Monday 20 August 2012

Kemaafan Dendam Yang Terindah

Saat aku menulis ni dah masuk hari kedua raya. Coretan kali ni bukan pasal sambutan raya aku tapi tentang sesuatu yang kalau diikutkan mustahil jika mengikut piawaian aku. Aku cuba2 satu applikasi social network di BBku. Dan dijadikan cerita aku seperti terjumpa profilenya. Kenapa aku tulis 'seperti' sebab aku tak berapa pasti. Sebab? 1st, nama yang digunakan bukan nama kebiasaan yang digunakannya. Meskipun ada sediiiiiikit serupa tapi ejaan ada sediiiiikit lain. 2nd, mukanya seperti bolat sedikit. Sudah berisi. Plus gambarnya dizoom dekat. Aku pernah tengok pix masa zaman dia sedikit bolat so aku 80% percaya yang itu adalah dia. 3rd, kenapa tetiba umurnya lebih tua dari dalam IC? Yang tuh wat aku waswas. Berkali2 juga aku bukak profile dan camkan gambarnya  tapi aku masih ada keraguan. Wajahnya tak pernah luput dari ingatanku tapi segalanya mungkin dah berubah. Aku sendiri dah menjadi orang lain. So mungkin juga dia.
Tiba2 out of nowhere aku mendapat kekuatan untuk menegur dia. Dia offline waktu itu. Tapi aku sekadar titipkan ucapan 'selamat hari raya dan maaf zahir batin' kepadanya. Cukuplah padaku sebagai pembuka bicara. Andai dia respon, alhamdulillah. Tapi seandainya dia diam, aku paham. Itu haknya. Atau memang mungkin itu bukan dia..
Kenapa tiba2 aku jadi seberani ini? Tatkala aku terlihat 'profile'nya ia seperti it's been ages I have forgotten him. Secara taarifnya, aku tak pernah melupakannya. Aku masih dan sentiasa cintakannya. Dia antara kenangan terindah dalam hidup aku. Mencintai dia buat aku lebih mencintai dan menghargai Hubby. Aku sedar sampai bila2 pun aku tak mampu membuang dia dari dalam hidup aku. Dia pernah jadi sebahagian dari hidup aku. Dan sebahagian dari 'aku' telah aku serahkan padanya. Jadi yang tertinggal padanya itulah yang buatkan aku belum mampu melupakannya. Aku pernah katakan padanya dahulu yang aku mungkin hanyalah persinggahan kepadanya. Lalu aku terpikir kini, mungkin dialah sebenarnya persinggahanku sedang Hubby kini adalah pelabuhan akhirku.
Aku sedar kebencian yang cuba aku tanamkan demi untuk melupakannya tak menjanjikan apa2. Benar aku sudah dapat melupakannya sedikit demi sedikit perkara tapi tetap ada certain perkara tentangnya yang menjadi perhatianku. Dan ada perkara2 yang kini menjadi tabiatku. Segalanya mengingatkan aku kepadanya. Aku percaya, jika aku tak mampu melupakannya lalu aku harus mendepaninya.
So here I am. Melakukan sesuatu yang aku langsung tak jangka. Apa responnya dan apa yang berlaku di masa hadapan, aku taknak memikirkannya. Tapi seperti penegasan aku dahulu, sekalipun untuk berkawan aku tak mahu kerana aku tak mampu untuk jalan seiring menjadi temannya. Demi cinta yang masih bersisa ini, aku belum cukup betah. Aku sedar apa yang akan berlaku jika aku dan dia bersahabat. Buruk padahnya. Bukan pada dia tapi pada aku sendiri.

No comments:

Post a Comment