Monday 30 December 2013

Err.....


Hidupku hampa tanpa dirimu
Sepi merasuk dalam jiwaku
Peluk diriku genggam tanganku
Rasakan cintaku

Senyumanmu bahagiaku
Tangisanmu itu lukaku
Kan kusimpan dalam hatiku
Rasa ini takkan mati

Melayang cintaku kan selalu
Temani saat engkau lelah
Karena aku ada untukmu
Sebagai teman hatimu wooo

Karena dirimu kesedihanku
Tiada lagi ku rasakan

P/S: The latest rendition of my favourite song. Eh jap.. Favourite song ke? Bukan tiap kali dengar lagu ni, aku dapat goosebumps lepas tu fikiran melayang-layang ke sana sini?????!!!!! Ya, ni lagu kenangan aku dan dia. Takpe la.... we're cool now. InsyaALLAH

Kebangkitan Semula



Friday 20 December 2013

....

Kuusir jauh bayangmu
wajahmu
suaramu
andai saja itu bisa
membuat kamu bahagia
kerana aku sedar
bilamana yang hilang
takkan terganti lagi
harus bagaimana
biar saja
dia melangkah pergi

... dan aku
tetap juga memilih
untuk terus
setia

Tunggu Aira di Bandung

.....

Ini tentang kisah kehilangan
Ketika kau mendapati separuh hatimu kosong dan merapuh
Atas nama ketidakpercayaan
Kita telah saling mengucapkan selamat tinggal

Ketika tak ada lagi yang bisa kau percaya, ikuti kata hati
Begitu seharusnya, bukan?

Dan hati ini telah membawaku kembali kepadamu
Tapi kau tak lagi berada di tempat kita dahulu
Apakah kau telah menemukan separuh hati lain - selain hatiku?


Tunggu Aira di Bandung

.....

Kalau saja mampu
Aku menyeru namamu
Tuk hadir dalam mimpi-mimpiku
Aku sanggup
Kerana itu lebih baik
Dari menatap gambarmu
Yang kaku
Hilang
Bersama hangatmu

Tunggu Aira di Bandung

....

Kutitipkan hatiku
Lewat puisi puisi nan syahdu
Agar kamu bisa mendengar
Setiap helaan nafasku
Menyebut namamu

Saya cinta kamu

Tunggu Aira di Bandung

Thursday 19 December 2013

Sudah Masanya~


It's time to begin, isn't it?
I get a little bit bigger but then I'll admit
I'm just the same as I was
Now don't you understand
That I'm never changing who I am

...

Kalau perlu
Kuseru namamu
Sampai ke bintang sekali pun
Aku sanggup
Asal saja kamu berjanji
Kan muncul dalam mimpiku
Walau 'tuk sesaat

Tunggu Aira Di Bandung

Saturday 26 October 2013

Tanpamu


Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu

Tanpamu nafasku terhenti
Keranamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu disampingku
Untuk selamanya

Kasih yakinlah kepada diriku
Sayang dan cinta ku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu

Kelu


Ku tak habis pikir kurangku di mana
Kau tega melepaskan aku
Jauh ku menatap namun terlalu jauh
Imajinasiku terberai
Terdiam aku beku tanpamu
Di manakah letak hatimu


Monday 21 October 2013

Terkedu

Terkedu apabila hari ini out of nowhere tiba2 terima mesej dari 'dia' yang telah lama lenyap dari sejarah hidupku. Sungguh, aku mula2 memang tidak cam akan nombornya. Cuma apabila gambarnya terpampang, baru aku terkedu. Jantung berdegup selaju perlumbaan F1 Sepang. Seluruh badan menggeletar. Sungguh rasa gemuruh itu buat aku terawang2. Bermimpikah aku?

Tetapi memang benar itu adalah dia. Ya, DIA!

Tujuan dia hanyalah untuk mengucapkan selamat. Terima kasih. Rasa sangat terharu bila dia masih mengingati tarikh ini. Aku cuba berlagak biasa. Cukup2lah dengan apa yang telah berlaku sebelum ini. Aku hidup bukan untuk mencari musuh. Antara kami, kedua2 penah khilaf. Dia telah cuba menghulurkan salam, tak seharusnya aku menolak. Yang berlalu, biarlah berlalu. Kita buka buku baru kini. Sebagai teman. Itu yang paling afdal.

Sekali lagi, terima kasih. Semoga ALLAH merahmati awak juga Atok. ^^

Thursday 19 September 2013

Hate Me... PLEASE!

Orang ada cakap, the wall you build to keep you from despair will also keep you from happiness. Ni yang aku rasa sekarang. Adat orang senang bercakap (termasuk aku), bila tertutup satu pintu, ada sembilan lagi pintu yang dibuka. Dan aku... seperti insan2 lain, tetap merenung dan menanti pintu nan satu itu. What a pathetic and lame! Orang pun ada berkata, if lose him once, it his lost. But if u lose him twice, it's your fault.


Aku dikelilingi insan2 yang baik lagi prihatin. Yang cuba untuk menceriakan aku. Yang tahu bahawa aku sedang mengharungi detik2 sukar. Dan ada seorang insan ini yang begitu setia mendampingi aku. Tanpa henti memberi sokongan. Terima kasih pada dia yang begitu ikhlas menyayangi aku. Aku cukup terharu. Tetapi mungkin aku adalah antara manusia yang tak reti untuk bersyukur. Kehadirannya aku kesampingkan. Tidak aku endahkan. Bukan niat di hati untuk menolak dia jauh tapi saat ini, otak dan jiwaku kosong. Untuk insan sebaik dia, aku tak layak. Menurutnya, dia tak memaksa untuk aku bercerita apa2 tapi untuk mendengar ceritanya dan ikut sama bergelak tawa dengannya pun aku tak mampu. Hidup aku kini penuh dengan dinding2 kosong yang aku bina. Aku isi masa2ku dengan keperluanku. Bukan kemahuanku.

Hidup serasa berkecamuk dan aku sendiri umpama sesat dalam jalan yang aku pilih tetapi aku juga terasa tenang. Tiada apa lagi yang perlu aku fikirkan. Tiada lagi hati2 yang perlu dijaga kerana pengakhirannya yang kutatang itulah yang mengkhianati aku. Aku jalani hidup kini seminimal mungkin. Mencari erti keseronokan dalam cara yang orang tak pernah fikirkan. Being a pathetic. And I found my serenity there.

Pada dia, please hate me. I'm begging you. Atas setiap apa yang telah aku lakukan dan atas segala apa yang tak mampu dan tak pernah ku perbuat untuknya, bencilah aku. Biarlah aku seret rasa bersalah ini hingga ke mana2. Bencilah aku.... hanya itu yang aku mau.


Thursday 5 September 2013

Takziah dan Tahniah

Hari ni genaplah 17 hari Abah meninggalkan kami. Aku masih kesedihan. Dan aku rasa perasaan ini bertambah2 peritnya lagi dirasakan Hubby dan keluarga. Meskipun aku rapat dengan arwah Abah tapi pastinya tak seakrab Hubby yang sepanjang arwah Abah sakit, tanpa jemu mendampingi Abah. Dulu, aku suka tengok cara Hubby menjaga orang sakit. Dia memang seorang yang penyayang. Dia menjaga dengan penuh kasih sayang. Dia penat.  Amat penat. Aku tau itu. Setiap aku bersama denganku, dia menyuarakan kepenatannya. Dia mengadu kerisauannya. Mendampinginya manjadikan aku pendengarnya yang setia. Seperti dulu2. Setia mendengar setiap keluh kesahnya.

Saat pemergian arwah Abah, aku tau baik Hubby, Ibu dan Kakak, masing2 telah redha. Itulah doa kami. Andai mati itu yang terbaik, permudahkanlah. Ringankanlah bebanan sakitnya itu. Hubby pun takde sekelumit rasa ralat kerana sepanjang arwah Abah sakit, dia sentiasa di samping Abah. Dapatlah dia menabur bakti kepada Abah. Dan ALLAH itu lagi Maha Mengetahui. Di saat Hubby risaukan kerja2 PhDnya, ALLAH beri dia kelapangan dengan meringankan beban dugaannya. Ditariknya Abah ke sisinya agar Hubby dapat meneruskan jihadnya. Aku tau, baik Hubby mahupun Abah redha.

Kadang2 aku menangis sendiri. Tiba2 ada rindu yang menggamit aku pada arwah Abah. Abah figuranya sedikit garang. Dengan suara dalamnya, aku sedikit gerun untuk bermanja dengan arwah Abah. Setiap kali kalau diajak bersembang, kata2nya berisi nasihat. Abah memang mementingkan pendidikan. Belajarlah, nak, selagi mahu dan mampu. Itu katanya yang sering menjadi doa untuk aku dan Hubby. Abah tak lokek dengan duit. Setiap kali berjumpa, ada saja ‘isi’ tatkala bersalaman. Dengan senyuman ikhlasnya, dia senantiasa di dalam ingatan.

Takziah buat Hubby sekeluarga. Al fatihah.

******

Betapa sukarnya untuk menukilkan semua ini. Begitu lama aku peram perasaan ini. Aku berlawan dengan perasaan sendiri. Samada perlu aku melangkah pergi atau perlu aku tegak mendepani semua ini. Aku tau aku tak sendirian tapi hakikatnya ya, aku sendiri. Dia berjanji takkan meninggalkan aku tapi sebenarnya, perlahan-lahan aku dikesampingkan.

Bukan senang untuk aku mengumpul kekuatan untuk meluahkan semua ini. Telah mati semua deria rasaku. Aku berjalan dalam dunia yang kelabu. Tiada hitam. Tiada putih. Aku lelah dan lemas. I ran but I tripped again. Aku tak tahu ke mana lagi langkah kakiku. Dia tak henti2 mengejarku. Merayu2 agar aku takkan pernah jauh. Tapi aku walah. Aku menghirup udara yang berdebu. Dan menghela nafas2 beracun yang membunuhku perlahan2. Arghh…. Kata2ku ikut jadi bercelaru!!!

Memang betul kata orang, tiada yang pasti dalam sesuatu perhubungan. Itu semua retorik semata2. Penyudahnya semua hubungan ini akan menemui pengakhiran. Samada bahagia mahupun derita.
Aku cuba mengumpul kekuatan. Tak mahu mengalah kerana aku tau, inilah bentuk permainannya. Aku yang memilih permainan ini lalu aku harus kuat untuk meneruskannya.

Saat aku diberitahu dia telah ditunangkan, aku terkedu. Dan lebih aku tergamam bila aku mengetahuinya bukan dari bibirnya sendiri. Permainan apakah ini? Siapakah aku kini? Tidak penting lagikah aku di pandangan matanya?

Aku cuba berlagak biasa sedang dalam hati aku seperti dicarik2. Aku tersenyum bila ada teman2 yang bertanya sedang waktu itu, bengkak hati ini serasa ingin meletup. Kenapa perlu dalam diam? Kalau tak memikirkan beban dugaan yang sedang ditanggungnya, mahu saja saat itu aku menghamburkan sejuta kata caci maki yang tersimpan dalam kotak perbendaharaan kataku!
Takkan pisang berbuah dua kali? Apakah masih ada yang mencaturkan permainan ini?! Oh rupanya tidak. Semua ini atas kemahuan sendiri dan pilihan sendiri. Maknanya, dalam diam dia mengenalinya saat bersamaku. Dan saat dia menghilang, dia bersama dengannya tanpa pengetahuanku.

Tuhan, aku redha.

Saat kali pertama kami bertentang mata, aku tak mahu memikirkan apa2. Fokusku pada jasad abah yang di depan mata. Meski dalam hati meronta2 mahu menyoal seribu macam soalan, tapi aku pendamkan. Biarlah persoalan yang melingkar di fikiranku itu tergantung tanpa jawapan. Perlu apa aku ketahui jawapan itu andai kemudiannya mengundang sakit di hatiku. Andai dia mahu bercerita, terserah. Andai tidak, aku pasrah.

Sejuta kata maaf aku terima tapi untuk apa? Dia tahu pendirianku. Dia tahu fiilku. Aku tak pernah menolak kemungkinan ini tapi aku sedih bila aku dikesampingkan. Aku tau ini bukan cerita ‘Comolot’. Aku bukan menolak lumrah tapi sekurang2nya, berceritalah kepadaku. Kenapa segalanya perlu didiamkan? Bila orang bertanya, perlukah aku katakana yang aku tak tahu sedang umum tahu keakraban kita. Apakah segala yang kita lalui langsung tak meninggalkan kesan walau sekelumit di hatinya?

Jujurlah. Hanya itu yang aku mau. Aku boleh melangsungkan kehidupan ini sendirian. Aku punya DIA. Tapi aku mahu juga hidup dalam kepastian. Aku butuhkan jawapan. Dan saat dia bercerita tatkala hatiku tercalar, langsung tak bisa menagih simpati di hatiku.

Tuhan…. Kejamkah aku?? Aku cuba berlagak biasa. Aku cuba menerimanya sepertimana aku menerimanya kini tapi apa yang tertinggal untukku? Sedikit demi sedikit, perasaan cinta ini aku cantas kembali dari terus subur mekar. Dia merayu agar aku takkan pernah jauh daripadanya. Tuhan…. Permintaan arwah Abah agar aku terus menjaganya membuat aku tersepit. Abah….. aku tak cukup kuat mendepani semua ini.

Tahniah buat Hubby dan pasangan. 
Takziah buat aku yang tersepit di antara janji.   



    

Thursday 29 August 2013

Me, Myself and HIM


Aku takkan pernah sendirian kerana ku tahu, aku masih punya DIA. Meski aku jauh daripadaNYA namun DIA tetap dekat denganku. Tuhan.... perteguhkan imanku. Kuatkan diriku menempuhi dugaanMU ini. Amin.

Thursday 18 July 2013

Adikku Kembali

Atas permintaan tuan punya badan, ..........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
Sekian, terima kasih. ^^

Hikhik

Wednesday 3 July 2013

Love and Care

Recently these few questions popped out in my mind as a rendition of my friend situation. So following are the questions and also my answer.

QUESTION: Do you love him?
ANSWER: Yes and No.

QUESTION: Meaning?
ANSWER: I sincerely love him but I don't love him wholly.

QUESTION: Why?
ANSWER: It feels sick and annoying to love someone to the moon and back as he's your everything but knowing that one fine day, you end up being dumped by him. Isn't that the worst torture and suffer to realize that he won't be yours forever?! So what is the point of loving him entirely as you well verse, you gonna be utterly hurt in the end?

QUESTION: Do you care about him?
ANSWER: Absolutely!!

QUESTION: Why?
ANSWER: Since he's the only person I have then I shall cherish him. Despite of whatever or wherever the future leads us to, I will give my very best. At least it's  as an momento of what we have gone through whilst we were together. So that I won't regret for not doing something I should.

I learnt my lesson well from him-you-know-who. Yeah, being hurt from love is something that never cure and last forever. You meet someone new but still, the pain and the excitement from the past is haunting you. Sometimes you scared to take a next step and sometimes, you just recklessly step without think rationally. So which one I'm in? Both, I guess. Oh, no matter how hurt it is, still we seek for a person to love. Though it keep slipped from my tongue how much I hate love but deep down inside, I'm still longing for someone to be next to me and hug me tenderly. Between love and care.... which is important? Which is the priority? *sigh*

Monday 1 July 2013

Permudahkan dan Ringankan~

Lamanya tak update cerita. Rasanya dalam dua bulan kebelakangan ni macam2 yang dah terjadi. Banyak cerita nak dikongsi (walaupun takde siapa nak baca pun) tapi rasa malas. Malas sebab still dalam recovery process lepas operation around mid of May. Malas sebab sibuk dan penat since bertukar kerja di tempat baru.

Sejak dua menjak bertukar kerja ni, aku jadi penat luar biasa. Tak banyak leisure time. Walaupun kalau ikut workload tak banyak tapi since aku still dalam stage nak adapt dengan working environment dan organization culture, so banyak la memerah keringat dan otak. Susah bila duduk di dalam kelompok pandai. Ni yang buat aku rasa tertekan dan perlukan driven force untuk sambung PhD. Ada jugak google IPT sana sini. Masih di dalam dilema samada nak sambung di KL or Penang. Susah sangat pergi Sabah Sarawak je la. Hahahahah

Lately aku bertambah penat. Penat sebab memikirkan Hubby yang dia sebenarnya lagi penat dari aku. Penat fizikal dan mental. Aku jatuh kasihan pada Hubby. Hidup dia memang terumbang ambing sekarang. Terkejar2 ke sini sana. Alkisahnya, bapa mentuaku didapati menghidap barah hati. Stage 3. Hubby menangis masa call aku. Aku pun tak dapat nak tahan airmata mendengar khabar sedih tu. Macamana luluhnya hatiku mendengar, aku tau luluh lagi hatinya. Ibu sampai sekarang masih sukar nak terima. Aku hanya mampu berdoa semoga diringankan sakit Abah. Tengok gambar terbaru Abah yang dah susut buat aku hiba. Teringat ragam bapa mentuaku yang suka bercakap, suka menasihat dan suka ketawa. Aku senang dengan bapa mentuaku itu. Dalam tegasnya, terserlah sifat penyayangnya.

Dalam saat saat sebegini, Hubby selaku anak lelaki tunggal memang diperlukan amat2. Kadang kala dia mengadu penat. Terkejar2 dari rumah ke Putrajaya dan ke Prince Court dan kemudian sakit2 badan sebab bermalam di hospital. Aku cuba perbuat sehabis mampu untuk meringankan bebanan Hubby. Cuba untuk menceriakan hatinya yang walang. Tatkala dia memerlukan telinga untuk mendengar rintihannya, aku berikan sepenuh perhatian. Tatkala dia lelah dan rebah, aku bisikkan kata2 semangat semoga dia terus tabah. Berjauhan daripadanya membuatkan aku tak mampu memeluknya untuk menenangkannya. Anak lelaki tak boleh menangis. Kena kuat. Depan Abah dan Ibu. Itu pesananku kepadanya. Tapi dia tetap manusia biasa. Kekadang emosinya rapuh. Hubby, ku tetap di sisimu walau apa pun yang terjadi. Kita ada satu sama lain.

Doaku, semoga ALLAH meringankan penderitaan Abah dan permudahkan semua urusan Hubby sekeluarga. InsyaALLAH esok Abah akan menjalani minor operation. Semoga segalanya berjalan lancar. Abah, kami semua sayang Abah. Bertahan ye Abah.

Monday 27 May 2013

Hate Me... (please)


Hate me today
Hate me tomorrow
Hate me for all the things I didn't do for you

Hate me in ways
Ways hard to swallow
Hate me so you can finally see what’s good for you

A "sorry" would never make up for all the things that I have done and should have done to you. I'm not a person that you should lean on and miss for. I'm a jerk. A totally jerk. 

Thursday 16 May 2013

Selamat Hari Guru


Ucapan 'Selamat Hari Guru' ditujukan kepada diri sendiri, mereka2 yg mengajar saya dari tadika sampai ke universiti, teman2 yang menjadi cikgu dan juga semua guru di seantero dunia. Semoga terus tabah mengharungi pancaroba dunia pendidikan. Semoga terus sukses dalam kerjaya. Dan semoga pekerjaan kita ini diterima sebagai satu ibadah dan jihad dalam membentuk anak bangsa yang berguna. Amin. 


Sunday 12 May 2013

Kehilangan



Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita



Monday 6 May 2013

Tentang Dia (Yang Entah Ke Berapa Kali)

Selamat pagi Malaysiaku...
Syukur alhamdulillah aku masih mampu menghirup nafas segar bumi terchenta ini. Selesai sudah pilihanraya. Tapi macam biasa, bak kata orang tua2, rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi *macam misteri nusantara je bunyik*. Apa2 pun, hopefully, dekat tempat aku ni takde la kacau bilau orang protest. Korang nak berspring ke hape ke... sila buat luar dari Malaysia. Di Malaysia hanya dibenarkan ber-hot spring dan dengar lagu kumpulan Spring sahaja. Sekian. Hahahah

Pergh dah lama gila tak menulis. Banyak benda jadi tapi malas. Tambah2 di hujung waktu aku nak meninggalkan tempat keje sekarang. Let's the countdown begin. Hikhik

Dalam sebok2 orang dengan demam pilihanraya, temanku F, sempat bersembang pasal si dia. Ditunjukkannya status dia dalam laman sosial T. Sepotong lirik dari lagu Hafiz, Bahagiamu Deritaku. Kata F, lirik tu macam ditujukan kepada aku. HAH???? Motif????? Apa kait mengait dengan aku? Kan dia dah ada pengganti aku. So sah2 la itu pasal dia dengan buah hatinya sekarang. Adeh....

Bunyi statement di atas macam aku marah tapi sebenarnya tidak. Tak langsung pun. Tersinggung sikit pun tidak. Aku cakap pada F, tak semua perkara berkaitan dia ada kaitan dengan aku. Masing2 dah punya jalan hidup sendiri. Dia pun dah bahagia dengan kehidupan dia kini. So do I. ^^


Monday 22 April 2013

Relakan Jiwa


Ku relakan jiwa
'Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku


Tuesday 16 April 2013

April yang Sepi



Banyak yang berlaku bulan ni. Tapi entah kenapa takde mood nak update. Lalu aku tinggalkan bulan ni dengan video kegemaran Hubby *padahal sebenarnya dia suka tengok twink tuh jek! CHEIT!*

Thursday 21 March 2013

Nasehat Nenek


Lepas semua angan tinggi melayang
Coba menghindar dari kenyataan
Mikirin hidup yang nggak karuan
Malah bikin bingung nggak pernah ada jawaban

Semua menjauhi
Lelah hati terus begini
Jenuh mencoba putus asa
Merasa diri seolah tak punya arti

Tapi teringat nasehat nenek
Orang hidup harus punya tujuan
Nggak perlu malu hadapi kenyataan
Jangan hidup ini cuma jadi beban

Ternyata nasehat nenek benar
Nggak boleh malas
Ternyata semua harus dikejar
Dan matahari pun bersinar

Gila lama tak dengar lagu nih. Asek2 kalo layan band ni, asek dengar lagu Salam Rindu and Sakit Hati jek. Last layan masak form 5 around 2002. Maknanya dah dekat 11tahun. Time ni zaman nerd tapi layan lagu ska. Selamat tak berapa berduit nak alter seluar bagi kecut2 and pakai spek oldskool. Habis2 pn setakat menari macam orang lalok sambil tendang2 dalam dorm. Gilo tol masa tuh! Tapi best. Hikhik
Lagipu, talking bout the song, lagu dia bukanlah kosong. Sama juga macam kebanyakan lagu alternatives or nonmainstreams lain, lirik dorang ada makna. Bukan lagu jiwang2 pasal cintan cintun. Macam lagu nih, pasal facts of life macamana nak survival. Simple yet meaningful. I like. ^^

Ditakdirkan Kita Bersama



Tak pasti siapa yang tersentuh
Bila terserempak tempat kita bertemu dulu
Adakah ku yang khayal kehadiranmu
Atau sememangnya kau di sini
Kedatanganku ini sekadar menyisip suasana
Dan bukan untukmu semula...

Untukkah siapa yang bersalah
Tertanya-tanya siapakah yang lebih luhur setia
Hanya pandai berjanji sewenang-wenang
Untuk semalam dan hari esok
Tapi engkau terlupa
Engkau yang terlalu kecewa
Sehingga berhari di sini

Pedih melihat engkau begini
Penawar tidak berguna lagi
Sedih sekilasnya engkau menoleh aku
Riak duka yang tergambar
Kau menyesali tingkahmu
Tinggalkanku di waktu senangmu

Simpati jiwa bukannya alasan
Kala mata kita bertentangan
Ku sedari aku pun begitu
Merindui belaian kasihmu
Sedari dulu andai pasti
Ditakdir kita bersama

Andainya kita ditakdirkan berdua

Setiap kali dengar lagu ni musti jejiwang. Lentok tepi tingkap sambil memandang ke awan la... lentok tepi cermin sambil carik2 kelopak bunga la (sangatlaaaaa macam berlakon dalam videoclip. hikhik). Tapi aku memang suka gila lagu nih. ^^

Monday 18 March 2013

Sick of Tired


Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
Kulari ke pantai kemudian teriakku
Sepi, sepi dan sendiri aku benci
Ingin bingar aku mau di pasar
Bosan aku dengan penat
Enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika kusendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih
Kenapa tidak kau goyangkan saja loncengnya biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan
Belok ke pantai?

Saturday 16 March 2013

C's In Life

Break Up Quote


Buat masa ini, bukan ini yang terjadi padaku. Huhuhuh.. Saja gatal2 letak. Macam menarik. 

Live Life

The One

Mari bercakap soal pilihan dan kecenderungan. Dan citarasa. Rasa orang berbeza. Demand pun berbeza2. Dan bila bercakap soal pilihan, berapa banyak pilihan yang kita ada? Dan berapa banyak kita mampu atau dibenarkan memilih? Bolehkah kita tamak dan memilih semua andai semua pilihan yang ada itu kita suka? Kawan aku sering bertanya, sampai bila nak jadi macam ni? Aku takde jawapan. Tanya dia lagi, kalau hubby aku kahwin suatu hari nanti macamana, what will happen to me? Jawabku, I'm happy for him dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia. Untuk aku, belum terpikir lagi.

Aku bukan tak pernah mencintai seorang hawa. Pernah jek. Dan pernah juga aku merasa sakitnya bila putus cinta dengan seorang hawa bila aku mengharapkan she's the one for me. Memang aku frust menonggeng masa tuh. I gave up everything for her. Tapi jodoh itu bukan milik aku. Dan bukan sebab dia aku jadi begini. Aku tau ini aku sejak azali. Aku tahu kecenderungan aku. Tapi untuk memiliki kedua-duanya, maaf, itu bukan cara aku.

Manusia tak pernah diberi pilihan untuk memilih lebih dari satu. Hati itu satu walau boleh dibelah2 dan diberi pada orang. Tapi asal kewujudannya tetap satu. Penah sorang PLU bertanya aku, kenapa orientasi aku begini. Taknak cuba cara baru ke, menjadi yang satu lagi? Pantas aku menjawab, NO! Aku tak perlu nak berfikir panjang sebelum menjawab sebab aku dah tau jawapannya. Orang lain mungkin seronok merasa nikmat kedua2nya tapi bukan aku. Jawapan hanya ada satu. Sentiasa satu. Apa2 pun pilihan, hanya satu kita boleh pilih!

Pernah seseorang approach aku, kami berkawan dan kami mesra. We get along tapi sampai satu tahap, aku dapat tahu yang dia dah berkahwin cuma isterinya tak tinggal bersama. Mulai dari situ, aku mula meletakkan jarak. "Kita tak lebih sekadar kawan", itu syaratku. Tapi dia mendesak supaya aku tak tinggalkan dia apabila dia mulai senang dengan kehadiranku. Mulanya aku goyah tapi memikirkan consequencesnya, aku terpaksa menolak. Ini bukan jalannya. Ini bukan jawapannya. Aku tak boleh biarkan dia tamak. Dan aku tak boleh kejam menyuruh dia memilihku dan meninggalkan isterinya. Ini namanya kerja gila! Lalu begitu kuputuskan. Kalau sampai aku kehilangan sorang teman pun aku redha tapi tak sanggup aku melukakan insan lain.

Poligami itu sah di dalam Islam. Tapi tanyalah pada sekalian Hawa yang ada, berapa tegarkah mereka dimadukan? Sedang sesama Hawa mereka tak sanggup dimadukan, inikan pula bila mengetahui pasangan sendiri curang secara luar tabii?! Aku sering meletakkan situasi sebegini - 'apa akan terjadi kalau itu berlaku kepada keluargaku sendiri? Misal kata ayah sendiri?'. Dare enough to handle that kind of situation?

Sebab itulah aku ambil pendekatan, jangan buat pada orang kalau taknak orang buat pada kita. Selalu aku peringatkan Hubby, kalau ditakdirkan dia memilih untuk bersama seorang Hawa, setialah pada dia seorang. Hargailah dia meskipun dia tak pernah tahu sejarah hitam pasangannya. Terimalah seadanya. Dan andai kata suatu hari nanti aku dibukakan hati, juga aku memohon semoga apa yang telah berlaku, biar menjadi sejarah. Tak perlu diulang. Mungkin bukan senang untuk berubah. Benda jahat memang sedap, kata orang. Tapi berubahlah kalau itu membawa kepada kebaikan.

Mungkin tulisan aku kali ni hasil daripada apa yang aku nampak semalam. Kalau betul telahanku, maka ini sahajalah nasihatku kalau ditakdirkan dia membaca. Semoga ALLAH memperteguhkan hatinya. Dan semoga dia berbahagia senantiasa di bawah lindunganNYA. Amin.

Friday 15 March 2013

Alhamdulillah~

ALHAMDULILLAH...
Akhirnya selamat sudah bertemu mak tiri. Dia punya heartbeat memang tak tau nak kata. Lutut semua habis goyang macam orang berlari 1000km jek. Alhamdulillah berkat hari Jumaat yang penuh barakah, DIA permudahkan segalanya. Aku kalau boleh taknak create any drama now of after I'm leaving. Biarlah segalanya berjalan secara baik. She has been so nice to me for the past 2 years. I learnt so much from her and this company. Even though sometimes her behavior irritates me but yet, dia tak pernah menghuru-harakan hidup aku. Well, aku pun kekadang annoying juge. Everyone has a dark side maaa.....

Alhamdulillah she took it positively. Takde naik2 suara or interrogate me with so many questions. Aku tau dia sedih tapi dia cover (padahal entah2 dia tak heran tapi aku yang perasan) but I like her last word, "I can't stop you from progressing". And it is perfectly correct. I have to make progress. I have to develop myself. I can't just remain at this point as it getting duller. You can increase my salary but you can't increase my experience. So for that, I have to find and open new book.

Diharapkan segalanya dipermudahkan. Haiyooo tak sanggup nak membayangkan minggu depan bila students aku start serbu bilik bila dapat tau pasal ni. Jenuh la nak menjawab 1001 soalan dorang. Belum lagi yang part marah2 and pressure aku tak bagi pergi. Sedih jugak bila kenangkan bebudak nih. Dapat ke pengganti aku nanti paham dorang macam aku? Dapat ke dorang bergelak sakan dalam kelas macam dengan aku nanti? Doa2 biarlah yang bakal menggantikan aku dapat jaga dorang baik2. Aku sayang dengan dorang. Walaupun ada yang kacang hantu... ada yang degil tahap nauzubillah. Tapi dorang rapat dengan aku. Takpe la, ada rezeki boleh berjumpa lagi. Lagipun bukan aku berpindah jauh pun. Tukar compay jek. Tapi tetap aku di bandar ni jugak. Malas nak bertukar ke tempat lain dah.

Apa Saja Mendatang


I'm touched. It's really sweet. But yet still cant beat the original version. Heheheh

GILA!

Ya, aku gila!!! Aku gila bila berani buat kerja gila balik! "Inchey, anda memang tempah maut!" Benda yang ku dah janji taknak buat tapi ku mungkiri. *mintak2 la malam kang aku tak mengigau*

Dah la cukup dengan aku yang tengah dupdap2 macam nak putus nafas dibuatnya sebab nak hand-in resignation letter aku hari ni. Again, even dulu pernah berdepan dengan situasi macam ni (refer balik surat lama lebih kurang2 dekat tarikh ni la) tapi mak tiri ku counter offer. But not for this time. Rasanya memang dia takkan mampu nak bayar apa yang aku bakal dapat ni (berlagak sungguh bunyinya) plus, scholarship PhD yang dijanjikan dah mengaburi mataku.

Apa2 pun, semoga yang telah terjadi, sedang terjadi dan bakal terjadi membawa hikmah buat aku dan insan2 di sekelilingku (yang masih dan pernah hadir dalam hidupku). Aku tak boleh merubah masa silam. Semua insan berhak mendapat kebahagiaannya dalam caranya tersendiri sebab ini rahsia Tuhan.

Monday 4 March 2013

Bengang

Aku rasa siapa2 pun akan bengang bila ahli keluarga sendiri dimalukan. Aku tak kata keluarga aku baik sangat or bagus sangat sampai tak boleh diusik langsung tapi pada aku, apalah gunanya nak mengaibkan orang lain. Bukan ada manfaat langsung pun. Menambah dosa lagi adalah.

Dan aku paling pantang bila benda2 ni semua buat emak aku sedih. Aku sedar yang aku sendiri bukan anak yang baik. Bukan jugak adik/abang yang baik tapi aku cuba menjaga mereka sebaik mungkin. Aku nampak dingin tapi aku selalu menghulur pertolongan saat diperlukan. Aku memang jahat mulut tapi apa yang aku cakap bukan untuk memburukkan orang tapi untuk menyedarkan. Hubby kata, biar orang buat kita asal kita tak buat orang. Aku tak buat orang even aku takde nak kacau2 orang. Tapi bila aku bercakap, aku bercakap untuk kepentingan aku dan keluarga aku.

Sebelum kita ada terlintas nak buka pekung orang, sepatutnya tengoklah kelemahan diri sendiri dulu. Takde manusia yang sempurna sebab kesempurnaan itu milik ALLAH. Kalau ikutkan, macam2 keburukan dia aku boleh cerita pada orang tapi nak buat apa? Tak perlu aku nak merendahkan martabat aku seperti dia. Ini mungkin bahagian aku dan aku pasti ALLAH dah tetapkan bahagian dia. Satu aib yang dia buka, sepuluh aibnya akan diperlihatkan.

Kadang2 aku tak paham dengan kerenah manusia ni. Buat baik salah, buat jahat lagilah dibenci orang. Kita anggap anggap seperti saudara tapi dibuatnya kita seperti seteru. Entahlah....

Tuesday 26 February 2013

Tak Sepadan

Aku kira:
Beginilah nanti jadinya
Kau kawin, beranak dan berbahagia
Sedang aku mengembara serupa Ahasveros 
Dikutuk-sumpahi Eros
Aku merangkaki dinding buta
Tak satu juga pintu terbuka 
Jadi baik juga kita padami
Unggunan api ini
Karena kau tidak ‘kan apa-apa
Aku terpanggang tinggal rangka 

Chairil Anwar
Februari 1943

Sejak Aku Mengenalimu

Sejak aku mengenalimu
Kuntum – kuntum bunga
Di laman hati
Beraroma dengan wangi
Menjinakkan kegusaran
Yang bertahun–tahun
Hidup di rimba keharuan. 

Aku ingin mengenali
Seluruh daerah hatimu
Ingin meneroka jalan
Tanpa simpang dan liku
Kerana di situ hatiku
Akan bermukim
Sehingga tamat
Seluruh musim. 

Sejak mengenalimu
Semua pintu mula kubuka
Agar kau yang pertama
Sudi memasukinya
Dan aku sudah
Menyusun berhias
Mesramu di setiap
Ruang dan bahagian
Agar lebih akrab
Saling sayang menyayang
dengan kepercayaan. 

Sejak mengenalimu
Kudepa seluas langit
Agar kau bisa
Rasa dengup jantungku
Yang tak pernah berhenti
Dengan berharap. 

Terima kasih..
Rela aku mengenalimu. 

Mokhta 

Cerita Kau & Aku


Bukankah kau yang telah memilihku
Mengapa kau juga yang menyakiti aku
Di hati kaulah satu-satunya
Yang kucinta

Menanti diriku di sini menanti
Dan kau hancurkan semua harapanku
Kau bersamanya dan aku korbannya
Tinggallah aku sendiri

Kau cipta kenangan indah
Kau berikan aku cinta
Kini kau hancurkan dengan tingkahmu

Mungkin ini memang takdirku
Kerna mencintai dirimu
Biarlah ku simpan rasa ini
Di dalam lara

Walau susah untukku melupakan
Detik-detik gelisah perpisahan
Kerna itulah akhir cerita cinta
Kau dan aku

Tidak sesekali kuingin memiliki
Cinta dusta yang telah kau berikan
Jika aku tahu tak mungkin kumahu
Kau bersamaku

Kini ku biarkan berlalu pergi

Pergh tangkap lentok lagu nih. Sedap gila kot! Kak Melah ni memang tak boleh nak dinafikan suaranya memang terbaik. Protege dia pon sedap jugak suara dia rupanya walaupun part dia tarik tuh aku tak berapa berkenan sangat (pergh komen macam suara sendiri sedap sangat,  padahal.........). Aku tak layan Mentor, so aku tak pernah la tengok minah tu perform. Tapi lagu ni memang bikin aku go down to memory lane. Takde kaitan pun liriknya tapi muziknya memang sayu jek dengar. Ala2 duduk tepi tingkap di tengah malam sambil merenung jauh ke bulan penuh bertemankan pungguk. Oh sayunya~

If You're Gone :(


I think I've already lost you
I think you're already gone
I think I'm finally scared now
And you think I'm weak, I think you're wrong

I think you're already leaving
Feels like your hand is on the door
I thought this place was an empire
And now I'm relaxed and I can't be sure

But I think you're so mean, I think we should try
I think I could need this in my life
And I think I'm scared, I think too much
I know it's wrong, it's a problem I'm dealing

If you're gone maybe it's time to come home
There's an awful lot of breathing room but I can hardly move
And if you're gone, baby, you need to come home
'Cause there's a little bit of something me in everything in you

I bet you're hard to get over
I bet the room just won't shine
I bet my hands I can stay here
I bet you need more than you mind

Have we ever thought of losing someone that we love the most? Can we ever let the person go with open arm and open mind? Despite of all the good times and bad times, what do we miss the most when the person was not right by our side? And this song is ode to my mum who is currently afar from me though she will be back tomorrow. Mum, I miss you so much. Huhuhuhuh

Monday 25 February 2013

عيد ميلاد سعيد


Setiap langkah bermula
Kau mulai dengan kalimah Bismillah
Harap-haraplah Dia
Menemanimu
Dengan rahmat dan reda-Nya
Biar sinar kegemilangan
Mengiringi mengekori setiap lelahmu
Mengejar mencari kebahagiaan hakiki.

Setiap langkah bermula
Kau mulai dengan kalimah Bismillah
Harap-haraplah kakimu
Takkan lagi
Tergelincir di jalan noda dan dosa
Lalu tersungkur ke jurang jahanam.

Setiap langkah bermula
Kau mulai dengan kalimah Bismillah
Mengharap pepohon keikhlasan
Menyubur desa hatilove
Biar bisa kau mendekati Dia
Agar bisa kau mengenali Dia
Agar bisa kau mencintai Dia
Semoga tercalon menjadi penghuni syurga.




SELAMAT HARI LAHIR SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI DAN DIBERKATI ALLAH SELALU. Kesian.... ada orang merajuk seharian hari ni. Abang bukan lupa tapi saja buat2 lupa. I accidentally text you this afternoon. Sepatutnya abang buat dunno jek. Saja nak tengok reaction orang tuh. Hahahah sorry my love.... Abang memain jek. Abang ingat sangat tarikh ni. Cadangannya, abang nak wish a minute before sun of 25/2 set down tapi terlajak seminit. Kita kan orang Islam mula hari baru start maghrib. Tapi takpe, now kita ikut kalendar omputih lak. A minute before twelve, this shall be posted in my blog. So kiddo, allow me to be the last to wish you happy many in returns and let me be the last to hurt you. Although I knew that it was me who keep hurting you the most. I LOVE YOU adikku. 

Wednesday 20 February 2013

Cinta Kasih


Pernah hati ini menjadi milikmu
Kasih dan cintaku hanyalah untuk mu
Namun bukan kamu akhirnya cintaku
Ini takdir aku milik dia..

Ku anggap selamanya tak pernah berubah
Kasih dan cintamu teguh untuk aku
Namun bukan aku akhirnya cintamu
Ini takdir engkau milik dia

Biarkan hati ini merawat lukanya sendiri
Membuang cinta lama terbenam dalam hidup ini

Tiada daya diri ini menerima hati mu lagi
Maafkan aku cinta kasih bukan untuk mu

Lupakan semua janji - janji kita bersama...

Lama telah berakhir kisah kasih kita
Terpadam tersisih oleh arus masa
Ini takdir engkau milik dia....

Sunday 10 February 2013

Keajaiban Cinta


Kerna cinta ku mampu mematahkan sepi
Ku sanggup menunggu dirimu
Walau seumur hidup
Kerna cinta ruang tak menjadi misteri
Hanya ku melihat dirimu
Datang memeluk daku

Aku tak suka sangat dengan Aliff Aziz (sebab sedari awal telah lama tertawan dengan Alif Satar hehehe) sebab pada aku suara dia dan lagu dia biasa2 jek. Tapi bila dapat tau dia yang menyanyi lagu nih, pergh... sedap gila! Macam memang masyukkkkk jek. Maklumlah, ada khabar2 angin kata mereka berdua ni sedang hangat dilambung asmara. So, aku layan jek lagu nih. ^^

Bye Bye Blackbird


Blackbird blackbird singing the blues all day
Right outside of my door
Blackbird blackbird why do you sit and say
There's no sunshine in store
All thru the winter you hung around
Now I begin to feel homeward bound
Blackbird blackbird gonna be on my way
Where there's sunshine galore.

Pack up all my care and woe,
Here I go singing low
Bye bye blackbird
Where somebody waits for me,
Sugar's sweet so is she
Bye bye blackbird
No one here can love and understand me
Oh what hard luck stories they all hand me
Make my bed and light the light,
I'll arrive late tonight
Blackbird bye bye. 

Bluebird bluebird calling me far away
I've been longing for you
Bluebird bluebird what do I hear you say
Skies are turning to blue
I'm like a flower that's fading here
Where ev'ry hour is one long tear
Bluebird bluebird this is my lucky day
Now my dreams will come true.

Saturday 2 February 2013

Jenjalan Pi Loq Staq

Minggu lepas negeri aku ada dua hari cuti umum. Cuti untuk Maulud Nabi dan Thaipusam. Kebiasaannya kalau coti tengah2 minggu, aku takkan ke mana2. Baik qada tido jek. Huhuhuh... Cuti Maulud jatuh pada hari Khamis. Abah ajak aku ke Kedah jenguk emak dan kakak ipar aku di sana. Tapi aku taknak sebab pergi pun satu malam. So penat drive jek nanti. Jumaat tuh aku kerja. Kalau abah bagitau awal2, boleh la aku apply cuti sementelah Sabtu tuh aku tak kerja. Tapi memandangkan aku dah janji nak buat replacement class pada hari Jumaat tuh, sebab tu aku taknak pergi.

Oh lupa nak bagitau, emak ke Kedah sebab nak temankan kakak ipar aku yang ditinggalkan suami selama 2minggu lebih sebab sambung study. Abang aku buat PJJ di Penang. So every semester dalam masa dua minggu macam tu dia kena ke kampus, tinggal sana, belajar dan exam. Since kakak ipar aku sekarang tengah mengandung, so tak eloklah nak tinggalkan dia sorang2 di rumah dengan si Toncet. Takut kalau jadi apa2, takde orang yang boleh jenguk. Teringat satu peristiwa yang pada aku agak bodoh yang berlaku pada keluarga kakak ipar aku. Anak sedaraku si Toncet memang jadi buah hati semua orang la (baik belah famili aku mahupun belah kakak ipar) sebab dia cucu sulung. Nak dijadikan cerita, bila keluarga kakak ipar aku dapat tau yang abang aku akan ke uni dia untuk dua minggu, mereka bercadang nak ambil si Toncet. Katanya, biarlah Toncet dibawa ke sini bagi meringankan beban kakak ipar aku. Malah, kakak sulung kakak ipar aku sanggup ambil cuti seminggu untuk menjaga si Toncet. Ok, that part I understand. Mungkin mereka berniat baik hendak meringankan beban kakak ipar aku kerana mereka kasihankan kakak ipar aku yang lagi sedang sarat dan mahu menjaga si Toncet lagi. Tapi apa ceritanya dengan kakak ipar aku? Takkanlah nak dibiarkan terkontang kanting sorang2 di sana? Kalau jadi apa2 bagaimana? Mereka mungkin memikirkan kebajikan anak sedara mereka tapi kebajikan saudara sedarah sepusat sepusing mereka macamana pulak? Instead of bawak si Toncet pulang ke sini, baiklah mereka saja ke sana menjaga Toncet sambil menemani kakak iparku. Bukankah lebih afdal?! Lagipun, si Toncet bukan boleh berpisah dengan 'Abu'nya (ibu versi pelat). So, abah came out with idea of sending mum there. Biar emak yang tolong teman dan tengok2kan mereka. Thus, that's the whole story of how emak boleh tetiba berada di sana.

Berbalik pada cerita aku, so Khamis pagi tuh kakak aku sms ajak ke Kedah. Katanya dia suami isteri cuti 3 hari dan bosan duduk di rumah. Memang kebiasaannya kalau dorang cuti panjang, dorang akan pulang ke sini. But since emak pun takde, so tak syok la. Sebab tuh, aku bersetuju ke Kedah. Since abang aku takde, boleh la aku bebas sikit. Huhuhuhu

So pagi Sabtu kami bertolak. Aku punyalah bersemangat bangun awal sebab kakak aku pun kata nak sampai at least tengahari sana. Tapi penyudahnya, dekat pukul 12 baru sampai rumah aku sebab katanya dia  lalu jalan lama. Highway jem sebab ada lori terbakar. Dekat2 pukul 1 kami pun bertolak. Abang ipar yang drive dulu. Abah tak ikut sebab nak attend kenduri di KL. Sampai dekat area Bukit Gantang, highway mula jem. Dekat 5km jugak la. Dah la dengan panas teriknya, hangat hati juga dibuatnya. Rupa2nya ada lori masuk longkang. Lepas je kawasan kecelakaan tuh, kami singgah di Hentian Bukit Gantang jap. Adik beradik aku lapar, dorang isi tembolok memasing dulu. Tapi aku memang jenis tak suka makan berat2 bila travel sebab takut mengantuk especially bila aku drive. Kalo naik bas pun sama sebab takut kang sakit perut, satu kerja pula nak request dekat drebar bas berhenti. Bikin malu seh!

Dekat hentian tuh, aku ternampak ex aku. Homaigod... kenapa la dalam seluas2 alam ni, dekat sini juga dia ada. Aku sure dia perasan aku sebab si Boncet bikin kecoh. Table kami jadi center of attraction. Tambahan pula, jarak meja kami tak jauh memandang kami berkongsi stall yang sama. Tapi aku buat bodoh jek. Aku dok layan Boncet jek. Suapkan dia makan la, main2 dengan dia la... Dan aku dok doa kuat2 dalam hati supaya mamat tuh tak call/whatsap or tegur aku depan2. Memang bakal kalut la aku. Huhuhuhuh

Dah setel makan semua, cepat2 kami blah. Tapi singgah stall buah kejap beli buah tangan. Dari hentian tuh, aku yang ambil alih drive. Since aku dah pernah ke Alor Setar, so aku quite familiar la dengan simpang2 dekat situ. Dekat2 pukul 4 akhirnya kami tiba juga. Takde la susah sangat nak cari. Adik aku jadi co pilot sebab dia pernah datang dulu walaupun mujur aku hampir terlajak sebab dia lupa simpang dari jalan utama. Mujur juga aku teringat pesanan emak sebelum tuh.

Petang tuh kami rehat2 je dulu. Penat gila kot. Si Boncet bukan main excited. Berlari dari depan ke belakang tak henti2. Tak tau bahasa penat sedangkan dalam kereta langsung tak tido. Aku pula mula merangka ke mana nak pergi. Takkan la nak duduk rumah saja. Datang jauh2 kenalah jenjalan di tempat orang. Masa first time aku datang, aku tak aware sangat sebab aku main jalan jek sambil tengok signboard but it doesn't help much. Banyak kali sesat. So kali ni, insyaALLAH ok sikit kut. So, mula la aku plan nak dinner dekat mana. Dok la belek internet, pastu siap contact kawan aku. In the end, kami ke restoran Kueyteow Kerang Aiman di Mergong. Since kakak ipar aku pun tak familiar lagi dengan bandar ni, so agar sukar la nak cari lokasi sebenar tempat tuh. Internet pun tak banyak membantu sebab entah kenapa line jadi bengong. Tak boleh nak access.

So aku selaku main pilot (sebab ada dua kereta), tawakal je la. Aku kerah ingatan aku bila aku dapat tau yang restoran tuh dekat Mergong. Kakak ipar aku pun try call bos dia. Alhamdulillah akhirnya tiba juga dalam kami tercangak2 mencari. Pergh... ramai gila orang. Dorang siap pasang meja dekat bahu jalan. Dan kebanyakannya penuh dengan pelanggan. Tapi sebab kami bawak budak2, kenalah pilih tempat makan yang selesa yakni dalam kedai. Boncet yang sedari siang tak tido mula meragam. So aku kenalah bawak dia pusing2. Bagi dia ralit. Since ramai orang, so order kami sedikit lambat sampai. Tapi yang bagusnya pasal kedai ni, dorang ada juga jual western food, sate, roti arab dan nasi ayam. So banyak pilihan la. Kami cepat2 makan sebab si Boncet dan meragam nak tido dan si Toncet dok main2 dengan makanan.

Rupa2nya abang aku balik malam tu since dia dapat cuti 2hari. Dekat2 pukul 11 dia sampai rumah. Kami sebelum tuh singgah beli burger dulu sebab abang aku pesan. Malam tuh takde pe sangat cerita cuma nak menidurkan kedua2 Toncet dan Boncet sangat seksa. Masing2 dah kamcing. Sampai rumah dok nak main lagi. Sampai kena pisahkan masing2 masok dalam bilik nak bagi tidur. Melalak juga la dua2. Yang Boncet siap protes duduk dekat pintu sambil jenguk2 bawah pintu tunggu Kak Long Toncetnya, kata kakak aku. Malam tu aku tido luar dengan abang ipar aku. Since petang tuh aku dah tidur, so aku susah nak lelap mata. Dok layan tv sampai dekat pukul 2 jugak la. Lagi satu mungkin aku tak biasa tido dekat tempat baru ditambah pula dengan serangan nyamuk yang bermaharajalela. Sabar je la aku. Rasanya dekat pukul 5 baru aku tido.

Pagi tuh aku bercadang nak ajak dorang semua breakfast di luar. Di Paksu Corner. Tapi kata emak, nasi semalam banyak lagi, so kami makan nasi goreng dan mee goreng je la. Tengahari tuh baru kuar jenjalan. Since Kedah tak ambil cuti Thaipusam, kakak ipar aku tak ikut keluar sebab kena kerja. So tengahari tuh kami keluar dengan abang aku selaku tour guide. Destinasi dituju adalah Pekan Rabu. Saja jalan2. Tapi tak tahu pulak boleh bertembung dengan seseorang. Actually aku tak perasan, tapi tau2 ada sms masuk. Unknown number. Terkejut jugak aku bila orang tuh tanya aku berada di Kedah ke. Eh, siapa ni? Skandal aku kah? So aku reply bertanya siapa. Tak lama kemudian, si dia pun reply. Owh ok... kawan kepada ex aku, Z. Or mgkn patut aku kata, ex kepada ex aku. Since kami pernah berjumpa sebelum ni, so kenal la jugak. Kata ex aku, mamat tuh suka dekat aku jugak tapi entahlah, malas nak pikir. Nak suka, suka la. Bukan kena bayar pun. Yang penting, we ok. Huhuhuh

So kami saling berbalas sms. Tang ni aku dah mula malas sikit sebab nak melayan dia sms. Pada aku, tak perlu nak baik sangat bermesej2. In fact sampai ke pagi ni pun dia still sms. Urgh rimas! Ok, sambung balik. Lepas jenjalan di Pekan Rabu, kami jenjalan di shoplot sambil on the way ke kereta. Emak masuk ke kedai kain. Dah start dah shopping spreenya. Mak, kakak dan adik aku mula sibuk memilih kain untuk dibuat baju raya. Macam biasa, aku menjadi konsultan tak bergaji mereka. Mak ada offer kain tapi aku rasa tak berbaloi pula buat baju melayu tempah. Mahal sangat. Baik beli yang dah siap jek. Lepas menyoping, kami singgah makan di restoran kopitiam tapi menjual nasi padang. Macam nasi ganja di Ipoh jugak la, premis milik cina tapi menjual makanan halal. Harapan aku memula nak makan di Seri Pumpong tapi tak jadi sebab bila baca komen2 di internet, ada yang kata kedai tuh tak berapa bersih dek lalat dan harganya cekik darah. So lupakan saja.

Usai makan, kami ke rumah kelahiran Dr Mahathir. Saja jalan2. At least kalau orang tanya, boleh la cakap dah penah pegi. Aku lihat, ramai cina yang singgah melawat. Wah, betapa mereka sangat menghargai sejarahwan tanahair! Aku sangat kagum. Selesai melawat, kami pulang saja ke rumah. Hari makin panas. Jadi baik kami berehat2 dulu. Aku singgah ke Mydin dulu sebab kakak aku hendak beli pampers Boncet. Kesian Boncet, mengantuk benar dia sampaikan masuk troli, tersengguk2 dia tahan kantuk. Penyudahnya, aku dukung Boncet dan bagi dia tidur di bahu aku. Sesi menyoping dilakukan dengan pantas. Balik rumah, semua berebah. Rehat2. Abang ipar aku ajak pulang hari tu juga. Aku selaku orang yang menumpang, ikut saja. Petang sikit, aku keluar dengan emak mencari juadah petang. Since aku kempunan tak dapat makan di Paksu Corner dan Sri Pumpong, so aku bawak mak pegi tapau laksa Teluk Kechai. Aku pun tak familiar dekat mana tempatnya tapi since lokasinya heading to Kuala Kedah dan jarak dari Simpang Kuala ke Kuala Kedah hanya dalam 10km so takde la jauh sangat. Akhirnya jumpa juga. Popular tempat ni sebab memang famous dalam internet dan kereta pun berderet2 berhenti. Mujur bila kami order, tak ambik masa yang lama. Dari Teluk Kechai, aku menuju ke Taman PKNK pula mencari cucur udang White Palace. Jumpa juga. YES! Alhamdulillah. Dekat2 pukul 6 aku dan emak sampai rumah.

So mentekedarah la dulu sebelum pulang tanah asalku. Hurm... camne nak cakap erk? Pada aku biasa2 jek makanan dia. Laksanya sedikit masin. Kuahnya memang aku tau agak ceroi tapi tang tahap kemasinan tuh aku tak pasti memang sebegitu ataupun haritu tukang masaknya tetiba nak kawen (mak slalu cakap kalo masak masin maknanya nak kawen). Pastu ada secotet sambal kelapa dia letak. Overall biasa2 jek. Sedap lagi laksa aku masak. Siap ada letak hirisan cucur rangup lagik. Muahahaahah tetiba riak! Tang cucur udang dia plak hurm.... ok la. Tapi mak komplen cucur dia tauge lebih. Masa tunggu order siap aku perasan cara dia buat. Memang taugeh tu dibalut dengan adunan tepung. Sebab tu cucur dia taugeh semata. Tapi cucur udang dia elok cantik jek lurus. Tak mengerekot2 jadi senang la nak potong. Kuahnya pekat tapi aku rasa pekatnya ni sebab guna tepung jagung. Pekat berkilat semacam. Tapi rasa not half bad. Oh baru teringat, masa tunggu order laksa aku siap, aku perasan style dorang laksa bungkus. Macam aku ritu, aku order sebungkus2. Tapi dia jugak ada jual laksa sebungkal. Dalam sekilo and harganya kalau tak silap RM12. Memula aku ingat dia jual laksanya saja. Tapi rupa2nya dia memang siap jual siap semua skali. Tapi yang menariknya, dia put everything in bulk. Contohnya, macam timun, dia bagi sebungkal besar separuh tapak tangan. Kang dekat rumah, pandai2 la pembeli racik2 sendiri. So mungkin ni untuk yang ada tetamu datang rumah secara mengejut. Senang. Semua dah siap kecuali kena potong sayur je lagi. Lagi satu kuah laksa ni tak pedas. Kalau pedas pun sebab dorang ada letak cili padi potong. So kalau compare laksa kedah dengan laksa kuala, aku pilih laksa kuala. Pedas walaupun ceroi juga kuahnya dan orang kata dorang letak suratkhabar dan tisu. No comment about that. Selagi aku tak nampak, aku tak tuduh. Buat fitnah dekat periuk nasi orang jek.

So dah dekat pukul 7, tetiba sepupu abang ipar aku datang umah pulak. Alahai, tadi dia gak beria2 gak ajak balik. Ni kemain plak bersembang sakan. Penyudahnya aku masuk bilik, baring dan lelapkan mata. Lagi best. Dekat2 pukul 8 emak kejut. Sepupu abang ipar aku dah balik. So kami pun bersiap2 la nak gerak. As usual, aku la supirnya. Tapi takpe la, aku memang tak harap sangat pun abang ipar aku bawak. Dia suka bawak lelaju pastu main brek. Tak pandai nak agak. Aku ni alhamdulillah berkat tunjuk ajar caci maki abah tuh yang pandai sikit. Hikhik Aku drive sampai R&R Gunung Semanggol. Sepanjang perjalanan tu alhamdulillah lancar cuma sangkut sekejap dekat area Juru. Dekat situ memang boleh expect la jem. Pastu campur dengan insiden kereta depan aku entah ada apa problem entah dengan kad TnG dia. Dekat sepuluh minit sangkut dekat situ sebab palang dia tak boleh angkat. Aku pulak betol2 belakang dia dan dah berderet menanti belakang aku. So berpesta hon la mereka2 di belakang. Kasik rosak program betol la kereta depan aku tu!

Sampai R&R Gunung Semanggol, nak dijadikan cerita, food courtnya pula ditutup. Kami ni dah la kebuluran. Hadeh... Jam masa tuh dah pukul 10 lebih. Yang ada bukak cuma KFC. Sampai2 R&R, aku terus ke toilet dulu. Memang nak terkucil sebenarnya. Sampai ke kereta balik, tengok2 si Boncet dah bangun dan merengek2 nak keluar. So aku pun ambik dan bawak dia jalan2. Memikirkan mungkin dia lapar, so aku bawak la dia masuk KFC. Ingat nak belikan dia fries dan nugget. Sekali dalam kami dok tunggu order kami siap, habis seisi kereta juga datang. Rupa2nya semua pun lapar. Pergilah dorang order makanan. Sebelum tuh abah ada call bagitau ada masak nasi dan lauk. So aku ingat nak makan dekat rumah je nanti. Sempat juga la kami kongsi melantak chicken wrapped KFC. Pergh... pedas kot! Lepas tuh tak sedap. Sesungguhnya KFC ni hanya sedap pada ayam goreng original dan spicy jek. Kalau yang lain tuh memang kureng.

Sambung perjalanan ke rumahku syurgaku, abang iparku pulak take turn bawak. Dia yang volunteer nak bawak. Plus ni kereta dia, so biar dia bawak. Selaku co-pilot, aku cuma remind dia jek bila ada part2 dia kena tukar gear dan memotong especially masa naik bukit berlereng di sebelum dan selepas Terowong Menora. Si Boncet pulak pakat taknak duduk belakang. Penyudahnya sampai tertidur atas pangku aku. Dia ni kalau tido dah la boleh tahan lasaknya. Kaki asyik tau nak 'terbang' jek. Risau aku kot dia tertendang batang gear. Alhamdulillah, akhirnya menjengah ke tengah malam kami tiba rumah dengan selamatnya. Sampai rumah, tukar baju, makan2 pastu terus tido. Argh enaknya tido di bilik dan atas tilam sendiri.

Esoknya macam biasa la, kalau tak bangun pukul 11 memang bukan aku la tuh. Hikhik... Turun2 bawah tengok si Boncet dok meragam. So aku ajak dia ke Tesco seberang rumah. Ajak dia main game di sana. Tak banyak choice pun. Kebanyakan games adalah untuk yang berumur 5-7tahun ke atas. Aku pulak dah tukar token sebanyak RM5. So aku bagi je dia main 'kapal terbang nyanyi2' (aku pun tak tahu nak panggil apa benda alah tuh hikhik) sampai dia naik jemu. Hikhik Kami break jap minum2. Lepas tu aku plan nak bawak dia pegi shopping complex pulak. Tapi dalam kereta dia dah mula meragam2. Hurm... mengantuk dah la tuh. So terpaksa patah balik. Tapi sempat singgah cuci kereta dulu. Sampai je rumah, aku masukkan dia dalam buaian, suakan susu. Tak sampai 5 minit memang terus hanyut. Aku yang kekenyangan melantak roti canai dan masih kepenatan, pun turut hanyut depan tv sampai la tengahari tuh kakak aku nak balik dah.

Sekian, tuh je la cerita serba ringkas (RINGKASKAH???) tentang percotian aku.