Monday 10 September 2012

Cerita Raya

Cerita ni dah basi dah. Cerita yang terjadi 1 September lepas. 31hb Ogos hari tu kan cuti Hari Merdeka. So, my besties dari KL termasuk hubby membuat kunjungan raya ke rumah dan ke Cameron. Malam sebelumnya, sorang lagi teman kami mengadakan rumah terbuka tapi disebabkan hari bekerja jadi tak dapat la ku hadir. Jauh kot.... Kat Klang nun. Nak pergi takde masalah tapi nak balik bermasalah. Yelah, perut berat sah2 mata pun jadi berat.
Jadi ku amat terharu bila dorang sudi nak buat kunjungan hormat. So pagi Jumaat yang coti itu, terpaksa ku bangun awal ke pasar demi nak menyiapkan hidangan untuk mereka. So cadangnya nak masak nasi ayam jek memandangkan dorang akan sampai tengahari. Aku nak elakkan makanan yang berlemak sebab lepas tuh nak naik ke Cameron lagi. Takut kang mual pulak.
So tengahari tuh aku sorang yang menyambut mereka memandangkan keluargaku yang lain keluar beraya di kampung. Dorang tiba dah dekat nak masuk Zohor. So, yang lelakinya ku hangkut ke masjid sementara yang perempuannya tinggal la di rumah berehat2. Pulangnya dari masjid, terus la aku jamu mereka. Kesian masing2 kebuluran. Dah kenyang, masing2 jadi letih. So berehat2 la dulu sementara menanti petang. Dekat jam 5 barulah kami memulakan ekspidisi mendaki Cameron.
On the way sempat la kami singgah di Bharat Tea untuk menikmati teh dengan scone. Lepas tuh memulakan sesi cam whore kami. Hahahah
Kami sampai ke Tanah Rata mendekati maghrib. Patutnya boleh tiba awal tapi tersangkut dalam kesesakan di Brinchang. Ada pasar malam. Alhamdulillah dapat juga temanku mendapatkan bilik untuk kami sebab kami tau selalunya memang full house kalau time weekend dan cuti panjang sebegini. Walaupun kami bertiga dan katil yang ada cuma dua katil single so kami redha je la. Janji ada tempat untuk tidur.
Aku tak menyangka malam di Cameron sangat sangat sejuk. Aku expect cuacanya biasa2 jek memandangkan waktu siang di Cameron pun takde la sejuk mana sangat. Tapi sangat mencabar minda waktu malam di Cameron. Mujur aku ada bawak sweater tapi tetap tak mampu nak memanaskan badanku. Dinner malam tuh terasa begitu heaven sebab dapat makan steambot. Cuaca sejuk lepas tuh dapat menghirup sup tomyam memang nyaman gila. Tak banyak aktiviti malam tuh sebab masing2 dah kepenatan. Tapi sempat la berjalan2 di pasar malam Brinchang dan aku menyoping muffler. Terasa begitu Korea diri ini. Hikhik
Malam tuh aku tak lena tidur. Mungkin sebab kesejukan melampau. Aku pulak lupa bawak stokin dan hanya berseluar pendek. Dan lagi satu yang bawa petaka adalah dek dengkuran 'lembu' kawanku. Ya Tuhan... berdengku mengalahkan lembu menguak kuatnya. Mungkin sebab dia penat drive kot. Hubby yang tido di tengah2 memang dah tak lena. Lalu aku la jadi mangsanya. Urgh.....
Pagi di Cameron. Lepas breakfast, kami berjalan2 tengok strawberi. Sempat la borong kaktus sorang satu sebagai tanda kenang-kenangan. Kemudian singgah di Kea Farm menyoping sayur2an. Sakan la kami memborong tambah dapat harga istimewa. Lepas tuh dalam pukul 12 kami dah kena bergerak turun sebab sebenarnya aku kena jaga exam petang tuh pukul 2. So agak macam ribut juga la kawanku drive menuruni Cameron. Emak dah mesej 3-4 kali bertanya lokasiku.
Alhamdulillah sampai juga ke rumah menjelang pukul 1.20tengahari. Berdesup aku bersiap dan terus merempit ke kolej. Terpaksa aku tinggalkan mereka kepada emak dan abah untuk melayani mereka. Mujur aku sempat sampai dalam pukul 1.45. Aku pun set everything dan alhamdulillah, exam bermula mengikut jadual. Tak ramai pun so senang la nak set dan invigilate. Masing2 habis menjawab kurang dari masa yang ditetapkan. So siap kemas semua benda, aku pun berdesup pulang. Tapi sempat singgah belikan oleh2 untuk mereka. So, pulanglah mereka ke KL sementara aku bersiap untuk pulang ke kampung.
Malam tuh, kami pulang ke kampung memandangkan ada kenduri. Dalam perjalanan, abah komplen aku drive tak konsisten. Tak macam selalu. Sebenarnya aku mengantuk dan aku rasa silau mataku meningkat. Susah nak fokus. Sampai kampung, makan2 aku terus lelap. Memang tak tahan dah.
Keesokannya pergi kenduri tapi aku tak stay lama sebab cuaca yang panas berbahang. Lagipun aku rimas melangut sorang2 takde teman berbual. So emak suruh aku balik dan tidur. Hahah memang peluang yang ditunggu2 la....
So itu je la cerita rayaku. Dan bakal menyusul lagi satu cerita raya tetapi di bumi Hang Tuah pula destinasinya. Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.. *bajet macam ada orang yang baca. Ceit!*

No comments:

Post a Comment