Thursday 17 January 2013

Vote To Vote Or Not


Ni aku baru selesai menonton video yang diupload di FB berkenaan satu forum yang diadakan di UUM. Forum yang bertajuk 'Seiringkah Pelajar dengan Politik'. Ianya suatu yang menarik pada aku. Kalau zaman sebelum dan awal 90s, forum2 sebegini memang cukup hebat. Sangat gah kerana para mahasiswa turut aktif melontarkan idea2 dan komentar2 yang bernas. Sebab tu kita berjaya menghasilkan produk bermutu dalam bidang ketokohan seperti Anwar Ibrahim. adat berforum, kadang2 perdebatan itu pasti ada menyentuh isu2 hangat. Maka, semakin membuak2 la perasaan jika ada yang tidak berpuas hati. Tapi pada aku sekestrem mana pun mereka waktu tuh, tapi masih mampu berdamai dan menerima dengan terbuka. Macamana aku boleh tau dan bercakap pasal benda2 macam ni sedangkan time tuh, aku baru belajar berjalan?! Sebab aku membaca. Mungkin fakta ini salah tapi rasanya setakat mana yang aku tau, takde lak isu2 besar. Kecuali pemberontakan pelajar di Dataran Tien Mien di China dulu. Yang itu je la yang paling ekstrem pun aku tau.

Ok, berbalik pada soal isu politik. Politik dulu kini dan selamanya pada aku tetap kotor. Vicious. Tak berperikemanusiaan. Setiap manusia itu ada agendanya tersendiri. Takkan ada orang yang sertai politik tanpa ada agenda peribadi tersendiri. Dari sekecil2 agenda mahu menempa nama hinggalah sebagainya. Semua orang sibuk nak jadi pemimpin. Sibuk nak mengemudi orang lain. Bukan kecil tanggungjawabnya. Tapi pada mereka, beda2 sebegini sepele jek. Kalau di zaman selepas wafatnya baginda Rasulullah SAW, ada sahabat yang tidak mahu menjadi memimpin kerana takutkan azab di akhirat kelak jika gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik. Bak kata Nadia Khan dalam novel 'Kelabu'-nya, bertanggungjawab itu maksudnya menanggung tugas yang diberikan atau berjawab di akhirat nanti. 

Isy... dah melalut banyak ni. Patutnya aku berbalik pada isu pokok - pasal forum. Okay, bila video tuh dipos, macam2 komentar diberikan oleh penonton. Ada yang sokong, ada yang bangkang. Ada yang bersetuju dengan Cik Bawani tuh malahan ada juga yang bersetuju dengan Cik Sharifah. Terpulang. Masing2 punya pendapat tersendiri. Tapi apa yang buat aku terpanggil untuk menulis pasal isu adalah melalui perspektif aku selaku seorang pendidik. Betul atau salah dan wajar atau tidak apa juga yang mereka perdebatkan, itu hak masing2 untuk menimbangnya.

Aku sangat berbangga sebenarnya melihat kesungguhan Cik Bawani. Dia membuat persediaan untuk menghadiri forum tersebut. Dia tahu apa tujuan dia. Dia buat homework. Bersedia untuk bertanya soalan dan lantang memberi idea. Ini yang kita mahu lihat. Bersesuaian dengan kedudukannya sebagai sorang mahasiswi. Mahasiswa adalah mereka yang pemikirannya lebih luas dan mampu berfikir lebih jauh. Kerana apa? Kerana mereka dididik untuk menjadi pemimpin. Seorang pemimpin mesti berfikiran jauh dan lantang bersuara. Betul atau salah itu lain cerita. Yang penting, mereka bersuara. Bukan sekadar menurut membabi buta. Bak kata Hang Tuah, kalau nak menurut biar berakal,kalau mengikut biar pintar. Itu yang membezakan orang yang belajar di universiti dengan yang tidak.

Jadi, aku sangat sedih bila melihat haknya untuk bersuara disekat. Dah nama forum, dan ada sesi soaljawab dan sumbangsaran, seharusnya baik panel dan mediator bersifat terbuka. Bukan bersifat autokratik sedemikian. Beri peluang yang serupa pada semua orang. Barulah namanya adil dan hormat. Pada aku, perbuatan menarik mikrofon sementera yang bercakap belum habis, sangat tak bertamadun. Seumpama orang sedang makan lalu ditarik jauh pinggannya. Sangat biadap. Mungkin pada Cik Sharifah, isi yang diutarakan oleh Cik Bawani berbaur politik negatif tapi bukanlah mereka yang di dalam dewan itu kesemuanya sudah dewasa. Ada yang sudah boleh mengundi. Jadi seharusnya, mereka lebih terbuka untuk membincangkan isu2 tersebut biarpun sensitif. Lalu aku terfikir, di mana kewajaran forum itu diadakan di universiti? Apakah mereka menganggap mahasiswa zaman sekarang bodoh dan hanya sekadar menurut? Mungkin mereka nak tragedi hitam 'gelombang mahasiswa' di Dataran Tien Mien berulang kembali di Malaysia barangkali.

Dan lagi, aku rasa sangat terkilan bila terdengar statement yang diungkapkan oleh Cik Sharifah - kenapa perlu lihat negara luar? Aduhai Cik Sharifah, kalau tak bagi kita lihat negara luar, jumud la kita jadinya. Tidak la kita berdaya saing. Kenapa Tun Dr Mahathir menggagaskan Dasar Pandang Ke Timur kalau sebegitu? Kenapa kita hantar pelajar kita ke luar negara kalau kita terlalu taksub dengan negara sendiri? Apa yang kita nak, belajar dari kelemahan negara lain dan perbaiki supaya kita jadi lebih baik. Belajar dan mahiri kepandaian orang lain agar boleh kita aplikasikan di negara sendiri. Kenapa kita import expertise dari luar negara? Tak yakin dengan kemampuan anak bangsakah? Tidak... kita mahukan diversity. Diversity in thinking so that we can achieve better solution.

Seperkara lagi, pada aku isu yang sewajarnya diambilkira adalah isu kerelevanan dalam pembidasan dan penghuraian sesuatu isu. Aku tak nampak tahap keintelektualan cik Sharifah dalam menangani Cik Bawani. Dia nampak 'goyah' sampai habis binatang2 yang tak berdosa pon dikaitkan sama. Aku tak kata Cik Sharifah ni bodoh sebab tidak menjawab mengikut kehendak soalan tapi dia tidak menunjukkan kematangannya dalam berbicara. Harus diakui, dia memang sorang yang petah berbicara tapi mungkin tak cukup petah nak mengeluarkan hujah. Lalu diputarbelitkan ke isu2 lain yang tak relevan. Ini masalah orang kita sebenarnya. Masalah orang yang perasan mereka itu bijak pandai. Teringat novel Kasino tulisan Saifullizan Tahir. Ada satu bahagian yang sangat 'makan dalam' pada aku terutamanya bagi pendidik. Menceritakan bagaimana seorang pelajar bertanya pada cikgunya akan sesuatu tetapi ditempelak bila pelajar itu bertanya lagi. Salahkah bila bertanya sedangkan pelajar itu ingin tahu? Apalah dosa seorang pelajar tersebut yang sekadar bertanya akan kekaburannya. Kalau si cikgu tak boleh atau tak tahu jawapan, boleh saja dibincangkan di lain kali. Ada cara bagaimana nak menanganinya. Contoh dalam Islam, kita belajar ilmu fiqah untuk tahu cara/hukum beibadat kepada Tuhan. Kita belajar tauhid untuk belajar asas mengenal Tuhan. Dan kita belajar tasawuf untuk belajar tentang relevan dan logiknya. Supaya senang kita menerangkan pada orang lain yang kurang jelas. Sama seperti dalam risk analysis. Terbahagi kepada 3 - risk assessment, risk management dan risk communication. Risk assessment ialah bagaimana kita mengenalpasti sesuatu itu. Risk communication adalah bagaimana kita menangani sesuatu isu. Dan risk communication adalah bagaimana kita menyampaikan supaya menjadi pemahaman pada orang lain. Tak susah sebenarnya kalau kita benar-benar paham letak duduk sesuatu perkara. Sebab itu orang pandai sekarang orang tak kata pandai sebab mereka semua tak tahu mengaplikasikan kepandaian mereka.

Sebenarnya isu pendidikan percuma tak perlu nak diperdebatkan lagi. It's lame. Dan lagi, kalau ikut logik juga kita dapat memikirkan sebab musababnya. Nothing is free. And takes thing for granted when they don't see the value. And we are talking about monetary value here. Sekarang masuk tandas pun kena bayar. Cuba tengok tandas yang percuma, habis semua kena vandalisme. Tandas dekat masjid pun kena nasib yang serupa. Tolak tepi tandas dekat highway sebab kita dah bayar tol. So, konsep nothing is free is still applied. Aku tak kisah kalau kerajaan nak buat pendidikan percuma malahan aku sangatlah bersetuju dan bersyukur. Dan apa effectnya pada semua orang? Kita selalu tak menghargai benda percuma. Kita nak tapi tak hargai. Itu masalahnya. Apakala yang yuran sekolah kena dibayar pun ada yang ponteng, ini lagikan pula kalau percuma? Anak bangsa kena diajar bersusah payah agar mereka menghargainya. Kita belajar bagaimana susahnya mencari duit supaya kita tahu menghargai duit instead of merambu joli katak. Kita bersusah payah belajar dari peringkat sekolah sampai ke universiti supaya kita hargai ilmu. Kita rasa bijak bila dapat menggenggam segulung ijazah.

Aku tak malu untuk mengaku aku penyokong tegar kerajaaan. Tapi aku tidaklah obses sampai apa juga yang mereka kata, semuanya betul. Mereka bukan Tuhan. Dan tidak juga aku menolak semua yang dibawa dan dibangkitkan oleh pembangkang. Ada perkara yang betul, kita ikut. Yang salah kita perbetulkan. Kita bila duduk dalam meja bulat, kita seharusnya mencari persefahaman. Muafakat. Bukan menghentam satu sama lain. Bak kata penulis Imaen, raikan perbezaan (pendapat). Masing2 ada pemikiran masing2. Tak semua benda itu sempurna. Dalam cantik ada celanya. Dan kita perbaiki kecelaan itu demi kebaikan semua. Bukankah itu yang afdal? Tiada masalah yang tak boleh diselesaikan sebenarnya tanpa musyawarah. Terima dengan pemikiran dan hati yang terbuka, itu yang sepatutnya.


No comments:

Post a Comment