Thursday 21 March 2013

Nasehat Nenek


Lepas semua angan tinggi melayang
Coba menghindar dari kenyataan
Mikirin hidup yang nggak karuan
Malah bikin bingung nggak pernah ada jawaban

Semua menjauhi
Lelah hati terus begini
Jenuh mencoba putus asa
Merasa diri seolah tak punya arti

Tapi teringat nasehat nenek
Orang hidup harus punya tujuan
Nggak perlu malu hadapi kenyataan
Jangan hidup ini cuma jadi beban

Ternyata nasehat nenek benar
Nggak boleh malas
Ternyata semua harus dikejar
Dan matahari pun bersinar

Gila lama tak dengar lagu nih. Asek2 kalo layan band ni, asek dengar lagu Salam Rindu and Sakit Hati jek. Last layan masak form 5 around 2002. Maknanya dah dekat 11tahun. Time ni zaman nerd tapi layan lagu ska. Selamat tak berapa berduit nak alter seluar bagi kecut2 and pakai spek oldskool. Habis2 pn setakat menari macam orang lalok sambil tendang2 dalam dorm. Gilo tol masa tuh! Tapi best. Hikhik
Lagipu, talking bout the song, lagu dia bukanlah kosong. Sama juga macam kebanyakan lagu alternatives or nonmainstreams lain, lirik dorang ada makna. Bukan lagu jiwang2 pasal cintan cintun. Macam lagu nih, pasal facts of life macamana nak survival. Simple yet meaningful. I like. ^^

Ditakdirkan Kita Bersama



Tak pasti siapa yang tersentuh
Bila terserempak tempat kita bertemu dulu
Adakah ku yang khayal kehadiranmu
Atau sememangnya kau di sini
Kedatanganku ini sekadar menyisip suasana
Dan bukan untukmu semula...

Untukkah siapa yang bersalah
Tertanya-tanya siapakah yang lebih luhur setia
Hanya pandai berjanji sewenang-wenang
Untuk semalam dan hari esok
Tapi engkau terlupa
Engkau yang terlalu kecewa
Sehingga berhari di sini

Pedih melihat engkau begini
Penawar tidak berguna lagi
Sedih sekilasnya engkau menoleh aku
Riak duka yang tergambar
Kau menyesali tingkahmu
Tinggalkanku di waktu senangmu

Simpati jiwa bukannya alasan
Kala mata kita bertentangan
Ku sedari aku pun begitu
Merindui belaian kasihmu
Sedari dulu andai pasti
Ditakdir kita bersama

Andainya kita ditakdirkan berdua

Setiap kali dengar lagu ni musti jejiwang. Lentok tepi tingkap sambil memandang ke awan la... lentok tepi cermin sambil carik2 kelopak bunga la (sangatlaaaaa macam berlakon dalam videoclip. hikhik). Tapi aku memang suka gila lagu nih. ^^

Monday 18 March 2013

Sick of Tired


Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
Kulari ke pantai kemudian teriakku
Sepi, sepi dan sendiri aku benci
Ingin bingar aku mau di pasar
Bosan aku dengan penat
Enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika kusendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih
Kenapa tidak kau goyangkan saja loncengnya biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan
Belok ke pantai?

Saturday 16 March 2013

C's In Life

Break Up Quote


Buat masa ini, bukan ini yang terjadi padaku. Huhuhuh.. Saja gatal2 letak. Macam menarik. 

Live Life

The One

Mari bercakap soal pilihan dan kecenderungan. Dan citarasa. Rasa orang berbeza. Demand pun berbeza2. Dan bila bercakap soal pilihan, berapa banyak pilihan yang kita ada? Dan berapa banyak kita mampu atau dibenarkan memilih? Bolehkah kita tamak dan memilih semua andai semua pilihan yang ada itu kita suka? Kawan aku sering bertanya, sampai bila nak jadi macam ni? Aku takde jawapan. Tanya dia lagi, kalau hubby aku kahwin suatu hari nanti macamana, what will happen to me? Jawabku, I'm happy for him dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia. Untuk aku, belum terpikir lagi.

Aku bukan tak pernah mencintai seorang hawa. Pernah jek. Dan pernah juga aku merasa sakitnya bila putus cinta dengan seorang hawa bila aku mengharapkan she's the one for me. Memang aku frust menonggeng masa tuh. I gave up everything for her. Tapi jodoh itu bukan milik aku. Dan bukan sebab dia aku jadi begini. Aku tau ini aku sejak azali. Aku tahu kecenderungan aku. Tapi untuk memiliki kedua-duanya, maaf, itu bukan cara aku.

Manusia tak pernah diberi pilihan untuk memilih lebih dari satu. Hati itu satu walau boleh dibelah2 dan diberi pada orang. Tapi asal kewujudannya tetap satu. Penah sorang PLU bertanya aku, kenapa orientasi aku begini. Taknak cuba cara baru ke, menjadi yang satu lagi? Pantas aku menjawab, NO! Aku tak perlu nak berfikir panjang sebelum menjawab sebab aku dah tau jawapannya. Orang lain mungkin seronok merasa nikmat kedua2nya tapi bukan aku. Jawapan hanya ada satu. Sentiasa satu. Apa2 pun pilihan, hanya satu kita boleh pilih!

Pernah seseorang approach aku, kami berkawan dan kami mesra. We get along tapi sampai satu tahap, aku dapat tahu yang dia dah berkahwin cuma isterinya tak tinggal bersama. Mulai dari situ, aku mula meletakkan jarak. "Kita tak lebih sekadar kawan", itu syaratku. Tapi dia mendesak supaya aku tak tinggalkan dia apabila dia mulai senang dengan kehadiranku. Mulanya aku goyah tapi memikirkan consequencesnya, aku terpaksa menolak. Ini bukan jalannya. Ini bukan jawapannya. Aku tak boleh biarkan dia tamak. Dan aku tak boleh kejam menyuruh dia memilihku dan meninggalkan isterinya. Ini namanya kerja gila! Lalu begitu kuputuskan. Kalau sampai aku kehilangan sorang teman pun aku redha tapi tak sanggup aku melukakan insan lain.

Poligami itu sah di dalam Islam. Tapi tanyalah pada sekalian Hawa yang ada, berapa tegarkah mereka dimadukan? Sedang sesama Hawa mereka tak sanggup dimadukan, inikan pula bila mengetahui pasangan sendiri curang secara luar tabii?! Aku sering meletakkan situasi sebegini - 'apa akan terjadi kalau itu berlaku kepada keluargaku sendiri? Misal kata ayah sendiri?'. Dare enough to handle that kind of situation?

Sebab itulah aku ambil pendekatan, jangan buat pada orang kalau taknak orang buat pada kita. Selalu aku peringatkan Hubby, kalau ditakdirkan dia memilih untuk bersama seorang Hawa, setialah pada dia seorang. Hargailah dia meskipun dia tak pernah tahu sejarah hitam pasangannya. Terimalah seadanya. Dan andai kata suatu hari nanti aku dibukakan hati, juga aku memohon semoga apa yang telah berlaku, biar menjadi sejarah. Tak perlu diulang. Mungkin bukan senang untuk berubah. Benda jahat memang sedap, kata orang. Tapi berubahlah kalau itu membawa kepada kebaikan.

Mungkin tulisan aku kali ni hasil daripada apa yang aku nampak semalam. Kalau betul telahanku, maka ini sahajalah nasihatku kalau ditakdirkan dia membaca. Semoga ALLAH memperteguhkan hatinya. Dan semoga dia berbahagia senantiasa di bawah lindunganNYA. Amin.

Friday 15 March 2013

Alhamdulillah~

ALHAMDULILLAH...
Akhirnya selamat sudah bertemu mak tiri. Dia punya heartbeat memang tak tau nak kata. Lutut semua habis goyang macam orang berlari 1000km jek. Alhamdulillah berkat hari Jumaat yang penuh barakah, DIA permudahkan segalanya. Aku kalau boleh taknak create any drama now of after I'm leaving. Biarlah segalanya berjalan secara baik. She has been so nice to me for the past 2 years. I learnt so much from her and this company. Even though sometimes her behavior irritates me but yet, dia tak pernah menghuru-harakan hidup aku. Well, aku pun kekadang annoying juge. Everyone has a dark side maaa.....

Alhamdulillah she took it positively. Takde naik2 suara or interrogate me with so many questions. Aku tau dia sedih tapi dia cover (padahal entah2 dia tak heran tapi aku yang perasan) but I like her last word, "I can't stop you from progressing". And it is perfectly correct. I have to make progress. I have to develop myself. I can't just remain at this point as it getting duller. You can increase my salary but you can't increase my experience. So for that, I have to find and open new book.

Diharapkan segalanya dipermudahkan. Haiyooo tak sanggup nak membayangkan minggu depan bila students aku start serbu bilik bila dapat tau pasal ni. Jenuh la nak menjawab 1001 soalan dorang. Belum lagi yang part marah2 and pressure aku tak bagi pergi. Sedih jugak bila kenangkan bebudak nih. Dapat ke pengganti aku nanti paham dorang macam aku? Dapat ke dorang bergelak sakan dalam kelas macam dengan aku nanti? Doa2 biarlah yang bakal menggantikan aku dapat jaga dorang baik2. Aku sayang dengan dorang. Walaupun ada yang kacang hantu... ada yang degil tahap nauzubillah. Tapi dorang rapat dengan aku. Takpe la, ada rezeki boleh berjumpa lagi. Lagipun bukan aku berpindah jauh pun. Tukar compay jek. Tapi tetap aku di bandar ni jugak. Malas nak bertukar ke tempat lain dah.

Apa Saja Mendatang


I'm touched. It's really sweet. But yet still cant beat the original version. Heheheh

GILA!

Ya, aku gila!!! Aku gila bila berani buat kerja gila balik! "Inchey, anda memang tempah maut!" Benda yang ku dah janji taknak buat tapi ku mungkiri. *mintak2 la malam kang aku tak mengigau*

Dah la cukup dengan aku yang tengah dupdap2 macam nak putus nafas dibuatnya sebab nak hand-in resignation letter aku hari ni. Again, even dulu pernah berdepan dengan situasi macam ni (refer balik surat lama lebih kurang2 dekat tarikh ni la) tapi mak tiri ku counter offer. But not for this time. Rasanya memang dia takkan mampu nak bayar apa yang aku bakal dapat ni (berlagak sungguh bunyinya) plus, scholarship PhD yang dijanjikan dah mengaburi mataku.

Apa2 pun, semoga yang telah terjadi, sedang terjadi dan bakal terjadi membawa hikmah buat aku dan insan2 di sekelilingku (yang masih dan pernah hadir dalam hidupku). Aku tak boleh merubah masa silam. Semua insan berhak mendapat kebahagiaannya dalam caranya tersendiri sebab ini rahsia Tuhan.

Monday 4 March 2013

Bengang

Aku rasa siapa2 pun akan bengang bila ahli keluarga sendiri dimalukan. Aku tak kata keluarga aku baik sangat or bagus sangat sampai tak boleh diusik langsung tapi pada aku, apalah gunanya nak mengaibkan orang lain. Bukan ada manfaat langsung pun. Menambah dosa lagi adalah.

Dan aku paling pantang bila benda2 ni semua buat emak aku sedih. Aku sedar yang aku sendiri bukan anak yang baik. Bukan jugak adik/abang yang baik tapi aku cuba menjaga mereka sebaik mungkin. Aku nampak dingin tapi aku selalu menghulur pertolongan saat diperlukan. Aku memang jahat mulut tapi apa yang aku cakap bukan untuk memburukkan orang tapi untuk menyedarkan. Hubby kata, biar orang buat kita asal kita tak buat orang. Aku tak buat orang even aku takde nak kacau2 orang. Tapi bila aku bercakap, aku bercakap untuk kepentingan aku dan keluarga aku.

Sebelum kita ada terlintas nak buka pekung orang, sepatutnya tengoklah kelemahan diri sendiri dulu. Takde manusia yang sempurna sebab kesempurnaan itu milik ALLAH. Kalau ikutkan, macam2 keburukan dia aku boleh cerita pada orang tapi nak buat apa? Tak perlu aku nak merendahkan martabat aku seperti dia. Ini mungkin bahagian aku dan aku pasti ALLAH dah tetapkan bahagian dia. Satu aib yang dia buka, sepuluh aibnya akan diperlihatkan.

Kadang2 aku tak paham dengan kerenah manusia ni. Buat baik salah, buat jahat lagilah dibenci orang. Kita anggap anggap seperti saudara tapi dibuatnya kita seperti seteru. Entahlah....