Thursday 31 May 2012

Terima Kasih, Tuhan

Syukur alhamdulillah, emak dah selamat sampai ke Madinah. Cuak gak aku memula tuh sebab dekat pukul 9 aku mesej takde reply. Tak sampai lagi ke? Ada apa2 masalah ke? Sebab ikutkan flight details yang agent tuh bagi, pukul 4 lebih sampai dah.  Rupa2nya pukul 4 tuh ikut waktu sana. Aku pulak lupa nak kira GMT dia berapa. Ni baru tau yang beza waktu +5 jam. Yakni lewat 5 jam. So, waktu aku menulis nih, tengah pukul 6 pagi kat sana. Kalau ikut itinerary, hari ni aktiviti bebas. Rasanya ni mesti pergi nyoping nih. Huhuhuh... Takpe la, janji emak selamat. ^^ 

Wednesday 30 May 2012

Homesick




These clothes feel so strange on me
Stranger still are these shoes
Taken to another world
I'm now crying for my home

Tell me where my mother is 
She forgot to explain things to me 
Tell me where my father is 
I thought I heard him leave this morning 

Heavy thoughts 
What I need is an explanation 
The purpose of this journey 
Searching for answers in this small room 
I can only think of my river 
My friends are searching for me 
But no matter how hard I try 
There's no way for me to answer them 
I'm homesick, I'm longing 
For my family 
I'm longing for my home 
Here I sit all by myself 
In this darkness 
My head is filled with hurt 
With sadness - this darkness 

Lagu yang selalu menemani aku tatkala aku dalam kesedihan.... Ya, aku sedih.

Dugaan

Alhamdulillah, emak dah selamat berangkat ke Madinah tapi transit di Doha terlebih dahulu.  Semoga segala urusan dipermudahkan ALLAH dan emak beroleh umrah yang mamrur. Dalam aku bersedih dengan pemergian emak ke Tanah Suci, aku juga bertambah sedih bila Hubby call aku petang semalam. He's suspected he affected by something. Looking at the symptom and the features, yeah, he's sick. It's curable but we don't know he's in which stage now. So we don't know how bad or critical it is. Aku refer dengan kawan aku yang kerja as doktor. He tried to help tapi aku paham, dia pun busy. So, tunggu dia lapang sikit baru dia boleh inform aku details. So for now, aku hanya boleh berdoa. Dan insyaALLAH Jumaat ni, aku nak bawak dia berjumpa ke klinik for further check-up. Mintak2 tak teruk. He's so down cos he scare and worry. ALLAH, selamatkanlah dia... Aku sayang dia...

Tuesday 29 May 2012

Umrah

Esok pagi2, insyaALLAH, emak akan berangkat untuk mengerjakan umrah sampai 11hb. Waaaaaa sedih gila!!!!! Satu, selalu aku yang gi jenjalan tapi kali ni emak yang pegi jenjalan. Lama pulak tuh. Dua, siapa yang nak kejutkan aku pagi2 dan masakkan bekal aku??? WAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!! Gila jahat aku nih, pentingkan diri sungguh. Sebenarnya aku gembira tapi dalam masa yang sama aku sedih, risau pun ya sebab mengenangkan kesihatan emak. Emak pergi sorang mengikut dua pupunya. So, risau kalau emak jatuh sakit. Terutamanya sakit pinggang emak yang agak serius pada aku. Sebenarnya, kalau nak dikutkan, emak sepatutnya dah berlepas hari ahad lepas. Transit di Mesir untuk 2 hari dahulu. Tapi last minute, Jumaat lepas masa kenduri doa selamat untuk emak, emak diberitahu ia ditangguhkan. Terkejut jugak aku. Sebabnya, emak ikut agen yang ofisnya di Johor. So tak tahu, travel agent nih berdaftar ke tak. So Khamis lepas aku try la check. Aku check website dia dan aku call ofisnya. Dan masa kenduri tuh, emak sedara aku bawa luggage bag complimentary daripada pihak travel agent. Siap ada cop details of the agent. So aku percayalah. Lagipun, emak sedara aku tuh dah banyak kali pergi buat umrah. So aku rasa mesti dia pergi dengan agent yang sama. Yang dia percaya. So, dalam seminggu nih, aku busy sedikit la settlekan hal emak. Bawak emak pergi tukar duit, call Telco untuk bukak roaming, beli barang2 keperluan dia, bawak jumpa doktor untuk suntikan meningitis, etc. Lepas tuh, call dan bertanya pada siapa2 yang ada pengalaman tentang apa yang emak perlu bawak dan perlu tahu. Terima kasih pada Hubby yang selalu travel, so banyak advice dia bagi. Dan aku teringat yang ex aku - Z, dia baru pergi mengerjakan umrah bersama emaknya. So, banyak tips yang dia bagi. So aku harap dan aku berdoa, emak selamat sampai dan selamat kembali. Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan emak di sana. Emak baik. Emak tak buat jahat dengan orang. Emak buat hal emak sorang jahat. Orang yang selalu jaki dengan emak. So, semoga ALLAH melindungi emakku. Amin.

Monday 28 May 2012

Secret Admire


Bulan tolong katakan
Bintang bantu bisikkan
Kepada dirinya
Kalau aku mau 
Jadi kekasihnya

Selalu kita dengar pasal secret admire nih. Tiap2 orang mesti ada sorang yang kita minat dalam diam. Aku pun tak terkecuali. Aku ada sorang yang aku minat. Pada aku, si dia tak lebih sebagai penarik atau pemangkin semangat aku. 
Dulu, masa aku Diploma, aku penah minat kat sorang nih. Minat yang sungguh2. Setiap kali nampak dia memang aku cair. Jantung aku jadi berdegup sejuta kali ganda laju. Aku selalu perhatikan dia. Dan selalu tercari2 kot2 dia ada berhampiran aku. Antara kami memang tak pernah bertegur sapa. Kami berlainan fakulti. Plus, dia senior aku satu semester (tapi kami sebaya). Kawan2 aku tau aku sukakan dia. Kadang2 dorang mengeji2 gak dia. Terutamanya cara dia makan. Kata dorang, nampak pelahap dan tak beradap sebab dia angkat sebelah kaki atas kerusi sambil makan. Mentang2 lah kami ni belajar pasal etiquette, kemain kawan2 aku mengondem. Tapi aku wat dek jek. Hati dah suka maa... semua pun nampak elok. There was one incident I.. I can't recall what is it, aku confront to him. Masa tu, aku belikan dia baju. Gila apa aku masa tuh belikan dia baju pun aku tak tahu. So aku pass kat kawan aku yang kenal dia. (Dan kawan aku ni jugak yang jadi informer aku pasal dia). So he help me pass it to him. Dan aku tak ingat, few days later aku ajak kawan aku teman aku jumpa dia. And finally, kami bertentang empat mata. Gila takut tol aku masa tuh. Mamat tuh pun aku tau dia pun cuak sebab muka dia merah. Asyik gelak2 macam nak kaver malu. A very short meeting. And that's the first and the last meeting. Aku jadi malu nak berselisih dengan dia. Kalau nampak dia, sebatu aku dah lari. Ni dalam dok teringat dia, aku stalked FB dia. Selamat dia guna full nama dia. So dapat la cari. Hahahahah... So tadi aku ternampak satu folder gambar. BELIAU DAH KAWEN!!!!!!!!!!!! Sedih campur terkejut tapi ku sangat gembira. Good for him. Wish him all the very best in his future. 
Sambung lagi... masa aku final year, aku dok luar. Duduk la kat rumah pangsa kos rendah 4 tingkat yang pada aku sangat strategik. Dekat dengan segala2 - kedai runcit, cyber cafe, kedai makan, 7e dan lain2. Semuanya kat bawah umah. Tak payah mandi pun selalu tuh. Cuci muka, gosok gigi, done. Hahahah.. Kitaorang masa tuh tinggal kat tinggal 3. Dan aku minat kat sorang junior nih tinggal kat tingkat 1. Dia selalu pakai kasut jenama Timberland warna kelabu. Aku sampai sudah tak tahu nama dia. Tapi aku panggil dia sebagai 'Budin'. Entah kenapa dalam banyak2 nama aku pilih nama tuh. Aku selalu mengintip dia di balik tingkap bilik aku tengok dia warm up enjin motor sebelum pergi kelas. Huhuhuh... Tuh je la kenangan aku dengan dia. Tak banyak pon tak macam kenangan aku dengan inchey BD. 
Masuk degree, sekali lagi aku teradmire kat seseorang. Masa 1st day registration, aku terpandang this fella. Yolah, berdiri beratur panjang2 mestilah boring. So, I need distraction. And my distraction is him. Hikhik... Aku tengok2 la dia. Aku rasa he noticed that I'm staring at him. Tapi pada aku, biap pi la. Bukannya aku dengan dia satu course pon. Seramai2 umat nak register nih, so, kebarangkalian aku jumpa dia lepas ni adalah dalam 100:1. Tuhan Maha Besar, rupa2nya nak jadi cerita dia satu fakulti dengan aku. Selamat bukan satu course. Macamana aku boleh tahu? 2nd week of the semester, di pagi hari sedang aku breakfast dengan kawan2 kat kafe fakulti, sekonyong2 beliau lalu dengan uniformnya. Mujur tak tersembur makanan dalam mulut aku. Aduhai... keciknya dunia. Dah la tuh, aku dapat tahu kami tinggal dalam kawasan yang sama. Tapi berlainan blok. Aku memanggilnya "Leman". Hahahaha.. Again... nama kekampungan sangat aku bagi untuk insan kacak bergaya seperti beliau. Hukhuk... So sedikit demi sedikit aku dapat informasi tentang beliau. Nama dia, orang mana, akaun FB, sampailah dia berkawan rapat dengan sorang member kami time diploma dulu. Luruh hatiku sekejap. Tapi takpe lah, itu jodoh dia. Ku redha.. Hukhukhuk
Tapi pendek kata, dalam soal hubungan, aku bukan jenis yang straight to the point. Sesuka mana pun orang tuh pada aku, aku takkan bagitau. Aku takut pada rejection. Luaran, aku nampak macam berani. Tapi sebenarnya, hatiku sangat kecil molek. Kalau orang tuh tak start, sampai ke sudah la aku akan memendam rasa.  
  

Wednesday 23 May 2012

Penerang Hati


Sakit


Saat ini aku sakit
Sakit kerana aku masih mengingatimu
Kenapa begitu sukar aku membencimu?
Kenapa cukup sukar aku melupakanmu?
Kenapa terlalu kuat ingatanku padamu?
Hati ini sakit
Jiwa ini derita
Tubuhku tak rela
Sakit... Sungguh aku sakit!
Kenapa engkau tidak pernah pergi?
Kenapa bayangmu yang menemani lelapku?
Ghaiblah.. Enyahlah engkau dalam pekat gelap!!
Aku terlalu sakit mengenangmu
Tolong.... lepaskan aku
Derita ini terlalu berat untuk kupikul
Dulu aku ada kamu sebagai sandaranku
Tapi kini aku sendiri....
Pergi...... demi cinta ini!
Jujur...
Sungguh sampai mati aku masih mencintaimu
Tapi sakit ini juga membawa mati
Serasa mati
Pergi..................... aku sakit
Sangat sakit
Terlalu sakit
Jangan sakiti aku lagi..... tolong!

Aku betul2 rindukan dia. Malam itu. Suddenly, aku seperti dihantui oleh bayangannya. Ingan padanya terlalu kuat. Aku menangis lagi. Aku hingga jadi buntu tak tahu pada siapa ingin aku mengadu. Pada dia?? Owh tidak.... biarlah rahsia ini menjadi rahsia. 

Saturday 19 May 2012

Loq Staq (Day 1)

Hari ni aku berkampung selama 3 hari di Kedah or specifically, Alor Setar. Aku ada interview dengan local college here on Monday. Hubby sebenarnya tak bagi aku datang or dalam erti kata lain, dia tak merestui kedatangan aku ini. Dia kata, aku cuba menjauhkan diri dari dia. Hurm... suka la berpikiran negatif macam tuh hubbyku ini.
Ok, back to today's trip. Aku quite surprise sebenarnya bila aku cuma ambil masa 3jam lebih je driving dari tempatku ke Alor Setar. Laju ke aku bawak? Mak kata aku bawak laju. Huhuhu... Aku kemudian baru sedar bahawa aku tak familiar langsung dengan tempat ni. Peta pon takde dalam hotel ni. So susah la sikit. Tadi petang aku kebuluran. So nak taknak kena la keluar. Sambil tuh memang bercadang nak round2 tengok kawasan pun. Memula aku pegi ke pusat bandar. Nak cari kat mana Pekan Rabu. Ok, dah jumpa. Tak susah pon. Tapi parking penuh kat kiri kanan jalan. So tak leh nak berhenti kat situ. Memusing sampai dua kali gak sebab kot2 ada lot kosong. Tapi hampa. So terpaksa la cari tempat lain. Aku perasan, kat pusat bandar AS ni tak banyak shopping complex. Ke aku yang tak tau tempatnya kat mana? So dalam dok pusing2 tuh, aku perasan satu - Star Parade. So aku masuk la dengan harapan mesti ada food court. Dan aku memang nak singgah ke Watson atau Guardian sebab aku terlupa bawak berus gigi. Ok, kat Star Parade tuh ada Watson. Done buying the thing. Skang nak mencari tempat makan pula. Tapi hampa. Sangat kurang. Yang ada pun aku was2 nak makan. Selamat ada McD. So aku tapau la buat bekal tengah2 malam kang kot kebulur. Tapi tetap aku perlu makan nasi. If not, ada harapan gastrik aku datang balik. And I hate it if its happen.
So berpusing2 la aku mencari tempat makan. Dan aku perasan satu restoran mamak. Alhamdulillah. Dan berjaya juga isi perut dengan nasi. Alhamdulillah sekali lagi. Boleh tahan murah juga. Perut dah kenyang jadi skang mau pulang. And I'm lost. Aku tak tau nak ikut mana sebab merata2 aku pusing tadi. Dan area pusat bandar dia banyak yang jalan sehala. Aku dah cuak. So, satu2 cara untuk balik ke hotel adalah mencari jalan ke highway. So berpusing la aku. Dan akhirnya berjumpa - highway AS (U). Takpe la, terpaksa berhabis sedikit. Janji aku tak sesat teruk. Huhuhuhuh...........
 So, end of day one. Esok tak tau lagi camne. Cadangnya nak pergi ke rumah Tun M. Saja ngisi masa lapang. Dan of course, ke Pekan Rabu. Mak aku dah memesan cari fridge's magnet . Adeh... sejak bila beliau ada hobi mengumpul fridge's magnet pon aku tak tau. Tapi aku rasa, it's all start bila aku pegi Singapore hari tuh. Emak emak.....  

Thursday 17 May 2012

Please Don't Leave Me


Should I try this next time? ^^

Are We Cool?


It's hard to remember how it felt before
Now I found the love of my life...
Passes things get more comfortable 
Everything is going right


If people ask me after what happened between me and him, I will totally say that "yeah, we're cool!" but the fact is, I'm not. Though I already found so-called "love-of-my-life" yet, still I'm not ok. Still it doesn't feels right. How can you love someone but at the same time you still can't let go of your past. And if people ask me about him, I know he's cool. He can take it starting from the very beginning. For him, it may just a simple matter. But not for me. He wanted us to befriend, but I think, it's not easy. You can't just simply turn your feeling from a person that was your precious into a plain guy that you call friend. I did try my best actually. It seems impossible. When I remember back, still I can befriend with some of my old flames after we broke up. But not with him. Why? I think he knows better. And this entire diary already explain. He's the reason I create this diary. So, are we cool? I'm sorry. We are still not cool. Yet.     

Biar Mimpi Sampai Ke Bintang


Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini
Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang

Aku tetiba jatuh suka pada lagu ni. Sedangkan lagu ni dah lama juga. Dah banyak kali dengar tapi pada aku biasa2 jek. Pagi ni while I'm driving to work, radio played this song. And masa tuh tengah berhenti di lampu merah, so aku jadi macam concentrate pada bait2 lirik dia. Bermakna juga sebenarnya. Betul kata lirik ni... "Jangan resah kerana ini takdir dan Tuhan Maha Mendengar."

Tuesday 15 May 2012

Bengang...

Sesungguhnya diri ini teramatlah bengangnya dengan opisku sekarang. Aku dah susah nak access to internet. Aku tau tau what actually happen sampai WiFi kami terpaksa dicatu dengan students. So kerja aku dah terganggu. Nak check email kerja dah susah. Nak update Facebook susah... Nak cari information pape pon dah susah. Haisy... Ini yang membuatkan diriku berasa sedikit tidak senang. Aku dah tak bebas. Dulu, aku sekadar duduk di sudut-sepiku sambil buat macam2 tapi kini aku kena menapak ke PC ofisku (yang letaknya hanya sekangkang kera dari mejaku tapi dikongsi secara beramai2). Urgh... I hate this!!!!

Monday 14 May 2012

Speechless....

jika ditegur nnti, umpama minyak mencurah api. maka diam lah saja. moga diam ku ini diamnya ubi, dan mendiamkan mu bkn mendiamkan besi..

a week full of emotional ride.. asyik baran aje. obviously in need of positive energy.. *haisz*

perhaps, u just don't care what ever i have to say. perhaps, secretly u'd say "whatever!!!"

tidak kah kau amat, sangat, benar2 tahu yg kau lah dunia utk ku? pelangi yg dilangit itu hiasan hati ku? suria yg hangat itu kasihmu pd ku? sungai yg mengalir itu tenang wajahmu? awan dilangit itu berlukis wajahmu? angin berhembus itu sentuhanmu?.. fantasi mungkin. bila berhenti nnti, baru ku sedar selama ini ku bermimpi panjang. sendiri.

officially - giving up!

Mengundur mencariku tidak semudah berlari meninggalkan ku. Jika kau menoleh kebelakang, ku mungkin masih ada disitu, atau mungkin jua telah berundur diri. Jika ku tiada disitu, usahlah dicari. Teruskan lah lari mu menuju apa yg benar2 mahu dicari..

‎"Not in é mood for talking. Sorry." Not even to me? I wonder who actually am I to u now - the one that should u be together thru rain or shine.. I'm clueless. *sigh* :(

Above are his posts in FB that referring to his emotion towards me. Sad. I feel like I'm an evil person that hurt him so much. I don't have any intention to make him sad. My bad and my sin. He asked me, what actually I want in this life? I'm clueless. I don't have the answer. Last time, I said I just want to be happy. Perhaps, I already found one. Him. Or maybe 'him'. But then, urgh... I'm still haunted by 'him'. It's not just Alyah's version of "Sekali segala ada - Ada rindu yang datang tiba2 - Tak mungkin kerana sayang - Cuma terganggu oleh perasaan". It's the fact that I still can't over him. Totally. He's still here *heart* and here *brain*. That's why I reacted strangely. I hurt those people who loves me. Unpurposely. I scared to love people so much *again*. The wound still red. I thought when I'm with 'him', he will cure the pain. He's going to be my savior. That's why I give everything after I almost lost everything. But he wasn't meant for me. *Or maybe I wasn't meant for him, actually* Therefore I turn to him. He never fail to love me unconditionally. But now I think, I'm the one that fail him. Ever since we met after the Book Fair, we quarrel a lot. A LOT!! I make his life upside down. He always says that everything that I do, affect him.

I don't know now. Am I really deserve him? Or I just making his life miserable by having him by my side? GOD... I really don't know. Why do I have to gone through all these?? *sigh*

Friday 11 May 2012

Letter To Hubby

Hubby,

I'm sorry. Truly sorry for being this cold. I didn't mean to hurt. You are part of me now. Everything that I have. I'm lost without you. But I couldn't help with this feeling. I feel so down. I feel so lonely now. I keep questioning myself, why this thing is happening to me?! What have I done??
You know me well, right, when I'm in unstable emotion how will I react? I can't control myself. I'm avoiding you because I don't want to hurts you with my words. I know that this also hurts you but I just don't want to hurt you more.

Argh, I'm stuck in my own circle. Hubby, please understand me. Just let me spare this moment for myself. Let me be like this until I'm calm. I'm truly sorry.

Big Boy Don't Cry


I hope you know, I hope you know
That this has nothing to do with you
It's personal, myself and I

Ku tak menangis. Takkan menangis. Cuma ku berkecil hati. 


Menjauh Diri

Semalam aku tersentap. Sangat tersentap sebenarnya. Aku terpikir, apakah aku dikelilingi oleh orang yang tak memahami aku? Sukarkah memahami seorang aku? Aku memang sedih giler. Aku sedar kekadang aku babas mulut. Tapi aku bergurau kasar dengan orang yang rapat dengan aku jek. Orang yang aku rasa dah cukup kenal aku luar dan dalam. Tambah2 lagi orang2 tersebut adalah mereka yang aku pernah bersama2 mengharungi suka duka. Tapi mungkin salahku sendiri yang tak reti menjaga perasaan dan sensitiviti orang. Hari tuh Hubby kecik hati dengan kata2 aku. Semalam ada yang kecik hati dengan tulisanku. Sedangkan niat aku tak lebih dari sekadar nak bergurau. Entahlah.... mungkin aku dah patut buang perangai kebudak2an aku nih. Aku kena jadi serius. Which I don't like at all. Aku taknak serius. Semua orang kata aku garang bila aku serius. Aku nampak menakutkan. Fine, mungkin itu yang terbaik untuk aku. Dan semua orang.

Thursday 10 May 2012

Someday We'll Know


Someday we'll know,
Why I wasn't meant for you...

If I could ask GOD just one question,
Why aren't you here with me?

Perhaps someday I shall understand why..... Enough said.

Wednesday 9 May 2012

With You


I need you boo 
I gotta see you boo
And the hearts all over the world tonight,
Said the hearts all over the world tonight
I'm into you,
And girl,
No one else would do,
'cause with every kiss and every hug,
You make me fall in love,
And now I know I can't be the only one,
I bet there heart's all over the world tonight,
With the love of their life who feels..
What I feel when I'm with you
Girl.. With you
 
Aku selalu lupa akan lagu ni meskipun lagu nih lagu favorite aku dan setiap kali dengar, aku macam hanyut dalam dunia aku sendiri. Aku selalu mengharapkan akan ada orang yang dapat nyanyikan aku lagu nih. Confirm aku akan cair *membayangkan kalo Aqasha yang nyanyikan untuk diriku*
 

Tuesday 8 May 2012

The First Time Ever I Saw Your Face


Selain dari Ako Mustapha dan Aqasha, ada sorang lagi insan dalam hidup aku yang first time aku nampak dia aku terus jatuh cinta. Yang boleh wat aku tergamam dan degup jantung berlari 350km/j. He caught my attention at first. Berbanding yang lain, aku ambil masa untuk suka dan jatuh cinta. Tetapi dia, pertama kali terpandangkannya aku terus pahatkan wajahnya di dalam hati. Hingga aku jadi malu sendiri untuk mendepaninya. Takut dia nampak betapa gemuruhnya aku terutama tatkala aku memandang raut wajahnya. Dan hingga kini sukar untuk aku buang raut wajahnya. Walau aku bersama sesiapa pun, aku tak boleh lupa akan dirinya. Dan siapakah gerangan 'dia', biarlah terus menjadi rahsia aku. Dia masa silam yang tak patut aku kenang. Dia yang telah berlalu.

The first time ever I saw your face
I thought the sun rose in your eyes
And the moon and the stars were the gifts you gave
To the dark and the empty skies my love
The first time ever I kissed your mouth
I felt the earth move through my hand
Like the trembling heart of a captive bird
That was there at my command my love
The first time ever I lay with you
And felt your heart so close to mine
The first time ever I saw your face

Monday 7 May 2012

Random


Sorry Seems To Be The Hardest Word


What have I got to do to make you love me
What have I got to do to make you care
What do I do when lightning strikes me
And I wake to find that you're not there

What do I do to make you want me
What have I got to do to be heard
What do I say when it's all over
And sorry seems to be the hardest word

It's sad, so sad
It's a sad, sad situation
And it's getting more and more absurd
It's sad, so sad
Why can't we talk it over
Oh it seems to me
That sorry seems to be the hardest word

What do I do to make you love me
What have I got to do to be heard
What do I do when lightning strikes me
What have I got to do
What have I got to do
When sorry seems to be the hardest word

Dan tanpa disedari, akulah penagih cinta itu... Menagih secebis perasaan alami itu dari insan yang tak lagi sudi memberi.

On My Own


And I am not afraid to try it on my own
I don't care if I'm right or wrong
I'll live my life the way I feel
No matter what I'll gonna keep it real
You know
Time for me to do it on my own

The Mermaid Who Loves The Shark


I couldn’t say with words but I think it was from the beginning
Come to me, though I know that you will hurt me
Don’t be too surprised, or too excited or too hurt
But a love that sometimes complains and is jealous

Even if it’s normal, do you know that I want to have that kind of love?
I wanted to stop because I despised you who pretended to not know
But I can’t go on without you and because even you know this
I’m still sadly by your side

You try to say something different
But if I tell you that I love you first
I wonder what face expression you will have

Even if it’s normal, do you know that I want to have that kind of love?
I wanted to stop because I despised you who pretended to not know
But I can’t go on without you and because even you know this
I’m still sadly by your side

Can you only figure out my love with words?
I wanted to stop because I despised you who pretended to not know
But I can’t go on without you and because even you know this
I don’t want to give you a burden but
I’m still sadly by your side

Aku suka lagu nih? Sebabnye? Lagunya ada undur2 tradisional. Korean's court music. Lagi satu, bila dengar rasa sayu jek. Merudum perasaan. Tapi bila baca translation, aku tak paham kenapa tajuk lagu ni macam ni? Ada personafikasi ke? Lebih kurang lagu ni pasal cinta tak kesampaian / bertepuk sebelah tangan jek. Even though  orang tuh di depan mata... rapat... tapi belum tentu dia paham dan nampak. Ke sebenarnya pasal cinta tak semestinya bersatu. Ah.. entahlah. Bak kata "Pak Ayob", cinta itu datangnya mengejut dan perginya juga bisa mengejut (Gerabak Merah Jambu, Kamilia, 2012).

Friday 4 May 2012

Tercipta Untukku


Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku 


Russian Roulette


"Love is like letting a person to hold a gun 
and point it to your heart.
It's how you put your trust 
for that person not to pull the trigger.."

Bulan Mengambang

Bulan dalam kehidupan manusia mempunyai signifikan yang tersendiri. Orang mengibaratkan kecantikan seseorang seperti bulan, mood pasang surut pun bulan yang jadi mangsa. So entri kali ni bukan aku nak memuji kecantikan orang tapi ini berkenaan mood sang kekasihku yang sedang 'mengambang'. Semalam seharian dia tak sihat. Sakit kepala. Kebelakangan ni migrain dia makin menjadi2. Al maklumlah, sejak dah jadi student balik ni, otaknya bekerja extra hard. Tambah2 dengan cuaca dan perjalanan jauh dari umah ke uni, aku jadi kasihan dengan dia.

Malam sebelum tuh, dia bercerita tentang supervisor researchnya. Berlaku miscommunication antara kedua-duanya, especially berkenaan research Hubby. Research dia memang complicated sebenarnya. Aku pun pening nak memahamkan. First, sebab bukan bidang aku. Kedua, eventhough aku faham sebab idea asal dari tesis Masternya, tapi variables dah bertambah dan jadi complicated. Even supervisornya sendiri komplen tak paham. Tapi pada aku, as a PhD candidates, memang standard la variables bercabang2 sampai boleh jadi satu pokok. Dan lagi, Hubby mengalami kesukaran nak adapt dengan new environment. Dari peringkat Diploma hingga Master, dia belajar di bawah fakulti Pengurusan (tapi lebih kepada sains sosial sebab dia ada kerja labs). Tapi kini dia belajar under Faculty of Medicine. Memang la beza gila. Macam kutub utara kutub selatan. Kelmarin dia bercerita tentang supervisornya yang compare dia dengan one of the student master. Tercalar egonya.

Aku paham, as a PhD candidate, Hubby sepatutnya dah lebih arif dengan apa dia nak buat. Semuanya sepatutnya dah ada dalam otak dan telah dirancang secara teliti. Tetapi apa yang Hubby cakap dan cuba pertahankan ada betulnya juga. Dia masih dalam proses nak mengdaptasi dengan budaya baru di tempat baru. Lain padang lain belalang. Lain orang lain caranya. So, budaya yang diterap di uni kami dulu berbeza dengan budaya yang dia hadapi kini. Different school of thoughts. Lalu bila cara penulisannya dikritik, Hubby jadi down. Hari tu baru dia gembira sakan bila supervisornya memuji researchnya ada2 unsur novelty. Tapi kini, lain pulak jadinya. Dan dari cerita Hubby, supervisornya sendiri kurang arif dengan bidang yang Hubby nak cuba buat. Memang research Hubby tak pernah dibuat di Malaysia sebelum ni. Cuma yang buat Hubby memilih beliau sebagai supervsior adalah kerana beliau ada ditawarkan geran untuk menjalan research di Malaysia yang lebih kurang dengan tajuk Hubby. So, in a nutshell, dia down dengan sikap supervisornya. Sebiji macam 'ayah angkat'nya masa Degree dan Master dulu.

Dan lagi satu, dia berbulu dengan perangai sorang budak Master di uninya. Budak yag perasan bagus. Mentang2 dulu pernah ambik medic (tapi tak habis) so nak tunjuk pandai. Secara sinis dia cuba memperkecil2kan Hubby. Hubby cuma boleh bersabar jek walaupun kekadang dia laser jugak budak tuh sampai terdiam. Hubby di uni hanya lone ranger. Takde teman. Kawan2nya hanyalah budak2 undergrad yang dia kenal dalam kelas yang dia kena ambil. Tapi takdelah rapat mana. Dia sering mengadu rindukan aku sebagai teman belajarnya. Kami boleh main2 tapi bila study, kami serius.

Tapi sebenarnya, Hubby paling terasa dengan gurauan aku semalam. He took it too serious over my joke. Dia bukan tak tahu yang aku memang jahat mulut. Kami selalu menyindir satu sama lain. Tapi semalam mungkin sebab dia tak sehat, dia jadi double sensitive. Hubby, I'm truly sorry. Dia siap berpantun dalam FBnya - "kerana pulut kuih tak sedap, kerana mulut hati tersentap". Aduhai..... bersalahnya rasa diri ini....


Tanpa Tajuk (Entah-Ke-Berapa)


Thursday 3 May 2012

Count On Me As I Count On You


If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
When we are called to help our friends in need

You can count on me like 1, 2, 3
I'll be there
And I know when I need it
I can count on you like 4, 3, 2
You'll be there
'Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah
 
If you're tossin' and you're turnin'
And you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Every day I will remind you

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go
Never say goodbye
You, oh, you

You can count on me 'cause I can count on you 

Sekarang tengah melayan lagu nih. Cute sangat lagunya. Macam lagu I'm Yours dedulu. Simple yet soothing. Like. ^^

Wednesday 2 May 2012

Summary of MIBF

Macam aku bagitau, aku pergi Pesta Buku minggu lepas. Dengan Hubby. Alhamdulillah on the next day (Saturday) dia dah sehat. Sebenarnya pasal makan tak teratur. Malam tuh lepas aku sampai Shah Alam kami terus pegi makan. Menu biasa tapi kat tempat yang dah lama kami tak pergi. Alhamdulillah, masih sedap makanan kat kedai tuh meskipun hubby hampa sebab otak2 kat situ takde. Gerainya tutup.

Pagi tuh, seawal jam 9 kami dah keluar rumah sebab nak kejar train. Kami decide naik komuter je sebab tau mesti banyak jalan tutup. Dan lagi, mesti susah nak cari parking dekat PWTC. Sampai dekat Stesen Komuter Klang, kami breakfast dulu. Lepas tuh around 9.35 mula menapak ke Stesen Komuter Klang. Kelihatan beberapa orang yang berpakaian kuning. Aku dah tak sedap hati. Hubby dah mula merah telinganya. Dia memang penyokong tegar kerajaan. Tepat 9.45, train tiba. Unluckily, pakcik2 baju kuning tuh semua masuk ke coach kami. So sepanjang perjalanan, terdengarlah ocehan mereka. Dan paling menyakitkan hati bila mereka mula membuat bising di dalam train terutama bila train berhenti di stesen2, sibuk mereka mencari dan mengira 'sepupu sepapat' mereka. Dan kerana mereka jugalah, train menjadi double sesak. Hubby sudah cemberut mukanya. Aku terpaksa menepuk belakangnya dan mengurut bahunya minta bersabar. Katanya, nak pandang pun dia tak sanggup kerana benci dia yang membuak2 pada dorang ini. Aku hanya mampu minta dia bertenang dan berzikir bagi mengurangkan kemarahannya.

Akhirnya tiba juga di PWTC dalam pukul 11lebih. Tak ramai orang lagi masa tuh. Dan kami pun memulakan sesi bershoping kami. Kami sampai di gerai pertama - Jemari Seni. Aku pun mula la memborong novel. Tak banyak pun. Dalam 5 buah je. Keluar dari gerai JS, Hubby bertanya jika aku nak dia simpankan sedikit duitnya. Takut hilang, katanya. Memula, aku hampir termakan juga pujukan itu tapi baru aku sedar, kalau aku bagi, maknanya setiap kali nak membeli, aku kena mintak duit kat Hubby. Dan bermakna, dia akan mengawal pembelanjaanku. Owh tidakkkk!!!!!! Terus dia bertukar raut wajahnya bila tembelangnya aku pecahkan. Hahahah sorry la Hubby. Pesta Buku setahun sekali jek. Time ni sajalah diri ini memborong sakan buku2. Kami bertemu dengan rakanku yang merupakan seorang penulis. Aku tau yang hari tu dia ada duty untuk sesi autograph. Tapi memandangkan dia takde buku baru, so aku bergerak ke gerai2 lain. Bajet aku tak banyak tahun dan lagi, tak banyak pilihan untuk aku beli. Buku ilmiah memang banyak tapi harganya boleh buat aku putih mata. Memang mahal sangat. So, tak banyak buku ilmiah aku beli berbanding novel2... Hikhik. Semalam calculate resit2, total dalam RM300 lebih je aku habiskan.

Tengahari tuh, kami makan dengan rakanku itu. Itulah kali pertama kami duduk semeja dan bersembang panjang. Sejarah perkenalan kami sebenarnya bermula di FB dan berlarutan ke lewat ke beberapa siri pertemuan tapi tak sampai 5minit masanya. Dalam 4lebih, kami dah siap menyoping (aku yang menyoping lebih sebenarnya). So nak menunggu train balik ke Klang, memang ramailah orang. Termasuklah puak2 Bersih itu. Sekali lagi, sepanjang perjalanan kami dijamu dengan cerita2 mereka. Cerita sewaktu perhimpunan aka tunjuk-perasaan-kacau-bilau dan juga all the grandma's stories pasal apa dorang marahkan kerajaan. Aku dan hubby hanya mampu geleng kepala sebab cerita2 dorang tuh semua tak lebih dari cerita yang menunjukkan kebodohan mereka sendiri. Tapi sebab yang mendengar pun 'sedara mara' mereka, so semua pakat mengiyakan saja lah.

Malam tuh, kami pergi menonton The Avengers. Aku memang dah janji nak teman Hubby tengok. Mujur panggung wayang tak jauh dari rumah, so sempatlah balik rumah, rehat2 dan mandi. Bercerita pasal movie The Avengers, aku bukan peminat kartun nih so aku tak berapa tahu sangat pasal wataknya. So, Hubby kena jadi Tok Selampit aku bercerita serba sedikit pasal watak2 dalam movie tersebut. Cerita yang berdurasi 2jam ni permulaanya sedikit slow. Aku blur dan hampir tertidur (tapi tak berani tidur sebab Hubby kata dia akan sekeh kepala aku kalau aku tido). Only the second half yang best. Penuh aksi dan kelakar.

Keesokannya, pagi tuh kami pergi breakfast. Hubby teringin nak makan nasi lemak di Nasi Lemak Cinta Sayang. So aku menurut jek. Aku bawak siap2 barang2 semua sebab takut nanti tak sempat patah balik rumah sebab selalunya kami akan keluar jenjalan. aku dan Hubby sendiri sebenarnya tak tahu nak jalan ke mana. So masa atas jalan aku terperasankan signboard ke Bukit Cerakah. So aku ajak Hubby ke sana sebab aku tak pernah ke sana. So, berdatinglah kami kat dalam tuh. Masuk ke Rumah Empat Musim bagai. Best sebenarnya dalam tuh tapi banyak yang perlu dorang perbaiki. So aku dan Hubby plan nak datang lagi. Kali ni kami nak cuba berbasikal pula. On the way ke setesen bas, kami singgah di Secret Recipe sebab aku dah janji nak belanja Hubby makan Choc Lava.

So, petang itu pulanglah aku ke kampung halaman dengan hati yang puas. Tapi kasihan dekat Hubby. Setiap kali hantar aku dia mesti sedih sebab dia akan keseorangan. Sorry Hubby........

P/S: Terlupa nak babad pasal kejadian Hubby sorokkan casing spek mata old-skoolku. Pagi Sabtu tuh, aku mandi dulu dan sementara tunggu Hubby mandi dan bersiap, aku kemas beg sebab nak keluarkan beg yang nak dibawa ke Pesta Buku dan nak keluarkan duit yang aku sorokkan dalam casing spek mata. Rasa nak demam pun ada bila aku seluk2, casing spek mata tuh tak ada. Aku dah cuak. Rasanya sepanjang dalam bas aku takde keluarkan pun. Cuma seluk je nak pastikan aku tak tertinggal casing tuh. Cepat2 aku turun bawah menuju ke kereta. Takut tercicir dalam kereta ke. Tak ada. Aku naik atas balik. Call kaunter bas aku naik. Tanya kot2 memang ada tercicir dalam bas. Juga tak ada. Saat tuh aku dah rasa nak nangis. Dah la duit hilang. Spek mata tuh pun hilang. Bukannya murah. Tuh la spek paling mahal pernah aku buat. Bila Hubby habis mandi dia datang ke aku lepas perasan muka sebekku. Dia tanya kenapa. Aku pun dalam takut2 bercerita la. Aku takut dia marah sebenarnya atas kecuaian aku. Tapi Hubby cuma kata - "Takpe, pakai duit abang dulu." Aku terkedu sekejap. Ai, baiknya.... Tapi aku tak endahkan offernya. Sebab banyak aku nak shopping. Lagipun, sebanyak mana je la dia nak bagi pinjam pun. Dia pun bukanlah berduit sangat pun. Dia melangkah menuju ke begnya, membuka zip dan kemudian menghulurkan casing spek aku tuh. Aku terpempan. Owh... pekerjaan dia rupanya!!! Terus aku rentap casing tuh dan aku gigit lengannya. Sampai berbirat *mujur aku tak ditempelengnya* Biau dia rasakan. Hangin betol aku!!!! Dia cakap dia sorokkan sebab dia taknak aku pakai spek old-skool tuh. Dia tak suka. Urghhhh.... aku yang memula takde intention nak pakai, terus cabut spek yang aku pakai dan gantikan dengan spek old-skool tuh. Tanda protes.

Doa Dhuha



Ya Allah...
Sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMU
Kecantikannya, kecantikanMU
Keindahannya, keindahanMu
Kekuatannya, kekuatanMU
Kekuasaannya, kekuasaanMu
Perlindungannya, perlindunganMU
 
Ya Allah...
Jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar, permudahkanlah
Jika haram, sucikanlah
Jika jauh dekatkanlah
Berkat waktu dhuha
KecantikanMU, keindahanMu, kekuatanMU, kekuasaanMu
Limpahkan kepadaku segala yang ENGKAU telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh

Terbaca pasal doa ni dalam novel Langsir Biji Remia oleh Noor Suraya terbitan Jemari Seni. Ditulis oleh si Adam (Ahmad Mohsein) untuk si Hawa (Dhuha Hafa) di halaman pertama al Quran yang dihadiahkan oleh si Adam tatkala keduanya sedang mengerjakan umrah. Maha Suci ALLAH, menitik airmata tatkala baca maksud doa ni.

Untuk H - Kenangan Terindah


Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Aku suka tang korus dia. Ya, bila ini yang DIA tentukan maka seharusnya aku terima dengan tangan yang terbuka bahawa ini adalah yang terbaik untuk kami. Seharusnya aku abadikan dia sebagai kenangan indah bukan sebagai mimpi gelapku. Dan ya, meskipun tak mudah untuk melupakan segalanya yang telah menjadi jejak hidupku.

Tak Mungkin Kerana Sayang


Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Malam Selasa lepas, all my bestie ajak pegi karok. Aku bukan kaki karok sebenarnya. I don't mind to karok eventho aku sendiri ngeri dengar suara sendiri. Tapi what actually makes me down that night is because I was keep thinking of him when I was in the room. Him. Yeah.. my Mr Old Flame, H. Again. He loves karok. It's his weekly activity with his buddy. That's why when I stepped in to the place, I had a goosebump. Terus I'm not in the mood for anything. Aku cuma duduk di ceruk dan dengar dorang melalak. Antara lagu yang dorang pilih adalah lagu ni. Lagu ni bukan my cup of tea. Masa lagu ni popular pun aku tak minat. Tapi bila baca dan fahamkan lirik dia, aku tersentuh. Apakah ini yang aku rasa sebenarnya? Bukannya sebab sayang tapi sekadar terkenang? Hopefully the answer is yes though I don't have any now. I'm still confused.