Friday 4 May 2012

Bulan Mengambang

Bulan dalam kehidupan manusia mempunyai signifikan yang tersendiri. Orang mengibaratkan kecantikan seseorang seperti bulan, mood pasang surut pun bulan yang jadi mangsa. So entri kali ni bukan aku nak memuji kecantikan orang tapi ini berkenaan mood sang kekasihku yang sedang 'mengambang'. Semalam seharian dia tak sihat. Sakit kepala. Kebelakangan ni migrain dia makin menjadi2. Al maklumlah, sejak dah jadi student balik ni, otaknya bekerja extra hard. Tambah2 dengan cuaca dan perjalanan jauh dari umah ke uni, aku jadi kasihan dengan dia.

Malam sebelum tuh, dia bercerita tentang supervisor researchnya. Berlaku miscommunication antara kedua-duanya, especially berkenaan research Hubby. Research dia memang complicated sebenarnya. Aku pun pening nak memahamkan. First, sebab bukan bidang aku. Kedua, eventhough aku faham sebab idea asal dari tesis Masternya, tapi variables dah bertambah dan jadi complicated. Even supervisornya sendiri komplen tak paham. Tapi pada aku, as a PhD candidates, memang standard la variables bercabang2 sampai boleh jadi satu pokok. Dan lagi, Hubby mengalami kesukaran nak adapt dengan new environment. Dari peringkat Diploma hingga Master, dia belajar di bawah fakulti Pengurusan (tapi lebih kepada sains sosial sebab dia ada kerja labs). Tapi kini dia belajar under Faculty of Medicine. Memang la beza gila. Macam kutub utara kutub selatan. Kelmarin dia bercerita tentang supervisornya yang compare dia dengan one of the student master. Tercalar egonya.

Aku paham, as a PhD candidate, Hubby sepatutnya dah lebih arif dengan apa dia nak buat. Semuanya sepatutnya dah ada dalam otak dan telah dirancang secara teliti. Tetapi apa yang Hubby cakap dan cuba pertahankan ada betulnya juga. Dia masih dalam proses nak mengdaptasi dengan budaya baru di tempat baru. Lain padang lain belalang. Lain orang lain caranya. So, budaya yang diterap di uni kami dulu berbeza dengan budaya yang dia hadapi kini. Different school of thoughts. Lalu bila cara penulisannya dikritik, Hubby jadi down. Hari tu baru dia gembira sakan bila supervisornya memuji researchnya ada2 unsur novelty. Tapi kini, lain pulak jadinya. Dan dari cerita Hubby, supervisornya sendiri kurang arif dengan bidang yang Hubby nak cuba buat. Memang research Hubby tak pernah dibuat di Malaysia sebelum ni. Cuma yang buat Hubby memilih beliau sebagai supervsior adalah kerana beliau ada ditawarkan geran untuk menjalan research di Malaysia yang lebih kurang dengan tajuk Hubby. So, in a nutshell, dia down dengan sikap supervisornya. Sebiji macam 'ayah angkat'nya masa Degree dan Master dulu.

Dan lagi satu, dia berbulu dengan perangai sorang budak Master di uninya. Budak yag perasan bagus. Mentang2 dulu pernah ambik medic (tapi tak habis) so nak tunjuk pandai. Secara sinis dia cuba memperkecil2kan Hubby. Hubby cuma boleh bersabar jek walaupun kekadang dia laser jugak budak tuh sampai terdiam. Hubby di uni hanya lone ranger. Takde teman. Kawan2nya hanyalah budak2 undergrad yang dia kenal dalam kelas yang dia kena ambil. Tapi takdelah rapat mana. Dia sering mengadu rindukan aku sebagai teman belajarnya. Kami boleh main2 tapi bila study, kami serius.

Tapi sebenarnya, Hubby paling terasa dengan gurauan aku semalam. He took it too serious over my joke. Dia bukan tak tahu yang aku memang jahat mulut. Kami selalu menyindir satu sama lain. Tapi semalam mungkin sebab dia tak sehat, dia jadi double sensitive. Hubby, I'm truly sorry. Dia siap berpantun dalam FBnya - "kerana pulut kuih tak sedap, kerana mulut hati tersentap". Aduhai..... bersalahnya rasa diri ini....


No comments:

Post a Comment