Tuesday 10 April 2012

Rangkuman Minggu Lepas

Dekat seminggu gak tak post pape sini. Bersawang suda diariku ini. Minggu lepas aku ke KL attend interview. Overall ok jek. A very relaxing session sebab takde kena buat mock-teaching. Dan according to kawan2 aku yang dah kerja kat sana, aku yang paling cepat sebab normally it took about 2-3hours because of the 'hospitality' of the boss. Aka that guy is very talkative.
Recently, sebelum aku pergi ke KL, tengahari tuh aku terima call dari uni aku. I was informed that there is a vacancy at the place. Since aku dah submit resume in advance, so aku tak payah nak re-apply but kena tunggu untuk dorang panggil for interview. Lepas tuh, my close buddy, R bagitau kat another private uni kat tempat aku ni pon ada kekosongan dan dia ada kabel yang boleh tolong.

Wah.... tetiba otak aku mula menjadi tamak. Mencongak segala benefits yang ada. Bila aku refer my mum, she prefer aku dengan uni lama aku. Yelah, keja gomen. Lebih terjamin. Tapi yang aku musykil tuh, tetap ke kontrak? Keje dekat KL pulak, aku kena tengok kos sara hidup dengan gaji yang bakal dorang offer. Hubby memang la suka aku kerja sana sebab leh stay sekali tapi kena memikirkan belanjawan bulanan nanti. Huhuhuhuh.....
Last week, seminggu aku menahan sakit dada. Aku tak tahu kenapa tapi aku jadi sakit dada bila tarik nafas, dan belah kiri bawah (area ulu hati) sakit bila ditekan. Sakitnya macam lebam tapi takde plak kesan lebam. Merah pon takde. Terpikir gak kot aku ada sakit jantung ke apa ke.. tapi sakitnya atas tulang. Jadi aku musykil. Aku asyik bertagak nak ke klinik. Sebabnya asal aku nak keluar je, hujan turun. Parking kereta pulak jauh. Payung Stitch aku pun tertinggal. Lepas tuh dah ke KL, so memang asyik lupa je la. Dekat KL, hubby dah membebel2 risau. Area rumah dia takde klinik gomen yang dekat. Lagipun taknak la menyusahkan dia. Malam2 dia akan tuamkan dada aku. Baru boleh tido lena. Aku jadi jatuh kasihan pada hubby. Sungguh2 dia jaga aku bila sakit. Tapi bila dia sakit, aku takde di sisi dia. Sebab tu kalau boleh aku nak kerja kat sana supaya dekat dengan dia. Tapi aku tau, kalau duduk sana tapi kemudian menyusahkan mak sebab tengah2 bulan pokai, baik aku duduk sini jek.
Hari minggu aku ke rumah kakak aku. Celebrate besday anak sedaraku yang pertama. So hari Khamis dan Jumaat tuh, aku keluar la dengan Hubby carikan hadiah dia. Rupa2nya, Hubby ada order toys dari online. Tapi bila aku explain yang toys tuh tak sesuai untuk anak sedaraku, kami cari hadiah lain. Toys tuh, KIV ke tahun depan. Aku dengan Hubby masing2 beli mainan sementara emak pesan tolong belikan sepasang baju. Mangai..... baju bebudak lagi mahal dari baju orang tua. Terkedu kami bila masuk butik.
3 hari di KL, kami kuar pagi2 lepas Subuh dan balik dah nak dekat tengah malam. Penat tuh memang tak tahu nak kata la..... Hubby attend conference, aku plak tak tahu nak buat apa dekat KLCC sementara tunggu dia. Kaki dah la lenguh sebab pakai kasut formal. Last2 sementara tunggu Hubby habis conference, aku pegi tengok wayang citer Wrath of the Titans. Pada pandangan aku, still tak boleh nak beat Immortals. Akhirnya aku dapat jugak lepas dendam kat menu kegemaran aku kat restoran berdekatan rumah Hubby. Menu tuh memang menu wajib kami. Hubby yang memula introduce. Telur bistik, sup cendawan, sambal udang petai - 3 ni menu wajib kami. Tapi kekadang kami order gak ikan 3 rasa.So far, takde lagi kedai makan yang mampu beat kelazatan menu ni kat kedai ni. Selalu pun aku try gak order menu yang sama dekat kedai2 lain tapi kedai ni TETAP NO 1 walaupun aku boleh katakan, degree of delicousness dia dah menurun sikit. Mungkin sebab dah bertukar tukang masak. Tapi apa pun, aku tetap suka. Dan aku makan macam orang seminggu tak jumpa nasi. Huhuhuhuhuhuh
Hari Jumaat malam, aku berjumpa bestfriendku, M. Dah lama kami nak berjumpa tapi masing2 sibuk. So malam tuh, seumpama reunion grup kami walaupun tak semua hadir. Tujuan perjumpaan adalah sebab dia nak bagi kain untuk aku buat baju melayu untuk dipakai di majlis walimahnya nanti. Aku telah diberi mandat sebagai pengapit di majlis itu nanti. So, sambil makan2 sambil2 kami bercerita sebab dah lama tak jumpa. Ada 2 orang lagi ahli grup kami yang join dan masing2 pun ada tugas masing2.
So itu je la...... rangkuman aktiviti aku minggu lepas. Minggu ni busy sikit nak setelkan semua benda2 sebelum minggu depan ke Singapore.

No comments:

Post a Comment