Tuesday 30 October 2012

Seperti Benar

Ianya seperti benar2 terjadi. Aku dapat rasakan ianya nyata. Dapat kugapai, dapat kubelai dan dapat kujamah. Tuhan... apa petandanya ini? Apakah kerana aku terlalu menginginkannya lalu mimpi itu terasa seperti2 berlaku?!
Saat aku bukakan mata, kulihat sekeliling... Tiada apa yang berubah tapi hangatnya detik itu aku terasa. Raut wajahnya begitu dekat persis kubelai setiap inci wajah itu.
Apakah????

Sunday 28 October 2012

Catharsis

Adik,
If only you knew how much I love you as my brother.... I'm not good in showing my emotion. Maybe that's why people leave me. I didn't treat you right and I'm truly sorry for that.

Please forgive me.

Cerita Aku (Part Three)

Seperti aku ceritakan, entri2 yang aku tulis hari ini bersangkut paut dengan apa yang terjadi pagi tadi. Dan segalanya kini membuatkan jiwaku kacau dan aku moody. Segalanya bermula bila aku buka kembali blognya. Telah aku berjanji takkan sekali kali buka blognya lagi tapi kini aku buka kembali. Apa yang aku cari? Dan apa yang aku ingini?

Aku terjumpa postingnya sebulan yang lepas. Bercerita tentang bulan September. Apa yang buat aku tersentuh adalah bila dia upload video lagu kami. Lagu aku untuk dia sebenarnya. Apa kaitan September dengan kami? Sepatutnya andai panjang jodoh kami, September lepas adalah sambutan ulangtahun aka anniversary kami yang pertama. Bulan kami berikrar atas nama cinta. Tapi apakan daya.... Yang di atas yang menentukan segalanya.

Aku ceritakan perasaan aku pada Adik. Dan rupanya dia tahu tentang post itu. Dan katanya ada post2 lain yang aku tak tahu. Tentang kami kah? Aku ingin bertanya tapi aku sedar, biar apa pun yang terjadi, ia takkan merubah apa2. Masing2 sudah punya penghidupan sendiri. Mungkin dia sudah punya seseorang sebab aku merujuk pada salah satu entrinya yang ada terselit hal tersebut.

Seperti doanya, aku turut mendoakan kebahagiaannya. Semoga dia gembira dan sihat sentiasa di bawah lindunganNYA.

Aku tinggalkan Cerita Aku dengan lagu yang pernah dia tujukan buatku. Lagu yang tak pernah walau sekali aku dengar dan mahu dengar semenjak kami putus meskipun pernah aku post lagu ni di entri yang lepas.


Cerita Aku (Part Two)

Post Part One tergantung macam tu jek. Kuasam sungguh endingnya. Entahlah, aku tak tahu macamana nak buat penutupnya. Sekarang sambung ke bahagian dua kisah aku di bulan Oktober. Seperti post sebelum ini, bulan ni adalah bulan kelahiranku. So ianya bulan yang perasaannya bercampur baur. Ada rasa gembira dan rasa sedih.

Kita mulakan dengan yang gembira dulu. Hubby datang untuk meraikan hari lahirku. Terharu. Mulanya aku tegah. Kesian dia penat nak memandu jauh2 ke sini. Tapi dia tak kisah katanya. So, dua malam dia habiskan di sini. Tapi malam kedua tuh aku ada office occasion. So terpaksa tinggalkan dia bersama parentsku. Ok, a day before my birthday, Hubby ajak jalan2. Nak pegi soping hadiah katanya. Dia tak beli hadiah aku sebab dia tak tahu nak belikan apa. Dulu dia ada cakap nak hadiahkan aku Blackberry tapi aku taknak. Aku tak suka. Mahal benda tuh. Lagipun aku taknak rasa terhutang budi sangat especially kalau berlaku apa2 antara kami, BB tu aku nak buat apa? Pulangkan balik? Dah tu aku nak pakai apa? So baik aku beli sendiri.

So, kami berjalan2 la di shopping complex. Cari punya cari, ok jumpa la. Perfume. Done. Tapi katanya tak cukup lagi. Dia nak cari set baju dan seluar. Hisy... membazir jek! Walaupun kalau ikut pikiran jahatku memang aku on jek tapi aku taknak. Dia studi lagi. Lagipun duit tuh duit biasiswa dia. Tak baik kalau nak laburkan tak tentu hala pada aku. Banyak keperluan dia. So we end up makan je lepas tuh. Birthday eve, aku attend dinner. Tapi cepat2 aku balik sebab kesiankan dia yang terkulat2 di rumah walaupun aku tau dia ngan famili aku dah kawtim baekkkkk punya. Menantu kesayangan, katanya. Malam menjelang detik 12malam, kami dah di katil. Bersembang2. Tepat 12 malam, aku terima kecupan di dahi yang penuh cinta dari insan yang aku gelar Hubby. Dan selepas itu, bermula la 'konsert akustika'nya. Dia menyanyi dan menyanyi dan menyanyi lagu yang diciplak dari lagu2 terkenal kemudian di-hentamkeromo-kan liriknya menjadi lirik2 berkenaan aku. Ceit! Walaupun aku terharu dan gelak bagai nak mati tapi tetap aku debiknya dengan bantal dan cubitan seliang dua sebab ada lagunya labih kepada carutkan aku. Keji! Next day, Hubby dah nak balik. Sedih sebab takde dah teman 'bergadoh'. Dia sediri berat hati nak balik tapi apakan daya, sini bukan tempat dia. Aku redha dengan pemergian dia kembali ke daerah asalnya.

Itu cerita gumbira versi aku dan Hubby. Sekarang versi aku dan teman2. The next day which is Monday, teman2 aku call ajak keluar. A dinner treat, katanya. So malam tu keluar la kami ke restoran Arab yang sebelum ni kami pernah pergi. Keadaan restorannya yang tak ramai orang, makanan yang sedap lagi murah dan big portion menyebabkan kami memilih restoran tu sebagai port kami. So, kami makan2 dan bersembang2 seperti biasa. Bikin kecoh tanpa pedulikan orang. Tapi takde la riuh sangat. Then, at the end of the dinner rupanya ada kek birthday yang menanti. Padan la temanku keluar sekejap *dekat sejam juga sebenarnya dia menghilang*, rupa2nya pergi beli kek. Terharu la juga dengan surprise tersebut. Cuma yang tak bestnya, lepas sesi tiup lilin dan suap menyuap, dorang bantai main calit2 aising kek ke mukaku. As a birthday boy, takkan nak mengamuk, redha je la. But I really enjoy the dinner and I can't thank enough each one of them for being there to celebrate my birthday.

Here come the sad part. The nasty truth is that I miss someone. And I was longing for him on my birthday. The memories of last year still lingering in mind. Crystal clear. How I miss the moment. Aku tak tahu kenapa, aku masih belum boleh lupakan dia. Aku masih rindukan dia. Especially time2 macam ni. aku rindu nak celebrate dengan dia. Aku menunggu kalau2 ada SMS dari dia tapi hampa. Malam selepas detik 12malam itu sebenarnya aku menangis. Menangis dalam dakapan Hubby. Aku ceritakan perasaan aku saat itu. Betapa aku rasa bersalah sebab masih merindukan orang yang sudah jauh sedangkan kini aku punya insan yang jauh lebih dalam mencintaiku. Aku rasa bersalah sangat2.

Perasaanku bercampur baur kini. Tuhannn....

Cerita Aku (Part One)

Bulan Oktober kian mampir ke penghujungnya. Ini bulan aku. Sepatutnya banyak la cerita yang boleh aku update. Tapi tidak. Sepertinya ada yang mengganggu. Seperti ada tangan2 ghaib yang cuba menghalangku. Tetapi hari ini aku kuatkan hati dan rajinkan otot2 badan untuk menulis. Ada sesuatu yang berlaku pagi ini yang membuat aku jadi begini. Jiwa kacau.

Sebelum ini telah aku ceritakan serba sedikit akan kisah outstationku ke KL. Hurm.... selalunya bila bos suruh aku ke KL, aku memang excited. Eventhough tak confirm pon tetap aku excited. Sebab apa? Sebab masa tu ada 'dia'. Aku excited sebab aku dapat jumpa 'dia'. Tapi kali ni bila disuruh pergi, aku kelu. Dan mengeluh. Kenapa ke KL? Kenapa tak ke Penang or tempat2 lain? Aku taknak ke KL sebab aku takut aku bertembung dengan dia. *sigh*

Tapi atas arahan pihak atasan, aku gagahkan juga. Sampai di Pudu, aku dah sedih. Ini tempat kami dahulu. Tempat dia pernah ambil dan hantar aku. Tempat aku menunggu dia. Aku jadi sedih sebentar tapi tetap aku hayunkan langkah kaki. Cepat2. Ada beberapa siri pertemuan aku dengan teman karib dan rakan2 studi dahulu. Tapi ada satu yang ingin aku kongsi. Aku bertemu dengan rakan studi Diplomaku di Times Square. Kemudian, setelah 'dihalau' pekerja Papa John sebab dah habis waktu operasi, teman2ku mengajak lepak di tempat lain. Mereka bertanyakan aku jika ada mana2 tempat aku hendak pergi. Tapi, mana sajalah aku tau tentang KL ni setelah sekian lama kembali bertapa di kampung sendiri. Mereka mengajakku ke Downtown. Downtown???? Aku terkedu sebentar. Laju otakku berjalan - ada berapa banyak downtown yang ada dekat KL ni? Kawanku mengajukan kami ke Downtown Cheras. Dekat dengan tempat tinggal kawanku. Senang nak drop dia nanti, katanya. Tapi cepat2 aku tegah. NO! Situ tempat 'dia' pernah bawak aku. Mungkin malam tu dia ada di sana. Aku taknak! Lalu aku kata, kita ke Downtown Danau Kota jek. Cari apa kata mereka? Laju aku membalas, cari takoyaki yang keluar dalam JJCM.

Habis urusan kerjaku, aku ke rumah hubby. Spending time with him. Berkongsi cerita2 tentang macam2. Hal famili masing2, hal kerja aku, hal studi dia, hal teman2..

Tuesday 23 October 2012

Tak Rela


Dr R, because of you I got addicted to this song. Ceit! Hohohoh

Monday 22 October 2012

Zhu Wo Shengri Kuaile

"Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin."

Thursday 18 October 2012

Hampa


Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa...


Tuesday 16 October 2012

To Where You Are


To all that have gone...
A breath away's not far to where you are....
AL FATIHAH

Monday 15 October 2012

Ringankanlah, Ya Karim

"Allahumma yassir wala tu'assir. 
Rabbi tammim bilkhoir. 
Birokhmatikaya Arhamarrohimin."

Wednesday 10 October 2012

Pasrah

Sakit... Memang sakit. Nak buat apa pun serba tak kena bila dah sakit. Tapi aku redha. Takkan nak komplen. Berdosa. Kata orang, sakit ni dapat menghapuskan dosa2 kecil. Jadi, aku anggap ini sebagai kifarah atas kealpaanku padaNYA. Dan semoga ALLAH masih terus menyayangi aku. Amin.

Thursday 4 October 2012

Dying Inside Out



Background effect: "Tuhan, tolongggggggggg....." (OST Ombak Rindu)
Location: Computer Lab, somewhere on earth

Dear Mr Facilitator, please be nice to me. I'm dying from inside out now. This is totally mind-numbing. Can't you see? It's crystal clear on my face. x_x

Wednesday 3 October 2012

Mimpi Ngeri

Semalam while chatting with Adik on the phones, I slipped my tongue about something that reminded us of him, Mr-We-Know-Who. Good GOD, I really accidentally mention that!!!!! Without any intention. It suddenly popped out from my mouth which it didn't tricken me until Adik ask me. And I was stunned.
I told him I'm coming to KL this week to attend course. Then come his out-of-the-world imagination - I will bump off the street with him. Again... GOOD GOD!!!! It is sooo wrong in soooo many ways. And it's totally absurd.  Dik, it's really gonna be my worst nightmare if it's really happen. And then I gonna be your worst nightmare as well since I will kill you for your 'mulut masin'.
I know I shoudn't have to be this freak ever since we are talking about KL. And insyaALLAH my place won't be his fort. I know what kinda person he is and where he is normally hang out with his chaps. So I don't have to worry much. But yeah, who knows..... Kun fayakun. Huhuhuhuh
Dik, I'm praying hard actually for not letting the thing happens. And also, please pray hard for me as well. Yeah, I know you are expecting call from me if thing DID happen. But I can't assure I'll be strong to dial your number while I was numb and lost in my own self-pity.
Dear ALLAH, please help me. Please be nice to me. :(  

I Don't Believe You


I don't mind it
I don't mind at all
It's like you're the swing set and I'm the kid that falls
It's like the way we fight, the times I've cried, we come to blows
And every night the passion's there so it's gotta be right, right?

No I don't believe you
When you say don't come around here no more
I won't remind you
You said we wouldn't be apart
No, I don't believe you
When you say you don't need me anymore
So don't pretend
To not love me at all

I don't mind it
I still don't mind at all
It's like one of those bad dreams when you can't wake up
Looks like you've given up, you've had enough
But I want more no I won't stop
'cause I just know you'll come around... right?

Just don't stand there and watch me fall
'cause I, 'cause I still don't mind at all
It's like the way we fight, the times I cry, we come to blows
And every night the passion's there so it's gotta be right, right?

I don't believe you

Speechless. Sit back and listen... *sigh*

Monday 1 October 2012

Aku Suka Dia





Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Lagu ni dah lama kerkumandang di radio. Dah naik mangli pun telinga dengar. Nak kata aku suka lagu ni pun tak juga. Muak juga dengar sebab asyik ulang berkali2. Tapi aku suka part lirik yang di atas. Rasa sangat jujur je. What else could we ask from our partner others than these? Dan in return, these are what actually we wanna do, right? For richer or poorer, for better or for worse.... High water or down below, it will always about him and for him. ^^

Matilah Kau!


Ku berlutut di bawah kakinya
Ku berikan hatiku untuknya
Ku telan semua luka-luka
Ku tak punya perisai lagi

Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku ooh
 
Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan
Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia, berharaplah

Giler kasar chorus dia.... Ni memang kes terluka tahap kritikal nih. Aku punya frust pun takde la sampai tahap sumpah seranah orang tuh macam ni. Heheh but nice lyric actually.

October Comes


Welcome October. Come to Papa. Hoyeahhh!!! Hikhik