Tuesday 25 March 2014

Adieu MH370

Tak siapa tahu bahwa perpisahan itu semakin dekat
Mengapa kita perlu merasa risau akan hal itu?
Kita tak perlu takut dengan perpisahan, karena Tuhan yang menetapkan segala sesuatu dan kita adalah manusia yang wajib berusaha.

Tapi tanpa dipaksa, tetap juga rasa gundah dan galau itu hadir.
Tapi apa yang dapat kita lakukan untuk mencegah perpisahan itu?
Tak ada yang dapat kita lakukan, karena sekali lagi kita fahami bahwa semua adalah keputusan Tuhan, walaupun dia belum memilih dan kita belum memilih.

Tapi apakah kita punya pilihan?



Dia tahu betapa kita mencintainya… …dan kita percaya dia pun begitu
Kita saling menemukan banyak kesejatian antara kita, dan kita banyak mendapat kesempurnaan antara kita…
Dan akan kita simpan semua itu sebagai kenangan manis, kenangan indah dan bukan sebagai bayangan untuk dikejar.

Kita harus siap kehilangan…
Kita siap kehilangan segala kehangatan yang diberikan
Kita siap kehilangan segala perhatian yang dicurahkan
Kita siap kehilangan segala percaya yang disemaikan
Kita siap kehilangan kesempurnaan cinta yang seumur hidupku baru dirasakan tatkala bersama
Kita siap kehilangan segala-galanya yang melekat
Tapi kita akan memelihara segala kenangan sepenuhnya

Kita memiliki keyakinan bahwa kita akan bersama sampai kita menutup lembaran kehidupan ini.
Suatu saat nanti.
Kita yang dipisahkan akan dipertemukan kembali olehNYA…

Sengaja aku tunggu sehingga ke waktu ini untuk menulis tentang tragedi pahit dalam sistem penerbangan tanah air. Selama ni aku diam saja saat semua orang berborak kencang. Sebabnya aku pikir aku bukan orang tang arif pasal hal2 sebegini dan lagi baik kita tunggu dan lihat saja apa kesudahannya. Biar pihak yang berkenaan siapkan kerja2 mereka. 
Lalu saat PM mengumumkan berita sedih itu, aku cuma mampu beristighfar dan menyedekahkan al fatihah. Hubby bertanya padaku, aku tak bersedih ke? Perlukah aku tunjukkan pada seluruh dunia kesedihanku? Perlu apa aku perbuat untuk menunjukkan kesedihanku? Mungkin aku tak seperti Hubby yang begitu mengikuti perkembangan kes ini. Mungkin kerana itu, pengumuman PM itu lebih terkesan padanya berbanding aku yang hanya jadi pemerhati dari jauh. Apa2 pun aku tetap berkongsi kesedihan ini. 

Al fatihah. 

Tuesday 11 March 2014

Listen Listen Listen


You don't know what I'm feeling
I'm more than what you made of me
I followed the voice you gave to me
But now I gotta find my own.

Seriously, aku tak pernah nak suka lagu ni. Pada aku biasa2 jek lagunya. Tapi ni bila dengar versi Shila, terus mencanak bulu tengkuk. Dengan teknik nyanyian dia... perghh gila la! Tetiba lirik dia satu persatu meresap masuk ke otak dan buat aku terbuai2. Dan jadi sayu bila dengar. Part yang aku quote tu yang paling beri kesan pada aku. Huhuhu

p/s: to Adik, listen listen listen! When I ask u to do something, jangan nak melawan. Sila bertindak mengikut arahan. Papepon, I pray the best for u. Semoga cepat2 sehat. 

Monday 10 March 2014

Terkenang Jua


HB Dia...

Sabtu lepas adalah hari ulang tahun kelahiran H. Aku memang ingat dan aku memang ada save dalam fon tarikh tersebut. Aku SMS dia. Tapi jangan cepat berprasangka. Aku wish sebab dia penah wish aku dulu. So it's not more than just to return the favour. Sebab tu aku SMS instead of aku Whatsapp dia. Aku dah block Whatsapp dia. Dan lepas aku text dia, aku cepat2 delete mesej tu. Bukan sebab aku takut Hubby terbaca or what tapi aku taknak terpandang yang boleh buat aku teringat kat dia. Bila dia reply, aku delete tanpa sempat aku baca apa yang dia tulis. Maaf kalo dia baca entry ni, dia terasa tapi pada aku, kita dua2 dah cool dan aku pun dah terangkan situasi yang sebenar dengan dia. So aku assume dia boleh paham.

So tu je la. Hikhik

Tuesday 4 March 2014

Sang Arjunaku



kita telah mencipta sejarah, semalam.
dan kalau pun tak semahal peristiwa2 yang layak masuk televisyen--
kita TELAH mencipta sejarah, semalam.

kita.
rakyat malaysia.

semalam, aku dan tri sudah hampir putus harap untuk bertemu dr lim. pakar jantung kanak2 di negara yang secara mengecewakannya adalah SATU2NYA pakar yang dirujuk SEMUA kes2 jantung kanak2 di malaysia.

ada lagi satu pakar di IJN katanya.
tapi tunggu juna kritikal baru dapat temujanji.
dan kritikal bermakna membiar jantung juna bengkak dahulu baru diberi perhatian.
sesuatu yang bagi aku-- tak ada mana2 ibu dalam dunia sanggup untuk tunggu.

dari pagi beratur menanti.
tanpa temujanji.
kami cuma ada referral dari dr nizam --pakar jantung kanak2 dari jb.
dr nizam kata dalam malaysia, semua pakar jantung kanak2 akan rujukkan kes pada dr lim di gleneagles di ampang.
juna dirujuk terus untuk masuk-dan-jumpa dr lim.
juna perlu lekas, katanya.

terus kami pulang ke kuala lumpur agar pagi esoknya dipersempat. namun, sampai ke petang tak ada rupa nak berpeluang bertemu.
mungkin kerana tak ada temujanji, tri bilang.
kita ambil nombor. datang semula besok, sambungnya.
aku setuju.

ketika hendak berangkat pergilah nama juna dipanggil. aku sedia maklum kedatangan kami adalah untuk meminta ihsan agar diberi peluang untuk pembedahan. tarikh adalah suatu komoditi yang mahal dalam plot ini.

ada yang perlu tunggu.
macam beberapa anak yang masih menanti di IJN.
ada yang nasibnya lekas.
dan kalau pun tarikh sudah ada, ada kes di mana anak tersebut demam di tarikh tersedia--
maka terbatal.
perlu mencari tarikh semula.

dr lim semak kes juna.
sihat, kata dia.
jantung masih cantik. belum bengkak habis walau kelihatan di xray sudah mula proses bengkaknya.

"bila tarikh yang ada?" aku tanya dr lim meski dalam akaun sesen pun tak ada. simpanan tak ada. apa tak ada.
aku cuma ada 'kun fayakun' dalam kocek.

dr lim buat satu dua panggilan sambil jari2nya menjalar2 di kertas.
"esok".
refleks-- aku jawab-- "boleh".
dr lim pandang aku. dia tanya: "duit ada?"

aku toleh tri.
tri pandang aku.
serentak--
kami cakap laju--
"ada".

*pause*

kami bohong.
kami tak ada duit.
tapi kami nekad.

pinjam mana2. jual apa2.
tapi mmg gila.
aku dan tri perlu cari rm 35 ribu dalam satu hari.
SIAPA sanggup bagi pinjam dalam satu hari?
SIAPA nak beli kereta, alat2 elektronik semua ini dalam satu hari?

DALAM SATU HARI.

aku cuma ada kun fayakun dalam kocek.
aku begitu yakin itu adalah harga pembedahan juna.
kun fayakun.

aku kering.
paling teruk aku akan tanggung kalau tak terbayar di esoknya adalah saman-menyaman, aku masuk penjara, atau seluruh harta disita mahkamah.
apa2 jualah.

aku tak kira.
yang penting, jantung juna.

dan keajaiban berlaku.
keajaiban yang dari dulu aku selalu juangkan.
kemanusiaan.
random kindness.
cinta sesama insan.

dalam kurang 24 jam, cukup rm 35 ribu untuk juna.
dan dana masih ada lebih-- cukup untuk follow up dan ubat2 dia nanti.
SEMUANYA adalah kerana kun fayakun.

tuhan begitu baik kerana meniupkan kasih dalam ruh kalian.
begitu mengasihan kerana menggerak hati2 kamu untuk bantu seorang bonda yang dalam kebuntuan.

*pause*

kita telah mencipta sejarah, semalam.
dan kalau pun tak semahal peristiwa2 yang layak masuk televisyen--
kita TELAH mencipta sejarah, semalam.

kita.
rakyat malaysia.

terima kasih, para strangers, siapa pun kalian semua.
pada HUJAN terutamanya,
pada kawan2 yang tak berhenti trending tentang #babyjuna,
pada saudara-mara yang kuat semangat membantu juna aku.
setiap sen, setiap ringgit, setiap solat hajat, setiap bacaan kalaamullah dan ayat2.

juna, aku dan tri berhutang nyawa pada kalian.
terima kasih memang tak cukup.
tapi wallahi, cuma terima kasih yang aku ada.
apa yang aku mampu kongsikan cuma baki2 'kun fayakun' yang tak terluak.

sungguh,
seklise mana bunyinya--
cuma tuhan mampu balas semuanya.

*pause*

kita telah mencipta sejarah, semalam.
kita--
ada SESUATU yang boleh dicerita pada anak2 kita.
tentang kemanusiaan.
tentang random kindness.
tentang cinta sesama insan.

tentang bersatunya kita--
demi seorang juna.

assalamualaikum dan moga2 setiap kebaikan kita yang terpanjangkan ini akan kembali memaniskan hidup kalian esok2--
sebagaimana kebaikan kalian memberi nyawa pada aku.


Ni petikan status FB Fynn Jamal masa dia sedang mengalami pengalaman getir tentang anaknya. Sebak aku baca. Lagu yang kat atas ni pon lagu untuk anak dia. Sucinya hati dia sanggup adopt anak luar nikah. Semoga ALLAH merahmati dia dan seluruh keluarganya. Amin.