Sunday 28 October 2012

Cerita Aku (Part Two)

Post Part One tergantung macam tu jek. Kuasam sungguh endingnya. Entahlah, aku tak tahu macamana nak buat penutupnya. Sekarang sambung ke bahagian dua kisah aku di bulan Oktober. Seperti post sebelum ini, bulan ni adalah bulan kelahiranku. So ianya bulan yang perasaannya bercampur baur. Ada rasa gembira dan rasa sedih.

Kita mulakan dengan yang gembira dulu. Hubby datang untuk meraikan hari lahirku. Terharu. Mulanya aku tegah. Kesian dia penat nak memandu jauh2 ke sini. Tapi dia tak kisah katanya. So, dua malam dia habiskan di sini. Tapi malam kedua tuh aku ada office occasion. So terpaksa tinggalkan dia bersama parentsku. Ok, a day before my birthday, Hubby ajak jalan2. Nak pegi soping hadiah katanya. Dia tak beli hadiah aku sebab dia tak tahu nak belikan apa. Dulu dia ada cakap nak hadiahkan aku Blackberry tapi aku taknak. Aku tak suka. Mahal benda tuh. Lagipun aku taknak rasa terhutang budi sangat especially kalau berlaku apa2 antara kami, BB tu aku nak buat apa? Pulangkan balik? Dah tu aku nak pakai apa? So baik aku beli sendiri.

So, kami berjalan2 la di shopping complex. Cari punya cari, ok jumpa la. Perfume. Done. Tapi katanya tak cukup lagi. Dia nak cari set baju dan seluar. Hisy... membazir jek! Walaupun kalau ikut pikiran jahatku memang aku on jek tapi aku taknak. Dia studi lagi. Lagipun duit tuh duit biasiswa dia. Tak baik kalau nak laburkan tak tentu hala pada aku. Banyak keperluan dia. So we end up makan je lepas tuh. Birthday eve, aku attend dinner. Tapi cepat2 aku balik sebab kesiankan dia yang terkulat2 di rumah walaupun aku tau dia ngan famili aku dah kawtim baekkkkk punya. Menantu kesayangan, katanya. Malam menjelang detik 12malam, kami dah di katil. Bersembang2. Tepat 12 malam, aku terima kecupan di dahi yang penuh cinta dari insan yang aku gelar Hubby. Dan selepas itu, bermula la 'konsert akustika'nya. Dia menyanyi dan menyanyi dan menyanyi lagu yang diciplak dari lagu2 terkenal kemudian di-hentamkeromo-kan liriknya menjadi lirik2 berkenaan aku. Ceit! Walaupun aku terharu dan gelak bagai nak mati tapi tetap aku debiknya dengan bantal dan cubitan seliang dua sebab ada lagunya labih kepada carutkan aku. Keji! Next day, Hubby dah nak balik. Sedih sebab takde dah teman 'bergadoh'. Dia sediri berat hati nak balik tapi apakan daya, sini bukan tempat dia. Aku redha dengan pemergian dia kembali ke daerah asalnya.

Itu cerita gumbira versi aku dan Hubby. Sekarang versi aku dan teman2. The next day which is Monday, teman2 aku call ajak keluar. A dinner treat, katanya. So malam tu keluar la kami ke restoran Arab yang sebelum ni kami pernah pergi. Keadaan restorannya yang tak ramai orang, makanan yang sedap lagi murah dan big portion menyebabkan kami memilih restoran tu sebagai port kami. So, kami makan2 dan bersembang2 seperti biasa. Bikin kecoh tanpa pedulikan orang. Tapi takde la riuh sangat. Then, at the end of the dinner rupanya ada kek birthday yang menanti. Padan la temanku keluar sekejap *dekat sejam juga sebenarnya dia menghilang*, rupa2nya pergi beli kek. Terharu la juga dengan surprise tersebut. Cuma yang tak bestnya, lepas sesi tiup lilin dan suap menyuap, dorang bantai main calit2 aising kek ke mukaku. As a birthday boy, takkan nak mengamuk, redha je la. But I really enjoy the dinner and I can't thank enough each one of them for being there to celebrate my birthday.

Here come the sad part. The nasty truth is that I miss someone. And I was longing for him on my birthday. The memories of last year still lingering in mind. Crystal clear. How I miss the moment. Aku tak tahu kenapa, aku masih belum boleh lupakan dia. Aku masih rindukan dia. Especially time2 macam ni. aku rindu nak celebrate dengan dia. Aku menunggu kalau2 ada SMS dari dia tapi hampa. Malam selepas detik 12malam itu sebenarnya aku menangis. Menangis dalam dakapan Hubby. Aku ceritakan perasaan aku saat itu. Betapa aku rasa bersalah sebab masih merindukan orang yang sudah jauh sedangkan kini aku punya insan yang jauh lebih dalam mencintaiku. Aku rasa bersalah sangat2.

Perasaanku bercampur baur kini. Tuhannn....

No comments:

Post a Comment