Wednesday 20 June 2012

Malang Bertimpa-timpa

Semalam aku MC. Kena diarrhea. Aku rasa aku diarrhea sebab aku malam tuh pegi makan steambot dengan kengkawanku bagi meraikan besday skandal kawan aku. Aku tak close pon dengan birthday boy nih. The main purpose aku join sebab nak hang out dengan kengkawanku yang dekat sebulan aku tak jumpa. So, ada la 2-3 muka yang aku tak berapa kenal yang menjadikan perbualan kami sedikit terbatas. Takkan nak lepas laku depan orang kot. Huhuhuh...
Ok, tuh cerita semalam. Cerita hari ni. Pagi ini. Aku accident. With other car. Tergamam sekejap jugak la. Tapi aku cepat2 relax. Now aku cuma nervous camne aku nak menghadap bapakku. Camne leh accident? Hurm.. aku  tak sure aku laju ke tak (rasanya tidak sebab kalau laju memang lagi teruk kereta aku barai) tapi masa tuh nak turun bukit (yang tak berapa nak curam). So tetiba kereta depan brek mengejut. Bila turun bukit, sekuat mana pun kita brek, mesti ada geseran. Plus, cengkaman tayar pun tak berapa kuat sebab faktor kecuraman. So, bonet depan keretaku 'mencium' belakang kereta depan. Alhamdulillah, mujur kereta depan aku takde pape. Cuma kereta ku yang kemek sedikit depannya. Sampai ofis, aku terus kol emak. Cerita apa yang terjadi. Emak tak marah la. Lagipun emak kata, kereta tuh memang nak dihantar untuk repair pun sebab nak repair belakang kereta sekali. Aku mengucap panjang. Risau aku. Sebelum ni penah je accident. Tapi accident aku setakat bergeser jek. Tak serius macam ni. So kali ni quite serious la.
Hadoi.... takpe lah.... Mungkin sebab weekend lepas aku dah berjoli sakan. So, sekarang time "yang" dia la pulak. Ying mesti ada yang. Baru balance.

No comments:

Post a Comment