Wednesday 13 June 2012

Hari2 Dalam Sejarah

Giler oldskool tajuk. Macam tajuk segmen lepas Berita Jam 6 kat TV1 - Hari Ini Dalam Sejarah. Tak tau nak letak tajuk pe sebenarnya huhuh
Ok, rangkuman cerita adalah seperti berikut:
Mon (11/6): Keje macam biasa. Tapi terlambat bangun sebab sedap sangat tido dalam aircond huhuhuh..  Petang balik keje pergi pasar malam beli lauk nak masak. Beli itu ini. Balik terus masak. Menu - Ikan rebus masak lemak (which reminds me about him), sup cendawan, ikan selar goreng dan sambal belacan. Malam tuh emak balik dari umrah. Pegi pickup emak dekat pukul 2.45 di tempat dia naik bas hari tuh. Sampai rumah, bukan terus pegi tido pon. Dok punggah beg emak tengok apa yang dishopingnya. Bayangkan, pegi bawak 2 beg (1 tuh beg kosong) tapi balik bawak 4 beg (yang penuh). Dok la belek2 sambil dengar emak bercerita sampai pukul 4.30.
Tues (12/6): Kena bangun pagi2 sebab dah janji nak tolong student untuk event dorang. Kepala sedikit tintong sebab tak cukup tido. Start aku masuk keje sampai ke petang, aku kat dapur jek tolong dan monitor dorang masak. Makan pun tidak the whole day tuh kecuali breakfast pisang dan minum jus tembikai. That's it. Tapi alhamdulillah aku leh tahan lagi. Malam, tak masak. So abah ajak makan luar. Lepas makan, bawak emak pegi jumpa besfrenku, Dr R sebab emak batuk keras. Sampai umah, bergayut dengan Hubby jap. Lepas tuh ex aku, Z call sebab dia nak discuss something. Lepas tuh gosok baju dan packing barang untuk interview Khamis nanti.
Wed (13/6): Bangun pagi kepala rasa pening dan badan rasa lain macam. Rasa nak demam. So tadi telan panadol. Mintak2 ok la. Malam ni dah la nak drive ke Penang untuk interview esok. Adeh.....

No comments:

Post a Comment