Wednesday 29 August 2012

Exam oh exam

Sekarang dekat kolej aku budak2 dah start final exam. So masing2 mula la tiba2 jadi manusia2 khusyuk study. Di merata2 tempat dalam kolej nih boleh nampak dorang mentelaah. Impressed sunggoh ku melihatnya. Dan dalam FB pulak masing2 mengadu carpal tunnel syndrome, insomnia, nervous breakdown, postnatal depression aka meroyan, dan macam2 lagik. Aku pakat tepuk tangan dan LIKE jek status dorang. Tuh la, aku penat2 bercakap kat depan sorang2, korang memain kat belakang. Rasakan sekarang. MUAHAHAHAHA *gelak jahat*
Semalam subjek aku punya exam. Subjek yang quite tough sebab aku pun tak tau nak ajar apa sebenarnye. Silibusnya tak detail plus buku tak cukup. So aku terpaksa buat nota sendiri which aku tak sure parallel tak dengan yang other branches buat. Tapi kebiasaan aku, bila dah habis silibus, kami akan diskus dalam kelas part semester punya paper. So, dapat la dorang tengok2 dan fahamkan favorite questions. Dan menurut pemerhatian aku, kebanyakannya semua recycle questions. Dan alhamdulillah, semalam kebanyakan (99.9%) semua aku dah diskus dalam kelas. Memang boleh score sepatutnya sorang2. Tapi ada jugak yang tak study. So aku cakap, pandai2 la korang nak hidup.
Pagi tuh lagi best. colleague aku dia mengajar student aku. Dalam kelas dia dah terang2 cakap, dia yang set paper sebab dia module leader untuk subjek tu. Tapi bebudak ni sebab kureng sket dengan dia, trus taknak study tips yang dia bagi. Naahhhh.... bolat2 keluar apa yang dia bagi. Tak ke nak menangis dibuatnye... Kawan aku nih dah la strict bila marking.
Pagi nih lagi satu paper aku. Tapi tetap bukan aku yang set. Subjek nih lagi haru, silibus tak clear. Specific book pon tarak. dorang bila buat soalan, boleh bantai ceduk2 lain2 subjek punya soalan. Bila bebudak tanya aku tips, aku cakap je recall balik korang punya previous subjects, dan jangan lupa study notes yang aku provide dan refer past semesters punya papers. Overall semua ok. Boleh jawab tapi aku mula nak naik angin bila tetiba ada kawan aku repot student aku sorang kena tangkap meniru. Urghh... panas telinga aku! Terus aku naik pegi ke dewan exam. Tengok apa jadi.
According to my friend yang jaga exam, student aku nih ada menulis some-kinda note dalam dictionary. bila check memang it's relate dengan subjek tersebut. Bila ditanya, dia tak mengaku. So kawan aku biar aku yang decide. Sekarang aku dalam dilema. Nak failkan ke tidak. Bila refer pada hubby, dia suruh aku failkan jek. Kalau tak, aku dikira bersubahat.
Aku tak paham bebudak nih... Kenapa sampai nak meniru dan menipu time exam???  Ingat kami ni buta ke tak nampak. Aku dari mula2 masuk dah cakap, jangan cuba2 nak temberang aku. Dorang baru setahun dua belajar kat kolej. Aku dah dekat 6tahun pengalaman. So, try me! huhuhu
Teringat aku zaman study dulu. Aku bukan budak baik sangat tapi taklah juga kacang hantu. Tapi most of the time aku diselamatkan oleh wajah innocentku hikhik... Dulu time study, aku dikenali sebagai Raja Toyol. Aku memang penyimpan mohor besar toyol2. Semua kawan2 akan cari aku untuk toyol aku. Tapi aku tak jual. Kasik pinjam jek. Toyol2 akan digunakan time test sahaja. Aku takkan sesekali bawak ke dalam dewan exam. Tu bukan cara aku. Pada aku, test tuh sekadar nak uji minda jek. Dan lecturers pn banyak yang pejam sebelah mata jek. Bukan dorang tak tau kitorang ni guna toyol tapi macam aku selalu cakap pada students aku, be smart. Tapi when it comes to exam, be professional. Tak payah la nak meniru. Semua kena based pada effort sendiri. You are given ample time to study. Kalau tak tau, diskus la dengan kawan2 or jumpa lecturer. Tapi bila semua 'buat2 pandai', bukan masalah lecturer la. Lecturer dah cuba nak menolong tapi kalau diri sendiri taknak menolong, abaikan.


No comments:

Post a Comment