Monday 20 February 2012

Joget Cinta Kedua...

Tarikh 17/2/2012 masih utuh bertanda di dalam hatiku. Tarikh aku kembali mencintai dan dicintai. Meskipun aku dah letih untuk bercinta tapi siapalah mampu menolak takdirNYA. Andai ini suratanNYA, aku redha. Lagipun dia pernah bertapak di hatiku. Pernah meninggalkan jejak2 manis dalam diari hidupku. Apatah lagi perpisahan yang tercipta bukanlah atas kemahuan kami berdua. Kedua kami terpaksa merelakannya tambah2 lagi aku yang terpaksa 'berlakon' atas perpisahan ini. Janji kami dahulu, andai di suatu masa kami bertemu kembali dan masing2 masih tiada yang memiliki, maka jodoh itu milik kami. Ya, dan kini kami kembali memetrai janji lama. Kembali menyubur cinta lama. Membuka lembaran baru - hikayat joget cinta kedua. Meskipun aku masih dihambat cinta yang baru kecundang tetapi pengertiannya amat besar padaku. Life must go on. Tiada guna aku masih menangisi runtuhnya cinta lama. Setianya dia masih sudi bertatih di sebelahku menemaniku melupakan episod2 luka. Dan hadirnya aku kini dalam hidupnya juga untuk melengkapi dan mengisi ruang2 lohong yang berbekas. Terima kasih kerana masih ada cinta teruntuk buatku. Kini aku kembali mengecapi kebahagiaan yang hilang. Bak kata orang, yang patah tumbuh dan hilang berganti. Ada pelangi yang menantiku selepas ribut panjang melanda. Mohon Tuhan beri aku kekuatan agar aku tidak lagi kecewa. Aku tidak mahu lagi sakit. Tapi aku yakin, ikhlaskan hati demi segalanya. Andai cinta ini memang milikku, setia kukorbankan segalanya.....

 "Everytime I Look At You"

No comments:

Post a Comment