Tuesday 29 May 2012

Umrah

Esok pagi2, insyaALLAH, emak akan berangkat untuk mengerjakan umrah sampai 11hb. Waaaaaa sedih gila!!!!! Satu, selalu aku yang gi jenjalan tapi kali ni emak yang pegi jenjalan. Lama pulak tuh. Dua, siapa yang nak kejutkan aku pagi2 dan masakkan bekal aku??? WAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!! Gila jahat aku nih, pentingkan diri sungguh. Sebenarnya aku gembira tapi dalam masa yang sama aku sedih, risau pun ya sebab mengenangkan kesihatan emak. Emak pergi sorang mengikut dua pupunya. So, risau kalau emak jatuh sakit. Terutamanya sakit pinggang emak yang agak serius pada aku. Sebenarnya, kalau nak dikutkan, emak sepatutnya dah berlepas hari ahad lepas. Transit di Mesir untuk 2 hari dahulu. Tapi last minute, Jumaat lepas masa kenduri doa selamat untuk emak, emak diberitahu ia ditangguhkan. Terkejut jugak aku. Sebabnya, emak ikut agen yang ofisnya di Johor. So tak tahu, travel agent nih berdaftar ke tak. So Khamis lepas aku try la check. Aku check website dia dan aku call ofisnya. Dan masa kenduri tuh, emak sedara aku bawa luggage bag complimentary daripada pihak travel agent. Siap ada cop details of the agent. So aku percayalah. Lagipun, emak sedara aku tuh dah banyak kali pergi buat umrah. So aku rasa mesti dia pergi dengan agent yang sama. Yang dia percaya. So, dalam seminggu nih, aku busy sedikit la settlekan hal emak. Bawak emak pergi tukar duit, call Telco untuk bukak roaming, beli barang2 keperluan dia, bawak jumpa doktor untuk suntikan meningitis, etc. Lepas tuh, call dan bertanya pada siapa2 yang ada pengalaman tentang apa yang emak perlu bawak dan perlu tahu. Terima kasih pada Hubby yang selalu travel, so banyak advice dia bagi. Dan aku teringat yang ex aku - Z, dia baru pergi mengerjakan umrah bersama emaknya. So, banyak tips yang dia bagi. So aku harap dan aku berdoa, emak selamat sampai dan selamat kembali. Semoga ALLAH mempermudahkan segala urusan emak di sana. Emak baik. Emak tak buat jahat dengan orang. Emak buat hal emak sorang jahat. Orang yang selalu jaki dengan emak. So, semoga ALLAH melindungi emakku. Amin.

No comments:

Post a Comment