Tuesday 31 July 2012

I Cried For You


You're beautiful so silently
It lies beneath a shade of blue
It struck me so violently
When I looked at you

But others pass, they never pause
To feel that magic in your hand
To me you're like a wild rose
They never understand why

I cried for you
When the sky cried for you
And when you went
I became a hopeless drifter
But this life was not for you
Though I learned from you
That beauty need only be a whisper

I'll cross the sea for a different world
With your treasure, a secret for me to hold

In many years they may forget
This love of ours or that we met
They may not know
How much you meant to me

Without you now I see
How fragile the world can be
And I know you've gone away
But in my heart you'll always stay

I cried for you
When the sky cried for you
And when you went
I became a hopeless drifter
But this life was not for you
Though I learned from you
That beauty need only be a whisper
That beauty need only be a whisper

Doa

Kepada pemeluk teguh 

Tuhanku 
Dalam termangu 
Aku masih menyebut namaMu 

Biar susah sungguh 
Mengingat Kau penuh seluruh 

CayaMu panas suci 
Tinggal kerdip lilin di kelam sunyi 

Tuhanku 

Aku hilang bentuk 
Remuk 

Tuhanku 

Aku mengembara di negeri asing 

Tuhanku 
Di pintuMu aku mengetuk 
Aku tidak bisa berpaling
- Chairil Anwar
November 1943

Penerimaan

Kalau kau mau kuterima kau kembali 
Dengan sepenuh hati 

Aku masih tetap sendiri 

Kutahu kau bukan yang dulu lagi 
Bak kembang sari sudah terbagi 

Jangan tunduk! Tentang aku dengan berani 

Kalau kau mau kuterima kembali 
Untukku sendiri tapi 

Sedang dengan cermin aku enggan berbagi.
- Chairil Anwar 
March 1943

The Point of No Return



Tanpa Tajuk XVII

Ego

Semalam aku dan Hubby bergaduh. Lagi. Bukan bergaduh pun sebenarnya tapi masing2 sakit hati dengan masing2. Semuanya bermula bila aku call Hubby nak discuss pasal event kami sabtu nih. Aku plan dengan besties aku nak berbuka puasa sama2 di KL. So aku dan Hubby discuss la pasal menu. Hubby nak masak macaroni & cheese. Ok, I'm fine with it. Tapi aku cakap dengan dia, dia la kena masak sebab aku memang tak reti. Fine, dia cakap dia leh masak. Dia suruh aku buat coleslaw dan ayam panggang. Ok, aku try walaupun aku tak terer sangat. So aku discuss dengan dia berapa ekor ayam nak beli. At first aku suggest 2 ekor tapi potong kecik2. Tapi Hubby tak setuju. Dia nak ayam tuh potong 4. Aku tak setuju. Aku rasa membazir je nanti kalau potong 4 lepas tuh tak habis makan. Hubby cakap, ayam panggang Ayamas tak besar. Tapi pada aku, biar la potong kecik2 so sorang nak ambil berapa pun ikut suka la. Hubby mula keluarkan 'idea bodoh' yang buat aku berasap. Aku mula bengang. Tengah dok serius2 diskus dia nak melawak merepek meraban dengan aku. Aku tak la hangin tapi dia tau kebiasaan aku yang akan mula tinggikan suara satu oktaf. Dan dia memang tak suka bila aku naikkan suara. Kami masing2 tak suka. Dia sendiri tak suka bila aku main2 masa tengah diskus benda serius. Dan dia sendiri tau aku sekarang nih lagi mudah naik angin.
Tapi aku jadi sedih dan rasa bersalah bila baca mesej dia yang rindukan aku yang dulu. Aku yang manja dan menurut kata. Aku yang hu-ha hu-ha tapi masih boleh stay calm. Aku sedar perubahan aku. Dulu aku lebih banyak memendam perasaan. Aku iyakan saja apa saja. Aku tak berani nak melangkah jauh walaupun mulut nih mengalahkan buntut ayam. Tapi sejak aku 'kehilangan' diri aku, aku mulai sedar yang aku patut mula bercakap untuk diri aku sendiri. Aku tak boleh terlalu memikirkan orang sebab hakikatnya, orang tak pernah kisahkan apa yang aku rasa. Sebanyak mana cinta dan kasih sayangaku curahkan, orang tak hargai dan tak nampak. Jadi biarlah aku pilih jalan ini. Aku tak patut heret Hubby sama sebenarnya. Dia dah sedaya upaya cuba nak memenangi hati aku balik. Dia yang banyak memendam perasaan dengan perangai aku sekarang. Hubby, please forgive me.

Saturday 28 July 2012

DejaVu


Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta

Aku harus melupakannya
Aku harus memadam rasa
Namun hati tidak pernah mampu
Melepas kau pergi

Setelah sedar dari mimpi
Harus ku terus hidup tanpamu
Kini ku pasrah segalanya
Tentang cinta

Ada sesuatu yang tertinggal. Terkadang pahit dan terkadang manis. Itulah kenangan hingga acapkali kita terbuai dan merasakan setiap mimpi itu benar. Sedang rasa itu hanyalah palsu.  

Monday 23 July 2012

Boulevard


I don't know why, You said goodbye
Just let me know you didn't go forever my love
Please tell me why, You make me cry
I beg you please on my knees if that's what you want me to

Never knew that it would go so far
When you left me on that boulevard
Come again you would release my pain
And we could be lovers again

Just one more chance, Another dance
And let me feel it isn't real that I've been losing you
This sun will rise, Within your eyes
Come back to me and we will be happy together

Maybe today, I'll make you stay
A little while just for a smile and love together
For I will show, A place I know
In Tokyo where we could be happy together

Orang kat Malaysia nih kebnyakannya kata lagu nih famous balik time2 cenggini sebab Jep Sepah yang nyanyi. Aku pun tak tau tapi rasanya macam pernah dengar kot dia nyanyi lagu nih. Tapi lagu nih aku tau sebab ex aku, F yang mintak tolong carikan. Bila dengar hurm... not bad jugak. Sedih jugak la... 

Saturday 21 July 2012

Julai Yang Mandom Versi 2

Salam Ramadhan...
Hari tuh aku dah bercerita tentang trip aku dengan Hubby ke Pahang. So hari ni aku nak sambung bercerita tentang trip aku bawak students ke KL. So last week aku bawak la students aku trip. Memang setahun sekali akan ada trip. Ke mana2 la asalkan berkaitan dengan studi mereka. So, tempat yang dipilih tahun nih adalah ke KL bersempena dengan satu event di PWTC. Trip selama 2hari 1malam nih bermula dengan visit ke hotel terkemuka di area Bukit Bintang.
On the way ke hotel tersebut, kami stuck dekat sejam dalam jam. It's Friday jam and it's normal, bak kata staff hotel tuh bila aku telefon nak inform akan kelewatan kami. Sampai di hotel, kami diberi penerangan dan dibawa melawat kawasan hotel. Ok, kami melawat dua hotel dan dipecahkan kepada 2 kumpulan dan akan bergilir melawat kedua2 hotel. Sambutan dan layanan yang diberikan pihak hotel sangat bagus. Walaupun ini sekadar lawatan students kolej tapi tetap diberikan layanan yang tip top. Selalunya dorang jenis amil bena tak bena jek sebab memikirkan kami bukan dari golongan berkepentingan. Tapi macam hotel ni, mereka sangat open minded dan tahu menghargai sebab mereka tahu, in future kami mungkin antara orang yang akan menentukan hala tuju dan jatuh bangun mereka. Jangkamasa lawatan lebih lama dari yang aku bayangkan. Aku pikirkan dalam dua jam dah mencukupi tapi rupa2nya hampir 4jam kami menjelajah hotel tersebut.
Kami keluar dari hotel tersebut dan bergerak ke hotel penginapan kami dalam keadaan yang amat tak selesa. Kalo orang KL mungkin menjerit kesukaan TGIF - Thank God It's Friday! tapi bagi aku dan studentsku yang sangkut dalam bas, OGIF - Oh Gosh It's Friday! dengan penuh kesengsaraan. Traffic jam petala ke lapan punya. Dekat 2jam kami sangkut padahal kalau nak ikutkan dari hotel tadi ke hotel kami dalam 15minit jek. Tak jauh mana pun. aku dah dok panik sebab dah plan dengan Hubby nak tengok teater bangsawan malam tuh. Takut tak sempat jek sampai hotel dan nak bersiap semua. Alhamdulillah sampai juga dalam waktu maghrib ke hotel. So lepas selesai urusan check in dan pembahagian bilik, cepat2 aku text Hubby dan bersiap2. aku sebenarnya tak harap sangat pun dah nak tengok teater sebab Hubby kata dia pun sangkut dalam jam kat Federal Highway. Tapi alhamdulillah, sempat juga dia sampai. Dan sempat juga kami pergi menonton walaupun masuk sedikit lewat.
Masa mula2 aku call nak booking tiket, aku dipahamkan tiket sold out. So aku bertanya pada temanku yang bekerja di kementerian kalo2 dia boleh dapatkan tiket. Alhamdulillah dia membantu. Tapi bila masuk, takde la penuh sangat pun. Area2 depan kami banyak je kosong. Pelik! Cerita bangsawan kali ni agak kurang menarik. Terlalu meleret. Mujur ada selingan babak2 lawak seperti adegan mak inang dan si Kembang Cina yang suka merapu. Tapi sebenar2nya sebab musabab aku ajak Hubby tengok bangsawan ni adalah sebab nak tengok Fauziah Gambus. Aku ingatkan dia turut berlakon walopon sebagai watak pemuzik istana tapi sebenarnya dia cuma perform waktu extra-turn jek. Tapi takpe la, janji dapat tengok dia live. Pergh... memang terbaik la dia nih! Sedap suara dia dan memang terer dia petik gambus. Dah macam Carlos Santana je aku tengok huhuh...
Teater habis dekat pukul 11. Lewat jugak sebenarnya sebab selalunya pukul 10.30 dah habis. Itu pun paling lewat. Tapi ni lagi lewat. Perut aku dah mula masuk angin. Duduk pun dah tak selesa. Hubby pulak dah mengadu sakit kepala. Migrain dia dah datang. Adoi... Lepas habis teater, kami berlegar2 di ruang lobi sebab Hubby nak bergambar dengan Fauziah Gambus. Hubby kata, dia dan Fauziah Gambus pernah bersembang2 di Twitter dan beliau follow Twitter Hubby. Lepas sesi tangkap gambar dan beramah mesra, kami cepat2 beredar sebab masing2 dah mula tak selesa. Aku dengan sakit perutnya dan Hubby dengan migrainnya. Masuk kereta, cepat2 selak beg Hubby dan cari ubat.
Malam tuh, kami dinner di nasi lemak antarabangsa. Dah lama tak makan, tuh yang aku ajak Hubby gi tuh. Memula cadangnya nak ajak kawan kami lagi sorang join tapi memandangkan dah hampir menjelang tengah malam dan tambahan beliau tuh anak dara, kami batalkan je la. Biar kami makan berdua jek. Alhamdulillah kenyang walaupun perut aku masih perit sebab gastrik dah mula menghakis dinding perutku. Balik hotel, terus makan ubat dan lelap. Tak sempat nak bermesra2 dengan Hubby sebab aku dah tak larat.
Next morning, lepas breakfast kami check out dan bergerak ke PWTC untuk aktiviti kedua kami. Tak banyak yang menarik event nih. Tak berapa meriah. Tapi tetap aku meriah shoping. Hikhik Sampai naik lenguh tangan jugak la merindit macam2 barang.
Dalam perjalanan pulang ke Ipoh, masing2 senyap. Letih la tuh. Kalau tak, masa pergi hari tuh, kemain lagi bisingnya. So tuh je la cerita pasal trip aku ke KL. Walaupun ada cerita2 lain tapi nanti2 la update. Penat dah menaip ditambah dengan internet sengal ofis aku nih. Langsung takde mood dah nak menulis banyak2. Huhuhu

Tuesday 17 July 2012

Isn't It Ironic?


It's totally true.... *sigh*

Julai yang Mandom

Baru perasan yang untuk bulan nih, baru ada satu entri je pun. Padahal most of the days, aku akan bukak blog nih. Bukan wat ape pun, baca blog orang laen. Huhuhuh... Mungkin dah sampai tahap aku dah mula bosan. Bosan nak update. Ok... tapi sebagai rangkuman (yang aku sendiri sorang je yang baca pun) bulan quite few activities la aku buat. Dan ada berjalan2 sedikit. Last two weeks, aku ke Pahang. Exact place, Kuantan. Pergi kenduri kahwin close friend. Kalau ikut hati, aku bukan jenis kaki yang rajin nak travel jauh2 plus aku plak yang drive. Tapi most of group aku tak pegi sebab sebok dengan aktiviti masing2, so rasa tak sedap pulak. Kesian sebab takde wakil dari group besfren sendiri. So, aku pergi la dengan Hubby.
Aku ambik cuti hari Jumaat. Khamis petang lepas keje trus shoot ke Klang. The next day, kena gerak awal2. Aku tak biasa drive ke belah sana. Kiranya ni first experience aku ke sana. Driving. Eventhough aku ada Hubby yang lagi cekap drive compared to me, tapi sayangnya, beliau tak boleh drive auto dan tak reti bawak kereta besar. So, terpaksa la aku jadi supirnya. Tapi the good thing is, he's a good co-driver. Sangat bagus in making sure I'm stay awake. Aku gerun jugak sebenarnya drive kat Karak tuh. Lagi ngeri dari apa yang bayangkan. Dulu2, bila ada trip ke belah pantai timur masa studi dulu, masuk2 bas jek terus aku tido. Tuh yang tak berapa tahu keadaan sebenar jalannya. Tapi bila aku sendiri dah melalui, memang mencabar. Syukur alhamdulillah kami pergi dan balik dengan selamat. Dan syukur alhamdulillah, aku takde kampung belah sana. Kalau tak, harus aku lagi rela dok umah sensorang dari join parents aku balik kampung.
Sampai di Kuantan, memusing jugak la nak cari hotel. Tapi last2 dapat la stay kat hotel bajet yang pada aku aku kurang berkenana. Tapi memikirkan masing2 dah penat dan lagi hanya untuk satu malam, takpe la. So malam tuh, kami ke Tanjung Lumpur for dinner. Makan ikan bakar. Aku belanja Hubby makan sebab nak celebrate dia dah selesai sesi hibernasi menulis proposal PhDnya. First time dalam hidup aku makan sata. Nice! Dan Hubby kata, luckily aku makan yang memang super sedap. Dia pun siap tapau bawak balik bilik (dan makan sensorang tak offer aku! Hampeh!). Overall, makannya sedap meskipun service agak lambat sebab orang tak putus2 datang (plus, it's SUKMA!) dan harga pon not bad. Berpatutan.
Keesokannya, kami terus check out, dan Hubby ajak aku ke Teluk Chempedak. Cantik tempatnya. Macam yang 'dia' cakapkan dulu. Terus ingatan aku jatuh pada si 'dia'. Teringat pada impian kami yang tidak kesampaian. Kalau Hubby perasan, aku banyak diam jek bila di sana sebab ternyata, aku masih merindui kenangan lalu. Masih belum mampu melupakan 'dia'. So aku taknak stay lama. Aku nak cepat2 jenjalan di area town.
Kami sampai tempat kenduri dekat pukul 2. Tukar baju dalam kereta jek. Sedap gak makanan dia. Rasa nak tambah tapi segan. Walaupun tak banyak lauknya tapi aku rasa cukup la. Tak perlu nak mewah2 sangat. Banyak bendal lain boleh buat yang jauh lebih penting. Bak kata Ustaz Kazim, buat je kenduri hidang sirap dengan karipap sorang satu. Kan senang?! Hahahahah
Habis kenduri, kami terus shoot balik Klang. Dalam pukul 3 gak. Aku expect tuk sampai ke Klang sebelum pukul 8. Aku takut nak drive time maghrib dekat area Karak tuh. Takut tak nampak. Baru start drive, dekat2 area Temerloh, aku dah ngantuk. So aku stop dekat R&R Temerloh nak lelap kejap. Tapi takleh nak tido sebab tak selesa. Hubby suggest aku mandi. Baru segar. Lepas tuh pekena kopi o bagi celik mata. Bie lak dari semalam teringin nak makan ikan patin. So, makan la dia nasik lauk ikan patin. Mujur sedap eventhough dia terkejut dengan harga ikan sepotong RM7. Kami sambung lagi perjalanan. Alhamdulillah, kami sampai sebelum maghrib. Penatnya Tuhan je la tahu. So malam tuh dan keesokannya, Hubby jadi supirku pula. Malam tuh aku mintak Hubby bawak aku makan sate. Banyak kali dia mesej aku dinner makan sate. So aku pun nak rasa gak.
Next day, aku ajak Hubby pergi Pesta Buku Selangor dekat SACC. Tapi kecewa sedikit bila Huby bagi aku beli 4buku jek. Hampeh!!! Baru nak joli katak menyoping buku. Tapi puas la sebab dapat beli buku idaman hati.
Akn aku update lagi nanti InsyaLLAH few more activities aku bulan nih. Dah terasa panjang sangat dah entri.        

Tuesday 3 July 2012

Surviving

Semalam masa tengah mandi, aku terperasan... Aku dah terlupa sedikit demi sedikit maklumat tentang dia. Tarikh lahir dia, nama kampung dia, nombor telefon dia... Sedikit demi sedikit ianya luput. Aku juga sudah sedikit ok bila ternampak papantanda berkaitan ofisnya. Alhamdulillah... maknanya perlahan2 hati aku telah berjaya melepaskan dia. Hati aku telah ikhlas dan redha. Tapi dalam pada keikhlasan ini, aku tahu yang aku masih belum kuat. Masih belum betah untuk berdiri tegap. Kalau bertembung dengan dia, memang aku akan pengsan atau berlari pecut. Bukan aku takut... Bukan aku malu... Tapi aku tau luka aku masih kambuh. Belum sembuh sepenuhnya. Aku taknak nampak lemah di hadapannya.  

Tuhan, semoga aku terus kuat. Aminnn....