Saturday 19 May 2012

Loq Staq (Day 1)

Hari ni aku berkampung selama 3 hari di Kedah or specifically, Alor Setar. Aku ada interview dengan local college here on Monday. Hubby sebenarnya tak bagi aku datang or dalam erti kata lain, dia tak merestui kedatangan aku ini. Dia kata, aku cuba menjauhkan diri dari dia. Hurm... suka la berpikiran negatif macam tuh hubbyku ini.
Ok, back to today's trip. Aku quite surprise sebenarnya bila aku cuma ambil masa 3jam lebih je driving dari tempatku ke Alor Setar. Laju ke aku bawak? Mak kata aku bawak laju. Huhuhu... Aku kemudian baru sedar bahawa aku tak familiar langsung dengan tempat ni. Peta pon takde dalam hotel ni. So susah la sikit. Tadi petang aku kebuluran. So nak taknak kena la keluar. Sambil tuh memang bercadang nak round2 tengok kawasan pun. Memula aku pegi ke pusat bandar. Nak cari kat mana Pekan Rabu. Ok, dah jumpa. Tak susah pon. Tapi parking penuh kat kiri kanan jalan. So tak leh nak berhenti kat situ. Memusing sampai dua kali gak sebab kot2 ada lot kosong. Tapi hampa. So terpaksa la cari tempat lain. Aku perasan, kat pusat bandar AS ni tak banyak shopping complex. Ke aku yang tak tau tempatnya kat mana? So dalam dok pusing2 tuh, aku perasan satu - Star Parade. So aku masuk la dengan harapan mesti ada food court. Dan aku memang nak singgah ke Watson atau Guardian sebab aku terlupa bawak berus gigi. Ok, kat Star Parade tuh ada Watson. Done buying the thing. Skang nak mencari tempat makan pula. Tapi hampa. Sangat kurang. Yang ada pun aku was2 nak makan. Selamat ada McD. So aku tapau la buat bekal tengah2 malam kang kot kebulur. Tapi tetap aku perlu makan nasi. If not, ada harapan gastrik aku datang balik. And I hate it if its happen.
So berpusing2 la aku mencari tempat makan. Dan aku perasan satu restoran mamak. Alhamdulillah. Dan berjaya juga isi perut dengan nasi. Alhamdulillah sekali lagi. Boleh tahan murah juga. Perut dah kenyang jadi skang mau pulang. And I'm lost. Aku tak tau nak ikut mana sebab merata2 aku pusing tadi. Dan area pusat bandar dia banyak yang jalan sehala. Aku dah cuak. So, satu2 cara untuk balik ke hotel adalah mencari jalan ke highway. So berpusing la aku. Dan akhirnya berjumpa - highway AS (U). Takpe la, terpaksa berhabis sedikit. Janji aku tak sesat teruk. Huhuhuhuh...........
 So, end of day one. Esok tak tau lagi camne. Cadangnya nak pergi ke rumah Tun M. Saja ngisi masa lapang. Dan of course, ke Pekan Rabu. Mak aku dah memesan cari fridge's magnet . Adeh... sejak bila beliau ada hobi mengumpul fridge's magnet pon aku tak tau. Tapi aku rasa, it's all start bila aku pegi Singapore hari tuh. Emak emak.....  

No comments:

Post a Comment