Saturday 31 March 2012

Tanpa Tajuk XVI

Ok.. aku admit hari tu aku stalked blog H. Hati aku meronta2 nak tahu bagaimana keadaan dia sekarang tapi bila aku open blog dia, tak banyak yang aku dapat. Tweeter dia pon camtu gak. FB dia memang dia wat private. Kalo Tagged lagi la, memang aku dah 'haramkan' diri aku masuk. So, he seems quiet dari sebarang medium yang leh aku access keadaan. Tapi doa aku, semuga dia sehat dan berbahagia hendaknya dalam apa yang diperbuatnya. Baik soal kerjanya, studinya mahupun kehidupan peribadinya. Kekadang dalam hati ni, berharap dia akan kembali hubungi aku.... at least as a friend. I miss him, seriously. Aku nak kami berkawan macam dulu2. Tapi aku malu untuk memulakannya. Aku sedar, semua ni berpunca dari aku. Entah lah.... memang takde jodoh kami. Nak diperbuat apa lagi. Aku sekadar mampu mendoakan yang terbaik untuk dia. Semoga ALLAH sentiasa melindungi dia.

Pemboros

Aku sedar.. aku sebenarnya sangat boros. Aku boleh ajar orang macamana untuk berjimat tapi sebenarnya aku sendiri pemboros. Aku bukan kaki shopping sebenarnya tapi bila aku dah mula shopping, aku jadi tak ingat dunia. Heheheh..... Dah macam aku ni ada multiple personality plak. Aku akan jadi shopaholic bila emosi aku terganggu. Contohnya, masa aku kerja as customer service consultant dulu aku kena marah dengan customer sampai mood aku terus down, balik kerja aku terus pegi shopping complex dekat dengan tempat aku kerja. Nak dijadikan cerita, gaji baru masuk. Terus aku nyoping. Tapi bukan beli banyak barang pon. Aku beli perfume yang sampai skang aku still guna (ni dah botol yang ke-4). Memula regert la sebab harga dia pon dekat RM300++ satu set tapi sebenarnya it's worth it. Aku dapat macam2 sebab masa tuh perfume tuh blom famous lagi. Aku among the earliest yang guna. So macam2 merchandise aku dapat termasuk beg.

Kelmarin, ada shopping complex baru bukak dekat tempat aku. I missed the first day sebab kena pegi camping. Tapi petang semalam, sampai je rumah, makan2, kemas2 barang... terus aku shoot ke sana. Masa tuh baru pukul 3lebih. So jalan tak jem lagik.  Masuk je shopping complex tuh, aku pun mulakan la operasi. Penat tawaf satu building, aku berhasil beli beg, baju kerja, tie dan seluar pendek. Lepas tuh masuk Watson beli barang2 toiletries. Dan kemudian, masuk kedai Jepun beli benda2 yang 'sedikit berfaedah'. Tapi aku sedih, kedai Jepun tuh tak banyak jual produk Lilo & Stitch. Best lagi kedai Jepun yang aku selalu pergi tuh. Huhuhuhu..... Dan sebenarnya, tujuan utama aku ke shopping complex tuh adalah sebab nak beli baju kemeja kasual kat Cotton On. Tapi sedih... dorang belum boleh terima kad kredit. Hampaaaa...

Overall, aku dah banyak menyoping sebanarnya dalam bulan ni saja. Jenuh aku nak kena saving balik. Tapi takpe la, bila aku shoping, aku jadi relax. Aku tak pikir pape. Lagipun lepas ni, nak tutup buku dah. Dah cukup barang keperluan yang aku nak beli (kecuali netbook baru, printer dan smartphone).

Tuesday 27 March 2012

Ntah Hape2...

Baru aku perasan... kenapa la aku buat column for followers sedangkan aku buat blog ni bukan untuk bacaan umum. Aku sendiri tak pernah nak promote blog nih sebab it's sort of my diary. Tempat aku nak luah perasaan aku. I'm not into writing in diary cos I know my handwriting is god-damn-freaking-hedious!! Tengok tulisan sendiri pon malu. Huhuhuh Plus here I can put pictures, songs, clips and macam2. So, it's even better maaa....
Rasa2 aku, aku jek yang dok bukak dan baca (gile obses pada tulisan sendiri). Gilo... huhuhuh

Immortal


Aku bukan kaki citer action pack. I'm a peacemaker maaa... Aku tak suka violence. Tapi bukanlah aku tak tengok langsung. Lagikan kartun Happy Tree Friends tuh pun aku tengok. So, tahun lepas aku tertarik dengan this film - Immortal. Aku tengok preview dia masa tengok wayang citer hape ntah. Nak kata aku minat hero dia, tak juga (pasalnya kadang2 aku suka tengok cite pasal hero dia hikhik). Tapi aku jadi suka kat citer ni pasal jalan citer dia. Nampak macam best. So, bila aku turun KL jumpa H, aku ajak dia tengok citer nih. Masa tuh dia ajak tengok citer lain. Tapi aku insist gak nak tengok citer nih. 2hari berturut2 tak silap kami tengok wayang. 1st day citer Puss in Boots and the next day, citer Immortal. Overall, memang aku suka gila tengok citer nih! I'm totally in love with this film! To me, everything is tip-top. Flawless! I like everything about this film. Tapi masa tengok wayang, ada few scenes yang dipotong. Mungkin sebab terlalu ganas. Full of bloods. So, kami macam tak berapa puas la. Sebab macam when it almost reach the climax, suddenly it's been cut. Potong stim tol! So, aku mintak H tolong downloadkan film ni tapi kata dia, citer nih baru lagi. So mungkin takde. So, I said ok.
After we clash, aku tak boleh la nak harap pada dia tolong carikan this film. So, aku bergerak solo. Pegi la ke kedai2 cari tapi hampa. Orang dah banyak beli. Tak sangka ramai gak yang suka citer nih. Tapi alhamdulillah, recently, student aku bagitau dia ada citer nih. Aku tanya gambar clear tak and he nodded his head. Aku pun apalagi, mintak la. Dan semalam, aku dapat tengok akhirnya versi tak dipotong. Gilaq ah!!! Memang terbaik da bom!! Real nye ganas citer nih. Scene orang kena kelar kat leher, gadoh2 sampai pecah kepala.... wallawei.... gila real!
Pendek kata, ini memang the first action movie yang aku suka. Sangat best!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

Minggu Gila

Seminggu ni adalah minggu gila dan hectic buatku. Macam2 benda nak kena buat. Contoh macam hari ni kena bawak budak2 pegi inject typhoid. Petang lak nak kena entertain visitor dari Switzerland (oh Tuhan, mintak2 beliau nih tidak la suka bercakap sangat dan bukan guna accent Aussie-Swiss-UKnya yang memeningkan). Esok pagi ada charity visit ke sekolah kanak2 terencat akal. Pada aku, yang penatnya nanti bukan handle budak2 terencat akal tapi letih nak handle yang 'terlebih' akal. Nama je dah besar panjang tapi perangai nauzubillah. Khamis dengan Jumaat lak kena ikut gi camping. Orientation program tempat kerja aku. Hadeh..... aku suka outdoor activity macam ni tapi aku suka bila pegi dengan kengkawan. Ini aku pegi sebab kena monitor bebudak. Adoi.... jangan dorang nih buat giler sudah. Aku luku kepala sengsorang nanti. Huh! Adoyai.... dah la minggu depan aku dah start ada kelas malam. 2 malam lak tuh. Tapi takpe la.... dah lama sangat aku menjoli. Idop girang gembira je dalam opis sampai orang pelik aku ni kerja ke tak. Huhuhuhuh

Monday 26 March 2012

Sesal Mendua


Lagu ni takde kait mengait pon dengan aku tapi aku suka lirik dia. Sedap pada halwa telinga aku.

Wherever U Will Go...


If I could, then I would
I'll go wherever you will go
Way up high or down low
I'll go wherever you will go


If I could turn back time
I'll go wherever you will go
If I could make you mine
I'll go wherever you will go

Friday 23 March 2012

I Ran But Tripped Again...

Tak bersyukurkah aku dengan apa yang telah DIA kurniakan?! Telah begitu banyak nikmat DIA berikan berbanding amal ibadatku. Aku punya segala-galanya yang aku impikan. Tapi entah mengapa ada ruang kosong dalam hati ini. Ada rindu yang masih bertamu. Telah banyak ku perbuat agar 'perasaan' itu mati tapi entah kenapa, ia tak pernah berhenti membelenggu. Aku dihantui 'perasaan' ini. Kekadang, ingin sekali aku mendail nombornya dan mendengar suaranya. Atau sekadar menitip SMS. Tapi aku sedar segalanya telah berakhir. Apakala aku sudah punya Hubby. Aku tak mahu menyakiti perasaannya. Dia terlalu baik untukku. Tuhan, kekadang aku rasa aku tak mampu menanggung dugaan ini. Serasa terlalu berat. Kenapa aku tak betah melawan dugaan ini sedang dulu aku kuat???? Tuhan...............

Wednesday 21 March 2012

Sunday 18 March 2012

La Tahzan II

"Wahai masa lalu yang sudah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tidak akan menangisi kepergianmu dan kamu tidak akan melihatku termenung sebentar pun untuk mengingatimu. Kamu sudah meninggalkan kami semua, pergilah dan jangan kembali lagi.

Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban. Maka aku tidak akan bermain dengan khayalan dan memperjudikan nasib hanya kerana satu agakan. Aku juga tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, sebab hari esok mungkin tidak ada; esok adalah sesuatu yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun daripadanya yang dapat disebutkan."

La Tahzan, m/s 19

La Tahzan

Jiwaku sedikit kacau. Sayu je terasa diri ini. Terasa macam terlalu banyak yang hilang dari hidup ini. Lalu aku jadi rindu pada kesemuanya. Kesenangan dan kebahagiaan yang aku kecapi sedikit demi sedikit pergi meninggalkanku. Aku tau tiada apa yang kekal tapi aku belum cukup kuat untuk menerima segala keadaan ini. Semalam, sebelum aku bersiap2 pegi keja, aku tengok drama "Aku Terima Nikahnya" di Astro Oasis. Citer favorite aku sebab ceritanya berbentuk islamik tapi penuh humor. Episod yang aku tengok tuh berkenaan watak utamanya yang bersedih bila kekasihnya berlaku curang. So beliau asyik berduka lara. Lalu beliau dibawa berjumpa Ustazah Asni Mansor. Antara lain nasihat Ustazah Asni adalah.. "Setiap dugaan yang diturunkan ALLAH adalah mengikut kemampuan setiap manusia. Itu bahagian dan hak dia. Bila ditimpa dugaan, kita kena pasrah dan redha. Tak guna berkata pasrah tapi tak redha yakni masih meratapi dugaan tersebut." Jadi di sini aku belajar satu perkara. Ya, mungkin selama ni aku pasrah tapi aku tak redha. Aku terima segala yang berlaku tapi aku masih meratapinya. Masih belum 'mahu' melepaskannya. Lalu, masa break time kerja, aku berkesempatan ke kedai buku. Dan aku tertarik pada buku ni - La Tahzan (Jangan Bersedih). Mungkin apa yang aku cari boleh aku dapati di dalamnya dan mungkin jawapan pada permasalahanku ada di dalamnya. Amin.

Friday 16 March 2012

Bicara Hati


Novel nih berabad lamanya aku dah baca. Masa aku diploma dulu kot. Sampai tak ingat langsung jalan cerita dia macamana. Tup-tup dah jadi drama bersiri. Yang penting, tak pernah satu episod pun aku tengok. Entahlah, selepas aku dikecewakan oleh drama Gemersik Kalbu (walaupun yang berlakon tuh, teruna pujaanku - Aqasha), aku semacam jadi serik nak tengok drama2 adaptasi novel nih. Tapi aku suka soundtrack dia. Soft and soothing. 

Ukulele

Aku dah lama menyimpan hasrat nak ada hobi lain selain yang aku ada sekarang - tido dan baca novel. Bersukan? Urgh.... memang tidak la! Aku sedari zaman batu lagi memang kaki bangku. Tapi dulu aku wakil sekolah untuk bola baling masa sekolah rendah. Bola sepak pon aku boleh hentam keromo jek walaupun bila tendang tuh tonjol. Hohoho....

Dan kini, aku seperti berminat untuk bermain alat muzik. Aku minat muzik. Suka mendengar terutama lagu2 lama dan berentak sentimental. Sebab tu la radio pilihan aku adalah Klasik Nasional dan Lite-N-Easy. Time sekolah dulu aku aktif jugak bermuzik. Main rekorder. Hahahaha.... Walaupun sekadar alat muzik bodoh, but to me it's still nice. Merasa jugak la buat persembahan depan orang ramai. Tapi bila dah masuk sekolah menengah, aku tak lagi belajar muzik. Yelah, dalam kurikulum sekolah menengah mana ada kelas Pendidikan Muzik. Dan lagi, sekolah aku biasa2 jek. So memang takde kelas muzik, jauh sekali bilik muzik.

Tiba-tiba aku seperti datang ilham untuk kembali belajar muzik. Kembali menyelak not2 muzik. Kembali memahaminya. Dan kali ini, aku seakan berminat nak belajar alat muzik bertali - ukulele. Aku sedari dulu memang lebih suka kepada muzik instrumental dari yang alat muzik elektrik. Sebab bunyinya lebih syahdu dan lebih tangkap lentok. Ingat lagi masa studi diploma, sorang roommateku pandai main gitar. Gitar kapok. Selalu aku suruh dia mainkan untuk kami bila tengah2 malam dan lepas stress studi. Lagu favorite yang selalu aku mintak dia nyanyi adalah Kasih Tak Sampai by Padi. Memang kasi feeling berabis setiap dengar.

Ok, berbalik pada uke. Aku mula jatuh cinta dengan uke bila aku tengok Lilo & Stitch. Setiap kali aku dengar petikan uke, terasa aku terbuai. Hanyut dalam cerita tuh. Terasa macam aku ada di Hawaii bersama Lilo & Stitch. Lagipun muziknya terasa 'hidup'.

Tapi terpikir gak, ada ke orang jual uke kat tempat aku nih?? Berapa harganya kalau nak beli? Dan lagi, kat mana aku nak belajar? Huhuhuhuhuh

    

Thursday 15 March 2012

Lembaran Buat Dia - Tinta Terakhir

Dear H,

Fikiran saya sedikit terganggu. Entah kenapa, malam ini saya cuba muhasabah diri saya dengan apa yang telah berlaku antara kita. After all that we have been through and what I've gone through alone, I think it did not reach my conscience of which I neglect the relevance. Selama tempoh 'dingin' kita, saya tak habis2 cuba mencari kesilapan awak dan bertanya2 kesilapan saya. Pada hakikatnya, saya bertanya tapi tidak mencari. Itu kesilapan saya. Saya menilik tapi tidak memuhasabah. I act like I'm the victim but the fact is that, nobody's is the victim. And you have to pull yourself as the vicious person to calm the situation. I'm truly sorry.

Sedari dahulu sepatutnya saya menyedari hakikat antara kita. Kita sama2 pernah dikecewakan dan mungkin pada saat kita berkenalan, kita kesunyian. Tapi kita alpa, perasaan 'halus' ini tak pernah hadir sendirian. The famous L word. For us, we believe it stands for Love but we never think that it may only stands for Lust. Kita ada nafsu. Ada kehendak yang hendak dipenuhi. Kehendak untuk disayangi. Tapi apakah kita berkehendakkan untuk menyayangi? Saya terlupa bertanyakan itu pada diri saya.

Kita cuba saling menyelami perasaan masing2 dan cuba mengenali kesukaan dan kebencian masing2. Dulu saya percaya, manusia itu dilahirkan untuk mengisi kekurangan. Apa yang bertentangan itulah yang menjadikan ia sempurna dan indah. Kita lalui hari2 dengan indah. Penuh dengan warna pelangi. Tapi sekali lagi saya terlupa, bukan senang nak mengubah seorang saya untuk menerima perbezaan. Saya tak menolak kekurangan tapi saya bermasalah berhadapan dengan pertentangan. Opposition makes me nervous. I don't know how to act and react. Di awal perkenalan, saya cuba menjadi seorang yang sangat fun dan open. But the truth is, I'm not that kind of person. I'm discreet to show my emotion. Saya kaku hendak menunjukkan emosi. I'm afraid of rejection. Saya cuba hendak menjadi romantis tapi saya takut penerimaan awak.

At the time I was really feel like to hold you tight and to kiss you dearly, I have to pass it on. The reason why? Saya tak tahu penerimaan awak. Saya terlalu berfikir. Saya tak berani hendak melangkah. A step forward I made towards you is actually two steps backward I made to hide my trauma. Saya terlalu ingin sangat membelai dan dibelai tapi saya takut. Sebab itu saya hanya berani belai awak tatkala awak tidur. Dan jika awk pernah perasan, saya jarang amat tidur lena setiapkali kita bersama. Kenapa? Sebab hati ini berdebar2. Terlalu sayang hingga tak sanggup kehilangan. Saya selalu percaya, my hero is the one that makes me feel safe while I sleep. Tapi kenapa perasan itu tak pernah ada??? Apakah saya meragui cinta awak????

Saya perasan, saya jadi lembik dan terlalu bergantung pada awak bila kita bersama. Saya tak lagi tahu membuat keputusan sendiri. Saya jadi lemah. Saya jadi lembik. Dan saya jadi manja. Selalu sangat ingin mengendeng pada awak. Saya jadi pak turut. Bukan maksud saya, awak 'merosakkan' saya tapi sebenarnya saya merosakkan diri saya sendiri. Saya hilang diri saya sendiri. Dan kerana itu, awak jadi lemas dan bosan dengan saya. Saya menjadi sorang yang membosankan di mata awak.

Layanan awak tak pernah kurang. Saya masih boleh nampak cinta di mata awak. Mungkin benar kata awak, ia tak menurun cuma mendatar. Dan saya pula terlalu terburu2 memohon noktah atas hubungan ini. Tak pula saya cuba hendak menyemarakkan ia semula. Dan tak juga saya cuba tarik awak ke permukaan sedang awak mengadu mulai tenggelam. Ternyata, saya yang bersikap mementingkan diri. Maafkan saya.

Maaf kerana terkadang saya menaruh syak wasangka pada awak. Mungkin bila ada yang mengacum kewarasan saya, menjadikan saya mudah hilang pertimbangan. Sedang awak berlaku jujur dengan segala yang awak perbuat namun masih saya menaruh syak. Awak terlalu sempurna. Ramai yang menginginkan untuk bersama awak hingga ada yang memandang sebelah mata terhadap saya. Mulanya saya anggap ini adalah bara2 cemburu. 'After all out there, you chose me', itu kata2 buat pengubat lara saya. But then, sedikit demi sedikit saya goyah. Saya sedar saya tak punya apa2 yang istimewa. Banyak nista dan kekurangan saya. Tambahan pula banyak pilihan terentang untuk awak. Perbezaannya begitu ketara. Apa yang awak inginkan mungkin ada pada mereka. Bukan pada saya.

Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts, instead. Mungkin betul apa yang cuba diungkapkan oleh lirik tersebut. Awak tak pernah menjanjikan apa2 cuma pernah berkata, kita cuba perbaiki kelemahan yang ada. Cuba lengkapkan kekurangan masing2. Itu kata awak dulu. Dan silap saya kerana terlalu hanyut dalam perasaan sendiri. Maaf kerana tanpa sedar saya terlalu 'bermurah hati' memberi hingga tak tahu samaada awak sudi menerima.

You are one of the great men I have ever known. Saya bangga kerana pernah mengenali insan seperti awak dan saya bertuah sebab pernah dicintai oleh awak. Mungkin sebab itu hati ini masih berbahagi untuk melepaskan segala kenangan tentang awak. Meskipun saya bersama insan lain sekarang tapi kenangan bersama dahulu sedikit2 mengganggu fikiran. Saya jadi rindu pada waktu itu. Tapi saya tahu, segalanya telah berlalu. Dan takkan mungkin berulang kembali.

Saya pinta lembaran ini bisa menutup segala kenangan kita. Kita masing2 sudah punya kehidupan tersendiri. Saya percaya, kini awak sedang berbahagia dengan kehidupan awak. You are loveable. Tak susah untuk orang jatuh cinta pada awak dan tak mudah untuk cinta menghindari awak. Saya nukilkan lembaran ini, memohon jiwa ini dibersihkan dari sebarang rasa mazmumah. Saya pernah cuba ingin membenci awak dengan harapan lebih mudah untuk saya melupakan awak tapi ternyata sukar. Jadi saya percaya, ada kesilapan di pihak saya yang tak cuba saya teroka. Terkadang pernah tangan ini ringan sekali ingin mendail nombor awak atau berkirim SMS tapi saya sedar, saya yang meletakkan noktah atas segalanya. Dan saya yang memilih untuk pergi jauh dari hidup awak. Sementelah, saya tak fikir cukup kuat untuk menjadi seorang 'kawan' sedang perasaan saya masih kuat pada awak.

Maafkan saya atas semua apa yang pernah berlaku dan yang sepatutnya berlaku tapi tak berlaku. Mungkin ada angan2 dan harapan yang tak tercapai, maaf, memang saya bukan yang tercipta untuk awak. Awak adalah mimpi indah saya. Dan seperti selalunya, mimpi indah itu tak pernah lama. Terima kasih atas manisnya perasaan yang pernah teruntuk untuk saya. Selamanya, manis itu tetap ada saya sematkan di lubuk paling dalam. Andai dahulu saya mohon dilepaskan agar saya bisa tenang, namun kini saya yang seharusnya melepaskan awak dengan rasa tulus ikhlas dari lubuk hati saya. Namun maafkan juga saya pohon seandainya cinta ini masih belum mampu saya buang. Apakah rasa cinta ini masih kuat atau ada sebab lain, saya sendiri tak punya jawapan. I will just let it fades away as time goes by.

H, terima kasih atas segalanya. Semoga awak terus berada dalam limpah kurnia rahmatNYA. Amin.

I will always love you...

Wednesday 14 March 2012

Everybody's Changing


You say you wander your own land
But when I think about it
I don't see how you can
You're aching, you're breaking
And I can see the pain in your eyes
Says everybody's changing
And I don't know why

So little time
Try to understand that I'm
Trying to make a move just to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody's changing
And I don't feel the same

You're gone from here
And soon you will disappear
Fading into beautiful light
Cause everybody's changing
And I don't feel right

So little time
Try to understand that I'm
Trying to make a move just to stay in the game
I try to stay awake and remember my name
But everybody's changing
And I don't feel the same

Yeah, everybody's changing. Same goes to love and passion. Sooner or later.... 

You Needed Me

This song is beautifully constructed. The melody and lyric is just perfectly match. No so heavy for people to understand and and not so light to endure. The message of this song is directly convey to the listener.I learn so much from this song. The title itself is "You Needed Me" is like saying that the other person aka our partner is depending on us but the reality is that, this song show how much we are depending on our partner. How much I depend on my partner. All along in the relationship, it's how we bargain, we tolerate and we give-and-take to make sure the relationship succeed.

Aku teringat cerita Azura versi terbaru ni. Antara lain dialog Zack kepada bapanya.. "Dia bukan sekadar isteri. Dialah kawan, dialah cikgu dan dia jugalah shabat baik." I was touched by the dialogue actually. Same goes in the part where the father asked Zack, 'if in one fine day there is a girl that is much perfect than Azura, then what you gonna do?' and Zack with confident saying that he still stick with Azura and by that time the father smashed him - "that is exactly what your grandfather told your great grandfather when he wanted to marry your grandma but after few years he met someone else and that's how I told your grandfather when I met your stepmother, and then after 3 months I met your mum."

I was stunned with the father's statement. Yeah, that's the reality bite. You can promise to the moon and back but then, it's not you that decide the destiny. No matter how much you try to be firm with your stand but if that's what GOD's will, nothing much we can do. But when it comes to that situation, at least we need to try. Don't just let go with the flow. If we really want the love and we love the person, we should fight for it. Fight if we think it's worth it.

Who are we actually to decide who we can fall in love with and who's cannot?! To be with the person and take him dearly to our heart as the number one, it's not easy. People say, look for the chemistry. Look is just a bonus point. But still, biarlah sedap mata sendiri memandang. Itu yang penting. Dari mata turun ke hati. That's why people came out with the term 'love at the first sight'.

All in all, we need someone. No matter how much we convinced ourselves and others that we can stand up alone, we still need someone. A shoulder to lay head on. An ear to listen. If not a lover, at least we have a best friend. Or a pet. We need 'em. Because in the end, as much I need them, they also need me.  

I cried a tear
You wiped it dry
I was confused
You cleared my mind
I sold my soul
You bought it back for me
You held me up
You gave me dignity
Somehow you needed me
You gave me strength
To stand alone again
To face the world
Out on my own again
You put me high
Upon a pedestal
So high that I could almost see eternity
You needed me
You needed me

I can't believe it's you
I can't believe it's true
I needed you
And you were there
And I'll never leave, why should I leave?
I'd be a fool
I finally found someone who really cares

(You needed me)

You held my hand
When it was cold
When I was lost
You took me home
You gave me love
When I was at the end
And turned my life
Back into truth again You even called me 'friend'

You gave me strength
To stand alone again
To face the world
Out on my own again
You put me high
Upon a pedestal
So high that I could almost see eternity
You needed me
You needed me

You needed me
You needed me
Oh, yes, you needed me
You needed me 


Monday 12 March 2012

Kokoro No Tomo

Ai wa itsumo rarabai tabi ni tsukareta toki
Tada kokoro no tomo to watashi o yonde
(Love is always a lullaby when you become tired of the journey
 With the friend in your heart call me
)
Anata kara kurishimi o ubaeta sono toki
Watashi nimo ikiteyuku yuuki nga waite kuru
(When I stole the pain from you, that time  the courage to live flowed inside of me too)
Anata to deau made wa kodoku na sasurai-bito
Sono te no nukumori o kanji sasete
(Until I met you I was a lonely "sasurai-bito"*
Let me feel the warmth in your hand)
 

Cintamu terbayang selalu
Hingga waktu tidurku
Saat kau menyebut namaku
Kau memanggilku sayang

Ketika cinta semakin dalam
Segalanya pun berubah
Kenangan indah tak terlupakan
Menjadikan suatu pertanda

Kau buka pintu hatiku
Dalam kesepianku kau beri
Sentuhan tulus cinta darimu
Hapus air mataku

Cintamu terbayang selalu
Sebuah perjalanan yang panjang
Saat kau menyebut namaku
Kau memanggilku sayang
Lagu ni used to be my favorite song sebab aku pernah dedikasikan lagu ni khusus buat H. Lagu nih aku bagi pada dia tanda perasaan aku padanya. Dan lagu nih jugaklah menjadi ringtone kalau setiap kali terima panggilan dari dia. Tapi bila berakhir hubungan aku dengan dia, maka lagu nih aku simpan rapi dalam kotak kenangan aku. Yelah, ia seperti sebuah record luka yang akan buat aku bersedih tatkala terkenangkannya. Yang buat aku tetiba teringat lagu ni adalah tadi waktu aku tengah makan malam sambil menonton tv, abah bukak channel Astro Indo-Pek. Keluarlah siaran cerita Opera Van Java. Dalam siri ini, akan ada selingan muzik gamelan dan nyanyian lagu2 dari artis gamelannya. So sedang aku makan, masuklah part dorang menyanyi. Aku layankan saja. Mula2 aku tak dapat tangkap lagu apa sebab bunyi gamelannya kuat sangat dan rentaknya sedikit seperti rentak jaipong. Masuk penyanyi kedua aku dah mula dapat tangkap liriknya. Dan terus aku terpempan! Ini lagu ITU! Hati aku meronta2.. kenapa mesti lagu ini??? Popular sangatkah lagu ini di sana?? Aku tau la memang ada versi duet dengan penyanyi Indonesia macam yang versi favorite aku ni tapi aku tak expect sampai sepopular itu??????!!!!!!! Kerapkali ada saja perkara2 yang akan buat aku teringat pada dia. Urgh! Tak suka la.............

Pengapit Tersepit

Semalam buat pertama kali dalam hidup aku, aku jadi pengapit pengantin. Nak dijadikan cerita, aku sekadar bidan terjun untuk majlis pak sedara aku. Sebab takde orang yang available on that day untuk jadi pengapit. And furthermore, dia bukan pak sedara betul pun. Sekadar pak sedara jauh sebab beliau adalah dua pupu abah. Sekadar berkongsi tok nenek (moyang aku). Aku dengan pak sedara aku nih pun tak la berapa ngam sangat sebab di kalangan sedara (espicially my dad side), aku penyenyap siket. Sebabnye tak ada yang sebaya untuk aku bergaul dan dorang semua stok alim2. Lainlah kalau dengan belah mak aku. Pakat lepas mulut jek (tapi masih menjaga tata tertib).

So tiba hari bertuah itu, aku pun bersiaplah apa yang patut. Sebenarnya aku nervous. Sangat nervous sebab tak tahu apa sepatotnya aku buat. Lantas aku call hubby, just to share my nervousness. Thank God he's been there before. So, dia bagitau apa yang patut aku buat. Mostly macam yang biasa aku tengok. So not really complicated. But the thing is aku sedikit risau sebab tak tahu nak berkomunikasi dengan pak sedara aku macamana. Even nak panggil dia apa pon aku tak tau. That Sunday morning, aku tanya mak how should I address him.

After breakfast around 11.30 kami bertolak dari rumah. Ini majlis sebelah pengantin perempuan. Kami bertolaj dengan aku hanya memakai baju biasa je dulu. Kata mak, dekat sana baru tukar. So sampai je sana, kami bersembang2 sekejap lalu aku diarah temankan pak sedara aku ke satu buah rumah lagi yang berdekatan dengan rumah pengantin perempuan sebab kami akan bersiap di situ. So aku pun ikut je la. Dalam kereta, pak sedara aku cuba berbasa basi dengan aku. Aku pun cuba menjawab seadanya. Just try to find the chemistry between us so that it won't be so awkward. 

Sampai di rumah tuh, pak sedara aku pun suruh aku bersiap. So aku masuk ke dalam salah sebuah bilik dan bersiap. Sampin je aku tak pakai sebab aku tak reti nak lipat sebab kalau aku buat sendiri, mesti 'berlidah'. Buruk rupanya nanti.

Tak lama lepas tuh, parents aku dan famili members pak sedara aku datang. So aku meminta tolong ayahku untuk pakaikan sampin. Setelah bersiap (pak sedaraku ada mak andam yang siapkan termasuk dipakaikan bedak supaya tak berpeluh sangat). Cuaca semakin panas. Aku dah berpeluh2. Apart of tissue yang akan digunakan untuk mengelap muka pengantin dan membersihkan tepung tawar nanti, aku bawa sapu tangan untuk aku sendiri. Tuk sedaraku mengusik2 bila nampak aku yang teruk berpeluh. Nak buat macamana, dah terbiasa hidup dekat Kutub Utara... Ahaks!

So, bermula la sesi berarak menuju ke rumah pengantin perempuan. Dan bermula jugalah masalah pertamaku. Aku jenis jalan cepat. I move fast. But now, I have to walk slow. Try to keep in a steady pace with the groom. Slow and easy. I can be easy but I can't slow down. That's my problem. Aku lemas bila kena jalan slow2 nih. Sampai pak sedara aku tarik lengan baju aku mintak slow. Well uncle, I can't help it!

Masuk ke rumah, kami diarah ke pelamin. Ok, jadi something yang a bit memalukan. Masa tengah mendudukkan pengantin dan placing myself next to the groom, bunga yang dorang letak di tepi terjatuh sebab aku terlanggar. Selamat la bunga saja yang jatuh. Bukan satu pelamin! Masalah nih berlaku berpunca dari ruang untuk aku berdiri terlalu sempit. So dalam aku dok sibuk letakkan bantal lapik tangan pengantin dan mencapai kipas, punggungku tersenggul pasu bunga tersebut. Tetiba terdetik di dalam hati, besar benarkah punggungku sampai boleh terlanggar pasu tersebut???? Erkkkk.......... *tiada jawapan*

Sepanjang berdiri di sebelah pengantin, kerjaku mengipas pengantin. Terasa berbahang di dalam rumah tambah2 sesak dengan ramai orang. Kemudian aku mengelap muka pengantin dan membersihkan telapak tangannya. Segan sebenarnya berdiri di sebelah pengantin sebab bila orang tangkap gambar, muka aku turut terselit. Nak taknak kenalah maintain senyum jek.

Nak dijadikan cerita, berdiri dekat dengan aku adalah abang ipar pak sedaraku. Beliau menjadi jurukamera. Yang buat aku berangin tuh bila dalam dok sibuk aku kipaskan pengantin dan bersihkan telapak tangan pengantin, dia pon dok sibuk sama berhentikan aku. Katanya, asyik miss tangkap gambar pengantin. Ada yang dapat muka separuh dan ada yang terlindung dek aku. Then aku nak buat macamana dah tugas aku macam nih kot. Nak je aku hempuk pasu bunga tadi ke mukanya. Dah la dengan panasnya, so aku terpaksa kipas laju2 sedikit dan lebih lebar sebab aku pun nak kena jugak. Apa cerita kalau pengapitnya lagi berpeluh dari pengantin?!!!

Selesai upacara menepung tawar, pengantin dibawa ke meja makan untuk makan beradap. Aku dah mula risau lagi sebab dok pikir, takkan kena dudok sebelah pengantin kot. Mujur pengapit perempuan yang mungkin juga tuan rumah kata, kami tak perlu join. Good! so aku boleh makan dengan mak aku. Tapi abah halau aku ke meja utama. Suruh tolong ambikkan nasi dan lauk2 untuk pengantin tapi dengan pantas aku bidas dengan mengatakan, pengapit perempuan pon dah cabut. So biarlah mak ayah pengantin je yang duduk sebelah pengantin. So akhirnya dapatlah aku menikmati makanan seenaknya tanpa gangguan. Luckily, aku dapat makan di meja utama juga. Hahahaha konyang porut den!

So ini kiranya sebagai a good training base untuk aku sebab bulan Jun nanti aku akan jadi pengapit buat kali kedua untuk majlis walimah besfrenku. Tapi aku rasa tak la gabra sangat sebab dah kenal rapat so tak perlu la aku nak cover2 sopan hahahahaha

Don't Leave Me

Lagu ni memula dengar adalah masa dalam salah satu filem Yasmin Ahmad. Mohsin kalau tak silap. Bila dengar especially time hujan turun mencurah2 ke ladang gandum nih, sangat down memory lane. Sangat menyentuh perasaan. Bak kata temanku cik Pingu dalam novelnya - seperti kita sedang memandu sendirian di atas sebatang jalan yang lurus sambil dibasahi hujan lebat bertemankan lagu2 sentimental yang membuai perasaan. Owh... I've been and done that. Sangat macam... "All by myselffffff.. Dont wanna be.... "

Lawak Ke Der


http://www.youtube.com/watch?v=uk_DSUTJwbc&feature=related


Holy cow!!! Super funny.... Tapi kalau ada Osbon aku rasa lagi meriah. Local comedy. Lawak orang kampung. Sebab yang lelain tuh lebih kepada lawak orang muda. So orang tua2 yang tengok tuh macam lambat la sikit dorang nak catch up!

Thanks to U-Tube sebab upload this show. Tak payah penat2 aku nak langgan Astro Box Office. Wat ngabis duit jek.

Friday 9 March 2012

Melayu Mudah Lupa

Semalam macam biasa hubby akan call (or aku akan call) dan kami akan bersembang pasal our daily activities. Aku cerita pasal hal kerja, famili and friends. So do him. Tapi he storied bout something that makes we both sighed. Ashamed with the attitude of my own people. Yesterday, he went to collect his RM200 book voucher at his uni's finance department. So masa dia tengah collect tuh, there's one elder (secara sopannya) Malay around 50something pun nak collect voucher. But what actually stunned us were his statement - "alah, setakat RM200 buku apa je lah boleh beli?"

Looked at his age, we assumed that he's a PhD candidate. But after what he spilled out from his mouth, for me he's not more than just like a certificate's freshie. Mujurlah aku takde di tempat kejadian. HALO, MOYANG!!! Ko boleh tanya boleh beli buku apa? Nampak sangat bukan jenis kaki beli buku or beli buku yang berangan branded pasal nak menunjuk kat orang or beli buku sebab kena paksa. Kalaulah baucer buku tuh aku dapat, macam2 aku boleh beli. Aku rasa boleh muat separuh troli Tesco. Memanglah kalau nak diikutkan buku ilmiah harganya mahal. Tapi kenalah pandai2. Hadoi... Kat KL tuh berlambak kedai buku 2nd hand. Kat Amcorp Mall tuh ada kedai buku yang khas untuk buku terbitan luar negara tapi dijual dengan harga yang SUPER MURAH!!! Aku kalau tiap kali pergi mesti rambang mata. Baik dari buku fiction sampai la ke buku2 ilmiah. Jadi aku rasa tak patut keluar issue harga buku mahal.

Sementelah, kalau kerajaan bagi hatta RM1000 pun belum tentu lagi digunakan sebaik2nya. Semuanya pakat menyeleweng ke benda lain. Banyak je aku tengok yang dok beli novel dari buku2 ilmiah. Kalau setakat sebuah dua novel tuh tak apa2 la tapi aper cerita bila novelnya sepuluh, buku ilmiahnya satu????????? Dan lagi belum tentu lagi buku yang dibeli tuh dibaca. Entah2 lepas beli, tersadai dekat rak. Pembalutnya pon belum berbuka.

Inilah masalahnya mentaliti orang kita. Tak pernah berasa cukup. Aritu terdengar komplen memburuk2kan universiti bumiputeraku yang tercinta. Sedikit sebanyak aku sedikit terasa hati la sebab aku pun made in UiTM. Tapi aku sangat berbangga. Dan aku takde pernah nak mengeji orang lain walaupun sekadar berkelulusan dari Pusat Giat Mara or Kolej Komuniti. Pada aku, yang penting adalah outcomenya. Apa yang kau dapat. Tak guna pun kalau belajar dekat top universiti lepas tuh tengok CGPA, hauk! Lepas tu boleh buat alasan tak boleh score sebab marking system strict sangat. Dey, kalau rasa nak senang lulus pegi beli la sijil ko!

Be it no matter where we learn, yang penting semua tu ilmu. Cukup atau tidak, bagus atau tidak semua bergantung pada usaha sendiri. Mungkin lecturernya tak cukup bagus. Mungkin prasarana yang disediakan tak mencukupi tapi rasanya setiap seorang punya akal yang cukup untuk berfikir macamana nak cari jalan menambahbaik apa yang kurang. Bertanya, cari alternatif or buat apa2 saja. Semua bergantung pada kehendak diri sendiri. Tuah takkan datang bergolek. Nak yang terbaik maknanya kena beri yang terbaik. Usaha tuh yang penting.

Melayu Melayu..... sampai bila pun takkan maju kalau hanya tahu mengomel jek. Memang layu la jawabnye nanti. Haisy..........................

Thursday 8 March 2012

Selamat Hari Wanita

Aku tak tahu pun hari ni Hari Wanita. Aku tahu pun masa aku tengah drive ke tempat kerja dan dalam radio sibok bercerita pasal hari wanita. Wanita pada aku adalah insan hebat. Kita anggap mereka lemah tapi sebenarnya dorang lagi kuat dari lelaki. Wanita terhebat pada aku semestinya emakku yang tersayang. Wanita yang aku tak boleh hidup tanpanya. I LOVE YOU SO MUCH, MUM! You are my hero. Superhero!!

Aduhai mahkota hati
Pada saat pintu kelahiran dibukakan
Kaulah yang memberi sinar
Pada detik tangisan yang berkumandang
Dan di situ kau dianugerahkan pahala para syuhadah
Duhai mahkota hati
Kau jualah yang mencorakkan
Warna putih hayat kami
Tanganmu yang menghayun buaian
Menitipkan semangat juang untuk menggoncang dunia
Terimalah kata kasih kami
Sebagai tanda kesyukuran
Pada setiap irama derap tumit kakimu
Ketika melagukan kecekalan
Pada setiap tutur bicaramu
Ketika menjeritkan ketabahan
Tanpa gagal mengekalkan kurnia
Syurga di bawah telapak kakimu
Terima kasih mahkota hati
Kau milik anak dunia
Kata kasihmu
Tumpah pada semua
Rosminah Mohd Tahir