Sunday 5 February 2012

Tanpa Tajuk VIII

Aku patah hati. Serius aku amat kecewa. Aku cuba berpikiran positif dan bersangka baik pada setiap sesuatu itu. Aku taknak membenci. Aku taknak menambah musuh. Tapi saat ini, aku teramat kecewa. Sungguh, dah tak ada rasa hormat aku padanya. Finito. Selama ini hanya aku yang terlalu menjaga hati tapi tidak di pihak dia. Ah, mungkin padanya aku tak penting. Langsung takde nilai. Takde harga. Selama ini, bila ada yang tak enak aku dengar dan aku tengok tentang dia... aku hadam bulat2. Bila ada yang bercerita membuka pekungnya, aku pekakkan telinga. Bila aku terbaca apa yang tak sepatutnya, aku butakan saja mata. Aku membenarkan atas dasar percaya yang tak berbelah bahagi pada dia. Pada aku, he's my Mr Perfect dan he's in my good book. Tapi rupa2nya kepercayaanku dicabuli. Rasa sakit yang teramat sangat bila perasaan aku dihenyak2 sebegitu hina.

Saat ini aku mahu betul2 melepaskan dia. Kalau membenci dia mampu membuatkan aku lupakan dia; TUHAN, tolong perkenan doaku ini dan ampunilah keterlanjuran hambaMU ini. Sesungguhnya aku insan yang lemah. Aku dah tak mahu peduli akan apa yang mahu diperbuatnya. Dengan siapa dia ingin bersama, sama siapa dia mahu bercanda... Aku dah tak mahu peduli!! Hidup dia.. hak dia. Kalau saat masih bersama aku dia bisa lakukannya, apalagi kini saat aku bukan siapa2 di hatinya. Rasanya dia sudah cukup dewasa dan berakal untuk maklum.

TUHAN, tolong lembutkan hatiku melupai dia. Aminn.....

No comments:

Post a Comment