Tuesday 17 July 2012

Julai yang Mandom

Baru perasan yang untuk bulan nih, baru ada satu entri je pun. Padahal most of the days, aku akan bukak blog nih. Bukan wat ape pun, baca blog orang laen. Huhuhuh... Mungkin dah sampai tahap aku dah mula bosan. Bosan nak update. Ok... tapi sebagai rangkuman (yang aku sendiri sorang je yang baca pun) bulan quite few activities la aku buat. Dan ada berjalan2 sedikit. Last two weeks, aku ke Pahang. Exact place, Kuantan. Pergi kenduri kahwin close friend. Kalau ikut hati, aku bukan jenis kaki yang rajin nak travel jauh2 plus aku plak yang drive. Tapi most of group aku tak pegi sebab sebok dengan aktiviti masing2, so rasa tak sedap pulak. Kesian sebab takde wakil dari group besfren sendiri. So, aku pergi la dengan Hubby.
Aku ambik cuti hari Jumaat. Khamis petang lepas keje trus shoot ke Klang. The next day, kena gerak awal2. Aku tak biasa drive ke belah sana. Kiranya ni first experience aku ke sana. Driving. Eventhough aku ada Hubby yang lagi cekap drive compared to me, tapi sayangnya, beliau tak boleh drive auto dan tak reti bawak kereta besar. So, terpaksa la aku jadi supirnya. Tapi the good thing is, he's a good co-driver. Sangat bagus in making sure I'm stay awake. Aku gerun jugak sebenarnya drive kat Karak tuh. Lagi ngeri dari apa yang bayangkan. Dulu2, bila ada trip ke belah pantai timur masa studi dulu, masuk2 bas jek terus aku tido. Tuh yang tak berapa tahu keadaan sebenar jalannya. Tapi bila aku sendiri dah melalui, memang mencabar. Syukur alhamdulillah kami pergi dan balik dengan selamat. Dan syukur alhamdulillah, aku takde kampung belah sana. Kalau tak, harus aku lagi rela dok umah sensorang dari join parents aku balik kampung.
Sampai di Kuantan, memusing jugak la nak cari hotel. Tapi last2 dapat la stay kat hotel bajet yang pada aku aku kurang berkenana. Tapi memikirkan masing2 dah penat dan lagi hanya untuk satu malam, takpe la. So malam tuh, kami ke Tanjung Lumpur for dinner. Makan ikan bakar. Aku belanja Hubby makan sebab nak celebrate dia dah selesai sesi hibernasi menulis proposal PhDnya. First time dalam hidup aku makan sata. Nice! Dan Hubby kata, luckily aku makan yang memang super sedap. Dia pun siap tapau bawak balik bilik (dan makan sensorang tak offer aku! Hampeh!). Overall, makannya sedap meskipun service agak lambat sebab orang tak putus2 datang (plus, it's SUKMA!) dan harga pon not bad. Berpatutan.
Keesokannya, kami terus check out, dan Hubby ajak aku ke Teluk Chempedak. Cantik tempatnya. Macam yang 'dia' cakapkan dulu. Terus ingatan aku jatuh pada si 'dia'. Teringat pada impian kami yang tidak kesampaian. Kalau Hubby perasan, aku banyak diam jek bila di sana sebab ternyata, aku masih merindui kenangan lalu. Masih belum mampu melupakan 'dia'. So aku taknak stay lama. Aku nak cepat2 jenjalan di area town.
Kami sampai tempat kenduri dekat pukul 2. Tukar baju dalam kereta jek. Sedap gak makanan dia. Rasa nak tambah tapi segan. Walaupun tak banyak lauknya tapi aku rasa cukup la. Tak perlu nak mewah2 sangat. Banyak bendal lain boleh buat yang jauh lebih penting. Bak kata Ustaz Kazim, buat je kenduri hidang sirap dengan karipap sorang satu. Kan senang?! Hahahahah
Habis kenduri, kami terus shoot balik Klang. Dalam pukul 3 gak. Aku expect tuk sampai ke Klang sebelum pukul 8. Aku takut nak drive time maghrib dekat area Karak tuh. Takut tak nampak. Baru start drive, dekat2 area Temerloh, aku dah ngantuk. So aku stop dekat R&R Temerloh nak lelap kejap. Tapi takleh nak tido sebab tak selesa. Hubby suggest aku mandi. Baru segar. Lepas tuh pekena kopi o bagi celik mata. Bie lak dari semalam teringin nak makan ikan patin. So, makan la dia nasik lauk ikan patin. Mujur sedap eventhough dia terkejut dengan harga ikan sepotong RM7. Kami sambung lagi perjalanan. Alhamdulillah, kami sampai sebelum maghrib. Penatnya Tuhan je la tahu. So malam tuh dan keesokannya, Hubby jadi supirku pula. Malam tuh aku mintak Hubby bawak aku makan sate. Banyak kali dia mesej aku dinner makan sate. So aku pun nak rasa gak.
Next day, aku ajak Hubby pergi Pesta Buku Selangor dekat SACC. Tapi kecewa sedikit bila Huby bagi aku beli 4buku jek. Hampeh!!! Baru nak joli katak menyoping buku. Tapi puas la sebab dapat beli buku idaman hati.
Akn aku update lagi nanti InsyaLLAH few more activities aku bulan nih. Dah terasa panjang sangat dah entri.        

No comments:

Post a Comment