Saturday 11 February 2012

2012 Resolutions

Walaupun dah nak masuk pertengahan bulan Februari, still aku tak decide apa aku nak capai untuk tahun nih. So since aku dah kembali single, so ini adalah beberapa resolution aku for this year:

1. MENGGEMOKKAN DIRI
    Ramai yang dah komplen badan aku susut. Kering sekeping. Aku pun perasan yang selera makan aku makin kurang. Kalo ikot figure shape memang cantik la. Kan sangat in style2 skinny skang huhuh... Last timbang hari tuh berat aku cuma 53kg. Omaihugo..... Gila papan aku nih. Sampai kawan2 aku komplen punggung pun dah takde. Jadi aku perlu mula paksa diri makan sebanyak yang mungkin. Sekarang bukan makan untuk hidup dah tapi hidup untuk makan. Huhuhuh

2. NO MORE COUPLE2
    Bak kata David and Goliath (D&G) - 'Boys are stupid, throw rocks at them'. Aku memang dah give up nak pikir pasal cintan cintun skang nih. Letih mencari. Letih memberi. Letih ditipu. Letih dilukai. So better aku stick dengan apa yang aku ada sekarang. Aku ada famili, ada adik, ada kawan2. Cukup la. Bersyukur la dengan apa yang ada. Short distance ke long distance relationship ke aku dah taknak ambik peduli. Aku tumpang bahagia kalau orang lain bahagia. Mungkin cinta bukan ditakdirkan untuk aku. Takpe la, aku bukan nak kahwin pon. So, stay single pon kira ok what? huhuhuh

3. SAMBUNG BELAJAR
    Macam post aku earlier, aku memang nak sambung belajar. Aku nak sangat2 sambung. Tapi sayang, duit takde nak sambung. Yuran per semester memang la murah tapi memikirkan menyiapkan research lepas tuh dengan syarat untuk lulus aku kena terbitkan at least 5 journal, tuh semua makan belanja. Nak terbitkan journal maksudnya nak kena attend conference. Nak attend conference maknanya kena buat research paper. Nak buat research paper nak kena pakai duit. So, pokok pangkalnya balik kepada isu financial aku. So, kena aku tunggu mana2 uni bukak offer untuk jawatan lecturer. Huhuhuhuh 

4.  BYE BYE SOCIAL NETWORKING
     No more social networking after this. I won't join any except for my FB la sebab tuh je cara paling senang, murah dan pantas nak caontact member2 yang dok jauh. Aku kenal A2, E, D, Z dan H via social network. Tapi semuanya tak berkekalan. So, aku dah give up. Malas nak menggedik2. Lagipun aku nih umur pun dah berapa. Banyak benda lain boleh fokus. Even though aku tau aku akan kebosanan tahap cipan nanti kat opis, tapi takpe la.....

Setakat ni, ni je la yang sempat aku terpikirkan. Akan diupdate lagi bila ada yang baru. I'm crossing fingers that all these will come true. Live life to the fullest. Live life for my own. Pikirkan kebajikan diri sendiri dulu.

No comments:

Post a Comment