Friday 8 June 2012

Terima Kasih II (Kerana Masih Menjadi Pantaiku)

Pantai
Waktu mula bertamu di pesisirmu dulu
Telah aku kata aku ini laut
Masih jua kau ingin jadi pantai lautku
Tetap jua kau mahu mendengar gemuruhku
Teguh hati kau berani terluka nantinya menahan ombakku

Aku ini laut, pantai
Hanya Tuhan yang tahu apa yang terkurung dalam aku
Waktu aku muntahkan sisi gelapku
Aku hakis pasirmu setiap kali datang tengkujuhku
Aku robek hatimu dengan ombakku

Aku ini laut, pantai
Kau pun tahu
Aku tertambat
Aku terikat
Dan terantai
Pada bentuk dan fitrah yang ditulis Tuhan untukku

Mengenaliku, kau tahu jua
Aku tak selalu biru
Membuat kau selalu ungu
Namun kau masih selalu putih
Tetap selalu jadi pantai lautku

Terima kasih, pantai
Hanya Tuhan yang dapat membalas setiamu
Sebanyak buih aku mohon reda Tuhan untukmu,
Kerana reda menjadi pantai
Syurgalah untukmu, pantaiku
Amin!

GOD!!!!! First time baca puisi oleh penulis favoriteku ini, Imaen, terus meremang bulu roma. Meresap ke sanubari. Gila best puisi ni. Memang terbaik la... Dedikasi buat pantaiku, Hubby. Terima kasih atas cinta ini.

No comments:

Post a Comment