Monday 23 April 2012

Kembali Bersiaran

TARAAAAAAAAAAAAAAA...... hampir seminggu menyepi dan kini kembali bersiaran. Macam yang aku ceritakan dalam post yang lepas, aku ke Kota Singa untuk tujuan offical dan juga berlibur. 2 in 1. Sesungguhnya selama aku pergi holiday, this vacation la yang paling memenatkan. Kenapa? Serius aku cakap, sampai la ni aku masih menderita sakit belakang especially tang pinggang. Sakitnya Tuhan sajalah yang tahu. Semuanya gara2 kami banyak berjalan tawaf Singapore. Sebenarnya takde la tawaf ke mana sangat pun. First day tu, aku tawaf kat tempat expo yang aku attend. Gilaq ah!!!! Besar gilar tuh. Aku tawaf SEMBILAN hall. Bayangkan kalau dalam satu hall ada dekat 5 row dan dalam satu row ada dekat 10booth... memang serius, aku penat gila!!! Lepas tuh menapak ke tempat hentian bas pun satu cerita gak. Kitaorang sesat huhuhu..... *sendu* Alkisahnya sebab malam kitorang sampai tuh memang masing2 tak familiar dengan tempat tuh. Dan nak dijadikan cerita, dalam kami mencari jalan nak ke hostel kitorang menginap, kami dibantu oleh seorang warga Singapore ini. Mujurlah, dalam pukul 3pagi yang hening itu, ada juga hamba rakyat yang sudi menghulur bantuan siap hantarkan ke tempat yang dituju.
Okay, rangkuman trip ke Singapore. Overall, apa yang aku suka pasal Singapore adalah public transportationnye - MRT. Sangat efisyen. Aku tak payah nak tunggu lama. Dan dari satu tempat ke tempat yang lain pun tak jauh (cuma dalam kes dari hostel aku ke tempat hentian tuh jek yang hampeh takde MRT). Another thing I like is pasal toilet dia. Toilet dia bersih jek (tapi tetap aku tak berkenan sebab dorang takde hose air. Kena guna tisu. Tuhan je la tahu betapa tak selesanya diriku selepas beristinjak guna tisu. HUH!). Dan aku juga dengan pihak berkuasanya yang begitu tegas. Few times aku nampak orang kena saman sebab merokok di tempat larangan. Tapi one thing aku notice, orang Singapore sangat kuat merokok. Baik laki baik perempuan. Merata2.... sepanjang jalan aku boleh nampak dorang merokok. Jadi aku dan Hubby pelik sebab gomen dorang tengah sibuk berkempen 'Smoke-free Singapore'. Mampukah tercapai???
Pasal attraction kat Singapore, tak banyak pon yang boleh diperkatakan. Semuanya manmade attraction. Kami hanya pegi melawat USS, Marina Bay dan Merlion Park jek. Pada kami, itu pun dah cukup. Dan mungkin lepas ni kami dah tak payah nak ke Singapore lagi untuk holiday sebab dah takde yang menarik untuk diteroka. Pada aku, orang ke Singapore lebih kepada untuk bershopping. Ada barang2 dia yang murah yang worth buying. Tapi disebabkan kami nih ala2 backpacker tourists, jadi lupakan hasrat bershopping. Huhuhuuh
Apa lagi ek nak share..... Owh yeah, for the first time in my life, aku menginap kat backpacker hostel. Serious memula macam cuak gak especially pasal security. Kita tak kenal dengan siapa kita sebilik. So kena berjaga2 la. Tapi alhamdulillah, kami sebilik dengan orang2 baik. Bukanlah ramah tamah sangat tapi bukanlah tahap penyamun tarbus. We felt safe to left our things in the room. Pengalaman tido kat hostel backpacker memang one kind experience la. Memang patut dicuba sekali seumur hidup.
In terms of makan kat sana, kalau nak diikutkan biasa jek. Mengikut harga semasa. Tapi bila diconvertkan memang jadi mahal la. Memula Hubby sangat berkira untuk berbelanja soal makan. Sebab dia asyik convert ke RM. Memang kalau diconvert, memang la berlipat ganda harganya tapi kena pikir feasibility of the area la. Kalau kat Malaysia harga nasi ayam RM4, kalau convert ke SGD dalam SGD1.61, mana la orang tu nak untung. Macamana harga nasi ayam kat Malaysia standard RM4, begitu jugaklah  harganya standard SGD4. Mujurlah perut kami dah dilatih awal supaya jangan nak mengada2 sangat di sana. Makan ala kadar untuk kelangsungan hidup jek. Tapi bila tengok orang makan macam2, terus teringat betapa nikmatnya duduk di Malaysia. Memang heaven gila. (balik Malaysia next day terus pulun makan macam mangsa kebuluran).
Sesungguhnya, aku sangat bersyukur sebab I feel like I was blessed when I was in Singapore. Everything went smoothly. Alhamdulillah sangat2. Hubby sendiri tau betapa cuaknya aku sebab ni first time keluar negara walaupun tempatnya hanya sekangkang kera dari tanahairku. Huhuhuh

No comments:

Post a Comment