Tuesday 17 January 2012

Al Kisah Perigi Buta.....

"Jangan sampai jadi perigi buta. Sudahlah buta, kontang lagi."


Aku selalu follow video Mat Luthfi nih selain telenovela German aku huhuh.... Pada aku, semua video dia nih membawa mesej yang sangat berguna tetapi diinterpretasikan dalam medium yang simple.

This is the latest video from him. Not so fresh sebab dalam Nov 2011 dia published video nih. And from this video la aku mula tangkap leleh dengan lagu "Penakut" by Yuna.

Video ni berbeza dengan video Mat Luthfi yang biasa. Kali ni, "Rokok dan Kupiah" menyentuh isu kerohanian. Isu kepercayaan manusia dan kebergantungan kita pada sesuatu. Ada manusia sebegitu. Aku juga tak lari dari perkara ini.

Dalam video ni, diceritakan Mat adalah seorang yang berjuang di atas kaki sendiri. Bukan dia tak percaya Tuhan tapi dia lebih percaya sesuatu itu terjadi atas perbuatan sendiri. Maju atau mundur, itu adalah pilihan masing2 berdasarkan usaha yang dicurahkan. Dia ada adik yang menghidapi Down Syndrom. Setelah ketiadaan sesiapa, seluruh kehidupannya tertumpu pada adiknya. Adiknya adalah sumber kehidupannya.
Suddenly something happen to the brother. And he was so devastated with it. He's blaming GOD for taking his one and only precious thing. Logiknya, bila kita dalam situasi dia kita akan merasakan yang sama..... Kenapa Tuhan tak ganggu orang lain yang jahat???? Kenapa bila kita beriman dengan dia, kita lagi kuat diuji??? "

"Bagaimana boleh kau kata kau beriman sedang kau belum diuji?"


Lebih kurang macam tu lah firman ALLAH yang menyatakan bahawa tanda ALLAH sayang kita adalah bila kita diuji. Aku seorang yang selalu berpikiran terbuka. Aku berfikir dengan logik akal aku sendiri. Pada aku, ujian buat manusia lebih kuat. Dan lebih dekat padaNYA. Ujian juga tak datang dalam bentuk kesusahan sebaliknya turut datang dalam bentuk kesenangan yang hingga membuatkan manusia lebih senang alpa. Cara aku mudah....... setiap yang berlaku adalah atas perbuatan sendiri. Makanya setiap balasan yang diterima baik positif mahupun negatif adalah berdasarkan perilaku positif dan negatif kita. Jadi kalau buruk yang aku terima, maka tak patut aku salahkan DIA. Tapi andai baik yang aku terima, seharusnya aku bersyukur.

Tapi ada pe'elku yang sebenarnya salah dari segi hukum. Bila aku sedih, dan bila aku diduga.... Aku tak pergi kepadaNYA. Sebaliknya aku meratap sendirian dan dalam masa yang sama aku cuba untuk mengatasinya. Aku seolah2 cuba lari daripadaNYA. Bukan bermaksud aku ingkar, tetapi aku tak mahu mencariNYA hanya bila aku diduga dan bila aku gembira, aku lupakanNYA.

Aku bukanlah baik sangat sebab solat pon aku tuang. Tapi setiap kali sebelum tidur, aku akan berselawat dan bertahmid untuk kesejahteraan hari mendatang. Dan bila aku buat jahat, aku simpan sendiri2 sebab..... pada aku, kenapa perlu membuka pekung diri (apatah lagi orang lain) pada orang lain. Kan ALLAH tak suka. Sendiri makan, sendiri simpan. Yang patut dikenang orang adalah kebaikan kita agar kita disayangi bukannya keburukan kita kerana kelak kita akan diumpat keji.

Video ni jugak mengingatkan aku pada diri aku sendiri (dan adik aku).. akan betapa merananya kita bila kehilangan seseorang yang kita sayang. Sedih yang seperti the whole world is gone and we were left alone. "Selagi kau tak bergantung pada yang tak mati" - ini antara the most memorable quotes dalam video ni. Ya, sepatotnya kita bergantung pada yang tak akan mati sebab yang tak akan mati itulah yang takkan pergi dari kita. Maha Besar ALLAH yang Maha Memberi lagi Maha Mengambil. Kalau itu suratannya apalah daya kita sebagai hamba nak menidakkan hakNYA..........

Adik, kita pernah gembira apabila ALLAH kurniakan sesorang dalam hidup kita hingga kekadang kita lupa untuk berterimakasih dan kekadang membelakangkanNYA... Andai dah tiba masa DIA ambil kembali pemberianNYA, maka hendaklah kita redha sebab belum tentu yang kita suka/sayang itu baik untuk kita dan tak semestinya yang kita benci itu, membawa mudarat pada kita. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui akan setiap sesuatu itu.

Inilah peringatan buat Adik dan juga buat abang sendiri...............................................................................

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

No comments:

Post a Comment