Monday 12 November 2012

Lazuardi


MID TERM BREAKKKK!!! Yeay students coti tapi lecturer tak coti. *hampa*... Takpe la, sementara bebudak takde kat kolej, lengang dan aman damai la sikit. Boleh la nak siap mana2 kerja tertangguh. So bila takde kerja ni saja je la nak share something dari nothing. Asyik dok post clip lagu je. Ingat ini blog, blog artiskah??? Muahahahaa

Afterall, this is my diary, right? I should have share things that are close to me. Here we go. So hari ni saja gatal nak share pasal novel yang aku pernah baca. Tajuknya Lazuardi karya Nasz terbitan Jemari Seni Publication. Kalau ikut definisi Kamus Dewan, lazuardi ialah sejenis galian berwarna biru tua yang terdiri terutama daripada lazurit dan digunakan sebagai batu permata dan bahan cat. So bila orang kata langit lazuardi, maknanya ia merujuk pada langit biru.

Novel ni ada kaitan dengan entri Melaka 3.0 yang lepas. Kenapa? Sebab aku baca novel ni masa dekat rumah kakak aku. Dia baru beli secara online dan akulah yang pertama merasmikannya. Muahahaha... So malam tu aku menghabiskan novel ni. Gigih! Serius, aku bukan kaki yang jenis baca tak berhenti2 sebab nak tahu endingnya macamana. Aku membaca by taking my own sweet time. Sebab aku nak memahamkan dan menghayati. Dan membayangkan juga. Huhuhuh.... Tapi kali ni aku tak tahu sebab apa, memang aku gigih nak habiskan juga.

Aku start baca dalam pukul 8 malam. Habis baca dalam pukul 5 pagi. Tebal juga ye bukunya. So, takes time juga la membacanya. Padahal aku sepatutnya kena dapat rehat yang cukup sebab nak drive jauh. Kakak aku yang bangun sebab nak ke toilet membebel bila nampak aku masih celik mata. Lepas khatam tuh, barulah boleh tidor dengan tenang. Dapat 3jam tidor pun jadi la.

Kenapa aku jadi addict sangat dengan novel ni sampai tak menyabar2 nak habiskan? Sebab pada aku ceritanya sweet. Bahasanya memang guna bahasa basah dan santai which I don't really favor it tapi takpe la, layan je. Dah nama novel remaja, takkan nak pakai bahasa baku pulak. Huhuhuh... Takpe la, abaikan part tuh. Tapi yang aku suka adalah penceritaan watak hero dengan heroin. Serious sangat sweet. Nak tau how sweet it is, sila beli/pinjam dan baca sendiri. Tapi buku ni sebenarnya boleh jadi nipis jek kalau penulisnya buang part2 yang tak berkenaan. Terlebih sangat drama pada aku. Dan pada aku, towards the ending, dramanya lebih kurang macam dalam novelnya yang pertama. Terlalu meleret. Tapi selamatlah ada hero yang cute yang menyelamatkan keadaan untuk aku terus membaca. If not, memang aku terus skip ke last chapter jek.

Esok dah Deepavali. Mesti jem bandar indah permaiku ini. *Haisyyy* Jawabnya dudok rumah je la. Huhuhu

No comments:

Post a Comment