Monday 30 April 2012

BERSIH = BERSHIT

Aku tak pernah menidakkan mana2 ideologi individu terhadap politik. Aku menghormati atas dasar hak individu. Meskipun pada aku sendiri, politik itu kotor. Aku lebih bersikap tertutup bila orang berbicara tentang politik denganku. Lagipun aku tahu tahap pengetahuan aku tentang politik. Sangat daif. Tetapi bukan bermakna aku naif. Mata aku melihat. Telinga aku mendengar. Dan tubuh aku merasa.

Sabtu lepas ada perhimpunan BERSIH3.0 di KL. Bermula dengan BERSIH2.0 beberapa bulan yang lepas tetapi tidak berjaya, kali ini yang aku baca, menurut mereka perhimpunan kali ini berjaya. Berjaya dari segi apa? Berjaya membuat huru hara dan kacau bilau? Berjaya merosakkan harta awam? Aku tak paham apa yang dorang kehendakkan. Berdasarkan apa yang tertulis di belakang baju kuning mereka, keseluruhannya mereka mahukan sistem pilihanraya dilakukan dengan lebih adil. Tetapi adilkah dengan apa yang mereka lakukan ini? Adilkah pada masyarakat? Adilkah pada negara? Dan adilkah pada Tuhan?

Sebenarnya pada hemat aku bila mereka membuat onar dengan merosakkan harta awam dan mengancam keselamatan awam, mereka telah berdosa pada Tuhan. Mereka telah engkar pada janji Tuhan untuk memakmurkan alam ini. Kalau mereka condemn kerajaan bersikap seperti binatang, tidakkah mereka terpikir apa yang mereka perbuat ini juga sama rendahnya? Lalu apa yang lebihnya mereka dan apa kurangnya kerajaan? Andai betul mereka merasakan mereka di jalan yang benar, tunjukkan sahsiah dan jalan yang betul. Bagaimana nak meraih sokongan seandainya jalan yang dipilih adalah keganasan. Itukah yang cuba ditonjolkan? Kebenaran yang hanya boleh ditegakkan melalui keganasan.

Aku jadi marah melihat anak muda yang tak tahu arah tuju dan ikut sama berdemo yang terlalu mengikut darah muda mereka. Mereka ini bukanlah calon pemimpin masa depan yang cuba bangun membela hak sejagat tetapi lebih kepada mereka yang tertewas kerana keinginan individu mereka tidak dipenuhi. Dan aku jadi jatuh kasihan pada orang tua2 yang datang dari jauh, naik keretapi naik bas semata2 nak join perhimpunan nih. Tak ke dorang terpikir, sia2 saja hidup dorang kalau saat dorang ikut berdemo, Malaikat Maut datang mencabut nyawa? Tak ke mereka rasa bersalah pada orang sekeliling atas tindak tanduk mereka? Dan jika ada yang kehilangan nyawa, tidakkah mereka merasa berdosa? Terutamanya yang mati itu adalah tunggak keluarga dan masih punya anak2 kecil yang menanti di rumah? Macamana dorang ni nak mintak maaf kalau keluarga si mati nih tak maafkan mereka?

Pada aku, berhimpunlah kalau benar nak protes. Tapi tak perlulah sampai jadi huru hara. Atau sebenarnya yang mereka inginkan adalah perhatian dunia luar akan keadaan dunia politik di Malaysia? Biar Malaysia menempa nama buruk kerana sudah tidak lagi aman dan bersatu padu seperti dahulu, begitu?

Pokok pangkal sebenarnya adalah cara kita. Kalau benar kita orang berpendidikan dan punya akal yang cukup dan waras, tunjukkan. Membuat kacau bilau, itu cara orang berilmu dan berakhlak muliakah? Mereka yang berserban berkopiah lalu bertempik takbir, jihadkah ini? Jihad menentang apa... Kezaliman? Tetapi siapa yang memulakan kezaliman pada waktu itu? Siapa yang melanggar undang2 sedang kebenaran berhimpun telah diberikan?

Masa zaman Nabi nak mengerjakan haji (kalau tak silap aku) buat pertama kalinya dahulu, baginda mengikut sahaja peraturan yang ditetapkan oleh pihak Musyrikin Mekah. Tiada tentangan walau sedikit pun. Mereka kerana sebagai pihak yang mendatang, haruslah akur pada yang penguasa. Barulah orang beroleh percaya. Baginda tidak gentar andai pihak Musyrikin berpaling tadah dengan cuba menjahanamkan urusan haji mereka kerana baginda yakin dengan janji ALLAH, yang baik akan dibalas baik. Itulah cara orang yang beragama dan berakal.

Aduhai negara bangsa... kalau yang nenek moyang kita perjuangkan dengan titik peluh keringat dan darah mereka itu kita persiakan sebegini, apalagi yang tinggal untuk kita wariskan pada anak bangsa? Bakal layulah Melayu itu kerana bangsanya tiada lagi bersatu padu. Adat Melayu itu sebenarnya layu kerana menunduk ibarat padi. Makin berisi makin menunduk. Kita kebalkan jatidiri agar tiada anasir2 luar yang dapat menggodam keharmonian tanah pusaka kita. Kita persiapkan akal dengan ilmu agar kita tahu mana yang benar dan mana yang batil. Adil meletakkan sesuatu pada tempatnya. Pada haknya. Semoga terus aman makmur negaraku.

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya." (17:36) 

"Dan katakanlah: Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah Pemberi rahmat Yang Paling baik." (23:118)

No comments:

Post a Comment