Tuesday 9 December 2014

Kau Bukan Milikku

Aku tertewas lagi.

Aku tersakiti lagi.

Aku dikecewakan lagi.

Buat kesekian kalinya aku tertewas kepada perasaan sendiri. Dah berkali kali aku katakan kepada diri sendiri. Jangan pernah terlalu menyintai sebab akan jadi begini pengakhirannya. Aku tak tahu kenapa aku terlalu mudah menyenangi dirinya, terlalu mudah jatuh sayang padanya. Dan kini, aku merana.

Tak mungkin dia merasa apa yang aku rasa. Dan tak mungkin dia paham apa yang aku rasa sekarang ini. Dia dah ada segala-galanya. Meskipun ada onak ranjau, tapi seringkali aku tegaskan padanya, jangan pernah mengalah.

Tapi untuk perasaan ini, perlukah aku meneruskan sedangkan aku sendiri dah tahu risikonya. Tak mungkin semua ini boleh terjadi. Keadaan menghalang. Jarak menduga kami.

Tuhan..... aku benar benar kalah pada perasaan ini.

Tuesday 24 June 2014

Congratulations

Sepatotnya waktu2 ni aku dah hanyut dalam dakapan bantal busuk dan selimut Stitchku. Bukan kebiasaan aku bangun awal. Tapi malam tadi ye aku tido awal. Seawal 10 lebih sebab memikirkan aku kene bangon awal pagi untuk urusan kerja. Macam biasa tengah2 malam aku bangun ke bilik air. Bila terbangun, aku bukak fon. Check kalo ada important message. Tapi lain yang aku terima. Yang bikin naik hangin. Aku penat. Aku stress. Tambah yang ini memang buat aku betol2 berangin. Jadi apalagi, aku mula la mengemaskini senarai blacklist dlm Whatsapp aku.

Tapi sungguh tak terduga, aku ternampak sesuatu yang aku taknak tengok. PAP!!!! Ternampak gambar profile dia. Ya, DIA!!!!! Dia dalam jubah konvonya. Terus aku lagi bertambah sentap. Sebab? Sebab dulu masa kami bersama, aku berangan2 nak attend convocationnya. Tapi skang ni kompom la partner dia yang teman. Sedih la jugak sebenarnya. Huh .... I still haven't get through with him, huh?! Until when???? Seriously I have no idea. I have done my level best to forget everything. Only GOD knows how much effort I have made.

Siyesly, aku tau akan ada hati yang bengkak tatkala baca posting ni. Bila aku yang dah lama tak update blog dan tetiba harini aku update dan isinya tentang ini, aku tau I'm in a trouble. Do forgive me, love.

Niatku tak lebih dari sekadar nak mengucapkan tahniah di atas kejayaannya. Sekian lama dia berusaha, akhirnya berbuah juga kejayaan. Semoga impiannya nak sambung ke peringkat lebih tinggi akan tercapai. Semoga ALLAH memberkati perjalanan ilmunya. Dan semoga dia tak lupa pada orang sekelilingnya yang telah banyak membantu.

Lagu yang aku tinggalkan ni memang paling sesuai untuknya.


Tuesday 25 March 2014

Adieu MH370

Tak siapa tahu bahwa perpisahan itu semakin dekat
Mengapa kita perlu merasa risau akan hal itu?
Kita tak perlu takut dengan perpisahan, karena Tuhan yang menetapkan segala sesuatu dan kita adalah manusia yang wajib berusaha.

Tapi tanpa dipaksa, tetap juga rasa gundah dan galau itu hadir.
Tapi apa yang dapat kita lakukan untuk mencegah perpisahan itu?
Tak ada yang dapat kita lakukan, karena sekali lagi kita fahami bahwa semua adalah keputusan Tuhan, walaupun dia belum memilih dan kita belum memilih.

Tapi apakah kita punya pilihan?



Dia tahu betapa kita mencintainya… …dan kita percaya dia pun begitu
Kita saling menemukan banyak kesejatian antara kita, dan kita banyak mendapat kesempurnaan antara kita…
Dan akan kita simpan semua itu sebagai kenangan manis, kenangan indah dan bukan sebagai bayangan untuk dikejar.

Kita harus siap kehilangan…
Kita siap kehilangan segala kehangatan yang diberikan
Kita siap kehilangan segala perhatian yang dicurahkan
Kita siap kehilangan segala percaya yang disemaikan
Kita siap kehilangan kesempurnaan cinta yang seumur hidupku baru dirasakan tatkala bersama
Kita siap kehilangan segala-galanya yang melekat
Tapi kita akan memelihara segala kenangan sepenuhnya

Kita memiliki keyakinan bahwa kita akan bersama sampai kita menutup lembaran kehidupan ini.
Suatu saat nanti.
Kita yang dipisahkan akan dipertemukan kembali olehNYA…

Sengaja aku tunggu sehingga ke waktu ini untuk menulis tentang tragedi pahit dalam sistem penerbangan tanah air. Selama ni aku diam saja saat semua orang berborak kencang. Sebabnya aku pikir aku bukan orang tang arif pasal hal2 sebegini dan lagi baik kita tunggu dan lihat saja apa kesudahannya. Biar pihak yang berkenaan siapkan kerja2 mereka. 
Lalu saat PM mengumumkan berita sedih itu, aku cuma mampu beristighfar dan menyedekahkan al fatihah. Hubby bertanya padaku, aku tak bersedih ke? Perlukah aku tunjukkan pada seluruh dunia kesedihanku? Perlu apa aku perbuat untuk menunjukkan kesedihanku? Mungkin aku tak seperti Hubby yang begitu mengikuti perkembangan kes ini. Mungkin kerana itu, pengumuman PM itu lebih terkesan padanya berbanding aku yang hanya jadi pemerhati dari jauh. Apa2 pun aku tetap berkongsi kesedihan ini. 

Al fatihah. 

Tuesday 11 March 2014

Listen Listen Listen


You don't know what I'm feeling
I'm more than what you made of me
I followed the voice you gave to me
But now I gotta find my own.

Seriously, aku tak pernah nak suka lagu ni. Pada aku biasa2 jek lagunya. Tapi ni bila dengar versi Shila, terus mencanak bulu tengkuk. Dengan teknik nyanyian dia... perghh gila la! Tetiba lirik dia satu persatu meresap masuk ke otak dan buat aku terbuai2. Dan jadi sayu bila dengar. Part yang aku quote tu yang paling beri kesan pada aku. Huhuhu

p/s: to Adik, listen listen listen! When I ask u to do something, jangan nak melawan. Sila bertindak mengikut arahan. Papepon, I pray the best for u. Semoga cepat2 sehat. 

Monday 10 March 2014

Terkenang Jua


HB Dia...

Sabtu lepas adalah hari ulang tahun kelahiran H. Aku memang ingat dan aku memang ada save dalam fon tarikh tersebut. Aku SMS dia. Tapi jangan cepat berprasangka. Aku wish sebab dia penah wish aku dulu. So it's not more than just to return the favour. Sebab tu aku SMS instead of aku Whatsapp dia. Aku dah block Whatsapp dia. Dan lepas aku text dia, aku cepat2 delete mesej tu. Bukan sebab aku takut Hubby terbaca or what tapi aku taknak terpandang yang boleh buat aku teringat kat dia. Bila dia reply, aku delete tanpa sempat aku baca apa yang dia tulis. Maaf kalo dia baca entry ni, dia terasa tapi pada aku, kita dua2 dah cool dan aku pun dah terangkan situasi yang sebenar dengan dia. So aku assume dia boleh paham.

So tu je la. Hikhik

Tuesday 4 March 2014

Sang Arjunaku



kita telah mencipta sejarah, semalam.
dan kalau pun tak semahal peristiwa2 yang layak masuk televisyen--
kita TELAH mencipta sejarah, semalam.

kita.
rakyat malaysia.

semalam, aku dan tri sudah hampir putus harap untuk bertemu dr lim. pakar jantung kanak2 di negara yang secara mengecewakannya adalah SATU2NYA pakar yang dirujuk SEMUA kes2 jantung kanak2 di malaysia.

ada lagi satu pakar di IJN katanya.
tapi tunggu juna kritikal baru dapat temujanji.
dan kritikal bermakna membiar jantung juna bengkak dahulu baru diberi perhatian.
sesuatu yang bagi aku-- tak ada mana2 ibu dalam dunia sanggup untuk tunggu.

dari pagi beratur menanti.
tanpa temujanji.
kami cuma ada referral dari dr nizam --pakar jantung kanak2 dari jb.
dr nizam kata dalam malaysia, semua pakar jantung kanak2 akan rujukkan kes pada dr lim di gleneagles di ampang.
juna dirujuk terus untuk masuk-dan-jumpa dr lim.
juna perlu lekas, katanya.

terus kami pulang ke kuala lumpur agar pagi esoknya dipersempat. namun, sampai ke petang tak ada rupa nak berpeluang bertemu.
mungkin kerana tak ada temujanji, tri bilang.
kita ambil nombor. datang semula besok, sambungnya.
aku setuju.

ketika hendak berangkat pergilah nama juna dipanggil. aku sedia maklum kedatangan kami adalah untuk meminta ihsan agar diberi peluang untuk pembedahan. tarikh adalah suatu komoditi yang mahal dalam plot ini.

ada yang perlu tunggu.
macam beberapa anak yang masih menanti di IJN.
ada yang nasibnya lekas.
dan kalau pun tarikh sudah ada, ada kes di mana anak tersebut demam di tarikh tersedia--
maka terbatal.
perlu mencari tarikh semula.

dr lim semak kes juna.
sihat, kata dia.
jantung masih cantik. belum bengkak habis walau kelihatan di xray sudah mula proses bengkaknya.

"bila tarikh yang ada?" aku tanya dr lim meski dalam akaun sesen pun tak ada. simpanan tak ada. apa tak ada.
aku cuma ada 'kun fayakun' dalam kocek.

dr lim buat satu dua panggilan sambil jari2nya menjalar2 di kertas.
"esok".
refleks-- aku jawab-- "boleh".
dr lim pandang aku. dia tanya: "duit ada?"

aku toleh tri.
tri pandang aku.
serentak--
kami cakap laju--
"ada".

*pause*

kami bohong.
kami tak ada duit.
tapi kami nekad.

pinjam mana2. jual apa2.
tapi mmg gila.
aku dan tri perlu cari rm 35 ribu dalam satu hari.
SIAPA sanggup bagi pinjam dalam satu hari?
SIAPA nak beli kereta, alat2 elektronik semua ini dalam satu hari?

DALAM SATU HARI.

aku cuma ada kun fayakun dalam kocek.
aku begitu yakin itu adalah harga pembedahan juna.
kun fayakun.

aku kering.
paling teruk aku akan tanggung kalau tak terbayar di esoknya adalah saman-menyaman, aku masuk penjara, atau seluruh harta disita mahkamah.
apa2 jualah.

aku tak kira.
yang penting, jantung juna.

dan keajaiban berlaku.
keajaiban yang dari dulu aku selalu juangkan.
kemanusiaan.
random kindness.
cinta sesama insan.

dalam kurang 24 jam, cukup rm 35 ribu untuk juna.
dan dana masih ada lebih-- cukup untuk follow up dan ubat2 dia nanti.
SEMUANYA adalah kerana kun fayakun.

tuhan begitu baik kerana meniupkan kasih dalam ruh kalian.
begitu mengasihan kerana menggerak hati2 kamu untuk bantu seorang bonda yang dalam kebuntuan.

*pause*

kita telah mencipta sejarah, semalam.
dan kalau pun tak semahal peristiwa2 yang layak masuk televisyen--
kita TELAH mencipta sejarah, semalam.

kita.
rakyat malaysia.

terima kasih, para strangers, siapa pun kalian semua.
pada HUJAN terutamanya,
pada kawan2 yang tak berhenti trending tentang #babyjuna,
pada saudara-mara yang kuat semangat membantu juna aku.
setiap sen, setiap ringgit, setiap solat hajat, setiap bacaan kalaamullah dan ayat2.

juna, aku dan tri berhutang nyawa pada kalian.
terima kasih memang tak cukup.
tapi wallahi, cuma terima kasih yang aku ada.
apa yang aku mampu kongsikan cuma baki2 'kun fayakun' yang tak terluak.

sungguh,
seklise mana bunyinya--
cuma tuhan mampu balas semuanya.

*pause*

kita telah mencipta sejarah, semalam.
kita--
ada SESUATU yang boleh dicerita pada anak2 kita.
tentang kemanusiaan.
tentang random kindness.
tentang cinta sesama insan.

tentang bersatunya kita--
demi seorang juna.

assalamualaikum dan moga2 setiap kebaikan kita yang terpanjangkan ini akan kembali memaniskan hidup kalian esok2--
sebagaimana kebaikan kalian memberi nyawa pada aku.


Ni petikan status FB Fynn Jamal masa dia sedang mengalami pengalaman getir tentang anaknya. Sebak aku baca. Lagu yang kat atas ni pon lagu untuk anak dia. Sucinya hati dia sanggup adopt anak luar nikah. Semoga ALLAH merahmati dia dan seluruh keluarganya. Amin. 

Thursday 27 February 2014

Bila.......


Saat tiba nafas dihujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jantung hati pun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Ke mana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
MATI

Kukejar Bayangmu


Pergh.... mantopla atok nih. Lagu pon terbaik. Huhuhuh

Tuesday 25 February 2014

It Has To Be You


It can’t be if it’s not you
I can’t be without you
It’s okay if I hurt for a day and a year like this
It’s fine even if my heart’s hurts
Yes because I'm just in love with you

I cannot send you away one more time
I can’t live without you

If I live my life again
If I’m born over and over again
I can’t live without you for a day
You’re the one I will keep
You’re the one I will love
Yes because I’m happy enough if I could be with you

Sememeh

Hari ni semua orang cakap muka aku macam tak siap. Muka tak mandi. Weh... aku mandi kot!!! Cuma tak tau kenapa bangun pagi tadi macam mengantuk gila. Gila2 malas nak pergi kerja tadi rasanya. Masuk opis pon lambat. Menguap tak sudah sampai mata naik berair. Tak tau la kenapa padahal malam tadi elok je tidonya walaupun lambat sikit masuk tido tapi aku tido lena. Terlebih tido ke? Haisy......

Happy Birthday to My Sunshine

Sekian jauh perjalanan hidup ini
Ada duka, ada sengketa
Ada gembira, ada ceria
Yang selalu menemani
Setiap inci langkah perjalanan hidup insani
Tanpa adanya terbit rintihan kekeluhan

Langkah demi langkah disusuri
Mencari janji yang terlepas
Dalam genggaman sewaktu dilahirkan
Saat demi saat berdetik menjangkau kedewasaan
Mematangkan pemikiran
Mendewasakan pandangan
Hari demi hari dilalui
Bersama ribuan ragam
Celikan mata para dikma
Sehingga menemukan hari yang dinanti
Hari ulang tahun kelahiran insani


Berdoalah di dalam hati
Sertakan dengan niat yang suci
Iringkanlah dengan kalimah yang suci
Agar hidup sentiasa diredhai ilahi

Padamkan segala kedukaan
Sirnakan segala kepiluan
Kuburkan segala kesedihan
Malapkan segala kebingungan
Dan gantikanlah semua itu dengan
Sebuah kebahagiaan
Kebahagiaan yang mendatangkan keceriaan

Semoga dihari mendatang, kebahagiaan menemanimu
SELAMAT HARI LAHIR

P/S: Jarak bukan penghalang hubungan. Diam bukan tanda melupakan. Sesungguhnya dalam setiap sujud dan doa, dirimu sentiasa dalam ingatan. Kasih sayang takkan pernah berubah kerana selamanya dirimu teristimewa. Love you, kiddo. 

Thursday 13 February 2014

Yeah, I Need No Rescue


No S.O.S. needed, no rescuing, she’s fine out there.
Yeah, she’s got life in her veins, she don’t need no rescuing, she’s okay.
That girl is you yeah and that girl is me, that girl is stronger than the raging sea.

YEAHHH... I'm that girl!!! *tetibah* Janganlaa ku dipanah petir pink pula satgi huhuhuhu

Can't Help Falling In Love With You



Missing this cute little blue evil sooooo much.

Wednesday 12 February 2014

Hi Hi Bai Bai


Lama tak dengar lagu nih. Layan jugak heheheh

Hey Hey Hey


Dah banyak kali dengar lagu ni tapi haram tau tajuknya. Search dekat google tadi pon setakat tulis "hey hey hey good girl". Mujur terjumpa. hahaahahah

Tuesday 11 February 2014

A Night Like This


"AIYAAAAKARAMBAAAAAAAAAA......" *joget*joget*gelek*gelek*

Buka Tutup Pintu

Betol la kata orang, bila tertutup 1 pintu, ada 9 sembilan lagi pintu yang terbuka. So maknanya ada 9 lagi peluang mendatang. Jadi bergantung pada kita la nak buat macamana.

Apa yang aku merepek pasal pintu2 ni adalah bila aku dalam usaha nak melupakan dia, tiba2 ramai pulak yang berminat nak mengisi ruang. Ruang? Ruang apa lagi? Kan aku dah ada Hubby?! Itulah masalahnya... aku pun tak faham. Tiba2 ramai pula yang datang menempel dan katakan berminat dengan aku. Urghhh.... ni yang kadang2 aku rimas nak berkawan dengan orang. Bila kita cuba nak buat baik, orang nak ambil kesempatan. Bila kita tunjuk kita prihatin sikit, mula fikir yang bukan2. Wehh.... aku tak minat nak couple2 la!!!!! Aku nak cari kawan2 jek. Nak buat networking.

Kalau nak ikut perangai buruk aku dulu2, boleh jek aku pasang 4-5 orang dalam satu masa. Tapi letih la.. Sakit kepala kot nak melayan kerenah sorang2. Bertambah penat bila terpaksa bergilir jumpa dorang. Dah tu, kena reka alasan pulak tuh. Haisy.... lama2 otak aku tepu sebab dok mereka alasan jek. Huhuhuh

Cukup2 la aku jahat dulu2. Dah besar panjang ni kena fikir matang sikit la. Huhuhuh


Monday 10 February 2014

Sakit Hatiku!


Sakit hatiku
Remuk jantungku
Untuk membencimu
Musnahkan cintaku

Terbaikkkkkkkk.... walaupun tak paham kenapa scene dia amik dekat jamban. Abandoned toilet pulak tu. Bau kompom kaw2 'masyukkkkkkkkk' huhuhuhuh  

Sunday 9 February 2014

Pearl


Dah lama mencari tajuk lagu nih. Baru2 nih jek tau judulnya (memang tak salah ku beralih siaran radio dari KlasikFM ke NasionalFM kuikui). Best..... jiwang2 karat.... hahahah

Thursday 6 February 2014

"Cinta hanya wujud pada awalnya. Di pertengahan dan penghujungnya hanya berbakikan tanggungjawab dan tanggungjawab itulah yang akan kekal selamanya."
Lelaki Januari (2013) Hafizah Iszahanid

Alasan Untuk Bahagia


Sejujurnya masih ada rasa cinta
Yang tak akan putus
Kerna alasanmu untukku bahagia
Seharusnya kau sedari
Separuh jiwaku akan mati
Yang tinggal hanya
Alasan untuk bahagia

Betol ke ada orang mencipta alasan untuk mencari kebahagiaan? Atau untuk menafikan perhubungan. Tak senang nak pertahankan cinta. Lagi pahit bila terpaksa melepaskannya sedang dalam hati masih ada cinta. Argh.... sememangnya manusia ni terlalu sulit untuk difahami.  

Monday 3 February 2014

Yang Tersakiti


Masih Cinta

Tik tik tik
Waktu berdetik
Tak mungkin bisa ku hentikan
Maumu jadi mauku
Pahit pun itu ku tersenyum
Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Tik tik tik air mataku
Biar terjatuh dalam hati
Mau ku tak penting lagi
Biar ku buat bahagiamu
Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku, yang masih cinta
Kamu tak tahu hancurnya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku, yang masih cinta


Lumpuhkan Ingatanku


Lumpuhkanlah ingatanku, 
Hapuskan tentang dia
Hapuskan memoriku tentang dia
Hilangkanlah ingatanku jika itu tentang dia
Ku ingin ku lupakannya


Tuhan... bantu aku. 

Friday 31 January 2014

Lepaskan

Seminggu yang sengsara. Seminggu yang betol2 buat aku rasa aku nak terjun bangunan. Aku bergadoh dengan Hubby. Sebabnya? Biarlah kami berdua saja yang tau. Tapi aku sedih bila dia tak pernah nak memahami aku. Taknak memahami perasaan aku. Setelah segalanya aku korbankan demi dia.... masih dia meragui aku.

Lalu entah kenapa muncul kembali H. Oh... bukan dia yang muncul tiba2 tapi aku yang 'menghidupkan' dia dalam cerita cinta aku dalam seminggu ini. Aku yang mengganggu hidupnya. Bukan dia. Hari itu kami bersembang panjang. Sekadar di Whatssapp. Saling bercerita. Tapi sebenarnya lebih kepada aku buat soal siasat tentang kehidupannya kini...... Dan hari itu telah aku ketahui yang dia sudah pun dimiliki. Tahniah buat dia. Aku tumpang gembira. Seperti biasa, dia tak pernah nak menghampaka permintaanku. Gambar kekasih hati dikongsikan. Manis orangnya. Memang secocok.

Tapi dalam aku gembira untuknya, masih ada lagi perasaan tak enak yang menghantui fikiran. Ya, percaya atau tidak... aku masih menyimpan cinta untuknya. Masih belum boleh aku melupakannya. Jangan ditanya kenapa sebab aku sendiri takde jawapan. Lalu aku buat keputusan. Kami masih tak boleh bersahabat. Suka atau tidak... itu hakikatnya. Aku masih belum kuat mendepaninya. Kekadang aku rasa terawang-awang memikirkannya which is tak sepatutnya berlaku. Aku dah ada Hubby. Cukuplah pergantungan dan kasih sayang aku curahkan kepadanya. Aku taknak memilih yang lain.

Aku sampaikan keputusanku kepadanya. Mohon dia mengerti. Keputusan sukar ini di samping keadaanku yang bercelaru waktu itu memaksa aku membuat keputusan drastik sebegitu. Aku taknak buat kerja gila yakni kembali menagih cintanya. Aku boleh kalau aku nak tapi aku enggan. Aku nak lepaskan segala-galanya tentang dia. Dia dah bahagia dengan hidup dia. Tak mungkin dia berpaling dari cintanya yang sekarang.

Keputusanku itu juga didorong oleh kemungkinan yang kami boleh bertembung di jalanan lantaran rumah barunya itu terletak dalam daerah rumah Hubby. Lalu kalau bila2 kami keluar bersama2 di pusat beli belah, mungkin bisa bertembung. Mungkin waktu itu aku dengan Hubby dan dia dengan buah hatinya. Aku taknak waktu itu raut wajahku bertukar dan ketara ketidaksenangan aku. Sebab itu aku mahu bersungguh2 melepaskan dia. Setelah antara kami sudah berbaik, lalu aku fikir, takde masalah untuk aku belajar melepaskan dia perlahan lahan.

Aku ceritakan segalanya pada F apakala dia sering bersamaku saat aku perlukan rakan berkongsi cerita. Ringan bebanan yang aku rasa. Harap2 penanggungan ini juga bisa ringan. Jangan serabutkan lagi fikiranku yang sedia kusut. Cukuplah hari2 yang dah berlalu aku dibayanginya. Aku pohon sangat2 yang jejak mendatangku takkan ada sepicing pun susuk dia.

Tuhan..... bantu aku.

Tuesday 28 January 2014

Sempurnakanku


Tetiba fefeeling gegirl pulak bila dengar lagu nih *matilaaaa... elok ditikam dengan garfu plastik je*

Eraser In My Head


Baru lepas tonton muvi nih. Super sweet & super sedih. Tu je mampu komen. Huhuhuh

Friday 24 January 2014

Monday 20 January 2014

Bertahan..! Bertahan..!


Lagu ni takde kaitan dengan keadaan aku sekarang tapi titlenya ada sedikit serupa la. Aku dengan gigih terpaksa bertahan melawan kantuk. Dengan cobaan Monday blues ditambah dengan ubat yang bikin aku drowsy, perghhh.... memang bertarung melawan syahid aku dibuatnya nih.

Bertahan.. bertahan... bertahan... berta...zzzzzZZZZZZZZZZZ

Wednesday 8 January 2014

Funeral Blues

Stop all the clocks, cut off the telephone.
Prevent the dog from barking with a juicy bone,
Silence the pianos and with muffled drum
Bring out the coffin, let the mourners come.

Let aeroplanes circle moaning overhead
Scribbling in the sky the message He is Dead,
Put crêpe bows round the white necks of the public doves,
Let the traffic policemen wear black cotton gloves.

He was my North, my South, my East and West,
My working week and my Sunday rest
My noon, my midnight, my talk, my song;
I thought that love would last forever, I was wrong.

The stars are not wanted now; put out every one,
Pack up the moon and dismantle the sun.
Pour away the ocean and sweep up the wood;
For nothing now can ever come to any good.


Bicara Sang Pria (Demi Dia dan 'Dia'..)


2013 telah berlalu. Pengakhirannya agak baik pada aku. Meskipun ada sedikit pahitnya tapi tetap banyak kemanisan untuk dikenang. 

Permulaan 2014 aku mulakan tanpa ada sebarang misi dan resolusi. Aku cuba berpijak di bumi yang nyata - walk the walk. 

Kali ni aku nak berkongsi novel yang baru malam tadi aku khatam. Ambil masa few days jugak la nak habiskan walaupun bukunya nipis jer. Aku beli di Pesta Buku 1Malaysia yang lepas. 

Aku memang follow novelis ni - Hasrul Rizwan tapi tak la obses. Biasa2 jek. Tulisannya yang bernuansa urban bukan menjadi pilihan aku sangat. Aku masih pemuja bahasa jiwang2 dan menyentuh kalbu. Tapi bukan jenis tangkap leleh la. Berbalik pada penulis ni, ini kali pertama dia berkolaborasi dengan penerbitan ni - Dubook Press (DBP) - penerbitan yang menggunakan akronim yang sama dengan sebuah syarikat pernerbitan lain sebagai tanda protes pada syarikat penerbitan tersebut yang dikatakan gagal menerbitkan bahan2 bacaan dan boleh diklasifikasikan 'segan hidup mati tak mahu'. Sebelum ni buku2nya pernah diterbitkan oleh Lejen dan aku dah pun memiliki kedua2 buku tersebut. Menarik pengisiannya. 

Berbalik pada novel ni - Bercakap Dengan Jun. Masa aku nak beli novel ni, ianya diperkenalkan oleh jurujual. Aku tak perasan langsung buku ni. Sedang aku tertonggek2-terteleng2 memilih buku, si jurujual yang manis unjukkan aku buku ni. Baca blurb dia macam penuh misteri jer. Sungguh seperti "bercakap dengan Jin". 

Kisah ni bergerak perlahan pada permulaan. Di tengahnya semakin bergerak pantas dan bermula adegan suspen. Di akhirnya ada impak yang kuat. Buku ni berkisar watak utamanya yang sentiasa bercakap (dan berfikir) tanpa henti. Kita seakan terseret ke dunia si watak tanpa sedar. Kita seakan2 terperangkap dalam otaknya dan kita dapat rasakan setiap perasaannya dan kita boleh baca setiap tingkahnya. 

Aku memang kagum dengan ketelitian si penulis (dan si watak dalam menganalisa situasi). Setiap perkara diceritakan dengan sangat detail tapi tak meleret. Itu yang bagus sebab pembaca tak bosan. Penulis berjaya buat kita menemani watak sepanjang masa.

Jujur aku katakan, naskhah ni sangat awesome. A must-must-must read and a must-must-must collection. Penceritaannya sangat jujur. Takde melodrama dan tak ada sinetron. Sangat telus kecuali ada chapter yang towards the ending yang pada aku kurang ummph! Tapi cerita ni menceritakan secara jujur sisi lelaki. Sisi gelap atau mungkin sisi kelabunya yang orang jarang lihat dan tau. Watak utama dalam cerita ni bukan lelaki hebat. Bukan superhero atau most wanted hunk. Kalau dalam real life scenario, dia umpama watak picisan yang andai kita terserempak pun, haram kita nak toleh dan kesah. 

Cerita ni memang mampu buat jantan tulen pun menitik airmata. Tapi kalau jantan tu ada perasaan la. Jangan ingat cerita ni tangkap leleh. Cerita ni bukan cerita cinta. Bukan cerita jiwang karat. Tapi cerita ni suci lagi telus. Cerita tentang perkongsian rasa. Memiliki dan memiliki. 

Akhir kata, aku nak ucapkan terima kasih pada penulis sebab berjaya menghasilkan naskhah yang super awesome. Memang lepas ni aku akan jadi peminat tegar ko la bro! Tahniah lagi sekali.