa kurangnya kerajaan? Andai betul mereka merasakan mereka di jalan yang benar, tunjukkan sahsiah dan jalan yang betul. Bagaimana nak meraih sokongan seandainya jalan yang dipilih adalah keganasan. Itukah yang cuba ditonjolkan? Kebenaran yang hanya boleh ditegakkan melalui keganasan.

Aku jadi marah melihat anak muda yang tak tahu arah tuju dan ikut sama berdemo yang terlalu mengikut darah muda mereka. Mereka ini bukanlah calon pemimpin masa depan yang cuba bangun membela hak sejagat tetapi lebih kepada mereka yang tertewas kerana keinginan individu mereka tidak dipenuhi. Dan aku jadi jatuh kasihan pada orang tua2 yang datang dari jauh, naik keretapi naik bas semata2 nak join perhimpunan nih. Tak ke dorang terpikir, sia2 saja hidup dorang kalau saat dorang ikut berdemo, Malaikat Maut datang mencabut nyawa? Tak ke mereka rasa bersalah pada orang sekeliling atas tindak tanduk mereka? Dan jika ada yang kehilangan nyawa, tidakkah mereka merasa berdosa? Terutamanya yang mati itu adalah tunggak keluarga dan masih punya anak2 kecil yang menanti di rumah? Macamana dorang ni nak mintak maaf kalau keluarga si mati nih tak maafkan mereka?

Pada aku, berhimpunlah kalau benar nak protes. Tapi tak perlulah sampai jadi huru hara. Atau sebenarnya yang mereka inginkan adalah perhatian dunia luar akan keadaan dunia politik di Malaysia? Biar Malaysia menempa nama buruk kerana sudah tidak lagi aman dan bersatu padu seperti dahulu, begitu?

Pokok pangkal sebenarnya adalah cara kita. Kalau benar kita orang berpendidikan dan punya akal yang cukup dan waras, tunjukkan. Membuat kacau bilau, itu cara orang berilmu dan berakhlak muliakah? Mereka yang berserban berkopiah lalu bertempik takbir, jihadkah ini? Jihad menentang apa... Kezaliman? Tetapi siapa yang memulakan kezaliman pada waktu itu? Siapa yang melanggar undang2 sedang kebenaran berhimpun telah diberikan?

Masa zaman Nabi nak mengerjakan haji (kalau tak silap aku) buat pertama kalinya dahulu, baginda mengikut sahaja peraturan yang ditetapkan oleh pihak Musyrikin Mekah. Tiada tentangan walau sedikit pun. Mereka kerana sebagai pihak yang mendatang, haruslah akur pada yang penguasa. Barulah orang beroleh percaya. Baginda tidak gentar andai pihak Musyrikin berpaling tadah dengan cuba menjahanamkan urusan haji mereka kerana baginda yakin dengan janji ALLAH, yang baik akan dibalas baik. Itulah cara orang yang beragama dan berakal.

Aduhai negara bangsa... kalau yang nenek moyang kita perjuangkan dengan titik peluh keringat dan darah mereka itu kita persiakan sebegini, apalagi yang tinggal untuk kita wariskan pada anak bangsa? Bakal layulah Melayu itu kerana bangsanya tiada lagi bersatu padu. Adat Melayu itu sebenarnya layu kerana menunduk ibarat padi. Makin berisi makin menunduk. Kita kebalkan jatidiri agar tiada anasir2 luar yang dapat menggodam keharmonian tanah pusaka kita. Kita persiapkan akal dengan ilmu agar kita tahu mana yang benar dan mana yang batil. Adil meletakkan sesuatu pada tempatnya. Pada haknya. Semoga terus aman makmur negaraku.

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya." (17:36) 

"Dan katakanlah: Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling baik." (23:118)

Friday 27 April 2012

Menyuping Buku

Hari ni sekali lagi aku bakal turun ke KL. Lepas kerja, terus shoot ke sana dengan menaiki bas pukul 5.30ptg. Actually bukan ke KL pun. Aku akan ke Shah Alam sebenarnya walaupun destinasi sebenar aku adalah ke Klang - rumah Hubby. Kali ni tujuan turun ke sana sebab esok aku nak turun ke KL. Attend MIBF - Malaysia International Book Fair. Ini tahun ke-3 aku join. Dan InsyaALLAH, tahun ni Hubby temankan. 1st year dia yang bawak sampai aku sanggup ponteng kelas hari tuh. Then tahun sudah aku pergi sorang2 sebab Hubby tak sehat (sedih bila kenangkan balik sebab terpaksa mengusung berbondong2 buku sensorang). So tahun ni, harapnya inchey bodyguard aku boleh temankan aku supaya bahu aku tak sakit memikul buku sorang2. HAHAHAHAHAHA *gelak jahat*

Tahun lepas kalau tak silap dekat RM1k gak habis. Tapi tahun ni, bajet susut hampir 50% sebab baru lepas berjimba di Singapore. Tapi bila calculate, memang tak banyak yang aku nak shopping pon *walaupun hakikatnya aku akan rambang mata bila sampai sana* Dan Hubby dah pesan jangan nak shopping sakan sebab memang dia geleng kepala masa temankan aku 2 tahun sudah. Hikhik

Malam tadi call Hubby, dia cakap dia rasa macam nak demam. Mungkin sebab lama sangat duduk dalam aircond. Pagi tadi dia SMS bagitau dia tak sehat. Ubat semua dah habis. Aku dah mula risau. Dia kalau sakit bukan sikit2. Sakit kepala dia memang tahap tak boleh bangun. Aku cuma boleh nasihatkan dia mandi dan banyak minum air suam. Malam karang aku sampai, aku janji nak jaga dia. Kesian Hubby.

Esok akan Perhimpunan Bersih 3.0. Urgh.... berapi je aku dengar bila tau ada perhimpunan tuh. Confirm, banyak jalan masuk ke KL kena block. Dan mestilah orang akan memilih public tranport. Maka.... bertambahlah bilangan pengguna dan bertambah sesaklah komuter nanti. Haisy..... Aku tak minta lebih selain aku diberi ketenangan untuk bershopping buku nanti. Kenapa la dorang ni tak pilih hari lain. Hari yang aku tak turun ke KL. Bukan selalu pun aku turun ke KL especially lepas aku putus dengan H. KL bukan tempat aku walaupun di situlah aku dilahirkan. Aku dan Hubby lebih senang melepak di Shah Alam atau paling jauh pun ke area Petaling Jaya sana.

Mintak2 perjalananku dipermudahkan. Aku cuma gilakan buku jek. Salahkah? Itu dunia aku. Kalau Hubby tak sihat, takpe lah... Aku pergi seorang diri. Event macam ni cuma setahun sekali. Dan tak mungkin aku lepaskan begitu saja. Dah la aku sanggup mintak swap untuk Saturday Duty aku semata2 untuk event ni. Berpantang maut sebelum ajal. Hiahhhh!!!!!!! *betulkan kuda2*

PWTC..... nantikan ketibaankuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday 25 April 2012

Hari Bersamanya


Mohon Tuhan
Untuk kali ini saja
Beri aku kekuatan
‘Tuk menatap matanya
 Mohon Tuhan
Untuk kali ini saja
Lancarkanlah hariku
Hariku bersamanya

The Color of My Life

 

My love life is confusing??? Yeah..... I'm in! Definitely I am. HUH!!!!