Friday 16 November 2012

Dia & Dia


"Dia hadir dalam hidupku untuk menyembuhkan rawan yang bersarang di dada. 
Sedangkan dia yang pernah hidup dalam hatiku ini terpaksa mengusung dukanya sendirian. Kejamkah aku pada dia andainya aku tidak mampu mencintai dia sepertimana aku mencintai dia yang seorang lagi?”


Kelmarin aku berjaya meghabiskan sebuah lagi novel dalam sehari. Sungguh takde kerjaan! Aku beli buku ni dekat kedai buku terpakai. Dah aku tak tau nak beli buku apa yang menarik untuk dibaca, so aku tibai je la buku ni. Baca blurb dia macam tak strong sangat sebab gaya cerita macam mushy sangat. Yelah, cerita pasal perempuan yang tersepit antara dua jejaka. So cliche. Banyak meleleh je nanti. Tuh yang aku malas. Tapi entah kenapa hati aku suruh ambik juga. So penyudahnya aku ambik juga la. 

Baca punya baca, rupanya best juga. Tapi yang buat aku lebih tertarik, jalan ceritanya lebih kurang macam cerita hidup aku. Alkisahnya, si A bertemu B dan menjalin cinta tetapi putus di pertengahan lantaran B terpaksa berkahwin. A kecewa dan belajar mengubat lara sehingga bertemu C. A cuba menjarakkan hubungan dengan C atas dasar sahabat sahaja tapi C tak putus asa. Ada konflik di pertengahan cerita. Akhirnya, A dan C bersatu tapi tak kekal lama juga kerana C merasakan A masih mencintai C. Sekali lagi A kecewa tapi tak lama kemudian, B datang kembali menagih cinta. Dan akhirnya A kembali kepada B. 

Ada review yang aku baca tentang novel ni mengatakan A ni gatal dan tak reti menghargai. Pada hemat aku, A tak salah. Juga bukan salah takdir. Tapi dia berada di persimpangan. Bukan salah A bila masih mencintai B sedangkan C sudah berada di sisi. Orang selalu putus cinta sebab kekasihnya curang dan lain2. Dan selalunya yang pahit itulah dikenang sebagai cara untuk melupakan. Tapi yang ini, B tak ada apa2 salah. Sepanjang bercinta, B cukup baik pada A. Jadi, segala kenangan yang pernah dikecap bersama adalah manis2 belaka. Mana mungkin dengan mudah kita melupakan seseorang yang telah berbaik budi dengan kita. 

Dalam kes aku, yup, Hubby terpaksa kahwin. Maklumlah, umur dah panjang. Plus, he's the only man of the family. Jadi mestilah emak dia nak ada menantu perempuan. So aku kena redha. Bukan salah Hubby masa  tuh. Lagipun, aku yang influence dia untuk terima. Dan bila aku berjumpa 'dia', aku hanya nak berkawan meskipun masa mula2 tengok pic dia, aku dah jatuh suka. Tapi aku tetap taknak letak harapan atau berusaha ke arah 'itu' sebab dia pun tau, I hate love. Aku takut kecewa lagi. Bersama dia, aku boleh bergelak ketawa kembali. Bersembang merapu. Dan akhirnya, kami terikat juga atas nama cinta. Aku sayang dia. Sungguh2 aku cinta dia. Aku terima dia tanpa aku dibayangi Hubby. Dan aku mencintai dia sepenuhnya sebab aku taknak kehilangan lagi. Tapi semakin lama, manisnya cinta itu mula menjadi tawar. Sepahnya masih belum dibuang cuma ia tergantung tak bertali. Dan aku dapat merasakan kelainannya. Bila aku tahu yang aku bukan lagi insan yang mampu membahagiakannya dan menggembirakannya, itu petanda yang aku harus pergi. Tak guna mengikat dia dalam hubungan yang tak lagi bermakna ini. 

Mungkin bukan ini yang diinginkannya dan bukan juga ini kemahuanku. Tapi aku tak boleh jadi tamak. Jarak memisahkan kami dan aku tak boleh mementingkan diri. Biar dia cari insan yang mampu membahagiakannya.  Pasti Tuhan sudah ada perancangan yang lebih baik. Da kini, aku kembali kepada Hubby. Dan bahagia dengan kasih sayangnya. 


No comments:

Post a Comment