Wednesday 8 January 2014

Bicara Sang Pria (Demi Dia dan 'Dia'..)


2013 telah berlalu. Pengakhirannya agak baik pada aku. Meskipun ada sedikit pahitnya tapi tetap banyak kemanisan untuk dikenang. 

Permulaan 2014 aku mulakan tanpa ada sebarang misi dan resolusi. Aku cuba berpijak di bumi yang nyata - walk the walk. 

Kali ni aku nak berkongsi novel yang baru malam tadi aku khatam. Ambil masa few days jugak la nak habiskan walaupun bukunya nipis jer. Aku beli di Pesta Buku 1Malaysia yang lepas. 

Aku memang follow novelis ni - Hasrul Rizwan tapi tak la obses. Biasa2 jek. Tulisannya yang bernuansa urban bukan menjadi pilihan aku sangat. Aku masih pemuja bahasa jiwang2 dan menyentuh kalbu. Tapi bukan jenis tangkap leleh la. Berbalik pada penulis ni, ini kali pertama dia berkolaborasi dengan penerbitan ni - Dubook Press (DBP) - penerbitan yang menggunakan akronim yang sama dengan sebuah syarikat pernerbitan lain sebagai tanda protes pada syarikat penerbitan tersebut yang dikatakan gagal menerbitkan bahan2 bacaan dan boleh diklasifikasikan 'segan hidup mati tak mahu'. Sebelum ni buku2nya pernah diterbitkan oleh Lejen dan aku dah pun memiliki kedua2 buku tersebut. Menarik pengisiannya. 

Berbalik pada novel ni - Bercakap Dengan Jun. Masa aku nak beli novel ni, ianya diperkenalkan oleh jurujual. Aku tak perasan langsung buku ni. Sedang aku tertonggek2-terteleng2 memilih buku, si jurujual yang manis unjukkan aku buku ni. Baca blurb dia macam penuh misteri jer. Sungguh seperti "bercakap dengan Jin". 

Kisah ni bergerak perlahan pada permulaan. Di tengahnya semakin bergerak pantas dan bermula adegan suspen. Di akhirnya ada impak yang kuat. Buku ni berkisar watak utamanya yang sentiasa bercakap (dan berfikir) tanpa henti. Kita seakan terseret ke dunia si watak tanpa sedar. Kita seakan2 terperangkap dalam otaknya dan kita dapat rasakan setiap perasaannya dan kita boleh baca setiap tingkahnya. 

Aku memang kagum dengan ketelitian si penulis (dan si watak dalam menganalisa situasi). Setiap perkara diceritakan dengan sangat detail tapi tak meleret. Itu yang bagus sebab pembaca tak bosan. Penulis berjaya buat kita menemani watak sepanjang masa.

Jujur aku katakan, naskhah ni sangat awesome. A must-must-must read and a must-must-must collection. Penceritaannya sangat jujur. Takde melodrama dan tak ada sinetron. Sangat telus kecuali ada chapter yang towards the ending yang pada aku kurang ummph! Tapi cerita ni menceritakan secara jujur sisi lelaki. Sisi gelap atau mungkin sisi kelabunya yang orang jarang lihat dan tau. Watak utama dalam cerita ni bukan lelaki hebat. Bukan superhero atau most wanted hunk. Kalau dalam real life scenario, dia umpama watak picisan yang andai kita terserempak pun, haram kita nak toleh dan kesah. 

Cerita ni memang mampu buat jantan tulen pun menitik airmata. Tapi kalau jantan tu ada perasaan la. Jangan ingat cerita ni tangkap leleh. Cerita ni bukan cerita cinta. Bukan cerita jiwang karat. Tapi cerita ni suci lagi telus. Cerita tentang perkongsian rasa. Memiliki dan memiliki. 

Akhir kata, aku nak ucapkan terima kasih pada penulis sebab berjaya menghasilkan naskhah yang super awesome. Memang lepas ni aku akan jadi peminat tegar ko la bro! Tahniah lagi sekali. 

No comments:

Post a Comment