Thursday 5 September 2013

Takziah dan Tahniah

Hari ni genaplah 17 hari Abah meninggalkan kami. Aku masih kesedihan. Dan aku rasa perasaan ini bertambah2 peritnya lagi dirasakan Hubby dan keluarga. Meskipun aku rapat dengan arwah Abah tapi pastinya tak seakrab Hubby yang sepanjang arwah Abah sakit, tanpa jemu mendampingi Abah. Dulu, aku suka tengok cara Hubby menjaga orang sakit. Dia memang seorang yang penyayang. Dia menjaga dengan penuh kasih sayang. Dia penat.  Amat penat. Aku tau itu. Setiap aku bersama denganku, dia menyuarakan kepenatannya. Dia mengadu kerisauannya. Mendampinginya manjadikan aku pendengarnya yang setia. Seperti dulu2. Setia mendengar setiap keluh kesahnya.

Saat pemergian arwah Abah, aku tau baik Hubby, Ibu dan Kakak, masing2 telah redha. Itulah doa kami. Andai mati itu yang terbaik, permudahkanlah. Ringankanlah bebanan sakitnya itu. Hubby pun takde sekelumit rasa ralat kerana sepanjang arwah Abah sakit, dia sentiasa di samping Abah. Dapatlah dia menabur bakti kepada Abah. Dan ALLAH itu lagi Maha Mengetahui. Di saat Hubby risaukan kerja2 PhDnya, ALLAH beri dia kelapangan dengan meringankan beban dugaannya. Ditariknya Abah ke sisinya agar Hubby dapat meneruskan jihadnya. Aku tau, baik Hubby mahupun Abah redha.

Kadang2 aku menangis sendiri. Tiba2 ada rindu yang menggamit aku pada arwah Abah. Abah figuranya sedikit garang. Dengan suara dalamnya, aku sedikit gerun untuk bermanja dengan arwah Abah. Setiap kali kalau diajak bersembang, kata2nya berisi nasihat. Abah memang mementingkan pendidikan. Belajarlah, nak, selagi mahu dan mampu. Itu katanya yang sering menjadi doa untuk aku dan Hubby. Abah tak lokek dengan duit. Setiap kali berjumpa, ada saja ‘isi’ tatkala bersalaman. Dengan senyuman ikhlasnya, dia senantiasa di dalam ingatan.

Takziah buat Hubby sekeluarga. Al fatihah.

******

Betapa sukarnya untuk menukilkan semua ini. Begitu lama aku peram perasaan ini. Aku berlawan dengan perasaan sendiri. Samada perlu aku melangkah pergi atau perlu aku tegak mendepani semua ini. Aku tau aku tak sendirian tapi hakikatnya ya, aku sendiri. Dia berjanji takkan meninggalkan aku tapi sebenarnya, perlahan-lahan aku dikesampingkan.

Bukan senang untuk aku mengumpul kekuatan untuk meluahkan semua ini. Telah mati semua deria rasaku. Aku berjalan dalam dunia yang kelabu. Tiada hitam. Tiada putih. Aku lelah dan lemas. I ran but I tripped again. Aku tak tahu ke mana lagi langkah kakiku. Dia tak henti2 mengejarku. Merayu2 agar aku takkan pernah jauh. Tapi aku walah. Aku menghirup udara yang berdebu. Dan menghela nafas2 beracun yang membunuhku perlahan2. Arghh…. Kata2ku ikut jadi bercelaru!!!

Memang betul kata orang, tiada yang pasti dalam sesuatu perhubungan. Itu semua retorik semata2. Penyudahnya semua hubungan ini akan menemui pengakhiran. Samada bahagia mahupun derita.
Aku cuba mengumpul kekuatan. Tak mahu mengalah kerana aku tau, inilah bentuk permainannya. Aku yang memilih permainan ini lalu aku harus kuat untuk meneruskannya.

Saat aku diberitahu dia telah ditunangkan, aku terkedu. Dan lebih aku tergamam bila aku mengetahuinya bukan dari bibirnya sendiri. Permainan apakah ini? Siapakah aku kini? Tidak penting lagikah aku di pandangan matanya?

Aku cuba berlagak biasa sedang dalam hati aku seperti dicarik2. Aku tersenyum bila ada teman2 yang bertanya sedang waktu itu, bengkak hati ini serasa ingin meletup. Kenapa perlu dalam diam? Kalau tak memikirkan beban dugaan yang sedang ditanggungnya, mahu saja saat itu aku menghamburkan sejuta kata caci maki yang tersimpan dalam kotak perbendaharaan kataku!
Takkan pisang berbuah dua kali? Apakah masih ada yang mencaturkan permainan ini?! Oh rupanya tidak. Semua ini atas kemahuan sendiri dan pilihan sendiri. Maknanya, dalam diam dia mengenalinya saat bersamaku. Dan saat dia menghilang, dia bersama dengannya tanpa pengetahuanku.

Tuhan, aku redha.

Saat kali pertama kami bertentang mata, aku tak mahu memikirkan apa2. Fokusku pada jasad abah yang di depan mata. Meski dalam hati meronta2 mahu menyoal seribu macam soalan, tapi aku pendamkan. Biarlah persoalan yang melingkar di fikiranku itu tergantung tanpa jawapan. Perlu apa aku ketahui jawapan itu andai kemudiannya mengundang sakit di hatiku. Andai dia mahu bercerita, terserah. Andai tidak, aku pasrah.

Sejuta kata maaf aku terima tapi untuk apa? Dia tahu pendirianku. Dia tahu fiilku. Aku tak pernah menolak kemungkinan ini tapi aku sedih bila aku dikesampingkan. Aku tau ini bukan cerita ‘Comolot’. Aku bukan menolak lumrah tapi sekurang2nya, berceritalah kepadaku. Kenapa segalanya perlu didiamkan? Bila orang bertanya, perlukah aku katakana yang aku tak tahu sedang umum tahu keakraban kita. Apakah segala yang kita lalui langsung tak meninggalkan kesan walau sekelumit di hatinya?

Jujurlah. Hanya itu yang aku mau. Aku boleh melangsungkan kehidupan ini sendirian. Aku punya DIA. Tapi aku mahu juga hidup dalam kepastian. Aku butuhkan jawapan. Dan saat dia bercerita tatkala hatiku tercalar, langsung tak bisa menagih simpati di hatiku.

Tuhan…. Kejamkah aku?? Aku cuba berlagak biasa. Aku cuba menerimanya sepertimana aku menerimanya kini tapi apa yang tertinggal untukku? Sedikit demi sedikit, perasaan cinta ini aku cantas kembali dari terus subur mekar. Dia merayu agar aku takkan pernah jauh daripadanya. Tuhan…. Permintaan arwah Abah agar aku terus menjaganya membuat aku tersepit. Abah….. aku tak cukup kuat mendepani semua ini.

Tahniah buat Hubby dan pasangan. 
Takziah buat aku yang tersepit di antara janji.   



    

No comments:

Post a Comment