Friday 18 January 2013

Vote To Vote Or Not II (Cerita Sebenar)

Ini rentetan dari post aku semalam. Berkenaan forum Suara Mahasiswa. Aku post di FB dan ada beberapa teman yang respon. Kata sorang teman, "selagi belum tgk dunia, belum ponder & wonder pasal isu2 dasyat dlm dunia, belum faham sejarah dunia baik jgn lantang bersuara. bukan senang nk menakhodakan bahtera yg ade beratus kaum dlmnye. anak muda skg ni luahkan ape yg dorang nampak dan baca jer". Hubby pula turut mencelah dengan membangkang respon aku tentang kebebasan berfikir. Menurutnya, "kebebasan berfikir tidak bermakna apa2 jika tidak tahu berfikir dgn betul dan jelas". Tambah Hubby lagi, "student tu pernah bertanding utk jd calon MPP. I don't think she's THAT dumb or left not guided to think rationally. Voice out at the right time, at the right place, with the right facts, to the right person. Rule of thumb. Public speaking for dummies."

So nak dijadikan cerita, menurut salah seorang pelajar yang berada di tempat kejadian merangkap penasihat program, mereka telah bersetuju takkan menimbulkan isu politik. Semasa sesi Q&A berlangsung pun Cik Bawani tidak kelihatan. Hanya selepas sesi ikrar keamanan dan menghampiri penutupan majlis, baru muncul Cik Bawani. Now I understand where the 'respect' thingy took place. Memang Cik Sharifah beri kebenaran dan kebebasan untuk Cik Bawani bersuara. Sebab tu Hubby menyentuh isu rule of thumb for public speaking. Adab dalam majlis tuh takde. So, kita tak boleh nak kata Cik Sharifah salah keseluruhannya dan Cik Bawani itu innocent sepenuhnya. Masing2 ada salah silap. Sebab tu orang putih kata, there's two sides to every stories.

Makanya, kenalah kita sentiasa beringat, dalam apa jua situasi jangan sesekali meletakkan emosi melebihi rasional. Berfikir terlebih dahulu. Ya, darah muda tak pernah kenal betul atau salah. I've been there and done that before. Tahu adab2 dan the right channel.

Oh dan lagi satu yang aku lupa sentuh semalam adalah berkenaan 'pak pacak' yakni pelakon ekstra yang terbabit dalam forum tersebut. Yang sibuk jadi tukang sorak. Yang aku kesalkan di sini adalah sikap mereka. Betul pun sorak, salah pun sorak. Mereka ni sokong belah siapa sebenarnya ni? Atas pagar ke? Takde pegangan? Atau mungkin dasar bermuka2? Sebab tu Hubby ada komen, "Yg penting sorak, walau kampung tergadai. Yg penting riuh, walau ayam bertelur sebiji. Yg penting bising, walau tong kosong." Apa nak jadi la dengan anak bangsa aku ni.... Sampai bila2 pun takkan berkembang pemikiran dan maju ke depan.

No comments:

Post a Comment