Wednesday 14 November 2012

Family's Dinner


Happy belated Deepavali. Semalam adik beradik aku semua balik. Meriah la rumah terutamanya bila Boncet dan Toncet ada. Bukan main bergelak ketawa menjerit sakan kedua-duanya. Jenuh la suruh diam tapi langsung tak diherannya. Berlari2 tawaf satu rumah. Selamat la belum pandai panjat tangga lagi. Kalau tak, jenuh. So kakak aku cadangkan kami buat BBQ. Dan Abah lak pula nak steamboat. Pelik juga, sebab Abah selalunya tak gemar steamboat. Tapi memikirkan buat BBQ, semuanya makanannya adalah kering, so Abah mesti nak yang berkuah untuk dimakan dengan nasi. 

So we plan the menu. Memula cadangnya nak masak biasa2 jek tapi bila pikir bukan selalu buat, so aku tambah la menu2nya. So menunya adalah seperti berikut:

  1. Nasi goreng cina
  2. Ayam panggang
  3.  Kebab sayur dan udang
  4. Potato wedges with cheesy sauce
  5. Coleslaw
  6. Potato salad
  7. Stemboat - pilihan beberapa jenis fishcakes dengan straw mushroom dan green pea sprout berserta homemade-ala2-Johnny's Thai dipping-sauce
  8. Moist choc cake
  9. Beverage: strawberry soda mocktail

Sebenarnya first time aku buat BBQ ni. Sebelum ni, pernah setakat tolong2 bakar je la. So, mis en place aku tak involve. Kali ni, aku buat mis en place tapi yang masak dan bakar adalah kakak dan adik aku. Wohooooo!!! Sonang kojo den. Masa memilih bahan perapan, aku kena berhati2 sebab ada si kecil dua orang. Kalau ikut resepi abang ipar aku, dia banyak gunakan lada hitam sebagai pemerap tapi aku taknak. Pedas nanti. Aku ganti dengan daun thyme supaya wangi. So tengahari selepas menidurkan si Boncet, kami keluar la ke Tesco. Aku sebenarnya bercadang nak ke tempat lain. Nak pergi Thai Massage dekat shopping complex in town. Nak urut kepala dan tengkuk. Lately aku cepat sakit dan pening kepala. Tak tau la sebab salah tidur ke ape. Tapi sekali ke Tesco dekat 2jam juga shopping, so aku melupakan je hasrat nak pergi urut. Takut balik lambat. Nanti lambat nak perap ayam dan bahan2 lain. It took around 2 hours buat mis en place semua.

Hujan turun dengan lebat petang tuh. Tertanya2 juga, jadi ke nak buat BBQ ni. Kalau tak berhenti ni jawabnya masak dalam oven je la. Adik aku mengeluarkan ideanya suruh masak dekat porch. Owh tidaklah! Taknak aku kereta berbau asap nanti. Tapi alhamdulillah, dalam pukul 6, hujan mula teduh. 
So 6.30 mula memanggang. Itu tugas adik aku. Aku tak masuk campur. Kakak aku kat dapur pula sibuk masak keknya. Aku pula lari ke Jusco jap cari daun ketumbar. Bayangkanlah siang tuh dekat 10 kedai aku cari tapi semua takde. Nak pula semalam Deepavali dan kebanyakan kedai dekat sini monopolize by Indian, so semua sibuk beraya la. Kedai banyak tutup. Aku perlukan daun ketumbar tu untuk sos steamboat. Masa aku prepare sos tersebut, aku cuba la bereksperimen, 'what if I don't put the leafs?'. Dan seperti yang aku jangka, tanpa daun ketumbar rasanya jadi lain. So aku redah la ke Jusco walaupun orang akan pelik sebab aku ke Jusco semata2 beli daun ketumbar. 

So sambil tunggang motor ke Jusco, aku terpikir nak buat mocktail. Dan strawberry soda is the easiest mocktail to be prepared. Aku beli juga jajan untuk anak2 sedaraku sebagai obat nak bagi dorang duduk diam. After maghrib kitorang dah start masak2 dan set meja. Dalam dekat pukul 9, semua dah siap dan boleh dimakan. So melantak la kami dengan gumbiranya meskipun meja kecik dan terpaksa berhimpit2 sedikit. Best juga buat BBQ ni tapi letih. Huhuhuhuh 

p/s: BBQ ni can also be considered as private party because it involves close family and flings only. *EH*

No comments:

Post a Comment