Saturday 21 July 2012

Julai Yang Mandom Versi 2

Salam Ramadhan...
Hari tuh aku dah bercerita tentang trip aku dengan Hubby ke Pahang. So hari ni aku nak sambung bercerita tentang trip aku bawak students ke KL. So last week aku bawak la students aku trip. Memang setahun sekali akan ada trip. Ke mana2 la asalkan berkaitan dengan studi mereka. So, tempat yang dipilih tahun nih adalah ke KL bersempena dengan satu event di PWTC. Trip selama 2hari 1malam nih bermula dengan visit ke hotel terkemuka di area Bukit Bintang.
On the way ke hotel tersebut, kami stuck dekat sejam dalam jam. It's Friday jam and it's normal, bak kata staff hotel tuh bila aku telefon nak inform akan kelewatan kami. Sampai di hotel, kami diberi penerangan dan dibawa melawat kawasan hotel. Ok, kami melawat dua hotel dan dipecahkan kepada 2 kumpulan dan akan bergilir melawat kedua2 hotel. Sambutan dan layanan yang diberikan pihak hotel sangat bagus. Walaupun ini sekadar lawatan students kolej tapi tetap diberikan layanan yang tip top. Selalunya dorang jenis amil bena tak bena jek sebab memikirkan kami bukan dari golongan berkepentingan. Tapi macam hotel ni, mereka sangat open minded dan tahu menghargai sebab mereka tahu, in future kami mungkin antara orang yang akan menentukan hala tuju dan jatuh bangun mereka. Jangkamasa lawatan lebih lama dari yang aku bayangkan. Aku pikirkan dalam dua jam dah mencukupi tapi rupa2nya hampir 4jam kami menjelajah hotel tersebut.
Kami keluar dari hotel tersebut dan bergerak ke hotel penginapan kami dalam keadaan yang amat tak selesa. Kalo orang KL mungkin menjerit kesukaan TGIF - Thank God It's Friday! tapi bagi aku dan studentsku yang sangkut dalam bas, OGIF - Oh Gosh It's Friday! dengan penuh kesengsaraan. Traffic jam petala ke lapan punya. Dekat 2jam kami sangkut padahal kalau nak ikutkan dari hotel tadi ke hotel kami dalam 15minit jek. Tak jauh mana pun. aku dah dok panik sebab dah plan dengan Hubby nak tengok teater bangsawan malam tuh. Takut tak sempat jek sampai hotel dan nak bersiap semua. Alhamdulillah sampai juga dalam waktu maghrib ke hotel. So lepas selesai urusan check in dan pembahagian bilik, cepat2 aku text Hubby dan bersiap2. aku sebenarnya tak harap sangat pun dah nak tengok teater sebab Hubby kata dia pun sangkut dalam jam kat Federal Highway. Tapi alhamdulillah, sempat juga dia sampai. Dan sempat juga kami pergi menonton walaupun masuk sedikit lewat.
Masa mula2 aku call nak booking tiket, aku dipahamkan tiket sold out. So aku bertanya pada temanku yang bekerja di kementerian kalo2 dia boleh dapatkan tiket. Alhamdulillah dia membantu. Tapi bila masuk, takde la penuh sangat pun. Area2 depan kami banyak je kosong. Pelik! Cerita bangsawan kali ni agak kurang menarik. Terlalu meleret. Mujur ada selingan babak2 lawak seperti adegan mak inang dan si Kembang Cina yang suka merapu. Tapi sebenar2nya sebab musabab aku ajak Hubby tengok bangsawan ni adalah sebab nak tengok Fauziah Gambus. Aku ingatkan dia turut berlakon walopon sebagai watak pemuzik istana tapi sebenarnya dia cuma perform waktu extra-turn jek. Tapi takpe la, janji dapat tengok dia live. Pergh... memang terbaik la dia nih! Sedap suara dia dan memang terer dia petik gambus. Dah macam Carlos Santana je aku tengok huhuh...
Teater habis dekat pukul 11. Lewat jugak sebenarnya sebab selalunya pukul 10.30 dah habis. Itu pun paling lewat. Tapi ni lagi lewat. Perut aku dah mula masuk angin. Duduk pun dah tak selesa. Hubby pulak dah mengadu sakit kepala. Migrain dia dah datang. Adoi... Lepas habis teater, kami berlegar2 di ruang lobi sebab Hubby nak bergambar dengan Fauziah Gambus. Hubby kata, dia dan Fauziah Gambus pernah bersembang2 di Twitter dan beliau follow Twitter Hubby. Lepas sesi tangkap gambar dan beramah mesra, kami cepat2 beredar sebab masing2 dah mula tak selesa. Aku dengan sakit perutnya dan Hubby dengan migrainnya. Masuk kereta, cepat2 selak beg Hubby dan cari ubat.
Malam tuh, kami dinner di nasi lemak antarabangsa. Dah lama tak makan, tuh yang aku ajak Hubby gi tuh. Memula cadangnya nak ajak kawan kami lagi sorang join tapi memandangkan dah hampir menjelang tengah malam dan tambahan beliau tuh anak dara, kami batalkan je la. Biar kami makan berdua jek. Alhamdulillah kenyang walaupun perut aku masih perit sebab gastrik dah mula menghakis dinding perutku. Balik hotel, terus makan ubat dan lelap. Tak sempat nak bermesra2 dengan Hubby sebab aku dah tak larat.
Next morning, lepas breakfast kami check out dan bergerak ke PWTC untuk aktiviti kedua kami. Tak banyak yang menarik event nih. Tak berapa meriah. Tapi tetap aku meriah shoping. Hikhik Sampai naik lenguh tangan jugak la merindit macam2 barang.
Dalam perjalanan pulang ke Ipoh, masing2 senyap. Letih la tuh. Kalau tak, masa pergi hari tuh, kemain lagi bisingnya. So tuh je la cerita pasal trip aku ke KL. Walaupun ada cerita2 lain tapi nanti2 la update. Penat dah menaip ditambah dengan internet sengal ofis aku nih. Langsung takde mood dah nak menulis banyak2. Huhuhu

No comments:

Post a Comment