Monday 11 June 2012

It's Not Right But It's OK


Semalam aku seharian menghabiskan hari mingguku di hadapan TV. Tapi sempatlah berlari2 kejap pegi basuh baju dan siram pokok (thank GOD makanan semua abah yang masak huhuhu). Aku tengok Glee-athon. Aku dah jarang tengok TV. Balik keje terus memerap dalam bilik. Turun bawah pun bila nak makan jek. Skang ni ada la tengok TV sesikit. Tapi tuh pun tengok Masterchef Selebriti M'sia. Tuh jek. So, semalam memang aku conquer habis2an. Abah pun tak kacau aku tengok tv sebab dia tau aku jarang tengok tv. Dapat la akhirnya aku kejar balik episod2 yang aku miss dalam Glee. Yippeeee.....
Episod yang paling terkesan pada aku adalah minggu "World Greatest Love Songs". Episod yang mana Sam break up dengan Mercedes (dengan pilihan lagu I Will Always Love You dan memang aku sedih gila tengok) dan kemudian pertelingkahan antara Kurt an Blaine yang mana mengingatkan aku pada dia. Harmless flirt. Itu isu pokoknya. Terjadi pada aku dan H dan juga antara Kurt-Blaine. Aku tak salahkan Kurt dan aku tak salahkan Blaine bila aku tonton cerita ni. Masing2 punya alasan. Dan masing2 cuba mencari resolusi dengan cara tersendiri.
Dalam kes aku-H, mula2 aku salahkan dia. Memang. Biasalah, masa tuh hati tengah panas. Tapi kenyataannya aku marah pada diri aku sendiri. Aku sedih dan jatuh kasihan pada diri sendiri. Harmless flirt. Huh... Tell me about it. Aku bukan innocent or sorang yang naive yang tak tahu pasal benda tuh. I've been there and I've done that. Mungkin ini balasan Tuhan. Saat aku serahkan seratus peratus perasaan aku, saat aku serahkan segala2nya dan sanggup perbuat apa saja, saat itu Tuhan nak aku rasa apa yang pernah ex aku rasa. Jadi aku tak salahkan H. Kami jauh. Dan aku pula cengeng. Jadi, dia pasti bosan dan kesunyian. Tapi sebenarnya, kalau boleh aku nak dia tahu... betapa sakitnya bila mendapat tahu kita dicurangi. For him it's not more than just a harmless flirt. It's wrong but to him, it's ok. Which part it is ok? Cuba bayangkan bila dia di tempat aku. Sedang bila student mengorat aku pun, bukan main marahnya. Tapi pernah tak dia terfikir perasaan aku bila aku terbaca mesej2 yang dia hantar pada orang2 yang dia flirt. Meskipun hanya di ruang maya, tapitetap aku berfikir yang tidak2. Tetap kepercayaanku goyah sementelah kami berjauhan.
Yang buat aku paling sakit bila aku cuba beri dia ruang untuk fokus pada exam tapi dia masih punya waktu untuk flirting. Baik, tak salah nak bersosial. Pada aku, it's distraction. Tapi bila socializing equal to flirting, I can't take it. Hati aku sakit bila mengenangkan DIA BEROLEH KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAN BUKAN BERSAMAKU. Seolah2 aku adalah beban yang terpaksa digalas dan dia harus mencari hiburan bersama orang lain.
It's harmless for him but indeed, it harms me. Aku yang terseksa. Sebab itu aku buat keputusan untuk melangkah pergi agar ada di antara mereka2 itu bisa berikan dia kebahagian dan kegembiraan yang dia cari. Bukan aku pintu kebahagiaannya. Aku taknak sakit lagi. Tapi kenyataannya, aku masih berasa sakit hingga ke saat ini.


Don't make me close one more door
I don't wanna hurt anymore
Stay in my arms if you dare
Or must I imagine you there
Don't walk away from me...
I have nothing, nothing, nothing
If I don't have you, you, you, you.

Ya... ku tak mahu dilukai lagi. Teruslah berada di sisi andai kau mahu atau perlu ku angankan saja kehadiranmu. Meskipun aku sebenarnya rapuh tanpamu. 

 

No comments:

Post a Comment