Friday 31 January 2014

Lepaskan

Seminggu yang sengsara. Seminggu yang betol2 buat aku rasa aku nak terjun bangunan. Aku bergadoh dengan Hubby. Sebabnya? Biarlah kami berdua saja yang tau. Tapi aku sedih bila dia tak pernah nak memahami aku. Taknak memahami perasaan aku. Setelah segalanya aku korbankan demi dia.... masih dia meragui aku.

Lalu entah kenapa muncul kembali H. Oh... bukan dia yang muncul tiba2 tapi aku yang 'menghidupkan' dia dalam cerita cinta aku dalam seminggu ini. Aku yang mengganggu hidupnya. Bukan dia. Hari itu kami bersembang panjang. Sekadar di Whatssapp. Saling bercerita. Tapi sebenarnya lebih kepada aku buat soal siasat tentang kehidupannya kini...... Dan hari itu telah aku ketahui yang dia sudah pun dimiliki. Tahniah buat dia. Aku tumpang gembira. Seperti biasa, dia tak pernah nak menghampaka permintaanku. Gambar kekasih hati dikongsikan. Manis orangnya. Memang secocok.

Tapi dalam aku gembira untuknya, masih ada lagi perasaan tak enak yang menghantui fikiran. Ya, percaya atau tidak... aku masih menyimpan cinta untuknya. Masih belum boleh aku melupakannya. Jangan ditanya kenapa sebab aku sendiri takde jawapan. Lalu aku buat keputusan. Kami masih tak boleh bersahabat. Suka atau tidak... itu hakikatnya. Aku masih belum kuat mendepaninya. Kekadang aku rasa terawang-awang memikirkannya which is tak sepatutnya berlaku. Aku dah ada Hubby. Cukuplah pergantungan dan kasih sayang aku curahkan kepadanya. Aku taknak memilih yang lain.

Aku sampaikan keputusanku kepadanya. Mohon dia mengerti. Keputusan sukar ini di samping keadaanku yang bercelaru waktu itu memaksa aku membuat keputusan drastik sebegitu. Aku taknak buat kerja gila yakni kembali menagih cintanya. Aku boleh kalau aku nak tapi aku enggan. Aku nak lepaskan segala-galanya tentang dia. Dia dah bahagia dengan hidup dia. Tak mungkin dia berpaling dari cintanya yang sekarang.

Keputusanku itu juga didorong oleh kemungkinan yang kami boleh bertembung di jalanan lantaran rumah barunya itu terletak dalam daerah rumah Hubby. Lalu kalau bila2 kami keluar bersama2 di pusat beli belah, mungkin bisa bertembung. Mungkin waktu itu aku dengan Hubby dan dia dengan buah hatinya. Aku taknak waktu itu raut wajahku bertukar dan ketara ketidaksenangan aku. Sebab itu aku mahu bersungguh2 melepaskan dia. Setelah antara kami sudah berbaik, lalu aku fikir, takde masalah untuk aku belajar melepaskan dia perlahan lahan.

Aku ceritakan segalanya pada F apakala dia sering bersamaku saat aku perlukan rakan berkongsi cerita. Ringan bebanan yang aku rasa. Harap2 penanggungan ini juga bisa ringan. Jangan serabutkan lagi fikiranku yang sedia kusut. Cukuplah hari2 yang dah berlalu aku dibayanginya. Aku pohon sangat2 yang jejak mendatangku takkan ada sepicing pun susuk dia.

Tuhan..... bantu aku.

No comments:

Post a Comment