Wednesday 2 May 2012

Summary of MIBF

Macam aku bagitau, aku pergi Pesta Buku minggu lepas. Dengan Hubby. Alhamdulillah on the next day (Saturday) dia dah sehat. Sebenarnya pasal makan tak teratur. Malam tuh lepas aku sampai Shah Alam kami terus pegi makan. Menu biasa tapi kat tempat yang dah lama kami tak pergi. Alhamdulillah, masih sedap makanan kat kedai tuh meskipun hubby hampa sebab otak2 kat situ takde. Gerainya tutup.

Pagi tuh, seawal jam 9 kami dah keluar rumah sebab nak kejar train. Kami decide naik komuter je sebab tau mesti banyak jalan tutup. Dan lagi, mesti susah nak cari parking dekat PWTC. Sampai dekat Stesen Komuter Klang, kami breakfast dulu. Lepas tuh around 9.35 mula menapak ke Stesen Komuter Klang. Kelihatan beberapa orang yang berpakaian kuning. Aku dah tak sedap hati. Hubby dah mula merah telinganya. Dia memang penyokong tegar kerajaan. Tepat 9.45, train tiba. Unluckily, pakcik2 baju kuning tuh semua masuk ke coach kami. So sepanjang perjalanan, terdengarlah ocehan mereka. Dan paling menyakitkan hati bila mereka mula membuat bising di dalam train terutama bila train berhenti di stesen2, sibuk mereka mencari dan mengira 'sepupu sepapat' mereka. Dan kerana mereka jugalah, train menjadi double sesak. Hubby sudah cemberut mukanya. Aku terpaksa menepuk belakangnya dan mengurut bahunya minta bersabar. Katanya, nak pandang pun dia tak sanggup kerana benci dia yang membuak2 pada dorang ini. Aku hanya mampu minta dia bertenang dan berzikir bagi mengurangkan kemarahannya.

Akhirnya tiba juga di PWTC dalam pukul 11lebih. Tak ramai orang lagi masa tuh. Dan kami pun memulakan sesi bershoping kami. Kami sampai di gerai pertama - Jemari Seni. Aku pun mula la memborong novel. Tak banyak pun. Dalam 5 buah je. Keluar dari gerai JS, Hubby bertanya jika aku nak dia simpankan sedikit duitnya. Takut hilang, katanya. Memula, aku hampir termakan juga pujukan itu tapi baru aku sedar, kalau aku bagi, maknanya setiap kali nak membeli, aku kena mintak duit kat Hubby. Dan bermakna, dia akan mengawal pembelanjaanku. Owh tidakkkk!!!!!! Terus dia bertukar raut wajahnya bila tembelangnya aku pecahkan. Hahahah sorry la Hubby. Pesta Buku setahun sekali jek. Time ni sajalah diri ini memborong sakan buku2. Kami bertemu dengan rakanku yang merupakan seorang penulis. Aku tau yang hari tu dia ada duty untuk sesi autograph. Tapi memandangkan dia takde buku baru, so aku bergerak ke gerai2 lain. Bajet aku tak banyak tahun dan lagi, tak banyak pilihan untuk aku beli. Buku ilmiah memang banyak tapi harganya boleh buat aku putih mata. Memang mahal sangat. So, tak banyak buku ilmiah aku beli berbanding novel2... Hikhik. Semalam calculate resit2, total dalam RM300 lebih je aku habiskan.

Tengahari tuh, kami makan dengan rakanku itu. Itulah kali pertama kami duduk semeja dan bersembang panjang. Sejarah perkenalan kami sebenarnya bermula di FB dan berlarutan ke lewat ke beberapa siri pertemuan tapi tak sampai 5minit masanya. Dalam 4lebih, kami dah siap menyoping (aku yang menyoping lebih sebenarnya). So nak menunggu train balik ke Klang, memang ramailah orang. Termasuklah puak2 Bersih itu. Sekali lagi, sepanjang perjalanan kami dijamu dengan cerita2 mereka. Cerita sewaktu perhimpunan aka tunjuk-perasaan-kacau-bilau dan juga all the grandma's stories pasal apa dorang marahkan kerajaan. Aku dan hubby hanya mampu geleng kepala sebab cerita2 dorang tuh semua tak lebih dari cerita yang menunjukkan kebodohan mereka sendiri. Tapi sebab yang mendengar pun 'sedara mara' mereka, so semua pakat mengiyakan saja lah.

Malam tuh, kami pergi menonton The Avengers. Aku memang dah janji nak teman Hubby tengok. Mujur panggung wayang tak jauh dari rumah, so sempatlah balik rumah, rehat2 dan mandi. Bercerita pasal movie The Avengers, aku bukan peminat kartun nih so aku tak berapa tahu sangat pasal wataknya. So, Hubby kena jadi Tok Selampit aku bercerita serba sedikit pasal watak2 dalam movie tersebut. Cerita yang berdurasi 2jam ni permulaanya sedikit slow. Aku blur dan hampir tertidur (tapi tak berani tidur sebab Hubby kata dia akan sekeh kepala aku kalau aku tido). Only the second half yang best. Penuh aksi dan kelakar.

Keesokannya, pagi tuh kami pergi breakfast. Hubby teringin nak makan nasi lemak di Nasi Lemak Cinta Sayang. So aku menurut jek. Aku bawak siap2 barang2 semua sebab takut nanti tak sempat patah balik rumah sebab selalunya kami akan keluar jenjalan. aku dan Hubby sendiri sebenarnya tak tahu nak jalan ke mana. So masa atas jalan aku terperasankan signboard ke Bukit Cerakah. So aku ajak Hubby ke sana sebab aku tak pernah ke sana. So, berdatinglah kami kat dalam tuh. Masuk ke Rumah Empat Musim bagai. Best sebenarnya dalam tuh tapi banyak yang perlu dorang perbaiki. So aku dan Hubby plan nak datang lagi. Kali ni kami nak cuba berbasikal pula. On the way ke setesen bas, kami singgah di Secret Recipe sebab aku dah janji nak belanja Hubby makan Choc Lava.

So, petang itu pulanglah aku ke kampung halaman dengan hati yang puas. Tapi kasihan dekat Hubby. Setiap kali hantar aku dia mesti sedih sebab dia akan keseorangan. Sorry Hubby........

P/S: Terlupa nak babad pasal kejadian Hubby sorokkan casing spek mata old-skoolku. Pagi Sabtu tuh, aku mandi dulu dan sementara tunggu Hubby mandi dan bersiap, aku kemas beg sebab nak keluarkan beg yang nak dibawa ke Pesta Buku dan nak keluarkan duit yang aku sorokkan dalam casing spek mata. Rasa nak demam pun ada bila aku seluk2, casing spek mata tuh tak ada. Aku dah cuak. Rasanya sepanjang dalam bas aku takde keluarkan pun. Cuma seluk je nak pastikan aku tak tertinggal casing tuh. Cepat2 aku turun bawah menuju ke kereta. Takut tercicir dalam kereta ke. Tak ada. Aku naik atas balik. Call kaunter bas aku naik. Tanya kot2 memang ada tercicir dalam bas. Juga tak ada. Saat tuh aku dah rasa nak nangis. Dah la duit hilang. Spek mata tuh pun hilang. Bukannya murah. Tuh la spek paling mahal pernah aku buat. Bila Hubby habis mandi dia datang ke aku lepas perasan muka sebekku. Dia tanya kenapa. Aku pun dalam takut2 bercerita la. Aku takut dia marah sebenarnya atas kecuaian aku. Tapi Hubby cuma kata - "Takpe, pakai duit abang dulu." Aku terkedu sekejap. Ai, baiknya.... Tapi aku tak endahkan offernya. Sebab banyak aku nak shopping. Lagipun, sebanyak mana je la dia nak bagi pinjam pun. Dia pun bukanlah berduit sangat pun. Dia melangkah menuju ke begnya, membuka zip dan kemudian menghulurkan casing spek aku tuh. Aku terpempan. Owh... pekerjaan dia rupanya!!! Terus aku rentap casing tuh dan aku gigit lengannya. Sampai berbirat *mujur aku tak ditempelengnya* Biau dia rasakan. Hangin betol aku!!!! Dia cakap dia sorokkan sebab dia taknak aku pakai spek old-skool tuh. Dia tak suka. Urghhhh.... aku yang memula takde intention nak pakai, terus cabut spek yang aku pakai dan gantikan dengan spek old-skool tuh. Tanda protes.

No comments:

Post a Comment