Friday 23 November 2012

Jodoh Itu Rahsia ALLAH

"... Jika dia bukan jodohku, 
KAU jodohkanlah dia dengan jodoh yang terbaik bagi dunia dan akhiratnya..." 

Semalam petang aku pergi merayau2 di kedai buku Popular sebab nak mencari stamp hanger yang saiz kecik jek. Tapi tak berjumpa. *hampa* So alih2 beli benda lain - novel. Bulan ni saja dah dekat 6 buah aku beli. Gila! Aku bosan sebenarnya dekat rumah. Aku takde hobi lain selain membaca. Membaca apa sahaja yang boleh dibaca. Tapi untuk mengisi masa lapang, lebih kepada bacaan ringan. 

Ok, apa yang buat aku tertarik pada novel ni adalah novel ni ada kaitan dengan penulis yang aku suka - Noor Suraya. Tang mana ada kaitannya? Tang 'Alang'. Peminat tegar Noor Suraya musti kenal sangat dengan Alang. Alang merupakan watak dalam salah sebuah novelnya - "Surat Ungu Untuk Nuha" (SUUN). Berbalik pada novel ni, heroinnya sangat sukakan watak Alang. Obses pun mungkin ye. Dia gilakan warna ungu. Bila masa dia bersedih, dia akan baca novel SUUN bahagian Alang jatuh ke dalam parit. Itu penawar dukanya. Heroin cerita ni, Shifa, digambarkan sebagai seorang gadis yang biasa2 sahaja. Plain girl yang pendiam (tapi kecoh bila di samping teman2 perempuannya dan keluarganya) dan berwajah biasa (berkulit hitam manis dengan sedikit jerawat dan jeragat). Pendek kata, biasa2 sahaja orangnya tapi tetap diserikan dengan sifat lemah lembutnya dan senyuman yang manis. 

Shifa ada menyimpan perasaan pada seorang jejaka - Ziyad. Di mata Shifa, Ziyad ni sempurna orangnya (meskipun kawan2nya kata suara Ziyad macam itik nila). Nak dijadikan cerita, berlaku suatu insiden yang memulakan perkenalan mereka (sebenarnya kedua-duanya saling mengenali kerana sekelas tapi Shifa seorang yang pendiam dan suka memencil diri). Bermula dari situ, mereka jadi akrab (dalam diam-diam). Shifa menaruh harapan pada Ziyad tapi Ziyad hanya sukakan pada gadis yang berdahi licin dan putih gebu. Pada Ziyad, Shifa tak lebih dari seorang kawan. Definisi mereka, teman tapi mesra. Berlakulah pelbagai insiden antara mereka. Yang pahit, yang manis dan yang kelakar.

Pada aku, yang memeriahkan novel ini adalah kawan2 mereka - Sarah, Aiman, Fairuz, Syakila dan Suraya. Ragam mereka memang bikin pecah perut terutamanya Aiman dan Sarah. Aku paling tak boleh nak tahan gelak apabila membayangkan part Aiman mengadu pada Fairuz semasa Ziyad melawan cakapnya tentang pesanan ibunya. Dialog "dia lawan cakap mak aku" memang memberi kesan yang sungguh2. Membayangkan perwatakan Aiman yang blur dan manja di samping Sarah yang brutal, memang menghidupkan novel ni. 

Tapi terkesan juga aku pada kisah di sebalik 'gaduh2 manja Aiman-Sarah'. Betapa terharunya aku bila membaca bahagian Aiman sanggup bangun solat malam pada setiap Jumaat selama 3tahun demi mendapatkan kepastian akan jodohnya. Dan betapa setianya Aiman dalam cuba mencuri hati Sarah dengan perangai gila-gilanya. Juga bahagian prolog yang menceritakan detik pertemuan antara Shida dan Ziyad hingga membuatkan shifa begitu setia menanti Ziyad. 

Cerita ni memang manis. Tersangat manis sebenarnya. Jalan cerita yang ringkas tapi bisa bikin pembaca jadi tak sabar2 nak tahu pengakhirannya. Tak meleret2. Bahasanya juga mudah dan santai. Sangat hidup yang mana seperti ia berlaku pada orang2 di sekeliling kita. Syabas buat penulis. 

No comments:

Post a Comment