Thursday 23 February 2012

Saya Sayang Dia...

Ada yang bertanya, kenapa aku balik bersama F sedangkan dia dah berkahwin. Sebenarnya tak ramai yang tahu yang dia dah berpisah. Aku adalah orang pertama selepas keluarganya. Dia tak ramai kawan. Seingat aku memang takde pun yang dia panggil best friend. Dia cuma ada aku. Aku pun tak paham dengan perangai dia kekadang. Dia seorang yang cepat mesra. Boleh rapat dan berbual dengan sesiapa saja. Tapi dia takde kawan rapat. Yang dia ada hanya aku. Mungkin betul la horoskop kata yang dia jenis lone ranger. Ok, berbalik pasal aku dan F. Semua orang tau betapa meroyannya aku lepas F kahwin. Depan dia aku buat2 relax tapi bila aku sorang2 dan kat umah, memang berkotak2 tisu aku. Bukan senang weh.... Walaupun kami cuma bercinta untuk 2tahun jek tapi 2tahun tuh rasa macam 20 tahun. Kami menjalani hidup macam orang kahwin. Tinggal serumah dan aku siapkan segala keperluan dia. Dan dia bertindak sebagai pelindung aku.

Aku betul2 dimanjakan meskipun ada masa kena marah gak bila penyakit keras kepala aku mai. Tapi most of the time, aku memang dimanjakan. Dia sangat kuat menyakat. Kadang2 dia akan buat sampai menangis. Pernah juga sampai buat aku terkucil *dia sangat suka geletek dan gesel2 janggut dia di tengkukku*. Tapi dia sangat menjaga aku. Sangat protective. Dia buat sampai aku jadi terlalu bergantung padanya. Pergi mana2 berhantar berambik. Turun naik tangga berpimpin dan kekadang dia dukungkan. Sampai kekadang makan pun bersuap. Begitulah cara dia bermanja denganku. Level of thinking kami sama. Walaupun aku bukan sebaik dia yang rajin mengambil tahu hak perkembangan semasa tapi kami boleh berbual tentang apa2 je. Dia pintar. Tuh memang tak boleh aku nak nafikan. Dia satu2nya insan yang aku tak boleh patahkan hujah2nya sebab in the end aku yang kena balik. Huhuhuh.... Dan dia juga pusat sumber aku. Aku banyak rujuk dan belajar dengan dia. Dia sumber kekuatan. Semua.. apa saja aku akan bercerita pada dia. Dia tau baik buruk aku. Depan dia aku bebas menjadi seorang aku. Dia tau semua yang buruk2 tentang aku.

Setiap hubungan ada pasang surut. Aku pernah bermasam muka dan bergaduh dengan dia. Pernah aku menangis sampai bengkak2 mata. Pernah sekali aku nyaris eksiden dengan lori sebab aku merempit time hujan lebat sebab baru bergaduh dengan dia. Alhamdulillah sempat mengelak meskipun menjajar masok semak. Kalau eksiden memang tak tau nak kata apa la....Dah la dalam kawasan uni lak tuh huhuh... Sampai sekarang dia still tak tau aku pernah nyaris hilang nyawa sebab dia. Tapi most of the time, dia yang selalu makan hati dengan perangai aku. Aku memang emo kekadang. Benda kecik pon boleh jadi besar. I couldn't help it. It's already in my blood traits maaaa.....

Bila ditanya kenapa dia terlalu mencintai aku, kata dia sepanjang hidup dia tak pernah ada orang yang jaga dia macamana aku jaga dia. Tak pernah ada orang yang paham dia macamana aku paham dia. Kata dia, dia paling terhutang budi bila aku jaga dia masa sakit. Masa dia patah kaki dulu. Dah orang kita sayang sakit, kenalah jaga maaa.... Lagipun aku rasa apa yang aku buat tuh memang sepatutnya aku buat. Dan lagi, aku memang suka jaga orang sakit. Macamana aku nak dimanja masa aku sakit, macam tuh jugaklah aku tau orang nak dimanja semasa sakit. So aku cuba memberi yang terbaik. Bak moto St John Ambulans - "Perkhidmatan Sesama Manusia".

Bila dia bagitau dipaksa berkahwin, aku terdiam masa tuh. Aku paham. Beza jarak umur kami 7 tahun. Pada usianya sebegitu sepatutnya dia dah berumahtangga. Dia memang memasang niat nak kahwin (dengan aku katanya... BENGONG!). Tapi bila semuanya dah stabil. Aku paham. Dia jenis yang taknak menyusahkan orang yang dia sayang. Keadaan sekarang meskipun dah ok tapi belum cukup sempurna. Pada aku, aku tak kesah naik kereta kancil lamanya yang kekadang meragam. Janji ada dia. Aku tak kesah kekadang duduk umah besar tapi sekadar tidur toto sebab bilik dia sedikit 'keras'. Janji ada dia. Aku tak kisah makan kat kedai tepi jalan. Janji dengan dia. Kata dia, aku sangat menyenangkan walaupun hakikat dia tak boleh nak tolerate dengan perangaiku yang tak makan ikan besar dan minum susu. Sebab dalam pada aku menyusahkan, aku banyak menyenangkan. Ke hulu aku ikut, ke hilir aku damping.

Eh, melalut dah nih. Berbalik masa dia bagitau dia nak kahwin, aku muhasabah diri aku. Aku sedar siapa diri aku. Letak duduk diri aku. Pernah rakan karib perempuan aku, M bertanya kesudahan kisah kami, aku cakap kalau dia nak kahwin, I'm happy for him. Itu yang terbaik. Dan itulah yang terjadi. Meskipun bukan mudah aku nak melepaskan dia pergi. Tak rela nak mengenangkan akan ada insan lain yang lena dalam dakapannya selain aku.  Tapi aku cepat2 bersikap rasional. Aku cuba berpikiran positif. Aku terima seadanya berita tuh. Meskipun dia sendiri menentang jodoh tuh tapi pada aku, restu ibubapa lagi penting. Tambahan pula itu jodoh pilihan orang tua, mesti berkekalan. Dalam keberatan dia menerima. Syaratnya, aku takkan pergi meninggalkannya. Kataku, sampai kiamat aku tetap adiknya. Dia bangkang. Dia tetap nak aku di sisinya. Jadi yang 'terutama' dalam hatinya. Balasku, mana mungkin! Aku taknak dia mengkhianati ikrar perkahwinannya. Berhari2 kami bermasam muka.... Bergaduh tentang hal yang sama - status aku dalam hidupnya. Akhirnya dia beralah juga dengan kedegilan aku. Dan aku belajar menyayangi dia. Tak lagi mencintai dia. Dia dah jadi 'abang' bukan lagi kekasih.

Kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Aku betul2 tak menyangka jodoh perkahwinan dia tak panjang. Aku tau dia sedaya upaya berusaha. Menjadi suami yang terbaik. Cuma mungkin si dia masih belum paham angin F. Mungkin juga bukan jodoh dia. Dan aku kembali menjadi pendampingnya. Mendengar keluh kesah dan menjadi bahu untuk dia menangis. Saat semua orang menuding jari padanya, aku tetap setia di sisi memujuknya. Masing2 dah berusaha. Tapi kalau usaha tuh masih belum cukup, apakan daya.

Lalu kini, kami kembali mengait janji2 semalam. Kembali memetrai sumpah lalu. Mencintai dan dicintai. Sebab tu tak susah aku nak terima dia kembali. Dia memang tinggalkan luka di hatiku tapi aku sedar, luka itu bukan atas kerelaaannya. Kami sama2 diuji dan terluka. Kebaikannya dan hangat cintanya mengatasi segalanya. Dan langkah kami baru bermula... Untuk kali keduanya ...........................

No comments:

Post a Comment