Wednesday 9 January 2013

Permudahkanlah, Ya Rahman...

Hari ni hari yang suram. Di luar memang panas berbahang tapi di dalam yang suram. Aku suram bercampur sedih mengenangkan Hubby yang sedang melalui situasi yang amat sukar baginya. Resah hinggakan sukar nak lelapkan mata. Jarang dia senyap sebegini kecuali bila dia marahkan aku. Kalau dia sakit pun, tetap mulutnya becok dan masih mahu cari pasal dengan aku. Tapi sejak semalam, dia senyap. Diajak berbual pun tak mahu. Selalunya aku yang berperangai sebegitu.

Emak mentuaku hari ni terpaksa menjalani pembedahan. Hysterectomy operation. Beliau terpaksa membuang rahimnya. Dulu masa mula2 Hubby bagitau ibu kena operate, dia ingatkan disebabkan oleh lump di dada ibunya. Tapi ini, lain pula. Ianya penyakit genetik kata Hubby sebab makcik2nya juga ada yang terpaksa menjalani pembedahan yang serupa. Sebagai anak lelaki tunggal, dia kenalah bertanggungjawab dan kuat. Kakaknya sudah berkahwin dan semestinya sibuk dengan hal keluarganya. Tapi yang makin merumitkan keadaan adalah apabila esok Hubby ada final exam. Aku tau dia boleh buat sebab itu merupakan subjek kegemarannya tapi bila dalam keadaan kacau, aku tak pasti dia mampu fokus ataupun tidak.

Siapa yang tak sayang ibu sendiri. Walaupun kekadang Hubby merungut sebab terpaksa mendengar bebelan ibu, tapi padaku, apalah sangat dengan bebelan itu. Pada siapa lagi dia nak membebel kalau bukan pada anak sendiri. Mengenali ibu mentuaku, beliau sangat penyayang dan pemurah. Tapi biasalah orang tua, pemikiran tak serupa orang muda. Kekadang bila bertanya sampai 3-4 kali untuk perkara yang serupa. Tapi suaranya selalu lembut sahaja. Sejuk perut mendengarnya. Kekadang terlepas juga ketawaku melihatkan perihal dua beranak itu.

Tadi Hubby mesej bagitau ibu sudah selamat keluar dari operation theater dan mulai sedar sedikit2 tapi tertidur semula. Alhamdulillah. Moga2 tiada komplikasi selepas pembedahan sebab memandangkan ibunya sudah tua benar dan lagi punya masalah kesihatan - kencing manis dan darah tinggi. Yang mampu aku perbuat kini adalah berdoa semoga ibu lekas2 sedar dan cepat sembuh. Semoga ibu sihat seperti sediakala.

"Ya Rauf Ya Qadir Ya Samad Ya Muhyi Ya Mu'id Ya Waliy Ya Qawiy Ya Mujib Ya Wadud Ya Hafiz Ya Muqit Ya Salam.. Permudahkanlah. Sembuhkanlah beliau. Amin Ya Rabbal Alamin."

No comments:

Post a Comment