Friday 23 November 2012

Mimpi Buruk

Semalam sudahlah tidur lewat sebab nak mengkhatamkan "Alang Rebus Tak Empuk" (ARTE), bila tidur diganggu mimpi ngeri. Tak ngeri sebenarnya tapi sebab dalam mimpi hadir insan yang tak sepatutnya, sebab tu aku anggap mimpi buruk. Menjelang subuh aku terjaga. Seram bila pikir2 balik akan mimpi tu. So aku teringat kata2 Fairuz (ARTE), kalau mimpi buruk, cuba kalih cara tidur. Kalau masa mimpi tuh mengiring ke kanan, cuba kalih ke kiri supaya mimpi tuh tak jadi kenyataan. Tapi kes aku, aku tidur menenlentang. Cuma muka je la meneleng ke kiri. Itu memang style tidur aku. Aku cuba juga praktikkan petua Fairuz tapi sudahnya, aku tak mahu tidur. Tak selesa. Aku bukan selesa tidur mengiring atau meniarap. Aku cerewet bila tidur. So penyudahnya, aku tetap tidur dengan muka berpaling ke kiri. Tapi aku baca2 sikit la dulu. Barulah boleh tidur. Haisy.... Nak tidur pun tak senang!


*Tak jumpa lagu mimpi buruk, mimpi sedih pun jadi la. Bila dah buruk, mesti la sedih kan? Huhuhuh*

No comments:

Post a Comment