Wednesday 19 September 2012

Manusia dan Agama


Sekali lagi ada propaganda nak memburukkan agama ALLAH ini. Astaghfirullah... Kenapa mesti jadi macam ni? Aku tak salahkan bila orang Islam marah sebab memang kenyataannya kekasih kami dicerca dan diperkotak katikkan. Memang jihad hukumnya. Tapi aku terfikir, bila kita terlalu paranoid dengan perkara sebegini, itu yang jadi masalah. Bukan maksud aku kita kena hanya perlu sit back and be patience tapi maksud aku ni, bila kita dalam emosi mula la kita memaki hamun yang tidak sepatutnya. Dan tanpa sedar, bila kemarahan melampaui kewarasa, kita jadi ganas. Ganaskah Islam? Tidak kan? Tapi itu sentimen yang kita bawa. Itu persepsi orang asing pada kita. Ganas. Kejam. Kolot. Itu semua kita. Itu yang orang fikir tentang kita.
Kita pernah tak cuba pikir kenapa benda sebegini jadi? Kenapa orang asing benci kita? Dan kenapa ada yang menyenangi kita? Kenapa orang berpikiran sebegitu tentang kita? Pernah tak kita cuba menanganinya dengan cara berhemah? Rasulullah SAW sendiri dulu bila dicerca pun baginda tak pernah marah. Apabila baginda berjalan2 di Mekah dan kemudian dibaling batu, najis dan buah2 busuk, baginda tidak melenting pun. Sebab baginda sedar, kelembutan dapat mengatasi kekerasan. Keras sama keras memang akan membawa rebah.
Dan lagi, apakah kita sediri paham dengan apa yang kita anuti kini? Bila orang bertanya tentang agama kita, bisakah kita jawab dengan terang? Contoh paling mudah adalah isu hangat sekarang - hudud. Dan yang bikin kontroversi adalah 'ustazah' Abby Abadi. Aku akui, hukum ALLAH itu tak boleh dibantah dan dipersoal. Tapi pernahkah kita berfikir tentang sebab musabab dan kemaslahatan di sebalik sesuatu itu. Kenapa kita kata hudud itu lebih bagus dari undang2 dunia, mesti bersebab. Kita tak boleh membuta tuli cakap, 'dah itu perintah ALLAH. Tak boleh dipersoal dan diperbahaskan'. Seharusnya soal2 sebegini la diperbahaskan supaya terang dan jelas. Manusia ada akal. Dan akal melihat logik. Kecik2 dulu bila main api, mak larang dan kita mesti tanya, 'kenapa tak boleh?'. Dan macam2 lagi. Sebelum berbuat sesuatu kita akan bertanya kenapa. Dan same goes here. Kalau orang beragama lain tanya, kenapa kita sembahyang dan kita jawab 'Tuhan yang suruh', lalu apa bezanya sembahyang kita dan sembahyang mereka. Apa hebatnya agama kita dari agama mereka? Itu yang menjadi persoalan.
Menurut Ustaz Kazim, kita kena belajar dan fahamkan ilmu fiqh. Apa tujuan ilmu fiqh? Menurut http://fiqh-am.blogspot.com/2008/06/selok-belok-ilmu-fiqh.html, dari segi bahasa kalimah Fiqh bermaksud memahami. Pada asalnya ia bermaksud memahami agama secara keseluruhannya. Namun kemudiannya dikhususkan ulamak kepada memahami ajaran Islam yang berkaitan dengan hukum-hakam amali sahaja, iaitu percakapan, perbuatan dan hal-ehwal luaran manusia tanpa menyentuh soal aqidah dan akhlak. Secara lebih jelas, ilmu Fiqh ditakrifkan oleh ulamak sebagai; "Ilmu berkenaan hukum-hakam Syarak yangbersifat 'amali yang diperolehi dari dalil-dalilnya secara terperinci". Menurut Ustaz Kazim, kita kena paham bahagian2 fiqh - 1) Fiqh ibadah 2) Fiqh sunnah 3) Fiqh maqasid (tujuan). Bila kita dah tahu sebab dan tujuan, tidaklah senang kita diperkotak katikkan. 
Pada aku yang penting adalah bila kita mafhum tentang diri kita, tentang dunia sekeliling kita then tak ada sebarang masalah. Kita dipandu oleh akal berpaksikan agama. Islam itu way of life. Tak boleh diasingkan.
Islam itu mudah. Bak kata Ustaz Kazim, kenalah kita husnus zhon - berbaik sangka.


No comments:

Post a Comment