Sunday 5 February 2012

Ini Caraku Bercinta...

Ada orang cakap aku evil arini. HUAHUAHUA Salahkah aku bercakap untuk diri sendiri?? Aku jenis tak suka kecoh. Tapi aku kepoh. Orang tau, diam aku mesti bersebab. Nak dijadikan cerita, harini aku luahkan segala yang terpendam dalam hati aku. Segala rasa aku luahkan sebab aku nak move on. Dah tiba masa aku totally move on.

"Kenapa tetiba serang?" Hurm... what a very good intro. It was not started from the scene of him and his old flame. Aku tak kesah pun kalau misal kata terjadi apa2 antara mereka. Atau mungkin antara dia dengan sesiapa saja. Thus, aku mendoakan dorang bahagia. Aku paham, tak mudah nak lupakan cinta pertama. But it indirectly leads to another issue. An issue which has been kept for so long. Benda yang aku abaikan dan aku pendam sebab pada aku itu hanya kudis. Kudis ni makin digaru makin sedap. So, jangan dilayan sangat la maksodnya. Selama beberapa waktu aku tidak mengendahkannya sehinggalah pada malam tadi.

Bila kita mendengar orang bercerita keburukan tentang orang lain, kita boleh samada menerimanya bulat2 atau menolaknya mentah2. Tapi adat manusia, bila diasak berkali2... there'll be second thoughts. Kita mula ragu2. Mula tertanya akan kebenarannya. Dan jika sebelum tuh kita pernah melihatnya, jadi tak mustahil ia bisa berulang.

Mungkin aku kejam kerana menuduhnya sebegitu. Tapi bila kepercayaanku dicabuli, aku kira itu hak aku. Ideologi mudahnya, bila pihak agama tangkap sepasang kekasih di dalam bilik hotel. Waima setegas mana dan sebanyak mana pon mereka menafikan ada berlaku sesuatu, buktinya tetap ada. Situasi itu sendiri salah. Dan keadaan itu menjadi bukti kesalahan mereka. Orang takkan kecam yang batin kalau apa yang di pandangan mata menzahirkannya. Kita boleh cakap kita tak buat tapi kalau ada bukti yang menjurus ke arah itu, apa lagi daya nak menafikannya???? Diri sendiri mungkin boleh kata, yang realiti dan yang ilusi/maya itu berbeza tetapi orang boleh percaya ke? We are exposing ourselves to outsiders that never wanted to know your implicit and explicit attitudes. Apa yang kita cakap, tulis... itulah yang anggap sebagai diri kita. Dalam kes aku sekarang, ia tambah2 menyakitkan hati ia berlaku bukan setakat di awal perhubungan... di hujung perhubungan... malah di TENGAH-TENGAH perhubungan!! Jadi di mana letaknya diri aku nih?? Seharusnya kita beringat, bila dalam perhubungan dan ingin melakukan sesuatu, ianya keputusan bukan untuk seorang tapi melibatkan masa depan dua orang.

Dan aku jadi tertanya2... apakah ini definisi cinta dan setia pada dia?? Beginikah caranya?

Cuba dia letakkan diri dia di situasiku.Apa yang dia rasa bila aku buat apa yang dia buat. Tapi aku rasa dia tak kesah pon, sebab dia pon tak pernah kesah perasaan aku bila dia melakukannya. Kalau ikotkan hati, nak je macam2 aku tanya tapi bila aku pikir2 balik, untuk apa lagi?! Sebarang penjelasan dah tak dapat mengubah apa2. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku, beginilah pengakhirannya. Awalnya kami masih boleh berkawan. Tapi kini, biarlah kami jadi dua insan yang tak pernah saling mengenali.

Entahlah..... bila bercinta ni kita tak tahu apa yang terlebih dan apa yang terkurang. What less is less and what more is more. Sebab kekadang bila kita memberi, tak sedar ia menjelikkan pihak yang satu lagi. Dan sepatutnya bila kita sedar, our love graph tuh dah mendatar, kita kena la lakukan sesuatu. Or else it shows that you are no longer interested in that relationship. Or you already have someone new.

Bila aku jatuh cinta, aku cinta dia seorang. Cinta yang sesungguhnya. Hanya dia sebab aku taknak akan ada sebab untuk dia tidak mencintai aku kembali. Takkan ada sebab untuk dia mengatakan dia kurang dicintai. Tapi bukanlah bermaksud sehingga aku mengongkongnya. Pada aku, komunikasi tuh penting. Andai ada tingkah laku yang terlebih atau terkurang, kena la dimaklumkan supaya dapat diatasi. Bukan sekadar membisu dan berharap pihak yang lagi satu memahami.

Bercinta dalam dunia aku ni, aku kena paham. Kata besfren aku, there is no happy ending for people like us. Aku paham. Dan aku sangat2 mengerti. Tapi salahkah andai aku cuba beri yang terbaik agar yang tertinggal nanti adalah yang manis2 untuk dikenang?

Masa aku dengan M, bila dia bagi tau dia mula menyukai sorang gadis, aku gembira untuk dia. Maknanya Tuhan telah buka jalan untuk dia. Jadi aku putuskan hubungan kami sebab nak beri laluan dia dan gadis tersebut. Aku beri sokongan moral padanya. Ajar dia cara2 memikat hati wanita. Selalu bertanya progress hubungan mereka. Tak ada sekelumit pun perasaan marah aku pada dia. Malahan aku bahagia melihat perubahannya. Cuma kasihan sebab takdir tak memihak cinta itu untuknya. Tapi sekurang2nya dia dah mencuba.

Dengan F, bila dia dipaksa untuk mengahwini orang yang tak dia cintai demi keluarga, aku tetap berdiri di sisinya. Menenangkannya. Menasihatinya agar menerima pilihan orang tua. Saat malam sebelum dia bernikah dan dia menangis teresak2 di pangkuan aku sebab merasakan dia menodai percintaan kami, aku masih boleh tersenyum dan mengatakan, ini janji Tuhan. Tanda kasihNYA sebab memilih seseorang untuk dijadikan penemannya dunia akhirat. Saat dia marah2 mengatakan aku tidak sayangkan dia sebab aku memaksa dia melepaskan aku dan tanpa emosi aku membenarkan segalanya berlaku, lalu aku bertanya - 'siapa aku nak melawan takdir Tuhan?' Perancangan ALLAH itu maha besar. Aku sedia melepaskan dia pada bila2 masa andai perpisahan itu membahagiakannya. Aku redha dan pasrah. Tapi aku bukan menyerah. Aku serahkan cinta aku pada orang yang aku rasa mampu membahagiakan orang yang aku sayang lebih dari rasa sayang aku kepadanya. Dari rasa sayang seorang kekasih, aku tukarkan menjadi rasa kasih seorang teman dan adik. Itu yang lebih baik. Tiada rasa dendam dan benci.

Dengan H sekarang, aku lepaskannya kerana masing2 sendiri percaya hubungan ini takkan ke mana. Dia sedar dan mungkin pada dia tiada keperluan untuk dia melanjutkannya lagi. Lalu aku harus tahu meletakkan siapa diri aku. Pergi sebelum dibenci. 

Aku percaya, kalau ada jodoh aku, maka lambat laun pasti akan bertemu. Aku sedia melepaskan kalau pengakhirannya nanti adalah bahagia untuknya. Aku sekadar persinggahan. Tapi tetap aku memberi yang terbaik sebab yang DIA tumpangkan untukku juga adalah yang terbaik. Ini cara aku bercinta dan mencintai seseorang.......

No comments:

Post a Comment