Sunday 18 March 2012

La Tahzan

Jiwaku sedikit kacau. Sayu je terasa diri ini. Terasa macam terlalu banyak yang hilang dari hidup ini. Lalu aku jadi rindu pada kesemuanya. Kesenangan dan kebahagiaan yang aku kecapi sedikit demi sedikit pergi meninggalkanku. Aku tau tiada apa yang kekal tapi aku belum cukup kuat untuk menerima segala keadaan ini. Semalam, sebelum aku bersiap2 pegi keja, aku tengok drama "Aku Terima Nikahnya" di Astro Oasis. Citer favorite aku sebab ceritanya berbentuk islamik tapi penuh humor. Episod yang aku tengok tuh berkenaan watak utamanya yang bersedih bila kekasihnya berlaku curang. So beliau asyik berduka lara. Lalu beliau dibawa berjumpa Ustazah Asni Mansor. Antara lain nasihat Ustazah Asni adalah.. "Setiap dugaan yang diturunkan ALLAH adalah mengikut kemampuan setiap manusia. Itu bahagian dan hak dia. Bila ditimpa dugaan, kita kena pasrah dan redha. Tak guna berkata pasrah tapi tak redha yakni masih meratapi dugaan tersebut." Jadi di sini aku belajar satu perkara. Ya, mungkin selama ni aku pasrah tapi aku tak redha. Aku terima segala yang berlaku tapi aku masih meratapinya. Masih belum 'mahu' melepaskannya. Lalu, masa break time kerja, aku berkesempatan ke kedai buku. Dan aku tertarik pada buku ni - La Tahzan (Jangan Bersedih). Mungkin apa yang aku cari boleh aku dapati di dalamnya dan mungkin jawapan pada permasalahanku ada di dalamnya. Amin.

No comments:

Post a Comment