Thursday 15 March 2012

Lembaran Buat Dia - Tinta Terakhir

Dear H,

Fikiran saya sedikit terganggu. Entah kenapa, malam ini saya cuba muhasabah diri saya dengan apa yang telah berlaku antara kita. After all that we have been through and what I've gone through alone, I think it did not reach my conscience of which I neglect the relevance. Selama tempoh 'dingin' kita, saya tak habis2 cuba mencari kesilapan awak dan bertanya2 kesilapan saya. Pada hakikatnya, saya bertanya tapi tidak mencari. Itu kesilapan saya. Saya menilik tapi tidak memuhasabah. I act like I'm the victim but the fact is that, nobody's is the victim. And you have to pull yourself as the vicious person to calm the situation. I'm truly sorry.

Sedari dahulu sepatutnya saya menyedari hakikat antara kita. Kita sama2 pernah dikecewakan dan mungkin pada saat kita berkenalan, kita kesunyian. Tapi kita alpa, perasaan 'halus' ini tak pernah hadir sendirian. The famous L word. For us, we believe it stands for Love but we never think that it may only stands for Lust. Kita ada nafsu. Ada kehendak yang hendak dipenuhi. Kehendak untuk disayangi. Tapi apakah kita berkehendakkan untuk menyayangi? Saya terlupa bertanyakan itu pada diri saya.

Kita cuba saling menyelami perasaan masing2 dan cuba mengenali kesukaan dan kebencian masing2. Dulu saya percaya, manusia itu dilahirkan untuk mengisi kekurangan. Apa yang bertentangan itulah yang menjadikan ia sempurna dan indah. Kita lalui hari2 dengan indah. Penuh dengan warna pelangi. Tapi sekali lagi saya terlupa, bukan senang nak mengubah seorang saya untuk menerima perbezaan. Saya tak menolak kekurangan tapi saya bermasalah berhadapan dengan pertentangan. Opposition makes me nervous. I don't know how to act and react. Di awal perkenalan, saya cuba menjadi seorang yang sangat fun dan open. But the truth is, I'm not that kind of person. I'm discreet to show my emotion. Saya kaku hendak menunjukkan emosi. I'm afraid of rejection. Saya cuba hendak menjadi romantis tapi saya takut penerimaan awak.

At the time I was really feel like to hold you tight and to kiss you dearly, I have to pass it on. The reason why? Saya tak tahu penerimaan awak. Saya terlalu berfikir. Saya tak berani hendak melangkah. A step forward I made towards you is actually two steps backward I made to hide my trauma. Saya terlalu ingin sangat membelai dan dibelai tapi saya takut. Sebab itu saya hanya berani belai awak tatkala awak tidur. Dan jika awk pernah perasan, saya jarang amat tidur lena setiapkali kita bersama. Kenapa? Sebab hati ini berdebar2. Terlalu sayang hingga tak sanggup kehilangan. Saya selalu percaya, my hero is the one that makes me feel safe while I sleep. Tapi kenapa perasan itu tak pernah ada??? Apakah saya meragui cinta awak????

Saya perasan, saya jadi lembik dan terlalu bergantung pada awak bila kita bersama. Saya tak lagi tahu membuat keputusan sendiri. Saya jadi lemah. Saya jadi lembik. Dan saya jadi manja. Selalu sangat ingin mengendeng pada awak. Saya jadi pak turut. Bukan maksud saya, awak 'merosakkan' saya tapi sebenarnya saya merosakkan diri saya sendiri. Saya hilang diri saya sendiri. Dan kerana itu, awak jadi lemas dan bosan dengan saya. Saya menjadi sorang yang membosankan di mata awak.

Layanan awak tak pernah kurang. Saya masih boleh nampak cinta di mata awak. Mungkin benar kata awak, ia tak menurun cuma mendatar. Dan saya pula terlalu terburu2 memohon noktah atas hubungan ini. Tak pula saya cuba hendak menyemarakkan ia semula. Dan tak juga saya cuba tarik awak ke permukaan sedang awak mengadu mulai tenggelam. Ternyata, saya yang bersikap mementingkan diri. Maafkan saya.

Maaf kerana terkadang saya menaruh syak wasangka pada awak. Mungkin bila ada yang mengacum kewarasan saya, menjadikan saya mudah hilang pertimbangan. Sedang awak berlaku jujur dengan segala yang awak perbuat namun masih saya menaruh syak. Awak terlalu sempurna. Ramai yang menginginkan untuk bersama awak hingga ada yang memandang sebelah mata terhadap saya. Mulanya saya anggap ini adalah bara2 cemburu. 'After all out there, you chose me', itu kata2 buat pengubat lara saya. But then, sedikit demi sedikit saya goyah. Saya sedar saya tak punya apa2 yang istimewa. Banyak nista dan kekurangan saya. Tambahan pula banyak pilihan terentang untuk awak. Perbezaannya begitu ketara. Apa yang awak inginkan mungkin ada pada mereka. Bukan pada saya.

Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts, instead. Mungkin betul apa yang cuba diungkapkan oleh lirik tersebut. Awak tak pernah menjanjikan apa2 cuma pernah berkata, kita cuba perbaiki kelemahan yang ada. Cuba lengkapkan kekurangan masing2. Itu kata awak dulu. Dan silap saya kerana terlalu hanyut dalam perasaan sendiri. Maaf kerana tanpa sedar saya terlalu 'bermurah hati' memberi hingga tak tahu samaada awak sudi menerima.

You are one of the great men I have ever known. Saya bangga kerana pernah mengenali insan seperti awak dan saya bertuah sebab pernah dicintai oleh awak. Mungkin sebab itu hati ini masih berbahagi untuk melepaskan segala kenangan tentang awak. Meskipun saya bersama insan lain sekarang tapi kenangan bersama dahulu sedikit2 mengganggu fikiran. Saya jadi rindu pada waktu itu. Tapi saya tahu, segalanya telah berlalu. Dan takkan mungkin berulang kembali.

Saya pinta lembaran ini bisa menutup segala kenangan kita. Kita masing2 sudah punya kehidupan tersendiri. Saya percaya, kini awak sedang berbahagia dengan kehidupan awak. You are loveable. Tak susah untuk orang jatuh cinta pada awak dan tak mudah untuk cinta menghindari awak. Saya nukilkan lembaran ini, memohon jiwa ini dibersihkan dari sebarang rasa mazmumah. Saya pernah cuba ingin membenci awak dengan harapan lebih mudah untuk saya melupakan awak tapi ternyata sukar. Jadi saya percaya, ada kesilapan di pihak saya yang tak cuba saya teroka. Terkadang pernah tangan ini ringan sekali ingin mendail nombor awak atau berkirim SMS tapi saya sedar, saya yang meletakkan noktah atas segalanya. Dan saya yang memilih untuk pergi jauh dari hidup awak. Sementelah, saya tak fikir cukup kuat untuk menjadi seorang 'kawan' sedang perasaan saya masih kuat pada awak.

Maafkan saya atas semua apa yang pernah berlaku dan yang sepatutnya berlaku tapi tak berlaku. Mungkin ada angan2 dan harapan yang tak tercapai, maaf, memang saya bukan yang tercipta untuk awak. Awak adalah mimpi indah saya. Dan seperti selalunya, mimpi indah itu tak pernah lama. Terima kasih atas manisnya perasaan yang pernah teruntuk untuk saya. Selamanya, manis itu tetap ada saya sematkan di lubuk paling dalam. Andai dahulu saya mohon dilepaskan agar saya bisa tenang, namun kini saya yang seharusnya melepaskan awak dengan rasa tulus ikhlas dari lubuk hati saya. Namun maafkan juga saya pohon seandainya cinta ini masih belum mampu saya buang. Apakah rasa cinta ini masih kuat atau ada sebab lain, saya sendiri tak punya jawapan. I will just let it fades away as time goes by.

H, terima kasih atas segalanya. Semoga awak terus berada dalam limpah kurnia rahmatNYA. Amin.

I will always love you...

No comments:

Post a Comment