Tuesday 21 August 2012

Speechless

Aku jadi sedih dan sebak. Bukan sebab H tapi sedih dan sebak mengenangkan Hubby. Perangainya. Dia sorang yang sangat loving. Sangat caring pada sesiapa yang dia sayang. Orang senang jatuh hati dan senang berkawan dengannya. Dia ciri2 sorang lelaki yang boleh diharap. Sorang suami yang mithali. Tapi dia bukan lelaki perfect. Dia tak masum seperti nabi.
Tadi aku call dia. Macam biasalah bersembang2 kosong sebelum tido. So aku tanyalah apa plan esok. Katanya nak balik rumah dah esok. Aku terkejut. Awalnya!! Aku cakap la dengan dia. Balik la hari Rabu. Lagipun esok mesti jem sebab Rabu orang dah start keje. So kalau balik hari Rabu, lengang la sikit jalan. Tapi dia tetap berdegil nak balik. Au sebenarnya lebih kesiankan pada orang tuanya yang tinggal berdua. Esok mesti ada yang datang lagi ke rumah nak beraya. So kalau dia ada, bolehlah dia menolong ibubapanya. Mereka pon dah tua benar. Hubby pun selalu cakap ayah dan ibu tak berapa sihat. Sudahlah dia dan kakaknya jarang2 pulang. So pada aku biarlah berlama sikit di hari raya nih. Sementelah dia pun bukannya perlu bekerja atau apa2.
Aku jatuh kasihan sangat. Aku keraskan juga menyuruh Hubby pulang lusa tapi dia tetap berdegil. Mulalah dia berkira. Tak mahu berlama2 di kampung. Aku tau memang fiilnya yang takkan tinggal lama di kampung. Satu sebab aku paham, sedari kecil dia survive sorang2. Ibu abahnya sibuk bekerja. Jadi tak banyak masa terluang bersama. Kemudian bila dah besar, dia ditempatkan ke asrama. So jurang antara mereka semakin besar. Dia lebih suka bersendirian di rumahnya. Kedua, bila kakaknya sekeluarga balik dia terpaksa tidur luar sebab bilik tak cukup. Dan ketiga, dia tak suka bila sedara mara mula menjadi mak comblang memperkenalkan dia dengan anak2 dara yang masih available. Ibunya aku perasan dah tak lagi ikut campur. Mungkin sebab kes terdahulu jadi seeloknya ibu tak masuk campur. Tapi pada aku, ketiga2nya tak boleh dijadikan alasan. Aku minta dia extend untuk satu malam saja lagi bukan untuk seminggu. Tapi tetap dia mencipta berbagai alasan.
Entahlah.... kalau dia kata kakaknya tak sayangkan ibu abahnya, dia apa kurangnya. Cukup liat dia bila kusuruh pulang ke kampung. Alasannya bosan tak tahu nak buat apa dan letih dengar bebelan kedua orang tuanya. Pada aku, selama mana lagilah mereka mampu hidup. Dengar sajalah bebelan mereka. Jenguklah mereka sementara masih ada.
Aku sendiri bukan anak yang soleh dan taat tapi pada aku, biarlah mereka ada di depan mataku. Meskipun kekadang aku letih dengar bebelan mereka dan terasa hati dengan mereka tapi aku sedar, sebagai anak aku kena taat. Dengarlah dan hadapilah segalanya sebab nanti bila mereka dah tiada, saat2 beginilah yang akan dirindui. Aku harap Hubby akan mengerti niatku itu..... 

No comments:

Post a Comment